SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Integriti kah kita???

Assalammualaikum semua....

Haiiii,, harap semua sihat di kala musim hujan sekarang ni yer.. Hari ni ada perhimpunan staff sempena Hari Kualiti 2011. Tepat pukul 9 pagi majlis bermula, kelihatan semua staff dari jabatan masing-masing sudahpun memenuhi ruang duduk dewan. 

Majlis dimulai dengan sesi ceramah Intergrity yang disampaikan oleh En Shamsul Baharin selaku bekas Kaunselor Poli. Mula-mula terasa bermalasan nak dengar, selepas 5 minit, terus aku menukar posture dudukku, tegak memanddang ke depan dek kerana intipati yang mula disampaikan oleh penceramah begitu menarik minat aku. Kulihat semua orang khusyuk mendengar, kejap tersenyum kejap tergelak....

Integrity versus Transformation. Ke manakah hala tuju kita dalam transformasi diri, kerja dan secara keseluruhannya dalam hidup kita seharian? As a new comer and super junior di institusi ni, aku terpanggil tiba-tiba, menilai di mana tahap integrity diri sendiri. 

Tertarik dengan contoh yang diberi penceramah kisah kitar hidup burung helang, bagaimana haiwan ini melalui process pengasingan diri untuk pertumbuhan paruh baru. Haiwan yang mempunyai dua pilihan dalah hidupnya samaada hanya menanti detik kematian kerana kelemahan cengkaman kaki dan paruh mereka, atau mereka mengasingkan diri selama 150 hari untuk pertumbuhan paruh baru. jelas haiwan juga perlu menentukan hala tuju perubahan hidup mereka. Menarik bukan???

Walaupun aku pernah mendengar kisah burung helang ni, tapi entah kenapa penceramah mempunyai cara yang tersendiri menyampaikan kisah ini. Lontaran suara, semangat dan sedikit humor begitu baik disampaikan dan dipadankan pada setiap isi yang disampaikan.

Antara intipatinya adalah, untuk memantapkan integriti, beberapa aspek perlu diteliti seperti purpose of life, intention and self-efficacy. Bila ada semua ni, meningkatlah integrity seseorang itu dan tiada masalah lah untuk menempuh transformasi.

Penceramah juga menekankan kepada semua, berbaktilah dalam melaksanakn tugas. Jangan hanya menyempurnakan tugas cukup-cukup makan sahaja, kalau boleh biarlah lebih. Tidak salah lebih jangan kurang kerana di akhirat kelak semua yang kita lakukan akan ditanya balik oleh Allah s.w.t. Satu contoh yang menarik diberi oleh penceramah ini adalah perihal aurat. 

Sebagai muslim kita wajib emnutup aurat, dalam memenuhi tuntutan agama menuntut aurat, wajarkah kita hanya menutup sekadar boleh sahaja? Apa yang agama syariatkan, sebagai contoh aurat lelaki bersama lelaki dari pusat ke lutut. Cuba kita bayangkan jika lelaki hanya memakai pakaian dari paras pusat ke lutut sahaja, maksudnya hanya mengikut apa yang ditetapkan. Bila melompat nampak alur pusat, bila melangkah besar nampak kepala lutut.... Masa penceramah menrangkan semua gelak ketawa.. tapi dalam tawa, kita perlu hayati maksud yang tersirat. Jadi seeloknya, lelaki berpakain lengkap dengan berbaju dan berseluar, lebih dari apa yang disyariatkan. Melompat ke guling-guling ke, kita selamat dari terdedah aurat. Betul kan??

Jadi begitu lah juga dalam melaksanakan tugas kita. tepuk dada tanya lah iman ke mana kita. Apatah lagi sebagai pendidik. Bukan hanya masuk ke kelas mengajar apa yang perlu menepati silibus sahaja, tapi sebaliknya pendidik haruslah memastikan pemahaman pelajar itu sempurna. Mungkin perlu tuisyen, latih tubi tambahan, dan pelbagai cara. Jangan pernah merungut kerja yang diberi banyak, biarlah kita lakukan sesuatu tugas itu lebih supaya gaji yang diberi dan diperoleh itu diberkati dan 100% halal. Jika datang kerja lambat baliklah lambat. jangan datang lambat tapi balik awal, dan banyak pula curi tulangnya . Minta dijauhkan...

