Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)
yuhuuuu,,kali ni serius amoy nak mintak tolong kawan-kawan semua... tengah risik-risik nak pakai broadband...
terasa incomplete takde broadband nih. Sebelum ni pakai P1Wimax,, tumpang sekaki kakak punya, tapi suddenly dia nak stop contract and pakai Unifi plak.. So, terpaksalah mencari pegganti yang baru...
Bye-bye P1,,so far P1 memamg the best. Laju dan tak pernah ada masalah, cuma coverage jek takde kat area umah mak di kulai.. Top town je ada coverage.. tu yang leceh sikit, tapi bila kat shah alam ni,,pergh superb abesss....
so apa pendapat korang???? sekarang ni rasa macam either celcom or maxis broadband.. Ada sape-sape nak share pengalaman tak???? ye lah kan,,, taknak lah tersilap pilih provider, nanti jap lagi broadband tukar jadi berukbengong.....hahahahha...lembappp dan tak seperti apa yang dijanjikan..
Hye semua, luckily kat umah bonda leh connect internet walaupun tersenggut-senggut macam siput..haahaha
Hari ni officially lah aku dah tamat jadi babysitter kakakku..huhu..Tapi apa yang pasti, macam-macam pengalaman dapat sepanjang aku tinggal dengan akakku itu..
Kira paling banyak ilmu rumahtangga lah..hihi..boleh kahwin dah ni...auww...
Sepanjang akakku pergi belajar memandu, aku lah jaga anak-anaknya kat umah..
Takdelah watpe sangat pun, tapi dah tak geli basuhkan berak si cilik akmal..hihi
Akmal dah biasa dan mesra dengan aku..
Kalau dulu nak pegang lama sikit pun susah woo..
Pegi hantar dan amek si kakak dan abang si cilik dari sekolah..
Yang paling best, aku duduk sekali dalam tadika tu..
Si abangnye mengaruk nak balik..
Tak pasal-pasal aku dok sekaki dalam tuh sejam..
Dok tengok budak-budak mewarna, membaca dan mengeja..
Dah macam aku pun kakitangan kat situ..hahaha...
Haa,ni gambar yang sempat aku snap kat tadika..hihi
Lepas tu sedikit sebanyak belajar memasak..
Boleh tahan jugakkkk...heee
Yang paling besh, aku leh tolong mesin rumput kat umah..
Dari depan hinggalah ke belakang..
Kesian lah pakcik-pakcik bangladesh takleh cari makan..
Selalu dorang yang datang wat service potong rumput..
Dah aku ade, tengok mesin pun ade,,,
Pe lagi dari takde wat keje,,aku tolong la..
Hahahaha
tapi yang paling banyak aku wat ialah dok online dan main Wii game..
Terbaekk woo..
Blog nih jadi active pun sepanjang duduk umah akak aku ni ha...
Lepas nih tak tahulah,,streamyx kat umah dah kene potong...
Adeiii...
Haa,,tulah alat yang aku guna untuk mesin rumput..memang senang jekk..
Tapi lepas mesin rumput, badan sakit gile berhari-hari gak lah..
Di salah sebuah karnival,,,sedang asyik aku berjalan...
Terkejutttzz aku tengok bende ni dan terus jek snap..
Rasanya isu ni perlu diambil kira oleh semua pihakk...
Dari dulu tiada penyelesaiannya...
Rokok dijual di gerai layang-layang dan alat permainan lain.
Begitu mudah nak jual ROKOK..ada symbol melarang jual rokok kepada budak umur bawah 18 tahun, tapi shelve rokok letak kat depan sekali diruang kedai menjual barang-barang permainan yang rata-rata pelanggan utama gerai adalah kanak-kanak dan remaja..
Ape kessss nih???!!!!
I hate smokers...
Rokok,,tiada faedah langsung!!
Kenapa?
1. Rokok mengandungi macam-macam jenis racun, bahan kimia yang merosakkan organ dalam badan.
2. Rokok bukan sahaja membahayakan si perokok malah orang lain disekelilingnya juga. Kajian mengatakan 30% dihidu perokok dan selebihnya 70% dihidu oleh orang disekitarnya. Orang lain lebih berisiko mendapat penyakit kronik.
3. Benci bila perokok dikalangan seorang ayah atau ibu yang slumber mengisap rokok di depan anak-anak kecil tanpa rasa bersalah.
