SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Dari Saya. Show all posts
Showing posts with label Dari Saya. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Review Walimatul Urus

Second Post untuk hari ni.....!!!


hurmm.... aci tak kalau saya nak cerita semua hari ni...hahaha... amek kau.!
Sekali update blog,,,banyak pulak nak cerita....

Majlis Persandingan ku telah berlangsung pada 9 September 2012 yang lalu bersamaan 22 Syawal..
Alhamdulillah...again,,sekali lagi saya berpuas hati sesangat....

Ni lah pelamin semasa di majlis rumah saya... hasil rekaan ku sendiri...
 Alhamdulillah,,pelamin yang diimpikan berhasil.. TQ to my mak andam Marsa Andaman Kota Tinggi merealisasikan pelamin yang direka oleh ku sendiri.... Konsep? hanya mampu menjawan konsep english modern classic...hahahaha

Me n hubby...cilok dari fb kawan...hehehe

This is me.... light make-up as i requested....

Antara rakan-rakan sekolah rendah dan menengah yang hadir.....

with my sisters...sgt happening
                                    
dengan kawan-kawan hubby yg sudi hadir...
                                     
dengan my beloved mom and dad

with my sister yg bongsu
                                     
with my second sister

makan beradab.....
me and hubby......
                                      

Monday, December 19, 2011

hari kejadian....

Jam 2.07am, 18122011,,,,,,

Diri ini masih di sini,
Terkebil-kebil memandang mesin canggih,
Kejap senyum dan kejap berkerut,
Fikiran seakan ligat memikirkan sesuatu tetapi tepu...

Disember,,,
Bulan yang sentiasa dinanti,
Walau ia tidak setanding Bulan Islam,
Namun beberapa tarikh dalam Disember sentiasa di hati...

Kebetulan, Disember kali ini jatuh pada bulan Muharram..
Alhamdulillah, lagi penuh keberkatan...

18hb Disember 1987,
Aku telah dilahirkan ke dunia ini,
Telah bermula kisah hidupku,
Percaturanku,
Bermulanya merangkak, bertatih, berjalan dan kemudian berlari...

Lahirku di salah sebuah hospital gah johor-HSAJB
Dengan berat 1.7kg premature baby,
Alhamdulillah, syukur ku lahir ke dunia ini dengan sempurna,
Terimakasih ibuku Husnah Devi Abdullah,
Membawaku selama 7bulan lebih dalam perutmu,
Terimakasih ayahku Mustaffa Mohd.Saat,
Di atas keprihatinan dan sokongan untuk membantu ibu...

Alhamdulillah,
18th Disember 1987, Jumaat, 2.45 pagi,
Bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1408 A.H,
Aku dapat melihat dunia....Syukur...

Jalan hidupku berubah hari demi hari,
Semuanya sudah takdir dan telah disuratkan dalam Luh mahfuz,
Umurku 80hari, aku diserahkan kepada keluarga angkat,
Takdir yang tidak pernah ku  persalahkan,
Namun lebih kusyukuri...

Terimakasih kepada arwah to'ki Ahmad bin Chik,
Terimakasih arwah tok@mak Bunga binti Jusoh,
Kerana merekalah yang mulai mengambil alih memeliharaku...
Tergempar berita di Kampung Air Papan,
Pasangan berusia ini memelihara bayi,
Dengan penuh kecekalan dalam kesederhanaan ku dibesarkan,
Sehingga umurku 4tahun...

Tiba masanya arwah tok menunaikan haji,
Aku diserahkan pula kepada anak sulungnya,
Abahku...Majid bin Ahmad dan emak Fatimah binti Abdullah..
Terimakasih mak dan abah membesarkan aku sehingga ke hari ni,
Sehinggaku menjadi insan yang berguna,
Berpendidikan dan berkejaya,

Tanpa cacat cela dan pilih kasih,
Mereka menatangku bagai minyak yang penuh,
Subhanallah, syukur padaMu Ya Allah,
Menemukan ku dalam satu keluarga yang amat baik dan penyayang...
Dengan didikan agama, tatatusila ku diajar dan dilatih,,,