Integrity dalam masyrakat sekeliling, bila melihat orang lain dalam kesusahan, apa salahnya kita membantu . Sebagai contoh ada mangsa kemalangan depan mata, ada orang kene ragut depan mata, ada orang membuang samapah dan sebagainya. Pelbagai sudut seharusnya kita perbaiki integrity kita. Ini tidak, kita rakyat Malaysia hanya memandang tanpa membantu, lepas tu kritik setinggi langit. sikap integrity yang paling tinggi yang harus diperbaiki ialah buang sampah. Masih lagi ada antara kita yang mempunyai nilai integrity yang rendah, dengan senang ahti membuang sampah dari dalam kenderaan ke luar tingkap. Jadi jangan salahkan bila highway di Malaysia kotor.

Alamak,,,banyak lagi nak cakap ni, tapi dah 5.30...i have to go....nanti sambung....

Sunday, October 16, 2011

BIla cakap pasal JODOH

BIla sebut pasal jodoh, macam-macam cerita kita pernah dengar....

Ada yang susah dapat jodoh
Ada yang lambat dapat jodoh
Ada yang terlalu awal dapat jodoh
Ada yang da temui jodoh tapi tak direstu..
macam-macam ada macam ASTRO..ahhahaha

Semuanya adalah percaturan yang telah ditetapkan Allah..... Kali hanya ingin berkongsi satu article post dari sebuah blog...

-------------------------------------------------------------------------------

Pilih Jodoh: Restu Ibu Bapa Beri Keyakinan

“Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga,” kata Ustaz Hj. Ahmad Shukri Yusoff, yang merupakan Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.

“Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu,” ujar beliau.

Beliau berkata, perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, soal beliau, “Adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?”

Katanya, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. “Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi,” jelasnya dalam temubual di kediamannya di Bandar Baru Bangi.

Dalam soal ini, katanya, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek.

Jika Tak Direstui

Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi.
“Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat,” ujarnya.  Katanya, perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.

“Kita sering membaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Ada yang disebabkan telah berlaku perkara tidak elok sebelum kahwin maka ibu bapa terpaksa setuju mereka berkahwin walaupun hati kecil mereka tidak meredhainya,” jelasnya.

Ustaz Ahmad Shukri mengajak kita merenung perkahwinan orang-orang dulu yang jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa.  “Kita tengok jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Sekarang kahwin bermula dari cinta tapi peratus cerai tinggi. Hendak kata tak kenal, sudah kenal. Hendak kata tak cinta sudah cinta. Di situ sebenarnya peranan keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibu bapa lebih kuat daripada cinta. Lafaz cinta tidak sekuat keredhaan ibu bapa,” ungkap Ustaz Ahmad Shukri.

Apabila Ibu Bapa Diam 

Diam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang. Menjelaskan perkara ini, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, “Diamnya itu mungkin tanda tidak setuju dengan pilihan anak tetapi dia tidak kata tidak setuju sebab tidak mahu melukakan hati anak.”

Dalam hal ini, katanya, si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka.Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya.  Katanya, lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihat dan kata-kata semangat.

“Tapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka,” ujarnya. Beliau berkata, ada ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.

Bawa Berbincang
Hati sudah suka, pasangan ‘ideal’ sudah ditemui tapi ibu bapa pula tidak bersetuju. Bagaimana? Jalan terbaik ialah bawa berbincang, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.