4. Rokok merupakan suatu pembaziran. Harga rokok yang mahal boleh buat seseorang itu boros dan gagal mengawal kewangan bulanan. Sekotak dah lebih 5@6 ringgit ke atas. Dalam sehari, seseorang perokok boleh menghabiskan berkotak-kotak rokok. Membazir!!! Kalau dah berkahwin, elok duit beli rokok tu digunakan untuk beli barang-barang lain yang menjaga kebajikan keluarga... Pampers anak, susu anak!!!
5. Benci, walaupun umum tahu bahaya rokok, tapi penjualan rokok still berleluasa. Walaupun harga sering dinaikkan, tapi perokok masih setia membeli. Pengusaha tembakau dan rokok menjadi lebih kaya raya seterusnya terus menerus membunuh sesama manusia dalam diam!!!
Sedarkah kita????
6. hakikat yang perlu kita tahu, kerajaan dapat berbilion pendapatan dari pembayaran cukai oleh syarikat dan pengusaha tembakau serta rokok. Jadi oleh itu, mereka tidak boleh dihalang untuk terus membuat pengeluaran kerana mereka adalah salah satu punca pendapatan utama negara!!! what the fish!!!
Bilakah akan hadir kesudahannya?? Isu perokok dikalangan kanak-kanak, remaja dan wanita semakin meningkat peratusannya. MashaAllah.... Fatwa dah dikeluarkan bahawa rokok dah boleh diklafikasikan sebgai HARAM kerana memudaratkan...Nauzubillah....
Harap kesedaran dan sesitivity rakyat Malaysia akan pulih dan tetap dalam menangani isu-isu sosial dan negatif seperti ini..
Harap Maklum....
Laporan dan ulasan disediakan oleh :-
wartawan Ct NurAmoYz untuk seleksi komuniti anda.....(^__^)
Hai semua,, kali ni aku nak kongsi video si cilik ni lagi, kali ni dua cilik dalam keluarga aku,, boleh dikatakan dorang ni upin dan ipin juniorr....hahahaha.....
Dorang dua ni pantang dengar lagu Maher Zain yang bertajuk Barakallahuma tuuuu...mau berjoget-joget menghayati..hahahahaha.....
Ha,,,kalau free sila lah tengok yerkkk.... moga terhibur....
hurm....pelik pada insan-insan yang kadang leh diklasifikasikan sebagai tak sedar diri nihh... ha,,kali ni aku nak story pasal orang yang tak sedar diri dalam perhubungan..... erm,,setelah ku kaji dan ku amatilah kan.. dari rakan-rakan dan kisah-kisah cinta orang lain.. symtptom tak sedar diri ni boleh datang dalam banyak keadaan...
Pertamanye-pada boy or girl yang dah ade awek, tak sedar diri boleh lah nak pegi usha orang lain.
Keduanye-boy or girl yang dah ade steady gf n bf leh cakap dia still single lagi bila orang tanya. tapi depan pasangan mereka,,pijak semut pun tak mati kan.
Ketiga- gurl or boy luar yang iri hati dan tak sedar diri nak jadi kayu api dalam hubungan orang lain. Contoh lah,, kalau betul nak berkawan, kawanlah dengan dua-dua sekali kan. Ni tak, kawan dengan salah sorang, pastu leh pulak jadi ulat bulu yang baru naik daun.. wahh,,melebey la tuu.. pela..tak faham...
yang ada satu lagi kes,,, member kepada seorang tuu,, aku ni menanti masa jek,,,kang kalau bagitahu kata aku busybody, tapi aku kesian lah.. pakwe main pompuan sini sana,,ko bermatian kena tipu.. memang suffer la beb...hissshhh...
orang yang taj sedar diri macam ni mintak-mintak lah diberi balasan yang setimpal dan kembali ke pangal jalannn!!!!
Hye semua,,, sekarang ni semua orang sibuk bercakap pasal banjir kan?? tengok berita banjir, status-status di laman sosial jugak cakap pasal banjir, surat khabar pun yek.. Aku pun nak jugak post pasal banjir ni..hihihi..
Hari ni genap 3 hari hujan turun tanpa henti, kalau berhenti pun adelah 5minit-10minit. Lepas tu hujan balik. Siap ada angin lagi..Memang sejuk giler aaahhhh... Rasa nak berselubung dengan selimut jek akt bilik..tapi kang tak jadi kerja lak kan...
