SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Thumbs Up to Mas-New Header

Yuhuuuu....hye blogger seantero semua...

How are you doing rite now yeah??? May the weekend will be great for all of you guys..

Sebenarnye nak back to my mom house nih,, just waiting my bro balik kerja..
tapi dek kerana teruja giler dengan header baru hasil sentuhan kreatif Mas Ahmad Safwan ni, 
den pun nak wat entry special just strait away lepas dapat tau headerku dah siap...
hehehe....hooyehhh....

Tuan Designer punyer blog header...Smart kan...!!
Haa, tuh header baru mas tuh..blog header lame pun aku rase smart giler.. Siap transparent segala bagai...memang cantikkkk....huhu..tapi yang baru ni nampak cantik giler sebab ade pink-purple gituh,,my peberet color...hehe..jangan mare...ni buka bias wokay..
Jom singgah blog Mas nih (klik header).. memang happening habis blog tuan designer kite nih..

Drum Roll please.....dum dum dum dummmmmm..
Tadaaaa....
Ni lah header nyer....Amacam???
Thanks sesangat kat Mas sebab sudi entertain my request...
Sebagai balasan saye post your banner dalam blog ku ini seberapa lama yang boleh. 
Alhamdulillah, saye puas hati sangat...Ade pink sikit, purple sikit, white sikit and black...
Then yang palin impress tuh, Mas letak pic kat header tuhh..
Comey and sweet sangat... (puji diri sendiri plok!!) buweekkss
Thums up kat Mas pandai pilih appropriate picutres...hooyehh
I like sangat2...


Rasa tak sabar nak edit my blog nih.. nak tukar background color..
Nak kemas kini widgets... Biar kemas sikit...
Wahh..teruja sangat...

Pada sape-sape yang nak khidmat Mas Ahmad Safwan ni, leh la request and follow the steps kat official blognye wokay.. 

Last but not least...terima kasih lagi sekali kat Mas nih, can I call you Adeq Mas? hihi...
Akaq salute habis lah kat bakat kamu ni.. Keep with your style and your own way okay..
Rase kamu boleh pergi jauh lepas nih...All the best!!

 

Friday, January 14, 2011

Telahan Jiwa dan Minda....: Bersahabat VS Bersubahat

Telahan Jiwa dan Minda....: Bersahabat VS Bersubahat: "~~K.A.W.A.N---Berkawanlah seikhlasnya seolah kamu bersaudara, namun, berhati-hatilah dalam berteman kerana jika mereka 'lalai', janganlah kita ikut ter'lalai' sama kerana kelak buruk padahnya.hidup brkawan umpama tarik tali, jika mereka tersasar sedikit ke belakang,,kita tarik tali tu spaya mreka lebih ke depan,bukn kita ikut sama jatuh ke belakang~~"

Wednesday, January 5, 2011

My best fren engagement day

Selamat malam semua...

Hye..mesti ada yang dah tido kan?? Tapi aku tak boleh nak tido ni.. Perut memulas-mulas asyik kua ke tandas membuang dan juga muntah. Entah apa silap makan siang tadi.. Tak pun dah nak ajal dah kot..Hehehe..Celupar pula mulutku ni kan...?? Yelah orang kata tanda-tanda kecil nak mati ialah sakit perut...

Sudahhhh!! Zaaassssssssss...back to our gossip..huhu..wah,macma melodi la plak.. Ha kali ni aku nak share kegembiraan sahabat baikku di hari pertunangannya pada 1 Januari 2011 yang lalu. Dari johor ku menaiki bas ke bukit jalil lalu kuteruskan lagi ke destinasi terakir iaitu Sungai Buloh Selangor.

Aku sampai lebih kurang pukul 5 petang. Apa yang kelakar nya, aku terlepas stesen.hahaha....dok berangan membalas mesej M.I, terlepas stesen samapi ke Kuang. Nasib baik satu stesen sahaja...kalau jauh lagi,,entah macam mana la aku dengan seorang dirinya.huhu.....