“Itu perlunya syura atau perbincangan. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah pertengkaran, bukan perbincangan. Pertengkaran tidak mendatangkan natijah yang baik.” Katanya, banyak masalah yang nampaknya berat dan tidak boleh diselesaikan tetapi apabila dibawa berbincang, ia selesai akhirnya. Begitu juga dengan masalah pilihan calon pasangan.

“Syura yang diadakan dalam keadaan hati bersih dan baik, insya-Allah natijahnya baik,” katanya sambil menambah, bukan ibu bapa saja perlu mendengar pandangan anak tapi anak juga perlu bersikap terbuka dalam mendengar pandangan ibu bapa.  Ustaz Ahmad Shukri berkata, sikap berterus-terang perlu ada dalam berbincang dan kalau perlu, si anak boleh meluahkan perasaannya.

“Ada kes ibu bapa sayang pada anaknya tapi kadang-kadang hendak kawal anaknya dalam semua perkara… Bagi anak, dia rasa dikongkong. Dalam soal ini, ayah atau ibu jangan terlalu ketat sebab Sayidina Ali k.w. menyarankan agar kita mendidik anak mengikut zamannya. Minat dan citarasa tak sama. Bagi si anak, dia juga perlu cuba memahami ibu bapa, kerana niat ibu bapa adalah untuk menjaga demi kebaikan anaknya.”

Menurutnya, jika si anak merasakan ada kongkongan dalam memilih calon pasangan, dia perlu meluahkan isi hatinya tetapi dengan cara yang tertib dan tenang. “Kalau anak diam dan simpan, tidak selesai masalah juga. Memendam perasaan tidak boleh selesaikan masalah. Kena ada proses berterus-terang. Kalau dipendam hingga rasa tertekan, nanti kita akan sakiti hati ibu bapa pula apabila merasakan ibu bapa tidak memahami,” tambahnya.  Katanya, setiap masalah ada penyelesaiannya tapi cara menyelesaikannya perlu betul.

Jaga Hati Mereka Sampai Bila-bila
Hati ibu bapa tetap perlu dijaga sampai bila-bila walaupun seseorang itu sudah ada tanggungjawab lain dalam rumah tangga yang dibina, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.

Katanya, bagi seorang wanita yang sudah berkahwin misalnya, tanggungjawab untuk mentaati suami tidak mengurangkan hak ibu bapanya untuk ditaati dan dijaga hati mereka.  “Ada kes anak perempuan yang bila sudah berkahwin, tidak balik jenguk ibu bapa dan tidak hubungi mereka dengan alasan mentaati suami. Tidak dinafikan perlunya taat pada suami tapi dalam masa yang sama dia ada tanggungjawab pada ibu bapa yang hatinya perlu dijaga,” terang beliau.

Beliau menambah, tanggungjawab yang dipikul sebagai isteri atau suami tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabai dan melukakan hati ibu bapa dengan tidak membantu, menghubungi dan mengambil tahu kehidupan mereka. Pendek kata, menurutnya, si anak tidak boleh mengambil sikap, “Saya dah jadi isteri orang atau suami orang, tanggungjawab pada ibu bapa dah kurang.”

“Dalam hidup ini, setiap sesuatu akan dibalas. Jika kita menyakiti hati ibu bapa, apakah kita sanggup satu hari nanti anak kita melakukan perkara yang sama pada kita pula?” soal beliau.

source:http://www.fitrahpower.com/
-------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 25, 2011

Islamic Quotes 1

7rules to b happy,

1) Never hate
2) Don't worry
3) Live simple
4) Expect a little
5) Give a lot
6) Always smile 
7) And keep in touch with ALLAH..



Through PRAYERS,

God hears more than u say,
He answers more than u ask, 
HE gives more than u desire...
All HE needs is ur time

when we r suffring frm fever or other desease it doesnot mean that GOD doesnot love u but it means that he is checking ur patients .so pray ALLAH while suffring frm desease..