Bertemankan dan menumpang kasih emak dan abah,
Seorang abang dan empat kakakku,
Ku menikmati hidup normal seperti insan lain,
Tidak pernah terkeluar sedikit pun dari bibir mereka,
Aku bukan sedara sedaging,
Tidak  pernah mereka pertikaikan siapa aku dalam keluarga itu,
Subhanallah,,,,

Syukur Alhamdulillah,
Dalam limpahan  kasih sayang suci dari seisi keluarga,
Namun, aku tidak pernah mereka lalaikan dari status sebenar,
Aku bersyukur semuanya telah kutahu dari kecil,
Tidak pernah kurasa janggal walau sedikit aku bukan dari mereka,
Betapa baiknya layanan mereka,
Keikhlasan mereka jelas tergambar sehingga ke hari ini,,,
Ya Allah,
Kau lindungilah mereka dari sebarang bencana,,
Sesungguhnya tidak dapatku ganti jasa mereka walau dengan segunung emas...

Sepanjang hidupku,
Aku belajar hidup sebagai peniaga,
Abah dan emak berniaga pasar malam,
Aku seronok dan dari situ lahir sifat keusahawanan dalam diri,
Hari ni, terdetik di hatiku,
betapa cekal emak dan abah berniaga mencari pendapatan menyara kami sekeluarga...
Adakala di atas, dana adakala di bawah...

Kini,
Emak dan abah sudah pencen dari berniaga,
Hanya menikmati hari-hari tua dengan beribadah dan meluangkan masa bersama seisi keluarga,
Alhamdulillah, kesemua abang dan kakakku sudah berkahwin,
dan aku sudah memiliki 12 orang anak buah..
Syukur alhamdulillah,
Suasan keluarga yang terindah...

Dari kecil aku membesar dalam kesederhanaan namun penuh kasih sayang,
Alhamdulillah, selepas SPM barulah aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti,
menjadi satu kebanggaan keluarga, aku berjaya memasuki salah satu universiti terkemuka,
Alhamdulillah, berkat didikan dan doa semua...
Allah maha Pengasih lagi Penyayang,
Engkau telah memperkenankan ku tajaan biasiswa sepanjang tempoh pengajian,
Biasiswa yang menjanjikan terus pekerjaan selepas graduasi,
Syukur dan syukur.....
Sedikit sebanyak ia dapat membantuku mengurangkan bebanan abah dan emak yang banyak berhabis duit membesarkanku...


Walau pertama kali berjauhan, syukur aku dapat membawa diri ku dengan baik,
Sifat kepimpinan, ketegasanku membuatkan emak dan abah percaya padaku,
Jelas sifat dan naluri sebagai anak sulung (hakikatnya) yang berdikari dan bertanggungjawab dalam diri,


Ya Allah,,,
Mengalir airmataku..
Insaf dan rasa bersalah sekiranya aku tidak dapat menjadi seorang anak yang baik kepada mereka..
Dan juga kepada kedua ibubapa kandungku..
Ya Allah, bantulah aku, permudahkanlah aku...
jauhilah aku dari sifat riak, kurang ajar dan tidak membalas jasa,,
Astaghfirullah...

Hanya kejayaan kecil di dunia kumampu beri untuk buat mereka gembira,
Doa-doaku sentiasa mengiringi kejahteraan mereka,
Ya Allah, murahkanlah rezeki ku,
aku teringin membawa mereka menunaikan umrah atau pun haji dengan hasil rezekiku...

Ya Allah,
Kini, aku sudah dewasa...
Seakan masih mimpi bahawa umur menjangkau 24tahun,
Hari ini, aku sudah berkerja,
dan selangkah lagi, aku ingin menyambung sunnah Baginda S.A.W,
dan menympurnakan sebahagian ibadah dan imanku,,
Ya Allah, Engkau berikanlah jalan yang mudah petunjuk..
berkatilah pilihanku dan bukakanlah hati ayah dan ibu untuk merestuiku..
Ya Allah,
Bukakanlah dan tetapkanlah hatiku dan bakal suamiku pada jalanMU,
Berkatilah kami,
Berikanlah kami ketabahan menempuhi dugaan mendatang,
Sesungguhnya kesabaran telah Engkau kurniakan pada kami selama 8tahun ini,
Sesungguhnya juga kami memohon keberkatan untuk ikatan yang sah disisiMU..