Setibanya dirumah Ina,,wah..meriah habis.. Sedara mara sudah berkumpul bergotong royong. Bagus juga jika ada majlis-majlis seperti ini kerana secar atidak langsung dapat mengeratkan lai sillaturrahim antara ahli keluarga. Aku pun berlagak seperti sudah biasa dengan sesiapa sahaja..Konon pandai bawa diri lah di tempat orang..tuweeekkkkkkk..hahaha

Memang seronok ak melihat persiapan pertunangan ina.. Dalam kesederhanaan tetapi ada kesempurnaan. Alhamdulillah.... Semua itu kenangan indah bagi kamus hidupku... sahabat yang boleh kukatakan sejati ini bergelar tunangan orang akhirnya. Menjadi tunangan kepada seorang lelaki yang telah lama dicintainya sepenuh hati..Mudah-mudahan ia akan kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia ke akhir hayat..AMINNNN...

aku ambil berkat sekejap..heee
Aku agak excited hari tu,,,hahaha... tangkap gambar sana sini.. Ade macam kameraman gak lah.. Just want to capture the great moment of my best friend..huhu..she's really beautiful on that day... Aku yang perempuan juga terpegun sebentar....hahaha





saat menanti debaran
Tapi orang tua-tua kata, jika perempuan itu tidak bermekap atau jarang bermekap, bila mana tiba waktu persandingan ka, tunang ka, sekali dicalit alat solet, sudah kelihatan berseri-seri dan cantik dipandang. Mungkin ya, boleh diguna pakai pepatah tua itu. Kerana,,sahabatku ini jarnag bersolek.. Wahhh... dengar tu semua..so kurangkanlah bersolek yer...hihihi



Wah..cantik bukan??tidak jemu rasanya melihat piktas-piktas ini berkali-kali..hihi... haa...ni semua gambar hasil dari kamera ku dan juga sentuhan editku. Amacam?? Ada tokoh nak jadi photographer tak??? Banyak lagi,,tapi takkan nak upload semua kat sini ye tak??

Termeterai sudah janji ikatan pertunangan ina dan mirul

Semua kawan-kawan rapat yang turut hadiri gembira tak terkata

Monday, December 20, 2010

Belajar menghargai

Salam satu Malaysia...


Hye semua...apa khabar?? Lama sangat rasanya tak berblogging.. Cuti lama di kampung tiada internet connection. Walauapa pun cuti yang amat menyeronokkan.. Tenang dan damai..tiada hirup-pikuk kebisingan kota dan masalah2 yang membelenggu jiwa..Alhamdulillah...

Kali ni saya sempat mengemaskini blog ni,, terima kasih pada yang sudi melawat blog saya ni dan meninggalkan komen.. Komen-komen anda amat dihargai sekali. Kalau boleh teringin pula jadi seperti "Hanis Zalikha"...hehe..layakkah saya??? Hari ni saya berada di UIA. Ya Allah, terubat sedikit kerinduan pada Campus Life yang telah saya habiskan beberapa bulan yang lalu. Rindu pada kuliyyah, kawan-kawan, pensyarah dan macam-macam lagi yang mana selalu saya lakukan rutin harian sebabgai Siswi UIAM ini.

Sepanjang hari ini saya siapakan "Clearance Status" as graduating student. Dari ofis mahallah (hostel), ke Kuliyyah Economics, kemudian ke Admission & Records (A&R), ke finance, ke SDEV dan ke CCAC. Fuhhh....tapi memang seronok sebab ade je terserempak dengan kawan-kawan.Rindu mereka!!!!! Kemudian sebelum balik singgah ITD jap untuk online sebentar...

Betul kata orang, bila sesuatu itu dah tiada, kita mula merinduinya dan mula untuk memikirkannya.. Itulah yang saya lalui setelah tamat belajar.. Esok, saya akan ke Putrajaya pula untuk uruskan surat tamat latihan belajar ke Pejabat Biasiswa. Bila sudah laporkan tamat belajar, saya sudah layak untuk bekerja. jadi tunggu saja panggilan posting dari mereka dari masa ke semasa,,Hurm..sudah tiada lagi campus life..lepas ini mungkin hidup bakal berubah dan penuh dengan halangan dan cabaran yang lebih mencabar. harap dapatlah saya tempuhi dengan baik..InsyaAllah..