Dua hari lepas, masa dalam perjalanan pulang dari singapore, hujan turun dengan lebatnya. Sehinggalah ke highway Pasir Gudang. Hujan turun jekkk tau. Masuk jek highway pasir gudang, as usual, kereta banyak lah kan... Nak kata jem, tak jugak, cuma pergerakan lalu lintas agak slow..
Tengok-tengok seberang jalan nak ke Seri Alam dah naik air atas jalan. mujur ade jalan susur ke atas yang lebih selamat. So banyak lah kereta yang berpatah balik. Mana yang laju dan berani mati tuu,,dorang main redah je lah...
Dan ada jugak pemandu yang tak sayang nyawa, tengah-tengah hujan lebat ni boleh pulak dia nak speedo kan,ha kan dah slip kan depan..mujur lah tak accident..dah tau jalan banyak air dan slippery giler kottt...
ha tengok ni,,air melimpah-limpah kat jalan raya. kenape korang rasa??? ni sebab air takleh nak mengalir ke sungai..kenape?? sebab sistem perparitan yang tak betol okayyy...longkang tersumbat dengan samaph sarap okayyy... salah sape?? tepuk dada tanye iman masing-masing.
Kiri kanan jalan di naiki air..hishhh,,nasib tak dalam sangat sebab boleh redah, tapi wat-wat tengah-tengah lalu enjin masuk air??? dah semput-semput dan terus mati
HAAA,, yang ni tak silap aku dah dekat-dekat dengan masai utama, depan kuil...kat sini masa tu jem gilerrr..
Ada yang berjalan kaki mengarung air yang aku kira paras betis jugak lah...
Sebuah kereta dipercayai terbabas...so orang ramai sume tengah tolong nak alih kereta tu kot..tak sempat lak aku nak turun tanya...hahahaha
Haa,,ni view dari jarak dekat...tapi tak lah dekat sangat..hehehehe...
Mujur sempat jugak aku snap time abang aku tengah dirve agak laju gak masa tu. almaklumlah handphone murah jek, takboleh nak shoot cantik tengah moving ni kan...
Yang ni pulak kes lori, lori yang bodoh dan agak selfish jugaklah. Adeke patutu driver tu nak pusing kat situ. Suka hati mak bapak tiri dia jek kan. Cuba bayangkan kalau lah lori tu tengah pusing, tetiba ada kereta yang sedang laju tak sempat nak brek terus menghentamnya..perghhh,,mau berkecai kat situuu... ha tuu,cuba tengok,,dia nak pusing tapi tayar dean dah terjerlus kat tanah.. pe daaa...mujur baru nak belokk...kalau dah separuh jalan,, mau jem jalan kiri kanan kot.. ni lah dia orang malaysia yang memang kaya dengan perangai tak sabar dan pentingkan diri.. Sebab tu kemalangan negara kita semakin meningkat saban tahun!!!
Berhati-hatilah musim HUJAN ni, malang tak berbau kan. kadang kita rasa tempat kita takkan banjir sebab tak pernah dinaiki air. Semua tu kuasa Allah s.w.t,, KUN FAYAKUN... Jadi bersedialah. Pada yang ada anak-anak kecil jaga mereka dan jangan biarkan mereka bermain diluar, lebih-lebih lagi dilongkang dan parit. Takut nanti dihanyutkan air yang deras pulak. Jaga kesihatan yer. Awasi juga perjalanan anda....
Sekian sahaja untuk laporan kali ini, saya wartawan AmoYz melaporkan dari Pasir Gudang untuk rakan blogger dan pengunjung TelahanJiwadanMinda....(♥^__^)V↔(。◕‿◕。)✿
Hye sumer....sume dah tido dah ke??? Esok kan sabtu,mesti ramai yang lom tido lagi kan... Aku lagi sibuk tolong my bro-in-law wat keje-keje opis.. Saje2 jek mengisi mase terluang ni kan. Dan seperti biasa,,hati melonjak ingin menulis sumthing dalam blog ni...Kali ni,,tak tahulah nak cakap ape sebenarnye.. Nak tulis topik ape pun ketandusan idea.. Cuma tiba-tiba terpikir kembali,,
What i've done before throughout the years.....which I mean about love...for the relationship that already built bout 6 years..Hurm,,quite long huh??? Some people may already in the marriage already with the age like this...