Ya Allah,
Kembalikanlah kesejahteraan kepada keluarga kandungku,
Berikanlah aku peluang untuk mengenal salasilahku,
Permudahkanlah ia dan jauhilah dari sebarang halangan...
Salah satu keunikanMU..
Menemukan ayahku berbangsa melayu dengan ibuku berbangsa cina,
Dengan sijil untuk berkahwin, bertambah saudara baru seislam,
Dan lahirlah aku ke dunia...
Bimbinglah mereka selayaknya Ya Allah...
Peliharalah ahlak adik-adikku...


AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN


Alhamdulillah, syukur ku tidak terhingga hari ini,
18 Disember 2011, genap umurku 24 tahun,
Walau pelbagai kisah hidup yang kulalui,
Namun syukur ku terlalu syukur padaMU YA ALLAH,,
Terima kasih ya tuhan kerana memberika  ku kesempatan menikmati hidup ini,
Setiap suka duka ku percaya Engkau janjikan yang terbaik untukku...


Tuesday, October 18, 2011

Bila anak kata : Ala la la mak, saya nak kahwin!!

Assalammualaikum w.b.t dan Salam seantero pade semua bloggers...

Yuhuuu,, apa ada pada perkataan K.A.H.W.I.N???


haaa,,saya percaya ada diantara kita yang dah pun berhasrat nak berkahwin. Betul?? Tentu ada yang dah mula memeterai janji dengan teman lelaki masing-masing.. Ada yang dah betul-betul serius dan sudah berbincang mengenai masa depan bersama. Dan ada yang diantaranya pasangan yang kedua-duanya masih lagi belajar, atau pun salah seorang sedang belajar dan atau pun kedua-duanya sudah pun bekerja.

Bagi mereka yang sudahpun menyuakan hasrat pada kedua ibu bapa masing-masing baguslah. Sekurang-kurangnya hasrat dan niat murni itu telah disampaikan dan selebihnya terserah pada pertimbangan kedua ibubapa kita.

Kali ini saya nak share beberapa post dari sebahagian blog dan juga kata-kata dari seorang ustaz atau  pihak yang pakar mengenai hal ini. Bila cakap pasal kahwin ni pelbagai aspek akan kita pertimbangkan.

Disamping itu juga, pelbagai isu dan masalah yang timbul apabila seorang anak memaklumkan hasrat mereka untuk berkahwin. Di antaranya ialah:

  1. Ibubapa menghalang anaknya yang masih lagi belajar unutk berkahwin.
  2. Ibubapa menghalang kerana pasangan yang dipilih tidak setaraf pangkat atau darjat.
  3. Ibubapa menghalang kerana anaknya yang baru sahaja bekerja dan bimbang jika anaknya berkahwin kelak, sukar untuk mereka menumpang senang.

Anda jangan kata say mengadakan cerita ye, semua ini saya peroleh setelah merujuk beberapa article dan post. Di sini saya sertakan quotation yang saya perolehi.




Ya,,sesetengah berpendapat bahawa, kita tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan seseorang itu berkahwin terutama bila melibatkan perkahwinan di bawah umur. Tapi selagi syarat-syarat memunuhi syarak dan berkemampuan, apa salahnya.



