SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Rambut oh rambut....

1 muharam tempoh hari, aku nekad ingin memotong rambutku yang ku kira paling panjang yang pernah ku bela setakat ni. Kepala dah kerap sakit, kulit kepala dah gatal... Memang pantang ku berambut panjang, migrain akan menyerang..

Apatah lagi keadaan yang bekerja dari pagi sampai ke petang, rambut tepekung dalam tudung. Rambbut yang basah tak semapt kering, balik kerja mandi lagi.. Rambut tak sempat bernafas...hehehehe

So, menujulah seorang diri ke TTDI Jaya mecari hair saloon.. Dua kedai yang dicadangkan oleh opismate tutup pulak. Luckily im found one hair saloon 2nd floor.. Nama? biarlah rahsia..

Hajat di hati inggin memotong layer pendek as usual.. Style ku dari dulu.. Bila dinyatakan hasratku, si hairstylist pun gunting dan guntingg... zasss zasss zasssss!!!

Alamakkkkkk,,nape tak macam layer pendek.. just strait atas bahu... rm20...Ya Allah, serba salah, nak marah udah di potong,, ye tak. jadi redha je lah...

So, mengadulah aku pada incik iz,, namun dia sabarkan aku..heheheh...

"Nanti rambut leh panjang lagikan..."
"Memang lah,, tapi lambat lagi.."

So, kelmarin, dalam aku berjalan-jalan seorang diri ke Giant, singgah lah aku ke toko jamu, bertanyakan ubat lebat rambut, dan boleh merawat kulit kepala gatal dan hujung rambut bercabang...


TARRAAAAA....


hihihi, hopefully, rambut ku akan jadi sihat dan lebat.... insyaAllah.... dengar dari biacara tokey kedai jamu tu, hair cream ni laris dan bagus.. takpe, lom cuba lom tahu ye tak????

Friday, February 25, 2011

Lembu sekor dikisar???

Salam jumaat pada semua blogger...

Hari ni tuan tanah nak share beberapa video yang baru tuan tanah tengok malam tadi kat Youtube..
Terkejut, takut, tak percaya, marah dan was-was rasanya selepas menonton video tersebut..

jadi, tuan tanah nak share dan mintak response blogger lain dan juga visitor terhadap video ni..

Video Pertama


Sekor-sekor lembu dimasukkan ke dalam mesin pengisar..
Kejamnye...dengan kulit tidak dilapah...
Saye tak tahu video ni, lembunya masih hidup, ataupun dah mati ataupun telah diberi ubat pelali..
Bayangkan tulang belulang, kulit dan bulu serta daging yang bercampur darah dan segala usus dikisar sekali. MashaAllah,,janganlah dibuat bahan makanana...Tak sanggup!!!



Video Kedua




Korang tengoklah yer,,saye rase musykil yang amat sangat..


Mengapakah lembu sekor yang masih hidup dikisar bersama dagin potong yang lain??
Ada yang mengatakan lembu itu sakit dan ingin dibunuh. TETAPI, kalau betul lembu itu sakit sekalipun, mengapa perlu dibunuh dengan begitu kejam kan???


Banyak lagi cara lain..
Saye bukan ape, tetiba takut kalau -kalau daging yang sudah hancur itu digunakan dalam pengeluaran dan pemprosesan daging burger ke, bebola daging ke dan apa sahaja lah bahan makanan.


Harap ianya berlaku diluar negara dan negara ita yang aman ni tidak mengimportnya.
Nauzubillah!!!!!


Dah macam menganiaya binatang pulak..
Islam pun menyuruh kita melakukan kebaikan dengan mahluk ciptaan Allah yang lain kan..



"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah:195)


Janganlah kerana ingin mengaut keuntungan lebih, kita melakukan kezaliman pada haiwan dengan sewenang-wenangnya. Sesungguhnya Islam telah beri garis panduan untuk menyelbelih binatang untuk dimakan.




“Sesungguhnya Allah SWT sudah menetapkan agar berlaku ihsan kepada semua. Apabila kamu hendak membunuh, maka perelokkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih, hendaklah perelokkan cara menyembelih…”
Riwayat Muslim


Kesimpulannya, jika saudara hendak membunuh haiwan itu, carilah cara yang boleh mematikannya dengan cepat dan tidak menyeksa. Maka, sembelih lah dengan elok dan gunakanlah alatan yang tajam supaya ia cepat dan tidak menyeksa....