The beautiful word is ALLAH,

The beautiful word is ALLAH,
Most beautiful song is AZAN,
Best exercise is NAMAZ, 
World perfect book is QURAN,
And You are so lucky if YOU are a MUSALMAN

Pray to Allah Almighty,

And show some faith n dignity,
Quran be at your side,
Islam giving you a pride,
Sunnah be a light for you,
That will glow and let you do,
All the acts to make you feel,
Nothing but this land is real.

Rapture Comes Most Easily Within,

Read the Holy Book as Though Asleep, 
Reason Is No Cause for Revelation, 
Remember, Too, the Holy Month of Fasting, 
Righteousness Remains the Rock of Faith.

If GOD answers ur PRAYERS, HE is increasing ur FAITH.If HE delays, HE is increasing ur PATIENCE.If HE dont answers, HE knows tht YOU CAN HANDLE IT PERFECTLY.

When earthly help s no avail, 

There s 1 friend who will never fail.
Just lift your eyes, The answer is there,
For nobody knows the power of prayer. 

Search 4 truth and you shall find beauty,

Search 4 beauty and you shall find love, 
Search for love and you shall find God,
Search fo r God and you shall have them all

Never a weakness that He can't fill, 

Never a sickness that He can't heal, 
Never a sorrow that He dsn't share,
Moment by moment- you are under GOD's care

God said don't look around because you'll be impressed, 

Don't look down you'll be depressed, 
Just look to HIM all the time and you'll be blessed,

God can reach each falling tears. 

He sees the heart that needs a cheer. 
He knows the path that's hard and dear...
Don't ever give up coz He is near

Prayer is an open line to Heaven. 

No cards to use, no low battery  problem, no error,
No charging, always good signal and all messages sent. 
Make prayer a habit like Texting

GOD is always playing CHESS with each one of us. He makes Moves in our LIFE & then sits back to see how we react to the CHALLENGES ... So make the best move before CHECKMATE..

Happy Moments - PRAISE ALLAH 

Difficult Moments- SEEK ALLAH 
Quiet Moments - WORSHIP ALLAH
Painful Moments - TRUST ALLAH 
Moment By Moment - THANK ALLAH

Life is Test,Islam is best, Namaz is must,Aakhrut is for rest,World is only dust, If Quran is in chest,nothing need next, Obey ALLAH first. 1st success wil b next.  

I ask Allah 2 make u happy, make u smile, guide u safely, though every mile, grant u wealth, give u health & most of all grant u paradise!

The Shortest Distance between a Problem and it's Solution is the Distance between your Knees and the Floor. The one who Kneels to Allah (Ta'ala) can Stand Up to Anything.

Watch your Thoughts, they become Words! Watch your Words, they become Actions! Watch your Actions, they become Habits! Watch your Habits, they become Character! Watch your CHARACTER! ..It becomes your DESTINY!!!

Allahs blessings are a treasure so true that their value cannot be measured and one of Allahs blessings is you!

“Make sure your food is good (halal and bought with halal earnings), and you will be one whose prayers are answered.”

GOD calls back those people he love most and give chance to those people that doesnot obey HIM


Babi haram. KENAPA?

Salam jumaat semua.. Semoga hari jumaat yang mulia ini tidak dipersiakan begitu sahaja...

Post kali ni nak discucc nape Babi itu diharamkan..
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang terbaik kepada hamba-hambaNYA.

Ada yang pertikaikan kenapa Muslim diharamkan makan babi. Sedangkan kafirun boleh makan.
Setiap apa yang dilarang dan disuruh itu sesungguhnya membpunyai seribu kebaikan pada kita.

Cuba lihat video ni...



Daging babi yang telah dicampur dengan air COKE dibairkan seketika.
Selang beberapa jam, daging itu mengeluarkan ulat-ulat yang masih hidup...

Mujur..Mujur kita diharamkan untuk memakannya...
Syukur Alhamdulillah...

Matikah ulat2 itu???
Seperti yang pernah diperkatakan, daging babi ni banyak kuman dan mendatangkan mudarat.
Nak tahu kebenarannya?
Mari sama-sama kita kaji dan timba ilmu lagi...


