Bila rasa mahu menangis, menangis lah.... kerana mungkin airmata yang mengalir keluar mampu menghilangkan segala rase kesal, sedih, amarah di hati... siapa kita, apa yang kita rasa, itu semua kita saje yang melaluinya... Allah sahaja yang maha mengerti...
Mereka??Mereka di luar hanya tahu menilai apa yang diluaran sahaja. Tersenyum nya kita, tertawanya kita..itu sahaja yang mereka nampak.. Ketulenan senyuman dan tawaan itu,,mereka tidakkan tahu dan sedar...
Mungkin sebab itu lah, kukatakan airmata adalah teman terbaik setakat ini. Dikala kegembiraan, airmata tetap mengalir tanda syukur ke hadrat Illahi... Dikala kesedihan airmata tetap jua mengalir disamping berdoa kepada Dia Yang Maha Esa memohon bantuan. Namun,,hati tetap memendam seribu macam rasa... Biarlah,,biar sendiri yang mengalami pedih ataupun bahagia.
Harapnya segala apa yang kulakukan selama ini membuahkan hasil dan diberkati olehNYA. Dan jua, kuharaps etiap titik keringat ku mengalair dihargai oleh insan-insan disekelilingku.....
InsyaAllah, setakat ini,,aku masih di sini, masih lagi diriku yang dulu. Ku sentiasa berdoa agar diriku tetap begini dan tidak seperti kacang yang lupakan kulitnya. Cuma kuharap, diriku menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum ini. Seorang yang penyabar, gigih, penyayang dan sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua... insyaAllah,,show me the way Ya Allah.
SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN
Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)
No comments:
Post a Comment