"Hasbunallah wa nikmal wakeel....."

Okaylah,,nanti sambung...tekak rasa haus lepas berjalan-jalan ke hulu dan ke hilir. Nak pegi minum dengan Kak ana jap..hehehe..jom jemput semua minum petang,.,.

Thursday, November 25, 2010

Detik terakhir...


16/11/2010-6.50am

Hari ni,,16hb November 2010 adalah detik terakhir ku di UIA. Hari ni aku bakal meninggalkan UIA dengan gelaran graduating student. InsyaAllah, jika tiada apa aral melintang. Hati bercampur baur sedih dan gembira. Pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap. Usai solat subuh ku duduk di birai katil menghala ke tingkap. Ku selak langsir dan ku buka tingkap itu....Masih gelap di luar, namun sudah ade garisan2 jingga di langit menandakan subuh bakal habis. Hurm..ku menghela nafas panjang. Tanpa ku sedar air mata ku mengalir.. Ya Allah, selama hampir 6 tahun aku bersama UIA, hari ini aku akan berpisah dengannya. Satu tempat yang banyak mengajarku erti kehidupan dan menjadi seorang insan. Makin laju air mataku.. Terbayang satu persatu wajah teman-teman rapatku... Aku bakal merindui mereka semua.....


Hostel kesygan.....Mahallah amienah

Sobrina: Kau juga senasib denganku. Kita last sem di sini. Sedih sangat bila tak dapat jumpa untuk kali terakhir semalam lepas habis exam. Walauapapun kau tetap terbaik sob. Thanks for being my friends since we're in matriculation. Kau banyak tahu suka duka hidup aku. Aku janji akan datang umah kau sebelum majlis berlangsung.......

Wina n Aleen: Thanks sangat korang sudi jadi kawan aku ke hulur dan ke hilir kat UIA ni. Kita start rapat pun sejak di UIA Gombak ni. Dulu di Matriculation hanya bertegur sapa biasa. tapi kini, kita boleh dikatakan close-friends. what ever pun thank sangat melayan karenah aku ni. Macam-macam ragam aku ni kan???? Thanks korang sudi datang tengok aku sebelum balik. Aku sibuk nak join korang keluar, so tak dapat nak join selalu, tapi korang still okay with me..Thanksss.... Korang tetap di hati aku. Nanti aku datang UIA settlekan urusan graduation, kita lepak-lepak lagi kay.

Ada: Thanks jugak kat ko. Ko je aku rasa kawan sekepala, satu gang dari matrik yang tetap bertahan dengan aku sampai sekarang. Dulu, masa first year kita selalu buat semua benda satu gang kan... tapi sekarang, ramai dah buat haluan masing-masing. But, i really miss that moment.. Tapi apapun,, ko tetap comel dan paling sweet. hehehe...bila aku marah ko pun sabar je kan. Ko selalu cakap "Mu ni bekeng la weii"...hahaha... Ko selalu ajak aku study sama walhal kita berlainan major. Kita pegi study kat library.. Thanks dear.... Nasib kampung aku dekat dengan rumah ko, satu daerah. Lepas ni boleh jugak jumpa-jumpa kan.. lepak kat warung pak long a.k.a abah ko..huwaaa...sedey nyer...

Kak Cuna: Thanks jugak banyak tolong aku. Bawak pegi jejalan, pegi karaoke, pegi makan-makan. Kak cuna pun comeyyy...tak semput nak berpeluk cium semalam kat bonquet lepas exam. hati terlalu sedih sebab paper last susah..huhu...nanti kta jumpa lagi yek. Thank kadang-kadang ada tolong ajar subjek yang tak faham thanks sebab tolong bisnes aku..huhu..beli tudung dan selendang...hehe...Kimsalam dak umie dan dak ayu.. thanks semua..korang aku kenal dari matrik lagi, memang gila2 tapi behave,,,thanks semua..love u...

