SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Corat-Coret. Show all posts
Showing posts with label Corat-Coret. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Its all about number 16

Assalammualaikum dan Salam Blogging kawan-kawan....

fuhh,, tenggelam timbul tenggelam timbul post dalam blog ni.. mana sempat je skrg ni..cite banyak nak post dalam otak ni..tapi nk cari free time duduk mengadap lappy... memang susah sekarang ni... tak macam dulu-dulu...

walhal sekarang ada waifi kat rumah,, tapi after office hour masa hanya untuk puteri kesayangan dan suami.. bawak balik kerja ke rumah pon tak tercuit...

erm,, okay post ni nak cita mengenai nombor 16... 

al-KISAH

16 September 2013 - Selamat melahirkan puteri sulong



16 November 2013 - Lapor diri di Politeknik Mersing Johor
16 Disember 2013 - Mula kerja - habis cuti bersalin




Nilah rupe my new office view..duduk dalam cubical okay... okaylah...

tetiba rasa the luckiest number in my life is 16... boleh gitu?? untuk tahun 2013 lah...huhuhu

Monday, December 2, 2013

2013 bakal melabuh tirai

Assalammualaikum semua...yuhuuu..... 

Ya Allah lamanya tak jengah blog ni..dah penuh dengan sawang labah2 dan tahi kelawar ni..haha
Pejam celik 2013 dah tinggal lebih kurang 28 hari bakal meninggalakn kita dan bakal tiba tahun 2014...

Phewww.... masa itu bergerak terlalu pantas...tajam seperti pedang, laju seperti kuda, berharga seperti emas!!!

Yang kelakar, bukak2 blog, tengok ada post yang tak sempat nak post jadi draft..terus klik publish....alahai,,dah absi pulak tu post tu..lantak ler.. boleh gitu??

Okay, straight to the point....nak dijadikan cerita, tahun 2013 ni tahun yang murah rezeki pada aku.. tak disangka2 semuanya... Terima kasih Ya Allah.... 

Paling tak dapat dilupakan adalah Mom2Be moment throughout the year... siapa??? sayalah.. Actually berita gembira ni dah tahu masa bulan Disember 2012 lagi... Bagaimana?? okay nanti ye akan ku story di post yang lain. hehehe....Klik SINI.

During Februari 2013 ---- family trip to Terengganu.. 

Masa ni aku dah 2 to 3 months pregnancy.. alhamdulillah, takde morning sickness yang melampau...







March 2013------Bengkel di Cameroon Highlands

Last pegi sini masa Form 4, rombongan sekolah... tulah kali pertama pergi kot.. Tup2, nama naik untuk hadiri Bengkel Pemasangan Soalan Peperiksaan Akhir Politeknik... Rezeki2....




April 2013---- Jalan2 ICity with Hubby




Akhirnya tercapai jugak nak pergi jejalan berdua-duaan dengan hubby ke ICity. Kami checkin di ICity hotel semalaman dan berjalans akan sekitar ICity tengok lampu.. Best2.. almaklumlah, walaupun bercinta hampir 8 tahun, kami susah untuk ada masa keluar berdating seperti pasangan lain ( itu lebih baik kan,,,,Alhamdulillah).
Tapi dah kawin pon kami Perkahwinan Jarak Jauh--- tetap jugak susah nak berjumpa..
kadang seminggu sekali, dua minggu seklai,,paling lama sebulan sekali.....

Mei 2013 ------ Wedding my SisterInLaw



haa, ni wedding the only sister sebelah hubby.. masa ni aku dah 6 month pregnancy.... perut??? masih tak nampak kan..hihihi


July 2013 -------


Again,,,jalan2 ICity lagi with hubby... masa ni Alhamdulillah, hubby datang sebab dapat masuk kuarters, 16 July dapat masuk...tengah bulan ramadhan, dapat jugak berbuka dan bersahur dengan hubby.