Turut tertarik minat saya terhadap post dalam halaqah.net yang mengatakan pendapatnya bahawa:,


Walaubagaimanapun, perbincangan yang rapi dan berkonsepkan musyawarah amatlah digalakkan dalam Islam. Ibubapa boleh menilai kembali keadaan anak mereka itu samada mampu untuk mendirikan rumahtangga. Jika keadaan masih boleh dikawal, si anak mungkin boleh menangguhkan hasratnya. Namun, ibubapa perlu menggunakan pendekatan yang baik dan lembut dalam menangani hal ini terutama bila si anak masih lagi belajar dan dibawah tanggungan penuh si ayah dan ibu. Tetapi, bila si anak telah pun bekerjaya, janganlah dihalang sekeras-kerasnya kerana sia anak mampu. Jika pilihan si anak itu melanggar hukum syarak seperti seorang yang memudaratkan, peminum arak, penzina atau sebagainya. Hal ini dibolehkan untuk menyuarakan halangan kepada si anak kerana kuatiri memudaratkan si anak dan juga agama serta keturunan.

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Wahai para pemuda! Sesiapa yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu pendindingnya".

Selain itu juga, saya paling tidak setuju bila perkahwinan yang dipersetujui dilaksanakan dengan besar-besaran. Atau si ibubapa perempuan meminta hantaran yang mahal atas alasan barang mahal, atau jua sengaja diletakkan supaya pihak lelaki rasa terbeban dan menangguhkan hasrat untuk berkahwin. Astaghfirullah... Bukan kah nanti lepas perkahwinan itu, bebanan itu juga kan ditanggung oleh si anak perempuannya?? yang lelaki tadi akan jadi suaminya....

Kita lihat pandangan dari Bekas Mufti Perak, Dr Asri yang saya petik dari blognya:

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.
Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Tambahan lagi, menurut Ustaz Asri:,

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Source:http://drmaza.com/home/?p=501

Turut saya perolehi sesi soala jawab di sebuah laman blog:,

seandainya anda telah berkemampuan maka anda wajib berkahwin.  anda hendaklah menjelaskan kepada keluarga anda bahawa langkah bendul adalah merupakan adat sahaja bukan hukum agama.
1. DALIL DARI AL-QURAN

Firman Allah Taala:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.

“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. 
(Surah al-Baqarah: 232)

Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka.. keluarga akan menanggung dosa si anak jika sekiranya berlaku perkara d luar jangkaan ( maksiat ) dengan menghalang perkahwinan daripada berlaku. -na'uzubillah

Source:http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38116

Pada pandangan saya, ibubapa tetap berhak menyuarakan pendapat dan nasihat dalam isu perkahwinan anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi ini akan menentukan masa depan anak-anak dalam membina keluarga dan zuriat yang soleh dan diredhai. Bersama-samalah menyelesaikan dan mencari keputusan yang dipersetujui bersama kedua belah pihak. Solat istikharah, solat hajat dan doa yang berterusan adalah alternative terbaik didalam memecah kebuntuan.



Wallahu'alam..... 

Sunday, October 16, 2011

Hadiah dari student

hari ni, as usual,,setiap sabtu aku ada kelas untuk pelajar kursus secara sambilan... Teringat semasa mula-mula semester bermula, setiap akli tiba hari sabtu, aku nervous dan cuak yang amat nak hadir ke kelas.. Takut nak jumpa student yang mana rata-rata lebih senior umurnya dariku ini.....

but sehari demi sehari, alhamdulillah, everything goes smoothly.. walhal aku lebih selesa mengajar mereka dari mengajar pelajar-pelajar semester biasa ni yang lebih keanak-anakan dan kurang berdikari... mungkin faktor usia dan pengalaman yang membezakan mereka...

Teringat di saat pelajar part time aku tahu umur ku... hahahahaha...gelabah tak sudah aku.. nasib mereka still respect me.. even they are my students, but somehow im just seemly feel they all just my friends, so that not much gap and barrier between us. Ada masa aku jadi strict dan ada masa akau jadi funny... sebab tu salah satu cara aku nak mereka faham apa yang aku ajar..alhamdulillah,,perkongsian ilmu dan pengalaman sesama kami.. Goooddd.....

Kelas hari ni,,aku masuk je sambil melangkah kaki ke kelas....

"assalammulaikum cikkk"
"waalaikummussalam,,aik..saya baru je nak bagi salam tadi" jawabku sambil senyum...