Actually, the history begin like this..I knew him on the 1st May 2004..Long time ago..I was helping my mom during that time which actually in line with the celebration of the Labor day, we are selling some stuff in front of my aunt's restaurant... Hurm..one boy keep miscalling me..within a second..tettt..tettt...argghhhh..very iritating and annoying...
A bit later, i knew dat boy was my cousin's friend..hohoho..my cousin gave my phone numbers to him... Grrrrrr...hahaha...I dont have any special friend yet.. Why?? Because Im a bit tomboy on that age.. A bit rough from others gurl teen.. Two three weeks later, we began to message each other.. Without meet each other.. Then, we lost contact about several months due to my SPM exam... After exam was done.. I try to SMS him,, dont know why,, I seem like miss him..miss the miscalls every second..hahaha... Oh NO!! Suddenly Im realize Im start to like him...
Our firts pic b4 went to matriculation.
I think he was succeed winning my heart during that time..I dont know how and why? maybe the destiny...and the chemistry...hahahaha..so funny.. Actually,,I also have another friend which i close with,,SS.. He from Sabah, i knew him from one event that i representing my school at Pahang.. During that time MI and SS who the only person keep SMS with me.. Both are very nice.. But,, MI attracting me more... He proposed me on 13 Dec 2004. I've accepted it without too much words... So, form that day, I have couple relationship already...fall in love everytime.. SS is my best friend...Im really appreciate his kindness..he is good friend..maybe we are not meant to be together, but we are meant as a good friend.. But know,, i lost contact wit SS...maybe he angry with me... Sorry SS,,but you always be in my heart as a good friens..one of my good friends...
Our couple ring...
Aduihhh,,geliat lak lidah aku cakap omputih ni..hahaha..sory guys... kalau langage aku tu betol takpe gak kan,,elak kene gelak dengan readers jek jap lagi..huwahahaha....dah la dulu cite pasal ni...hurmm,,,will be continued soon...maybe after kitaorang ada something nanti.. when it is become officially... bila??hurm bila yerk?? InsyaAllah...niat di hati ingin cepat,,tapi semua itu ketentuan Illahi... Setelah berbagai dugaan, air mata ini mengalir,, daku impikan kebahagiaan sebenar di sampingnya.. chewwwaahh..uhuhuhu..Mungkin peluang yang kuberikan padanya ini adalah yang terbaik untukku..Amin
Ha,,yang ni,,aku nak story kat korang perkara-perkara yang aku wat..bila dikenang balik,,rasa nak ketawa.. Tak sangka yang aku ni jugak romantik dan very loving..Cesss,,perasan..
Aku pernah poskan kad untuk MI sempena birthday...Bahasa emmang jiwang habis lah..huhuhu..Siap ada sajak khas lagi..Ciptaan sendiri untuknya..
Aku pernah hantar poskad ke rumahnye on the day his first day working at PDMG. Tapi yang sedihnya, dia mula-mula kata kad tu bos lama yang bagi. wish congrate dan good luck segala bagai. Sengaja aku tak tulis namaku dibawah...aku just signature jek..Dia boleh call bagitau pasal poskad tu.. Aku lak just senyap sebab nak nangis..Why he didnt recognize my writing, my sign..huwaaaa... finally, aku mesej dia bagitau hal sebenar.. He say sorry....sedey kan.. niat nak jiwang-jiwang dan hargai dia.. I wanna give him support..huhu
Izmazani---
Aku pernah belikan kemeja mahal wooo untukdia.. Siap dalam beg dan sekeping kad cinta. balik-balik kad aku ni kan..hihihi..masa tu aku bagi kat dia,,hope baju tu muat lah..main agak-agak jek.. Aku belikan sempena dia nak pergi interview kerja masa tu.. Nak dia pakai on the interview day.. Dalam kad tu,,macam biasalah kan...ayat-ayat puitis untuk dia..hihihi....Alhamdulillah,, on the day,,dia pakai baju tu dan dapat that job..hoorayyyy...
Aku pernah bagi hadiah secara tiba-tiba.. Masa tu jumpa sekejap jek kot,,,mintak dia buka depan-depan aku. I love that moment... Nak tahu ape? A frame with our picture on it..Macam-macam aku pesan.. Nak suruh dia letak pic tu dalam bilik..Biar hari-hari dia tengok..heeee~~
Aku juga tak pernah lupa kalau pegi mana-mana mesti belikan sumthing untuk dia.. Biasanya bajulah... Ade jek baju,,dan kebiasaannya baju yang kubelikan tu sama dengan aku.. Means,,baju couple lah...Mostly warne hitam..sebab dia suka warna hitam..