“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” 
(al-A’raf:157)


Kita juga dilarang untuk memakan binatang:-

1. Bangkai
2. Darah yang mengalir
3. Babi dan anjing
4. haiwan yang disembelih bukan dengan nama ALLAH
5. Semua binatang buas yang bertaring
6. Semua jenis burung yang berkuku tajam dan menyambar.
7. Keldai peliharaan
8. Binatang yang memakan kotoran
9. Anjing dan kucing
10. Semua jenis binatang yang menjijikkan
11. Binatang beracun, diburu atau dijumpai mati
12. haiwan 2 alam

dan banyak lagi, untuk lebih terperinci hukum hakamnya dan dalil pencegahannya..
Anda boleh layari dan klik SINI


Kalau kita perasan, semakin lama semakin ramai oang tak endahkan apa yang dimakan dan diminum.
Hukum hakam ditolak ke tepi.
Logo halal dipermainkan semudah-mudahnya...


Ya Allah, jauhilah kami dari apa jua yang dilarang....


Amin.

Lembu sekor dikisar???

Salam jumaat pada semua blogger...

Hari ni tuan tanah nak share beberapa video yang baru tuan tanah tengok malam tadi kat Youtube..
Terkejut, takut, tak percaya, marah dan was-was rasanya selepas menonton video tersebut..

jadi, tuan tanah nak share dan mintak response blogger lain dan juga visitor terhadap video ni..

Video Pertama


Sekor-sekor lembu dimasukkan ke dalam mesin pengisar..
Kejamnye...dengan kulit tidak dilapah...
Saye tak tahu video ni, lembunya masih hidup, ataupun dah mati ataupun telah diberi ubat pelali..
Bayangkan tulang belulang, kulit dan bulu serta daging yang bercampur darah dan segala usus dikisar sekali. MashaAllah,,janganlah dibuat bahan makanana...Tak sanggup!!!



Video Kedua




Korang tengoklah yer,,saye rase musykil yang amat sangat..


Mengapakah lembu sekor yang masih hidup dikisar bersama dagin potong yang lain??
Ada yang mengatakan lembu itu sakit dan ingin dibunuh. TETAPI, kalau betul lembu itu sakit sekalipun, mengapa perlu dibunuh dengan begitu kejam kan???


Banyak lagi cara lain..
Saye bukan ape, tetiba takut kalau -kalau daging yang sudah hancur itu digunakan dalam pengeluaran dan pemprosesan daging burger ke, bebola daging ke dan apa sahaja lah bahan makanan.


Harap ianya berlaku diluar negara dan negara ita yang aman ni tidak mengimportnya.
Nauzubillah!!!!!


Dah macam menganiaya binatang pulak..
Islam pun menyuruh kita melakukan kebaikan dengan mahluk ciptaan Allah yang lain kan..



"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah:195)


Janganlah kerana ingin mengaut keuntungan lebih, kita melakukan kezaliman pada haiwan dengan sewenang-wenangnya. Sesungguhnya Islam telah beri garis panduan untuk menyelbelih binatang untuk dimakan.




“Sesungguhnya Allah SWT sudah menetapkan agar berlaku ihsan kepada semua. Apabila kamu hendak membunuh, maka perelokkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih, hendaklah perelokkan cara menyembelih…”
Riwayat Muslim


Kesimpulannya, jika saudara hendak membunuh haiwan itu, carilah cara yang boleh mematikannya dengan cepat dan tidak menyeksa. Maka, sembelih lah dengan elok dan gunakanlah alatan yang tajam supaya ia cepat dan tidak menyeksa....


Wallahu'alam...