"tahniah cikk,,," ajwab seorang pelajar..
"tahniah apa?" tanya aku...
"ala,,cik akn baru elpas konvo...."jawab seorang lagi pelajar..
"owwwhh, terima kasih" ajwabku sambil malu....

aku pun mula seperti biasa...bila nak start mengajar, hari ni memang tak bawak laptop, keyakinan dah ada untuk mengguna whiteboard sepenuhnya...mungkin sebab topik pengiraan...

"okay hari ni saya sambung pelajaran yg lepas.. kita akan belajar PERT/CPM technique untuk uncertain activity/probabilistic activity okay..." beritahu aku..bila baru je aku mula nak menulis di whiteboard...
"cik,,samapi hati tak cakap nak konvo, tak jemput pun kitaorang datng konvo"
"aah cik,kitaorang nak belikan bunga tau"
"tengok gambar cik,,tak cam cik tak pakai spect..tapi muka cik lagi sweet pakai lense"

Adoii,budak-budak ni,,menyesal pulak aku tak restrict picture konvo tu kat dorang...ni mesti dorang tenok pictures tu melalui facebook wakil kelas....

"ala,,awak tak payah lah beli bunga,,bunga nanti layu" jawab aku bersahaja...
"ala cik,,,tapi tahniah yer cik. kitaorang pun nak macam cik, pakai jubah konvo amcam cik"
"insyaAllah boleh punye,, tak lama dah kan you all punye turn" jawab aku..
"tapi cik degree, kitaorang diploma,,"
"awak sambung lah lagi"
"boleh je cik, tapi cik bagi kitaorang lulus subjek cik eaa"

Ish bebudak ni, sekali layan kadang tak sematang usia lah pulak..hahaha...tapi apa-apa pun enjoy...
bila dah habis je lesson hari ni,,lepas aku bagi satu soalan suruh dorang buat, satu persatu pelajar aku hampiri untuk memastikan dorang faham...yang kurasakan lebih senior dari aku, hanya nama ku panggil..kadang terlintas dihati, minta maaf lah yer..


then aku hampiri meja untuk kemas semua barang-barang aku..tiba-tiba aku nampak sekeping kad dan sekuntum bunga ros perhiasan... aikk,,mana datang pulak ni...tadi takde..



aku pun bertanya.."eh,ni mana datang ni? sape bagi?"
"kitaorang semua lah cik, tu je yang sempat belikan cik"
"terima kasih yer semua,,terharu saya.... tape ni pun dah memadai...ingat jugak dekat saya"

arini, semua nak keluar datang jumpa aku dulu cakap terimakasih dan tahniah...
Terasa terharu pula... terimakasih semua pelajar-pelajar.... comel je kad yang diberi, penuh dengan ucapan dan tandatangan setiap pelajar....arigatooo.....


Sembilan Sepuluh Sebelas

Assalammualaikum w.b.t.... salam seantero rakan bloggers sume...


Masih ade ke blogger yang sudi menjengah ke blog ku ini??hahaha...lama rasanya tak update and wat traffic kat blog orang.. Rindu nak berblog-walking,,tapi as usual,,kekangan masa je lah sebagai punca utama....

Banyak rasanye perkembangan dunia blog dah aku tingglakan..adoyaiii...sempat ke nak catchup?? tape....
okay straight to the point.... Berbalik kepada tajuk post kali ni... SEMBILAN SEPULUH SEBELAS..
Apa agaknya ya???? ce teka..ce cuba....

Sebenarnya itulah tarikh keramat bermula nya selangkah ke depan dalam hidup aku.. Apekah?? ia adalah hari majlis graduasi ku..atau dalam bahasa mat salleh nyer,, My Convocation Day.. Alhamdulillah,,selama hampir 5tahun lebih aku menjadi mahasiswi UIAM,,akhirnya berjaya aku melangkah kaki ke pentas konvokesyen itu..

BErmula dari Julai 2005 aku masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM di Petaling Jaya yang kini lebih dikenali sebagai Centre for Foundation of IIUM as Gate of Knowledge and Virtue.... then, Julai 2007, melangkah lah aku ke Garden Knowledge and Virtue...segala pahit manis maung suka duka menuntut ilmu adalh di taman ilmu dan budi ini amatlah nostalgik...