Blog ni,,aku gunakan combination nama kami as URL..Izma+Zani...huhuhu... Kalau boleh evrything I want to do with him.. Ade kait mengait dengannya... Username ke,,ade jek nama dia kutitip bersama...Izaz...Ctiz...Semuanya dia...(^__^)
Aku pernah bagi Glass Ball ni kat dia...Aku beli dua..satu untuk dia,,satu untuk aku....comel kang bear dalam tu..Aku ibaratkan kami didalam sebuah istana cinta yang indah...insyaAllah,,one day.. Jika jodoh kami...
Aku juga pernah celebrate birthday dia..siap beli kek dan buat BBQ for him.. Nasib my sister sporting dan benarkan aku buat kat rumah dia..Masa tu birthday dia yang ke berapa yer?? ermmm..masa tu tahun 2006 kalau aku tak silap.ha..yang ke-20...best2...masa tu dia belajar kat poli lagi....kebetulan masa tu aku cuti, dapatlah merasa menyambut..
Lagu ni,,aku pernah bagi dia dulu...hihihi...
Lagi satu,,mak dia kata,muka aku ada iras-iras dengan penyanyi lagu ni...hihi...ramai gak yang cakap..tak tahulah tang mana...
Inilah dia....Farahdiya... Mana ada sama...jauh panggang dari api.. menangis air mata darah jap lagi si farahdiya ni..dia lagi cantik kotttt, hidung mancung, slim jek body.....aku ni sape lah....huhu
Ha,,cuba korang tengok gambor aku yang ni..kawan-kawan ramai kata ada iras sikit-sikit...buweekkksss...
First time bersolekkk...hahaha..macam per jekk
Klah,,next time post lg pasal ape dia wat pulak pada aku...wink winkkk...loveeeeeee....
Hai,,korang semua dok watpe tu malam-malam camgini?? dah masuk 2011 dah ni,,dah nak sampai middle of month January dah pun, korang punye azam dah dalam progress ke belum yer???hihihi
Kali ni,aku takde lah nak berhujah panjang lebar pun. Just nak share pengalaman sebenar yang kualami sewaktu aku ke UIA tempohari untuk uruskan segala prosedur Graduation dan juga sewaktu aku mengahdiri majlis pertunangan sahabatku.
Semuanya lebih kepada isu pengangkutan awam iaitu bas dan komuter. Bas, memang jadi kebiasaan lah para pengguna menggunakannya berbanding teksi yang jauh lebih mahal caj nya. Tapi bila naik bas ni risikonya adalah tinggi. Kenapa?
Pertama- Kalau bas penuh, kita terpaksa berdiri dan berhimpit lelaki perempuan. Euuuwww... Nak nak bila bas brek mengejut ke, bas nak membelok selekoh ke..mak aihh,,dah macam naik ape je rasa... dah berlanggar-langagr antara satu sama lain.
Kedua- Keutamaan pada yang lebih memerlukan. Siapa? Warga emas, Ibu mengandung, OKU, Kanak-kanak.. Kadang-kadang mereka tertindas.. Orang lain wat bodoh jek tak bagi ruang untuk mereka duduk. Mereka wat buta dan pekak je kan.Tak patut..nak-nak kadang kita ni memang tengah tak sihat atau bau lepas berjalan 3km sebelum naik bas. tak larat dah nak berdiri...susah jugak kan..
Gambar Hiasan
Ketiga- Ketepatan masa untuk bas sampai tu amatlah meragukan. Kadang datang on time, kadang tercepat dan terlambat. Elok-elok masa kita tunggu tak hujan, tup2, bas sampai hujan lebat lah..adoyaiii,,memang leceh. PAstu, macam au ni student U, katalah dah beli tiket nak balik hari sekian jam 11pagi. tunggulah bas ni nak pegi ke Terminal Bas besar, bila bas dah lambat, aku pun leh jadi terlepas bas express nak balik kampung..haisssshhhh...ni lah malang tak berbau..
Keempat- risiko kecurian gak tinggi. Aku pernah mengalami kehilangan handphone di dalam bas. Aku tertido sekejap je kot, bangun-bangun tengok handphone takde dalam kocek, mungkin ia terjatuh dari poket ku. dan ada sesiapa yang mengambilnya. almaklumlah penumpang yang ramai dan berbagai latar belakang. So, tak mustahil ada yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil handphone ku di saat itu. cessss...