August 2013 ------

First Aidilfitri sambut bersama suami... Alhamdulillah, ni raya pertama kami dan yang terakhir kami berdua... lepas ni dah bertiga.. hehehe.. masa ni dah masuk 8bulan...

September 2013 ------ 





Im being warded for 4 days and three nights... hehehe..nanti akan dicerita lanjut di post yang lain ya... Klik SINI.... waiting and waiting for my princess to come out... penuh kenangan.... 


October 2013 ------- Kenduri Kesyukuran dan Potong jambul My Princess



masa ni baru 41 hari berpantang....nampak belakang je.. berat turun hampir 11.5kg.. Alhamdulillah..


to be continue....

Goodbye 2012 - full of memories

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Wohoooo gila skema punye opening.... Long time not post anything in this blog... Pejam celik dah 2013 dan dah dekat setengah tahun dah dalam tahun 2013 ni.... Last post on October 2012... 

Kalau boleh bersawang blog ni,, dah bersawang agaknya..hahaha

Hurm.... mungkin ni post yang pertama untuk this year... 


Okay,,rasa nya macam nak topup apa yang termiss last year..... tahun 2012 lah tahun yang banyak tarikh sejarah dalam hidup yang mencetuskan banyak perubahan dalam diri ini...ceewaaahhhh!!!


1) Dinner PSA - SACC Convention Center

with hubby

2) Jejalan I-city with sister (first time jejak kaki)

with nieces and wina

3) Kursus KIPA - 2 weeks at Politeknik Sabak Bernam

Study 4 exam
Pekena mee udang banjir 














4) KIK - The fame team

im joined a group called The Fame - we do KIK ----simply do some innovation...





5) Berdating selepas wedding

Lepaking bersama kawan2 hubby di pasir Lanun, penyabong.




6) Prehoneymoon ---- jalan2 je pon





rasa macam nak repeat je... tak sempat lagi berhoneymoon dah berbaby moon...hehehehe......lawak je...


tu je kot..huhu...tak ingat dah.. adoi----- masa my hubby buat suprise celebrate my birthday, takde gambar plak.....sayangggggg----- 

oh ya---kami masih belum sempat honeymoon ye....hehehe

Tuesday, October 23, 2012

Im Not Single anymore...

Assalammualaikum .w.b.t dan Salam bloging sume...

Ya Allah lama rasanya tuan tanah tak menjengah ke blog sendiri...bersawang dan dah berkulat dah rasanya ni haa...hahahaha..... almaklumlah dengan bidang kerja yang kian mencabar dan ketandusan masa.. Banyak sangat bende tak sempat nak update....

okaylah...kali ni ada masa nak update blog ni...memandangkan hari full day takde kelas.. Student ade program sepanjang hari... padahal a lot of bundles assigments, test and quizzes nak kena marking..tapi nak take a rest sekejap lah kan....

Alhamdulillah...pada tanggal 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal yang lalu...saya telah selamat diijabkabulkan bersama buah hati chenta saya Izmadi di Masjid Jamek Mersing. Syukur, dengan sekali lafaz saya sah bergelar isterinya....

Debaran menanti si pengantin lelaki tiba.....
     Alhamdulillah.... rasa puas hati dengan hasilnya.... 
Just nak share dengan semua.....
1) Veil beli sendiri di pasaraya Tewah Tesco Shah Alam 
(memang nak nampak ayu so cari yang putih kosong n labuh)
2) Half Moon Shawl beli dari Sugarscarf. Nak beli kt Radiusite dah xde color...
3) Inner Tudung Thai Silk beli di Tesco
4) Hand Bouquet D.I.Y sendiri (masa tunang dulu, digunakan semula masa nikah)hehehe...jimat wooo
5) Baju tempah di Butik Tia Fira Kampung Nakhoda @ Tia Fira Collection
(Manik-manik saya jahit sendiri yer...unbelieveable!!!!!)
6) Make-up by my sister....i like it!!

Setelah selamat diijabkabulkan...sesi menyarung cincin....

