SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

K.I.T.E.S...Festival

Antara layang-layang yg dijual
Sekarang ini sedang berlangsung Pesta Layang-layang peringkat Antarabangsa bertempat di Bukit layang-layang Pasir Gudang. Pesta yang akan berakhir pada esok hari, 20/2/2011 ini mengambil kira penyertaan lebih dari 300 buah negara seluruh dunia. Wahhhhh...bangga nya..!! Kebetulan saya sekarang tinggal bersama kakak di pasir gudang, dan hanya beberapa meter sahaja jaraknya dari rumah,,keraplah berkunjung ke sana. Tambahan kakak yang bongsu turut serta menyertai gerai dengan menjual busana muslimah, lagi kerap ke sana..hehehehe....kelmarin baru sahaja saya mengepau sehelai shawl dan 2helai inner...huhuhu


my sis tengah layan customer

Siang dan malam pesta ini penuh dikunjungi penduduk sekitar dan juga ada yang datang dari negara jiran seperti singapura. Pelbagai aktiviti yang ada di sini dan jualan yang berpatutan harganya turut menarik ramai pengunjung datang. 

Gerai kakak aku ni memang meriah, dah macam pak arab yang jual. Dengan dipasang lagu-lagu nasyid dan marhaban, turut dipasang rakamn suara abangku sendiri.... Macam ni bunyinya:
"haa...mai singgah mai singgah, tudung murah-murah  3 sepuluh ada, semua ada"....hahahah


Gerai depan kincr angin n muzium layang2

Malam tadi sekali lagi aku berkesempatan pergi...Ada pertandingan karaoke, persembahan zapin dan macam-macam lagi. Orang ramai ya ampunnn, nak jalan berlanggar-langgar sampai.. Muda-mudi sini sana ade...seronok lah dorang yekkk....

Gerai kakak yang betul-betul berdepan dengan kincir angin...ha tuuu, nampak tak seperti dalam gambar tuuu?? Macam-macam jenis shawls, inner, tudung dan hanger ada..silalah datang kalau nak harga murah giler ni. Kompom murah dan tak dapat kat tempat lain....


Lagi layang-layang yg ade

Paling murah 3RM10


Pelanggan sibuk memilih


Sempat posing dgn maskot kt gerai KFC

JOMMMMM....kita pergi beramai-ramai!!!
lagi info pasal pesta ini boleh klik sini.

Friday, February 11, 2011

Jom Shopping - TAIHONG



ha,,,haiii.... jom shopping jom kat pasar borong tai Hong, Kota Tinggi Johor. Ia dibuka seawal 8.00 pagi dan tutup pada pukul 1.00 tengahari. pelabagai jenis pakaian terdapat di sana.. Pada mulanya, pasar ini hanya khusus untuk para peniaga mendapatkan barang-barang jualan dari pemborong dengan harga borong..


Dulu mak dan abah aku kerap ke sini untuk mencari barang. Kami berniaga di pasar malam berhampiran setiap hari. Boleh dikatakan segenap felda di daerah Kulai kami kunjungi untuk berniaga. Tapi setelah kedua orang tua berpencen dari berniaga, kami seeluarga ke sana hanya pergi sekali sekala untuk berjalan mencari barang keperluan sendiri. Oleh kerana kebanyakan pemborong masih mengenali mak dan abah, so kitaorang mampu mendapatkan harga yang murah.


Tapi sekarang, semua orang dah tahu tempat ni, kebanyakan orang awam yang datang daripada peniaga. Tapi harga yang dikenakan adalh berlainan dari peniaga.

HAa..ni gamabr-gambar yang aku sempat snap sambil berjalan....huuuu..maap lah yekkk..kurang clear..


Sunday, January 31, 2010

Indahnya desaku..

AIR PAPAN, MERSING, JOHOR........













Cuti-cuti yang seminggu cuma...





24 jan yang lalu, pulanglah aku ke kampungku yang terchinta di negeri jajahan takluk johor... diiringi kesedihan pemergian Almarhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-marhum Sultan Ismail 1932-2010.... semoga roh Tuanku diberkati olehNYA....Pemergian Tuanku satu kehilangan bagi kami rakyat jelata....May rest in peace..... AL-FATIHAH.....

Melangkah lah aku meninggalkan taman ilmu dan budi ni dengan berkobar-kobar...mana tidaknya...dari hari pertama sem baru bermula 7hb december,,aku tidak pernah lagi pulang ke kampung... rindu mak, abah, kawan2...suma2 lah....hehehehe.......