Haa,yang ni lagi aku tak puas hati. Ni masa aku naik komuter. Dua kali dah aku mengalami keadaan yang sama. Pertama, sewaktu aku pulang dari Putrajaya atas urusan biasiswa di Menara PjH. Kak laili yang kutumpang sehingga ke Stesen Komuter Bangi sahaja. lalu ku tunggu coach ke Kl Sentral sampai...tunggu punya tunggu. Ada satu announcement yang mengatakan sekejap lagi bakal tiba satu coach khas untuk wanita sahaja. Diminta lelaki tidak menaikinya dan memberi keutamaan pada wanita. Bunyi nampak menari, sebelum ni aku hanya baca dalam kahbar je tentang coach ni, ni lah kali eptama aku nak menggunakannya, biarlah korang nak akta aku outdated ke..hehehehe
Setibanya coach for ladies yang serba pinky tu,, aku pun ke depan sedikit untuk hampir ke pintu. Berpusu-pusu lah kaum wanita pelbagai peringkat umur nak naik.. yang tak tahan tu, ade juga kaum lelaki yang tak faham bahasa sibuk nak naik. Geram pulak aku... tapi nak sound takut..hahaha.. yela, bukan ape,,aku ni seorang diri, kang kalau ada pape hal...(nk cover kunun2).. Tapi alhamdulillah, rezeki aku dapat duduk. tapi leh dikatakan coach wanita ni kerusi tak banyak lah,,suppose diperbanyakkan lagi. kesian ada yang berdiri lama...yelah pada yang stesen terakhir mereka jauh lagi, tak ke naya. ishh ishh...
Rasanya dah lama tak naik train jauh-jauh macam ni. dulu mula-mula naik ke rawang, ya ampun jauh gila rasanya. masa tu pegi umah makcik M.I...huhuh..masa tu kat matrik lag. gila berani jugak pergi sorang-sorang...haha.. ni dah abes belaja, memang takde chance dah la nak naik lagi. Yela, aku bukan anak jati KL pun..huhu..tunggu lah 6@7 tahun lagi Johor ada train.
Kedua, sewaktu aku pegi majlis tunang sahabatku. Dari bukit jalil ku ambil star ke salak selatan. Kemudian ambil ktm ke sg buloh pulak. ha, masa ni, kejadian yang sama berulang kembali. Apa jadahnya lelaki zaman sekarang ni tak macho and gentleman agaknya. Sibuk nak naik coach wanita ni. Geram aku. Time ni aku berani sound sebab ada sorang akak tu pun sound pada lelaki-lelaki yang nak naik tu. Kot ye pon dorang nak cepat tapi agak-agak lah kan. Yang oaling geram bila tengok mamat Indo dan Nepal pun ramai nak naik. Hishhh...nak je aku sepak ke tepi..
Aku just cakap...
Excuse me,, sorry its for ladies
sambil tunjuk ke arah logo coach tu...
Punya lah banyak ada tampal bende ni, tapi mata lelaki-lelaki yang tak macho ni buta.!!
Ha, ni mamat bertuah mana lah yang menyibokkkk sangat!!
So, lepas ni. Kalau korang nampak lelaki-lelaki macam ni, korang sound jek. Tapi kadang-kadang ada jek yang wat muka bodoh naik dan slumber.. Apa dia kesahhhh...hishh,,malang sape dapat suami macam ni tauu..
Salam lebaran pada semua yang setia kunjungi blog yang tak seberapa ni..kejap ade kejap takde,,tenggelam timbul hasil tulisan saya... Apapun minat menulis tidak pernah luput dalam diri ini.. cuma kesuntukkan masa untuk berkarya dan menulis berkurangan sejak dua menjak ini.....
Kali ini saya ingin berkongsi kisah mengenai seorang buta. Sebentar tadi ketika saya berada dalam train ke Terminal Gombak dari Masjid Jamek... saya gagal untuk mendapatkan mana-mana seat kosong..Jadi,,lazim lah kan..kenelah berdiri... Badan rasa macam nak tumbang dan melayang dah..berjam-jam dari 10pagi menaiki bas dari Mersing ke KL...Namun ku gagahkan jua bila ku melihat seorang buta yang bertongkat juga mampu berdiri...tidak lama kemudian,,si buta duduk sebelah temptaku berdiri..Ya,,memang itulah tempat khas yang disediakan untuk pengguna kurang upaya...