Pu3: thanks sebab study dengan aku dan berkampung kat bilik aku. I'll we miss u lalink. Kita pernah sebilik dulu di matriculation. aku sangat rindu saat itu. kita memang serasi. aku doakan semuanya akn kembali sedeiakala. be strong pu3..kau memang tabah,,,nampak strong walaupun ada masalah. aku respect kat ko. lepas ni da takde masa kita nak study sama2, pilih satu subjek sama2. tapi kau tetap kawan aku.. antara kawan terbaik aku... jangan lupa aku kay. pape just text me..i'll always there..

Dan pada yang lain-lain jugak, Fizi, Jep, Amani, Farah, Hanim, Eija, Sue, Syaza, Joe, Reza, Ahmar, dan nama2 yang tak tersebut tu mintak maap. air mata ni dah berjurai-jurai. minda rasa beku... aku sayang korang suma, Jangan lupa aku ye. Harap kita semua jangan lost contact. walau ada dari kita tak rapat sangat, tapi korang kadang lebih banyak luangkan masa bersama aku. Pada rakan-rakan yang sedikit sebanyak tolong aku dalam pelajaran dan dalam hal lain. Hanya Allah dapat membalasnya. Aku nak mintak halal degan korang semua, kalau aku ada buat silap dan salah selama kita berkawan. Halal makan minum, tunjuk ajar semua, apa2 yang terguris, terpakai, termarah dan semualah.. Aku sentiasa doakan kejayaan korang. Nanti jumpa di konvokesyen kita next year yek. masa tu nanti aku nak possing banyak-banyak denagn korang. THANKS AGAIN....XOXO


Pada rumate-rumate yang baik dan sporting, thanks korang. Thanks bawak amoy kuar semalam pegi makan pizza. Akhirnya dapt jugak makan pizza kan?? thanks for d sweet picture, sorry takde bagi pape pun kat korang. InsyaAllah, next time i'll come with something to u. Memang best sebilik dengan korang, rasa macam sisters. Makan sama-sama, chit-chat sama-sama. Thanks sangat.. Amoy takkan lupa saat2 ni...Paling best masa kita keluar pegi karaoke hari tu... Anis n hajar, thanks yek, selalu melayan amoy kepoh-kepoh, syira thanks yek bagi pinjam pakai laptop tengok movie. Kita selalu berdua kat bilik kan. hehe..di tinggal oleh hajar dan anis.. Thanks to Allah dapat kenal korang. Memang seronok.. thanks lagi...sedihnya...tak sempat nak kenal korang lebih lama lagi...huwaaa...lagu raya keluar pulak kat radio sekarang ni. Amoy masih di bilik D 2.6.. hiba sangat....halalkan makan minum amoy yek yang mana terkurang, terlebih, termarah, ter'emo, tercuit, ter apa2..mintak maaf yer... Nanti keep in touch wokay...muahhhxxx


Okay lah, nak bersiap-siap dan angkat barang ke bawah. Lepas tu nak pegi check in bilik for the last time. Sekejap lagi M.I akan sampai dengan Myvinye..Tak sempat nak abadikan kenangan kat UIA ni. Aku akan datang lagi..UIA tetap di hati......

Katil kesygn gakkk....huu

ha,ni la meja stdy yg byk jasa


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

The last Battle...