Keluar dari uia tepat jam 10.30pagi dan sampai di hentian pudu pukul 11.45 pagi... Berjalan-jalan aku di dalam pudu jap, beli payung pastu beli tiket ke Batu Pahat untuk pukul 12.30 tengahari. So, sementara tunggu waktu berlepas, aku melepak lah diluar pudu.. Aku difahamkan bas yang akan aku naiki ni, tunggu di luar, bas tidak masuk platform...Almaklumlah bas dua tingkat..Seriau aku dengar bila akak jual tiket kata, "dik,,tunggu kat luar yer,,Bas dua tingkat...".

Beristighfar aku sekejap, teringat tragedi yang menimpa negara tempoh hari,, kemalangan ngeri membabitkan bas express dua tingkat...Haish..aku mengucap panjang bila pikir balik... InsyaAllah,malang tidak berbau.. Kalau dah ajal kita, tak payah tunggu kat mana-mana...bila-bila je boleh berlaku dalam sekelip mata...





Sedang aku asyik menikmati keindahan bandaraya kulaa lumpur ni,, masa tu sambil-sambil kau minum air untuk hilangkan dahaga ni ha... cuaca panas yang amat aritu... Tetiba, datanglah sorang mamat menghampiriku...

"Kak, leh mintak duit tak kak?? RM 2? Boleh lah kak...."
"ish mamat ni pehal..datang-datang mintak duit...."aku bermonolog sendirian...
"kak,mintak duit kak..." mamat tu mintak lagi..aku hanya diam membisu tanpa menoleh sedikit oun ke arahnya...
"kak, saya baru kua penjara ni kak..takde duit nak balik Rawang..."
"aik..lagi aku takut......aku tetap wat bodoh....."

Mamat tu pun beralih ke seorang abang macho sebelahku..
"bang mintak duit bang..."
Ayat yang sama diberitahu kepada abang macho tu...
Abang tu pun bagi RM5 tanpa berkata panjang...
"Terima kasih bang...."

Aku tengok abang macho tu...abang macho tu hanya memandangku dengan tersenyum....
Dalam ahtiku berbicara lagi....
"Alahmdulillah,, abang tu bagi duit kat mamat tadi... Aku bukan kedekut, tetapi aku lebih kepada takut nak bagi duit tu.. yerlah, aku ni pompuan, seorang diri pulak tu...takut jadi benda lain...Maaflah pada mamat tu.... "

kadang bukan ape...
"manusia ni kita todak boleh menduga.......
bila kita terlalu baik,,,mereka pijak kepala.... tu yang ada orang kata..wat baik orang dengki, buat jahat pun orang dengki....?

So, macam mana????

Selepas beberapa minit.... Pintu bas pun terbuka....Aku pun naik lah... Tepat jam 4.30 petang aku samapi di stesen bas Batu Pahat... Mak, Abah, Kak nora n Anis dah menanti sedari tadi lagi.. huhuhu...entah, bas kai ni, lambat pulak sampainyer.... Sampai je, aku cakap kat mak...

"mak,,orang lapor la mak....tak makan ape lagi ni..."
"nanti singgah mana-mana je lah,,kita berhenti makan"...abah aku balas...
"kak nora, orang teringin nak makan doughnut Big Apple la....mu tolong bawak kan ea?" sahut aku...

menujulah kami sekeluarga ke BP Mall...semata-mata untuk beli doughnut tadi...hah, amek ko..
12 biji sekali beli...RM23.00... Terkejut mak aku...

"mak oi...donut ape yang mahal sangat ni??leh beli tepung buat sendiri kat umah...." ujar mak aku...
"biasalah mak, donut mahal, ada jenama tapi sedap..." jawab aku....





Selepas beli donut,,kami pun berangkat pulang.......

Friday, July 31, 2009

Memori baru..PULAU PANGKOR

KEEPING EARTH GREEN
PANGKOR VILLAGE BEACH RESORT
24HB-26HB JULAI 2009

Pada minggu yang lalu, amoy telah menyertai satu program anjuran Interactive Ranger Club (IRC) University Islam Antarabangsa Malaysia, Keeping Earth Green. Program yang berlangsung selama tiga hari dua mala mini adalah lebih kepada program induksi. Program ini disertai seramai 39 peserta dan dengan kerjasama Kelab Belia Asrama Malaysia. Apa yang menarik adalah, IRC club ini adalah sebuah club yang khusus untuk mahasiswi sahaja. Jadi, kesemua yang menyertai program ini adalah bunga-bunga yang berkembang mekar dan mewangi…


Kami bertolak ke Pangkor dari UIAM lebih kurang jam 1.00pg setelah berkumpul di Hs Square untuk sesi taklimat, pembahagian kumpulan dan juga sesi ice-breaking. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4jam lebih tidak mematahkan semangat peserta untuk tiba ke destinasi dan masing-masing lena di dalam perjalanan tersebut semata-mata untuk menyimpan tenaga. Dalam pukol 5 lebih, kami berhenti sebentar di Bota. Terima kasih pakcik driver bas,kerana belanaj amoy minum di kedai mamak..huhuhuhu….