Bersama keluarga menrtua...

Bersama sebahagian ahli keluargaku..


Bersama anak-anak buah tersayang..

Singgah sebentar di rumah pak andak....raya kan....

Posing maut jap kt depan MR.JKQ 9929

Monday, December 19, 2011

Broadband ke Berukbengong?

yuhuuuu,,kali ni serius amoy nak mintak tolong kawan-kawan semua... tengah risik-risik nak pakai broadband...

terasa incomplete takde broadband nih. Sebelum ni pakai P1Wimax,, tumpang sekaki kakak punya, tapi suddenly dia nak stop contract and pakai Unifi plak.. So, terpaksalah mencari pegganti yang baru...
Bye-bye P1,,so far P1 memamg the best. Laju dan tak pernah ada masalah, cuma coverage jek takde kat area umah mak di kulai.. Top town je ada coverage.. tu yang leceh sikit, tapi bila kat shah alam ni,,pergh superb abesss....

so apa pendapat korang???? sekarang ni rasa macam either celcom or maxis broadband.. Ada sape-sape nak share pengalaman tak???? ye lah kan,,, taknak lah tersilap pilih provider, nanti jap lagi broadband tukar jadi berukbengong.....hahahahha...lembappp dan tak seperti apa yang dijanjikan..

ce cite kawan-kawan...

yang mana okay???


OR
OR


OR

OR



adusss,,,camne ni... mani ni???

kene wat istikharoh ke ek????hehehehe

Thursday, December 15, 2011

Cuti cuti lagi.....

Hye guys.... sekejap je sudah hari Khamis kan?? esok dah Jumaat..Hoorayyyyy.... 

Actually, amoy baru je start kerja hari ni setelah bercuti dari 10hb hinggalah semalam 14hb. Memang terbaek sangat cuti kali ni. dapat balik kampung dan buat family gathering. 10 hb majlis kenduri doa selamat dan aqiqah anak sedara.
with alia--majlis aqiqah (yang diraikan)

nur alia naznin
special desert-order dgn opismate

11 hb straight away balik Mersing konvoi hampir 6 biji kereta. For the first time i drove back to Mersing... Alhamdulillah....

Bermula perjalanan dari Shah Alam pukul 8.40 pagi terus ke Pasir Gudang. Berkejar ke kenduri di rumah kakak di Taman Bukit Dahlia. Selamat tiba pada pukul 12.45 tengahari. Tido semalaman di sana, keesokan harinya kami bertolak ramai-ramai ke Mersing pula..... Selamat tiba di Air Papan Beach Resort pada pukul 4.35 petang. Tapi amoy tido di rumah mak long je,,malas nak bersesak dengan kakak-kakakku yang dah berkeluarga.. heheheh....

So, dapat lah bilik 1st class kat umah maklong... Tidolah 3 beranak, amoy, mak dan abah... Aktiviti sangat padat tetapi memang menarik walaupun hujan renyai sepanjang hari.

Sempat jugak jumpa my future mother-in-law,, curi2 pegi singgah umah dia jap.. tak dapat jumpa anak pun, jumpa mak pun bestt... Anaknya busy kalah YB..heheh

Berikut antara gambar-gambar sepanjang cuti kali ni...


jumpa ex-classmate ms UIA dlu,,kampungmate jgak..hehe

Pantai Tg. Resang

mencapab jappp ea

Irfan dan Akmal


BBQ on d 2nd Nite at Rumah arwah atok sebelah mak
Markono Panggang

sebelum panggang
 Gambar daging kat atas tu, daging haiwan yang dipanggil Markono. Spesis pelanduk jugaklah... Orang kampung yang pergi memburu, so dapatlah merasa.. Boleh tahan sedap jugak dagingnya, tidak seperti daging lembu, tapi daging dia lembut macam daging ayam tua.. not badd...
1 malaysia

siput rebus kutip kt celah batu

sawah padi di Air Papan




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...