15/11/2010-23.40pm

Ya Allah, kau berikanlah pertolonganMu padaku. Berikanlah aku kemudahan dalam pelajaranku. permudahkanlah urusan ku... itu adalah antara doa-doa yang sering kutitipkan dalam solatku.

terasa seakan tak percaya. hari ini, adalah paper terakhirku dalam sem ni. paper terakhir untuk menggelarkan aku sudah tamat belajar. Namun, aku tetap menanti keputusan exam keluar bulan depan. harap semua akan okay.. ramai yang ku lihat keluar dengan senyum lebar dan riak kegembiraan. namun aku, seolah-olah takde perasaan. Aku rasa speechless dan heartlesss.....

paper terakhir dan paper yang paling sukar bagiku. Investment Analysis.... Mungkin silapku yang study lambat. Preparation di saat akhir....Balik sahaja bilik, air mata ni bercucuran takut aku tak dapat melaukan yang terbaik. Thanks sangat pada Zai, Pu3 dan Yana teman aku study berhari-hari. Aku doakan korang pun lulus dengan cemerlang ye. Amin.....
Thanks pada mak dan M.I yang memahami dan bagi semangat. Aku menangis-nangis mengadu.. haha...bila diingat kembali macam kanak-kanak lah. tapi itulah, aku rasa ralat tak dapat perform. Aku berjanji nak graduating dengan keputusan yang memberangsangkan dan membanggakan mak dan abah. tapi aku takut aku tak dapat melakukannya..

Tapi betul kata mak,, "takpe ti, mu dah usaha, doa dan tawakal pada Allah. Rezeki tetap ade sebab Allah dah janjikan setiap orang tu rezeki dia. Yang penting kita dah usaha. Takpe, mu dah wat yang terbiak.." Thanks mak. sebba memahami dan selalu buatkan solat hajat untuk siti setiap kali tengah exam. love u so muchhh...
sambung balik...

Balik je bilik,, aku kepoh-kepoh dengan syira.. rasa lega kalau kita meluahkan persaan kita kat orang kan??? kurang sikit ketakutan dan kesedihan. Thanks syira sebab layan amoy kepoh-kepoh..pot pet put pit...hehe... Then, aku baru ada semangat nak kemas barang untuk pulang esok hari. sikit-sikit ku kemas.. Mula dengan buku-buku ilmiah ku, pakaianku... sebak je rasa dalam hati....

Dalam pukul 4.30 ptg,, aku keluar dengan rumate-rumate ku.. pegi makan pizza okay.. Alhamdulillah, aku enjoy dan dapat lah release tension sekejap.. thanks ye semua.. thanks kat hajar dan anis sebab datang balik UIA hari ni. Bawak amoy n syira jejalan.hihi..thanks for the picture...cantik sangta.. akan ku abadikan kenangan kita di hati bukan sahaja di potret...chewaah..ayat..touching tak??? tapi korang memang best lah...rumate yang memahami, fun dan sporting.



rumate2 ku de 2.6


Lepas je makan, aku balik bilik. sambung mengemas...wah,,,banyak lagi barang aku.. mesti M.I marah ni nanti, jangan tak muat kereta dah la yekkk...hahaha..lepas je maghrib,, hajar dan anis balik..wah sedihnya...sangat touching but i'll try to be strong, x mo nangis...huhu...pastu syira pulak lepas insyak...tinggal lah aku keseorangan...huwaa..

Then, aku lepak dengan Amani kat cafe aminanh. kepoh-kepoh untuk kali terkahir ni..lepas ni dah takde masa nak lepak-lepak macam ni selalu..Thanks Amani belanje amoy air jus tembikai..hehehe..lama jugak kan kita lepak2..dekat kol 10 lebih. thanks jugak sebab sudi jumpa amoy sebelum balik... good luck ye study. jangan stress sangat tau..i know u can do it babe....=)

hurmm...pe lagi aku nak melalut ni yek??mata dah mengantuk kepenatan mengemas barang, mengemop,,,..


ni la segala brg yg akn dmuatkn dlm keta M.I nnt

tu jekot..nak tido lah, nak menghargai waktu tido di katilku di bilik kesayangan ku ini..huhu..kay...nite..