Dari satu stesen ke satu stesen, saya terus dan terus memerhati gelagat si buta yang berbangsa cina itu... Saya lihat, si buta itu khusyuk dan leka dengan hand phonenya di telinga... Saya jangkakan dia sedang mendengar lagu barangkali... Tiba-tiba.,,,masyaAllah,,, si buta itu juga memakai alat bantuan pendengaran,,maksudnya,,si buta itu juga pekak... Ini lah kebesaran Allah..dan saya rasa simpati dan bersyukur dengan kurniaan Allah beri pada saya yang cukup deria ini...
Begitu tabah si buta itu mengharungi hidupnya sehari-hari.. dari lagak pakaiannya,,saya rasa si buta itu juga seperti yang lainnya..pulang dari tempat kerja.. Apa pekerjaan nya wallahu'alam....namun saya kagum dengan kesungguhannya yang bergerak sendirian tanpa teman di sisi dan hanya bertemankan sebatang tongkat yang memandu dirinya ke destinasinya.. tersilap langkaih sekali,,,tersilaplah destinasinya..
Setibanya train itu di Setiawangsa,,,turunlah si buta itu... Mataku tetap melirik pada pergerakannya...terkial-kial dia bangun dan memacu tongkatnya ke depan..selangkah demi selangah dia berjalan mengikut gerak tongkatnya itu... lantas dia menghampiri ke pintu,, saya beralih kedudukan utnuk memberi laluan padanya... Seolah-olah lali dengan selok belok jalan, si buta sudah menghampiri tangga...
Wah..hebat si buta ini..tanpa boleh melihat...dia tetap boleh menuju ke destinasi dengan sendirinya...kecekalannya begitu tinggi..
KITA???/
Kadangkala kita yang cukup sifatnya ini pun tidak mampu berdikari...tidak cekal..tidak tabah...merungut...takut...semuanya hendak berteman....
Salam semua.... hari ini saya nak kongsi satu kisah benar yang berlaku atas diri saya.. Rasa terkejut pun ada. Kepada orang yang berkenaan, saya tidak tahu apa masalah anda. Mungkin saya mengenali anda atau pun tidak...
Kepada umum yang mengenali saya dan menigkuti perkembangan blog saya yang tak seberapa ni, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Setahu saya, blog saya ini tak pernah saya gunakan untuk menyakitkan hati sesiapapun. Blog ni saya cipta hanya untuk meluahkan pendapat dan rasa, di samping itu juga untuk saya jadikan tempat saya berkarya. Namun, jika ada menyinggung dan menyakiti mana-mana pihak mintak maaflah yer...
Saya ak pasti, mungkin tiada kaitan dengan kehadiran blog ini, mungkin individu itu menyimpan perasaan tidak puas hati atau tidak suka atau benci atau apa sahaja kepada saya. Mungkin ianya related pada alam virtual yang saya terlibat seperti facebook, friendster, atau juga melibatkan alam realiti kehidupan saya.erm,,,saya masih berfikir, walaupun tak seberapa, mungkin kalau critical, individu itu leh wat apa-apa sahaja kan???
Saya harap sangat, jika ada apa-apa yang boleh saya bantu, beritahulah terus kepada saya..
Anda boleh menghubungi saya melaui email. Mungkin ada di mana-mana saya terlanjur bicara dan tingkah laku, kita boleh bawa berbincang dan perbetulkan. Adatlah, manusia mana yang tidak membuat kesilapan. Dan janganlah kita hidup dengan hasad dengki, kerana jwa kita takkan tenteram....
Akhir kata, saya mohon sekali lagi, janganlah ada mana-mana individu bertindak luar kawalan. Alah s.w.t telah kurniakan akal pada kita untuk digunakan pada jalan sebaiknya. Ingatlah, menjatuh kan maruah dan air muka seseorang itu besar ganjaran dosanya.. Hidup kita adalah bermasyarakat, jadi kalau ada apa-apa, kita amalkan sunnah Rasulullah s.a.w, duduk berbincang, mutual consultation or bermusyawarrah. Jika malu untuk berdepan, jangalah guna taktik kotor,, banyak lagi jalan lain... Teknologi yang ada pun kita boleh guna.. Kita leh berbincang melalui telefon, email, surat, sms,dan macam-macam lagi.
Harap Maklum.....terima kasih dan minta maaf jika ada salah silap..