Disini aku belajar berdiakri, di sini aku belajar bergaul dan bersosial, di sini aku belajar membentuk sahsiah diri, di sini aku mengenal erti persaudaraan sesama islam...di sini aku eknal erti usaha dan eprcaya pada diri...semuanya di sini....

Alhamdulillah,,setelah hampir 6 bulan tamat belajar, akhirnya pada tanggal 091011 aku menempuh hari konvokesyen. Hari ini hari yang bahgia dan hari ini juga hari yang paling mensyahdukan.... hurmmm....



Abah, Mak, Kak Nora, Anis dan Abg Salim

Bonda dan Ayahanda kesayanganku hadir,,Alhamdulillah... Walaupun pelbagai badai melanda.. Mak abah datang jugak dengan pakaian sedondon... Kak nora dan suami mewakili 3 lagi kakakku yang tak dapat hadir.. Terima kasih for the flowers... Teruja first time dapat bunga...hehehehe


Finally, first and foremost,, they come... Ayah, ibu, adik nurul dan adik haziq.. TQ

Terimakasih pada keluarga kandungku yang turut hadir... Semoga adik-adikku juga boleh mengikut jejak alngkahku dan malah lebih abik dariku..InsyaAllah.....



My Mr Love...TQ for coming....=)

Turut terharu dengan kehadiran My love...walaupun jadual kerja padat, sudi dia luangkan masa datang... TQ sangat for the rosses, the bear and the chocolates.. All 3 in 1 package... Thanks jugak jadi my cameraman... hehehe....

Bersyukur sangat ke hadrat Illahi, semua insan tersayang dalam hidup hadir  pada hari yang  bersejarah ni.. For the first time My love met my true family.. Hope everything gonna be fine after this.. Harap-harap segalan perancangan dipermudahkan.. Ya Allah... Sesungguhnya niat murni kami ini adalah sebahagian ibadah kepadaMU dan sunnah kekasihMU... Moga dipercepatkan...aminnn

my bestfriend---skrg dia da jd isteri org... sy bila lg yer????

turut rasa gembira bila dapat meraikan konvokesyen bersama-sama teman seperjuangan... Sobrina,,dah jadi isteri orang ko yer...  Alhamdulillah,, selepas ini masing-masing dah ada life sendiri... semoga semuanya berjalan dengan lancar..memori bersama kalian tak eprnah aku lupa... korang memang rakan terbaikku... Sobrina, Suhada, fadhleena, norwina....thanks kerana selalu ade di sisi mendengar keluhan,kemarahanku....love u all....Tak sempat nak amek gambar dengan norwina...soryyy..=(


bersama suhada ramli....besties yg still keep in touch...

mungkin kami sekampung...so selalu lah keep in touch dengan suhada ni..rajin juga dia datang menjenguk aku ke shah alam...tq dear... sayang ko... yang ni kawan paling manja...heheheh...opps jangan marah yer...



with fadhleena....one of my besties
Thanks aleen,,selalu tolong aku.. especially bila aku tak tahu ajaln and takde transport..thanks again dear...
teringat dulu kau selalu lepak bilikku..rinduu time tuh..stay up sesame... tido bergelimpangan...hahahaha


special from My Mr Love

Special from my sister....

Special from my students....


Sunday, July 24, 2011

Hurt, Heart, Hard

Bila rasa mahu menangis, menangis lah.... kerana mungkin airmata yang mengalir keluar mampu menghilangkan segala rase kesal, sedih, amarah di hati... siapa kita, apa yang kita rasa, itu semua kita saje yang melaluinya... Allah sahaja yang maha mengerti...

Mereka??Mereka di luar hanya tahu menilai apa yang diluaran sahaja. Tersenyum nya kita, tertawanya kita..itu sahaja yang mereka nampak.. Ketulenan senyuman dan tawaan itu,,mereka tidakkan tahu dan sedar...