Wallahu'alam...

Saturday, February 19, 2011

Ape jadahnye ROKOK!

Di salah sebuah karnival,,,sedang asyik aku berjalan...
Terkejutttzz aku tengok bende ni dan terus jek snap..
Rasanya isu ni perlu diambil kira oleh semua pihakk...
Dari dulu tiada penyelesaiannya...

Rokok dijual di gerai layang-layang dan alat permainan lain.

Begitu mudah nak jual ROKOK..ada symbol melarang jual rokok kepada budak umur bawah 18 tahun, tapi shelve rokok letak kat depan sekali diruang kedai menjual barang-barang permainan yang rata-rata pelanggan utama gerai adalah kanak-kanak dan remaja.. 

Ape kessss nih???!!!! 

I hate smokers...

Rokok,,tiada faedah langsung!!

Kenapa?

1.  Rokok mengandungi macam-macam jenis racun, bahan kimia yang merosakkan organ dalam badan.

2.  Rokok bukan sahaja membahayakan si perokok malah orang lain disekelilingnya juga. Kajian mengatakan 30% dihidu perokok dan selebihnya 70% dihidu oleh orang disekitarnya. Orang lain lebih berisiko mendapat penyakit kronik.

3. Benci bila perokok dikalangan seorang ayah atau ibu yang slumber mengisap rokok di depan anak-anak kecil tanpa rasa bersalah.

4.  Rokok merupakan suatu pembaziran. Harga rokok yang mahal boleh buat seseorang itu boros dan gagal mengawal kewangan bulanan. Sekotak dah lebih 5@6 ringgit ke atas. Dalam sehari, seseorang perokok boleh menghabiskan berkotak-kotak rokok. Membazir!!! Kalau dah berkahwin, elok duit beli rokok tu digunakan untuk beli barang-barang lain yang menjaga kebajikan keluarga... Pampers anak, susu anak!!!

5.   Benci, walaupun umum tahu bahaya rokok, tapi penjualan rokok still berleluasa. Walaupun harga sering dinaikkan, tapi perokok masih setia membeli. Pengusaha tembakau dan rokok menjadi lebih kaya raya seterusnya terus menerus membunuh sesama manusia dalam diam!!! 

Sedarkah kita????


6.  hakikat yang perlu kita tahu, kerajaan dapat berbilion pendapatan dari pembayaran cukai oleh syarikat dan pengusaha tembakau serta rokok. Jadi oleh itu, mereka tidak boleh dihalang untuk terus membuat pengeluaran kerana mereka adalah salah satu punca pendapatan utama negara!!! what the fish!!!

Bilakah akan hadir kesudahannya?? Isu perokok dikalangan kanak-kanak, remaja dan wanita semakin meningkat peratusannya. MashaAllah.... Fatwa dah dikeluarkan bahawa rokok dah boleh diklafikasikan sebgai HARAM kerana memudaratkan...Nauzubillah....

Harap kesedaran dan sesitivity rakyat Malaysia akan pulih dan tetap dalam menangani isu-isu sosial dan negatif seperti ini..

Harap Maklum....

Laporan dan ulasan disediakan oleh :-

wartawan Ct NurAmoYz untuk seleksi komuniti anda.....(^__^)

Friday, January 28, 2011

Cicak Besar $$$$$$

Duit duit, di mana kau duit....
No money no talk...

Hai semua, kali ni aku rasa nak bercerita tentang satu haiwan yang suatu ketika dahulu begitu famous di bibir-bibir masyarakat Malaysia. Katanya haiwan ini mampu memberi pulangan yang tinggi pada si pemiliknya sekiranya mereka mampu menjual kepada mana-mana pembeli yang amnya menawaran hargaharga lumayan sekitar puluhan dan ratusan ribu. Wahhhh....!!! 