Kami meneruskan perjalanan dan berhenti solat subuh di masjid berhampiran. Tepat pukul 6.45 pg kami tiba di pekan lumut. Pergh, amoy begitu teruja sekali,, ye lah,mana tidak nya,,,pertama kali berjalan jauh dan pertama kali sampai ke negeri perak..huhuhu… turun sahaja dari bas, masing-masing tidak lepaskan peluang ambil gambar sebagai kenangan…snap sana, snap sini….

Erm,,dalam kol 7.30 pagi kami menaiki feri menuju ke Pulau Pangkor. Lebih kurang 3 jam perjalanan, tiba juga kami di sana. Kami dibawa ke tempat program dengan menaiki teksi (van pelancong). Apa yang ingin Amoy kongsi, Amoy dan rakan-rakan yang lain menaiki van yang dipandu oleh Pak Mat 12. Pak Mat memang friendly dan buat kami pecah perut dengan telatah dan gelagatnya. Pak Mat mendapat gelaran 12 kerana mempunyai 12 orang anak,, Pak Mat mengaku yang dia mempunyai rahsia tersendiri bagaimana untuk mendapat anak selang bunga,,mean lelaki,perempuan berselang seli… SENSORED!!! Pak Mat siap menyanyikan satu lagu untuk kami menyebabkan kami semua lupa sekejap penat lelah dalam perjalan dari KL.

Tiba sahaja di Pangkor Village, tempat program kami sepanjang dua hari ini, kami dijamu selera dulu di ruang makan resort. Selepas mendengar sedikit taklimat dari fasilitator, kami terus dibawa ke khemah masing2… dah lama amoy tak tidur dalam khemah, last time masa secondary school dulu…huhuhu… selepas menukar pakaian untuk riadah, kami berkumpul semula untuk memulakan aktiviti explorace. Setiap orang dipecah menigkut kumpulan masing2 dan perlu mempersembahkn trademark kumpulan masing2..saat ini adalah yang paling melucukan,,masing2 menunjuk kehebatan sendiri.. kumpulan amoy tidak terkecuali,,,”baek punyer”.


Aktiviti explorace ini mempunyai 6 checkpoints kesemuanya… difahamkan kesemua checkpoint ini mempunyai jarak yang jauh antara satu sama lain. Ada checkpoint mempunyai jarak 5km untuk kami sampai ke sana. Terpaksalah kami mencari akal untuk sampai cepat ke destinasi,,,, ada yang turun bukit, naik bukit, memang semput habis lah..puas berlari dan berjalan, kami tahan kereta yang lau lalang… Alhamdulillah ada juga hamba Allah yang sanggup menolong kami tanpa mengenakan sebarang caj. Kumpulan Amoy merupakan kumpulan ke-4 dari 10 kumpulan siap awal. Tapi malangnya, hanya 1 kumpulan dipilih sebagai pemenang.

Antara checkpoint yang terlibat dalah:-

  • Menara tinjau
  • Pondok faizal
  • Jirat
  • Balai polis
  • Stesyen minyak
  • Jambatan gantung
Usai explorace, kami dijamu sekali lagi dengan makanan tengahari dan solat zohor. Aktiviti berikutnya adalah berkayak. Saat-saat yang dinantikan semua peserta. Aktiviti dimulakan dengan latihan bernenag sekiranya berlaku kecemasan ketika berkayak. Berkayak adalh pengalaman yang paling menyeronokkan bagi amoy. Ia mengajar bagaimana kita dan pasangan bersepakat mendayung paddle dan mengimbagi kayak dari terbalik. Alhamdulillah, sepanjang program tiada apa yang tidak diinini berlaku. Amoy berpeluang bermain kayak dua kali..hehehe…sepatutnya sekali seorang sahaja… terlebih sudah….
Aktiviti malam diteruskan dengan majlis makan-makan beramai-ramai dan disertai dengan aktiviti karaoke. Bila dah kena air laut petang tadi, sememangnya perut lapar menanti makanan.. kami dihidangkan makanan laut yang segar..sambil makan, kami dihiburkan dengan nyanyian fasilitator-fasilitator..namun, ada juga antara peserta yang ke depan bernyanyi. Apa yang mengejutkan adalah, masing2 mempunyai balat terpendam..ada suara yang mirip kak siti kita..memang superb la… para peserta masing2 kepenatan dan menanti arahan untuk pulang ke khemah…untuk ape??tidurlah…