Mungkin sebab itu lah, kukatakan airmata adalah teman terbaik setakat ini. Dikala kegembiraan, airmata tetap mengalir tanda syukur ke hadrat Illahi... Dikala kesedihan airmata tetap jua mengalir disamping berdoa kepada Dia Yang Maha Esa memohon bantuan. Namun,,hati tetap memendam seribu macam rasa... Biarlah,,biar sendiri yang mengalami pedih ataupun bahagia.

Harapnya segala apa yang kulakukan selama ini membuahkan hasil dan diberkati olehNYA. Dan jua, kuharaps etiap titik keringat ku mengalair dihargai oleh insan-insan disekelilingku.....


InsyaAllah, setakat ini,,aku masih di sini, masih lagi diriku yang dulu. Ku sentiasa berdoa agar diriku tetap begini dan tidak seperti kacang yang lupakan kulitnya.  Cuma kuharap, diriku menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum ini. Seorang yang penyabar, gigih, penyayang dan sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua... insyaAllah,,show me the way Ya Allah.

Thursday, March 3, 2011

The Lucky 1.5.0


Hye semua....hari ni baru sempat nak jengah blog sendiri. Mintak maaf yer pada kawan-kawan blogger yang lain sebab tak sempat nak ziarah dan tinggal tapak kaki kat belog kamu.. Sekarang amoyz tengah sibuk sikit tolong my sister buat promotion and advertising sini sana untuk Busana nya...

Ni dekat opis cuba jugak menyempatkan diri nak tengok belog ku ini. Tengok-tengok jek dah ade 150 follower...Alhamdulillah.... Masih ade yang sudi menjengahkan diri mereka kat sini... Amoy teringin nak bagi award pada follower yang ke 150 ni. So, bila ditilik-tilik the lucky person is....


So hari ni amoyz sempatkan diri terjah belog beliau untuk meninjau.. Wah belog yang menarik juga....
Wah,,cik azizah berniaga juga.. tahniah ke kamu yek.. Pandai mencari peluang yang ade untuk menambah side income.. Thumbs Up ke kamu lah... 

Saye doakan kamu success ya!!!


Wednesday, March 2, 2011

A.W.A.R.D untuk follower

Salam...hye semua,, salam satu Malaysia pada rakan-rakan blogger dan sape-sape je lah yang sudi berkunjung ke blog ku ini.. Terima kasih sesangat pada yang sudi jengah dan tinggal komen di chatbox mahu pun di entry. Alhamdulillah,, sekarang saye baru dapat rase kemanisan dan keseronokan berblogging... Dulu hanya hangat-hangat tahi ayam jek..hahaha...


Tapi bila dah tengok semakin bertambah follower ni,,rasa terharu dan sedih jugak rasanye... Hurmm,,terima kasih yang tak terhngga pada kawan-kawan blogger yang bagi semangat dan tips membina untuk amoy terus bersame-same dalam dunia blogging ni.. dari tidak tahu ape-ape, sampai sekarang nih saye dah pandai edit blog sendiri. Orang kate sikit-sikit lama-lama jadi bukit..huhu

So, sebagai rasa menghargai pada mereka yang sudi FOLLOW blog Telahan Jiwa dan Minda ni, saye dengan rasminya ingin mengumukan Award istimewa untuk kamu semua.. Silalah ambil yer, sudi-sudikanlah tampal di laman dinding belog-belog anda...jika tak keberatan...(^__^)V


Hurm, harap-harap cantik lah award ni untuk anda semua ya!! I decorated it by my self....huhuhu... 
InsyaAllah, jika diberi kesempatan lebih, saye akan singgah dan meninggalkan bekasan tapak kaki saya di laman dinding belog anda wokay. Maaf pada yang follow dan tak sempat saye lawat, Im sorry kerana keterbatasan waktu sekarang ini. Mulai 1 March 2011 saye dengan rasminya membantu my sister di Busana nye... Anda ingin tahu lagi..klik BUSANA BAJRAI.... So malam lepas kerja baru ada masa nak online...
Maaf ya, but i'll try my best to visit you all my friends...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...