Semuanya bermula apabila ada satu kisah dan pengakuan seorang warga indonesia yang menjumpai haiwan ini atau dikenali sebagai tokek (indonesia), Pokkei (Selatan Malaysia), Tokkei (Utara Malaysia). Beliau memperoleh ribuan rupiah sehingga menjadi jutawan di sana.  Jadi, berduyun-duyun lah masyarakat kita cuba nasib ingin mencari dan memilikinya. Pada awalnya, binatang yang dikenali sebagai Cicak Gecko ini juga memang mempunyai harga dan demand dalam pasaran luar dan dalam negara. Ia dipercayai mampu menjadi ubat dan penawar kepada penyakit HIV dan AIDS. Memandangkan kita masih tidak mempunyai ubat kepada penyakit no 1 dunia ini, jadi, semua orang percaya dan melakukan ujikaji pada haiwan ini.
Cantik kan coraknya??

Aku pernah terbaca satu testimoni warga indonesia di Internet mengenai seorang makcik yang sakit kulit seakan-akan sopak, namun, setelah dimakan daging cicak ini, makcik itu berabsur pulih beberapa minggu. benarkah??? Wallahu'alam... Aku rasa tergamakkah kita memakan seekor cicak yang kadang-kadang kulihat mirip seperti anak biawak ituu.. yeeewww...

Mulut nganga jek...laporrr..=P

Okay, dipendekkan cerita, aku juga pernah melibatkan diri dalam urusan penjualan haiwan ini. Ini semua bermula setelah abang dan abahku yang turut giat mencari untuk mencuba nasib, yalah, mana tau rezeki kan. Masuk hutan keluar hutan, namun haiwan ini bukanlah senang untuk dicari. Haiwan ini  dipercayai banyak mendiami hutan-hutan, kayu buruk mati, rumah-rumah kosong. Bunyi yang seakan macam bunyi katak. Dan akhirnya, kami berjaya memperoleh seekor lebih kurang berat 250g. Ia diperoleh dari seorang rakan yang tidak tahu untuk menjual ke mana. So, kami membantunya menyimpan terlebih dahulu. 

Bukan mudah untu membelanya, haiwan yang banyak pantang larangnya ini, kadang-kadang melecehkan jugak. Ada orang kata, tak boleh selalu memandang matanya, kerana berat badan nya akan susut bila terkejut. Badan nya juga mempunyai bisa sebisa ular tedung, jadi jika ingin memegangnya, kenalah memakai sarung tangan. Cicak ini jugak mempunyai pelabgai warna, ada yang berbintik oren, merah, kuning, putih dan sebaginya lah. 

Mula-mula samapi kat umah

Disamping itu jugak, beberapa penduduk kampung turut menjumpai beberapa ekor dan turut membela haiwan ini. Masing-masing belum menjualnya kerana berat yang dimahukan dan sesuai untuk jual adalh 300g ke atas. Tak lama kemudian, abahku memintaku untuk mencari mana-mana penjual yang ada di internet untuk menawarkan haiwan ini. So, satu persatu pembeli kuhubungi. Tapi, kebanyakannya hanyalah broker sahaja. Mereka ini hanya mahu mengambil keuntungan atas angin sahaja. Mereka sanggup ambil dengan harga 5-7ribu sahaja sedangkan cicak ini mampu terjual dengan harga lebih dari itu.  Akhirnya jumpa seorang broker En.S yang beriya-riya mahu membeli. Namun, dia mengatakan bahawa kini kerajaan mengenakan setiap pembeli harus mempunyai lesen sah dalam menjual-beli haiwan. Mungkin cicak ini sudah diaktakan di bawah akta perlindungan haiwan liar. 

Berkali ganda saiz dengan cicak biasa

Mungkin kerana itu juga, sekarang ini jual-beli pokkei ini sudah tenggelam dah, Tiada lagi kedengaran berita-berita sensasi di sana sini. Hahahaha...rugi tak jual masa tengah hot dulu, sekarang cicak ni tak pasal-pasal jadi haiwan peliharaan kat rumah. Padahal, selalu cicak-cicak umah kita bunuh, dapat pahala. Sekarang cicak besar ni dibela pulak semata-mata mendatang kan pulangan berharga. hahahaa....Semua sudah terlambattttt... Mungkin juga kajian mengatakan cicak ni tak boleh mengubati HIV. Sebab tu dah tak laku....hahahaha....