Namun, malangnye..tepat jam 12, kami diminta oleh fasilitator untuk membuat wau bagi setiap kumpulan. Hampanya kami semua. Mana tidaknya, takde briefing takde apa, terus diminta buat wau.malam2 buta plak tu..namun, kami akur, dan buat sahaja…amoy percaya setiap peserta terdtik di hati, marah, geram suma ada. Kami semua masuk tidir lebih kurang jam2 pg.. fasilitator hanya beritahu, esok pagi kena berkumpul kol 7.30pg untuk poco2 dan selepas itu bermain wau. Mereka pulang membiarkan kami terkontang-kanting membuat wau…sedih2….
Malam tu, lepas keletihan bermain kayak dan membuat wau, kami tidur nyenyak betul. Sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami, pada pukul 7.00pg, hujan turun dengan lebatnya beserta dengan angin dan kilat..pergh, masing2 ketakutan..namun, fasilitator tak dating untuk memberi arahan pada kami. Tapi, nasiblah ada seorang pakcik tu suruh kami semua berpindah ke dewan. Mana tidak nya, takut2 kalau khemah roboh. Khemah dahlah bocor…sedih2…. Bila dah duduk dalam dewan….takdelah poco2 tu..wau kami pun dah lencun kena air hujan..tapi takpelah…kita hanya merancang, tuhan menentukan….


Dekat pukul 10pg, barulah kami nampak kelibat fasilitator kerana ada majlis penutup. Pada waktu itu, kami kena menghantar wakil untuk menjadi MC dan wakil peserta untuk berucap. Terlebih bertuah waktu tu, Amoy terpaksa menjadi wakil peserta untukberucap di depan. Amoy bila da bercakap ni, suah..semua benda dia nak cakap.ikutkan hati amoy, amoy nak suarakn sahaja ketidakpuasan hati di sepanjang program ni..tetapi, bila mengenangkan membawa image uia dan irc club.terbantut la… walaubagaimanapun, ada juga ayat2 tersirat dari tersurat menggambarkan program ini..maaflah…



Selesai majlis penutup, kami dijamu dengan makan tengahari dan kemudian kami bersedia berangkat pulang. Feri akan berlepas pukul 2.30ptg, kami diberi peluang untuk berjalan di sekitar pecan pangkor selama lebih kurang 40 minit untuk membeli sebarang ole2… amoy pun tak melepaskan peluang..beli tu, beli ni..erm….untuk mak pun ada..huhuhu dalam pukul 4.00 ptg kami tiba dipekan lumut…sementara tunggu bas UIA samapi, sekali lagi kami bersiar2 mencari pasal di sekitar gerai2 yang terdapat di terminal jeti pecan lumut. Kami bertolak pulang ke UIA pada pukul 6ptg. Kami singgah sebentar di ulu bernam untuk mengisi perut yang berkeroncong selama sejam. Akhirnya sampai ke UIA pada jam 11.30 mlm…TAMAT

SIAPA FASILITATOR??

Untuk semua fasilitator tempoh hari dan sape2 yang bakal nak jadi fasilitator…..

Lepas ni, lengkapkan lah diri betul2 sebelum menjadi fasilitator program. Kerana apa yang diharapkan peserta adalah komitmen yang tinngi. Semua peserta mengaharapkan sesuatu yang baru yang dapat dipelajari dari semua fasilitator. Memang tidak diakui, tidak semua orang boleh menjadi fasilitator. Bukan senang naj buat orang respect pada kita. Pakaian, percakapan, tingkah laku semua akan diperhatikan oleh peserta.. pelbagai sudut dan aspek akan dilihat dan dibandingkan. Perancangan masa haruslah terpeirnci. Jangan last minit baru buat dan fikirkan apa yang harus dilakukan. Fasilitator juga harus bijak menduga dan menambat hati peserta, gunakan pelabagai cara. Kerana setiap peserta lain latar belakang dan penerimaannya. Perbezaan umur itu juga penting, jangan lah peserta yang sudah berakal dan matang dilayan seperti kanak-kanak. Jadi tidak hairanlah jika tiada persefahaman berlaku. Fasilitator adalah menjadi contoh, role play kepada semua peserta, jadi mereka harus melengkapi diri mereka sebaiknya. Jadi ingat lah semua,,,bukan senang untuk menjadi contoh pada orang lain..jadi jangan hanya menganggap semua ini remeh, jangan hanya bekerja semata-mata kerana wang..tanam kan niat untuk membangunkan bangsa bersama-sama….demi ummah dan agama…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...