Hari ni genap 3 hari hujan turun tanpa henti, kalau berhenti pun adelah 5minit-10minit. Lepas tu hujan balik. Siap ada angin lagi..Memang sejuk giler aaahhhh... Rasa nak berselubung dengan selimut jek akt bilik..tapi kang tak jadi kerja lak kan...
Dua hari lepas, masa dalam perjalanan pulang dari singapore, hujan turun dengan lebatnya. Sehinggalah ke highway Pasir Gudang. Hujan turun jekkk tau. Masuk jek highway pasir gudang, as usual, kereta banyak lah kan... Nak kata jem, tak jugak, cuma pergerakan lalu lintas agak slow..
Tengok-tengok seberang jalan nak ke Seri Alam dah naik air atas jalan. mujur ade jalan susur ke atas yang lebih selamat. So banyak lah kereta yang berpatah balik. Mana yang laju dan berani mati tuu,,dorang main redah je lah...
Dan ada jugak pemandu yang tak sayang nyawa, tengah-tengah hujan lebat ni boleh pulak dia nak speedo kan,ha kan dah slip kan depan..mujur lah tak accident..dah tau jalan banyak air dan slippery giler kottt...
ha tengok ni,,air melimpah-limpah kat jalan raya. kenape korang rasa??? ni sebab air takleh nak mengalir ke sungai..kenape?? sebab sistem perparitan yang tak betol okayyy...longkang tersumbat dengan samaph sarap okayyy... salah sape?? tepuk dada tanye iman masing-masing.
Kiri kanan jalan di naiki air..hishhh,,nasib tak dalam sangat sebab boleh redah, tapi wat-wat tengah-tengah lalu enjin masuk air??? dah semput-semput dan terus mati
HAAA,, yang ni tak silap aku dah dekat-dekat dengan masai utama, depan kuil...kat sini masa tu jem gilerrr..
Ada yang berjalan kaki mengarung air yang aku kira paras betis jugak lah...
Haa,,ni view dari jarak dekat...tapi tak lah dekat sangat..hehehehe...
Mujur sempat jugak aku snap time abang aku tengah dirve agak laju gak masa tu. almaklumlah handphone murah jek, takboleh nak shoot cantik tengah moving ni kan...
Berhati-hatilah musim HUJAN ni, malang tak berbau kan. kadang kita rasa tempat kita takkan banjir sebab tak pernah dinaiki air. Semua tu kuasa Allah s.w.t,, KUN FAYAKUN... Jadi bersedialah. Pada yang ada anak-anak kecil jaga mereka dan jangan biarkan mereka bermain diluar, lebih-lebih lagi dilongkang dan parit. Takut nanti dihanyutkan air yang deras pulak. Jaga kesihatan yer. Awasi juga perjalanan anda....
Sekian sahaja untuk laporan kali ini, saya wartawan AmoYz melaporkan dari Pasir Gudang untuk rakan blogger dan pengunjung TelahanJiwadanMinda....(♥^__^)V↔(。◕‿◕。)✿
2 comments:
ha3,,ada ciri jd wartawan tp mgkin patut turun redah hujan kot demi sebuah laporan,,he3
Mesir merusuh,,ada aku kisah?,,
hihi....teringin gak jd wartawan ni..leh ke sana ke sini kan...menimba pengalaman dan pengetahuan....=)
Post a Comment