Akan datang, najis manusia pun laku agaknya.. Tu pun aku ada dengar najis manusia dan sampah sarap masuk pasaran import export gak,,entah apa dibuatnya.. Siap ada yang gubah kan lagu untuk cicak ni..lawakkan....







Ni video khas tentang hukum jual-beli pokkei:-





macam-macam hal kan???

Tuesday, January 18, 2011

TONSILLITIS-jangan pandang remeh

Salam keindahan malam semua...

Malam ni, bukanlah nak menjadi doktor. Cuma ingin berkongsi info kesihatan ita bersama mengenai penyakit tonsil atau tonsillitis. Semua ini adalah berikutan keadaan dua anak buahku yang mengalami bengkak di tonsil hari ni. Sepanjang hari menangis mengaduh kesakitan kerana kesukaran untuk menelan. Di samping itu juga, pengalamanku menghidapi tonsil bengkak semasa sem 3 tahun 3 di kampus dulu. Keadaanku agak teruk dengan keadaan suhu badan yang terlalu panas, badan lenguh-lenguh, tekak sakit, hidung selsema dan kerap sejuk. Mujur masa sem 3, kelas cuma 3hari seminggu... Jadi banyak masa untuk berehat. Seingat aku dulu, tonsil ku sudah bernanah dan berdarah, tapi menurut doktor ia masih boleh diubati dengan pengambilan antibiotik. Jadi tidak perlu dibedah...Mengeluh lega aku ketika itu....Alhamdulillah, selang beberapa hari aku kembali pulih. 


Berikut sedikit info symptom penyakit ini:-

  • Fever
  • Bad breath
  • Nasal congestion and runny nose
  • Swollen lymph nodes
  • Red, swollen tonsils covered completely or in patches by pus
  • Difficulty swallowing
  • Headache
  • Abdominal (belly) pain
  • Raw, bleeding patches on the tonsils


Keadaan dalam mulut setelah tonsil membengkak dan menanah


Kebiasaannya, tonsil boleh bengkak apabila suhu badan seseorang itu terlalu panas. Bak kata orang-orang tua, kurang air dalam badan. Mulalah ibu dan ayah sibuk menyuruh kita minum air berlebihan dan kerapkan mandi.

Bagaimana cara untuk mengatasinya:-

  • Jauhkan diri dari berada dekat dengan sesiapa yang sedang dijangkiti batuk-batuk, sakit tekak dan penyakit ini.
  • Kerap mengamalkan basuh tangan dengan bersih setiap kali keluar tandas, lepas bersin, dan apa jua keadaan.
  • Kerap menggosok gigi setiap kali selepas makan, sebelum tidur, bangun tidur untuk mengelakkan kuman dan bakteria merebak langsung menyebarkan jangkitan virus.
  • Amalkan amalan berkumur menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut seperti listerin untuk mematikan kuman, menyegarkan bau mulut dan sebagainya.
  • Gunakan penutup mulut bila mengalami batuk dan selsema yang teruk untuk mengelakkan bakteria merebak ke ruang udara dan menjangkiti orang lain. Sekurang-kurangnya menggunakan tisu dan sapu tangan.
  • Jauhi orang yang merokok dan apa jua faktor yang membolehkan anda elergi seperti habuk dan asap.
  • Sila kunjungi doktor untuk mendapatkan rawatan bagi yang mengalami batuk yang lama dan sakit tekak yang melampau.
  • Cegahlah sebelum terlambat.

Bilakah tonsil akan dibuang?


Kalenjar tonsil patut dibuang sekiranya pesakit mendapat serangan penyakit tonsillitis sebanyak 6 kali dalam masa 1 tahun, 3 atau lebih jangkitan tonsil dalam masa 1 tahun sekalipun diberi rawatan perubatan, kronik atau jangkitan berulang yang dikaitkan dengan pembawa streptococcus yang tidak memberikan kesan kepada antibiotik yang tahan beta-lactamase. Tonsilitis berulang selepas pembuangan tonsil adalah jarang sekali. Tonsilitis selepas pembuangan tonsil mungkin disebabkan oleh pertumbuhan semula tisu tonsil yang mana boleh dirawat dengan membuang tisu tersebut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...