Tuesday, February 15, 2011

Dia kekasih ALLAH S.W.T

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad saw oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah selawat (meminta rahmat) untuk Nabi saw dan ucapkanlah salam dengan penuh kehormatan 
terhadapnya".  (Surah Al-Ahzab:56)



Salam Maulidur rasul 1432H... Mungkin pada hari ni ada yang berkesempatan untuk menghadiri sambutan maulidur rasul di tempat masing-masing. Jadi gunakan lah kesempatan ini untuk menghayati betapa agungnya peribadi Rasulullah s.a.w dan mengapa baginda di gelar sebagai kekasih Allah s.w.t.

Begitu tinggi nilai ganjarannya bila kita berselawat ke atas junjungan baginda, tidak kira di mana jua, jangan lah hanya menanti tibanya hari ini, maulidur rasul barulah kita ingin berselawat ke atasnya. Selawat lah kepada baginda bila mana kita rasa kelapangan, sambbil melakukan kerja juga boleh. Di sampiing itu juga, bila kita mendengar orang lain menyebut nama baginda, sambutlah dengan memberi selawat sebagai balasan.

Hari ni rasa nak pergi juga menyambut, tapi di kawasan rumah belum lagi mengadakannya, seminggu lagi. Jadi hari ni hanya berselawat di rumah bersama keluarga... Tidak kisahlah di mana mana pun, yang penting ingatan itu ikhlas untuk baginda rasulullah... 


Mari kita berselawat bersama-sama....



Tuesday, June 1, 2010

GAZA again....SAVE them

Beberapa hari ini kita digemparkan dengan berita kekejaman Israel yang menyerang kapal-kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Lebih membimbangkan, seramai 12 orang rakyat Malaysia terlibat sebagai aktivis sukarelawan dalam misi tersebut. Siang tadi,semua bimbang, termasuklah aku. terkejut bila tengok paper hari ni. Yelah,,serangan tu waktu Malaysia pagi tadi. Padahal kapal-kapal itu baru saja berlepas...Namun, apa yang saya faham, kesemuanya selamat. Kebetulan, ada liputan talian di antara TV3 Seri Pentas dan salah seorang wartawan TV3 yang turut menyertai misi tersebut dalam buletin TV3. Alhamdulillah....


"Bukan semua org berani dan mampu utk jd aktivis sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, moga mereka semua selamat dan dipermudahkn sgala urusan..Ya Allah,,andai mereka gugur,,syahid lah mereka dan muliakanlah tmptnya di sisimu..."

 

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini. Sumber LL4G


1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

 Dari dulu,,kekejaman Israel tak pernah berakhir. Mereka tak habis-habis nak musnahkan umat islam palestin. Sebab itulah yahudi dari dulu lagi terkenal dengan gelaran kaum laknatullah. Ya Allah,,Kau berkatilah umat palestin,,lindungilah mereka...aminnn...

Semakin dihayati, semakin gentar aku nak melalui.. Adakah benar kiamat itu sudah dekat???Peperangan kafirun dengan islam telah lama berlangsung, namun,,yang terbesar masih belum berlaku..Cuaca yang semakin panas, air2 sungai utama dunia susut mendadak, bencana alam berlaku silih berganti..Ya Allah,,aku masih alpa di atas muka bumi mu ini....

Sahabat, teman dan semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, amrilah kita berdoa dan bangkit memerangi Israel. Mungkin bukan dengan senjata api, namun kita ada senjata yang paling utama dan senang dilakukan..iaitu Do'a.. Marilah beramai-ramai melakukan solat hajat dan qunut nazilah untuk saudara mara palestin kita.

Selagi apa yang kita mampu, mari kita laksanakannya......

Monday, April 26, 2010

Tanda-tanda Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
 
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang  terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah  waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan  musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita  iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.  Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....


Sumber:http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/392-tanda-tanda-kematian.html 

P/S:  Sejak beberapa hari ni,,aku asyik terfikir pasal mati je..Bayangkan kalau aku mati..Entahlah kenapa... Dalam waktu terdekat ni asyik berlaku kematian je di kalangan orang-orang terdekat.. Bersediakah aku menghadapi mati??Kamu di luar bagaimana??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...