Tuesday, September 28, 2010

Presentation yg kelam-kelibut dan plg confident

Hye sumer,,hari ni,,aku bangun awal sikit dari biasa sebab kelas pertama aku ade presentation.. Erm second presentation for this semester...Teks belom sempat hafal dan tengok lagi..Teks yang aku wat sebelum tidur kubiarkan jerk sebab dah kepenatan stdy untuk subjek Investment analysis...Bangun pagi siap solat dan usai jek mandi terus kucapai teks...pe lagi..kelam kelibut lah kan..hahahaha


Pagi tu aku ambil keputusan nak jalan kaki je..Takkan nak naik bas..bukan sebab lambat ke ape,,tetapi..sebab aku nak praktis present sambil jalan..lantaklah orang nak kata aku orang giler ke ape sebab cakap sorang-sorang...Almaklumlah,,practice make perfects...ye lah,,aku ni bukan seorang yang fasih
speaking" dengan grammar yg betoll kan...hehe..tapi yang paling lawak tu,,aku berlatih siap dengan tangan-tangan sekali,,bergaya lah konon..(yelah,,body language kan penting gak dlam presentation ni kan...) Mungkin ada natara kita yang selalu berlatih bercakap depan cermin..Tapi tadi aku tak sempat nak wat lahhhh....(takut kene gelak dengan rumate pun yer jugak...hahaha)

Samapai je kelas,,ade sorang je grupmate ku yang da sampai...classmate pun tak sampai lagi...aku berjalan jap bukak aircond nak hilangkan gemuruh...pastu sir masuk dan classmate pun sorang-sorang datang... Selepas sir call-up attendance,,dia pun panggil lah grup aku untuk present...Im the fourth presenter.... Sebelum aku present tu,,aku tengok sekeliling,satu-satu muka aku tengok..nak hilangkan takut...
Sebab aku  ni terkenal dengan blushing and sweat bila tengah present..huhuhuhu...


Alhamdulillah berhasil.....aku present dengan pot pet sekali tanpa tengok teks..pe yang aku nak cakap tak tercakap,,dan ape yang tak terpikir un nak cakap sebelum ni,,tu lah yang sebaliknya keluar dari dalam mulut ni....nilah dia akibat sebba tak prepare awal-awal.....apapun,,aku puas hati lah..by the way,,I still need an improvement for the future...hihihi
  
Teringat lah pulak sewaktu present Corporate Finance case study pasal hubabrd Computer.. Pun last minit gak puunye preparation...malam tu aku tidor kol 4 pagi siapkan slide...huhu..but,,sir giler puji presentation tu..very good and good job everyone..hihihi..gembira bukan kepalang aku dengan grupmates.... dah keluar kelas pun dia still puji lagi..alhamdulillah.... 

Thanks to all friends and lecturers...


Ini adalah sem akhir...ermmm,,semua yang ku lalui akan jadi kenangan paling indah..insyaAllah,,harap apa yang dipelajari akan dapat digunakan kelak...sedih pulak nak tinggalkan alam kampus ni.....

Saturday, September 4, 2010

Penyeluk saku.....

Salam semua..im back..huhu...kali ni nak berkongsi cerita dan pengalaman saya ketika keluar berjalan-jalan dan membeli belah di sekitar Masjid Jamek... Pada tanggal 31 Ogos tempoh hari,,saya keluar dengan kawan, wina ke masjid jamek dan sekitar chow kit..Hajat utama untuk menemani saya mengambil stock baru untuk jualan.. dan seterusnya sambil menyelam minum airlah kan...shopping sana shopping sini...



Alhamdulillah, sepanjang di chow kitt,,tiada perkara yang tidak diingini berlaku...Usai solat zohor di Chow Kitt,,kami menyusul pula ke Masjid Jamek.. Berjalan ke sana-ke sini,,kemudian ke hulu-ke hilir....akhirnya kami akur dengan penat dan mulakan langkah menuju ke stesen lrt untuk pulang ke kampus kami yang tercinta...

Dalam 50 meter dari stesen LRT,kami berjalan beriringan,,tetapi,tetiba saya rasa macam ada orang menghimpit ke arah kami,,seakan ada plastik berlanggar dengan kaki..saya terbehenti dan menoleh....

Tiba-tiba,,ternampak tangan manusia dah separuh dalam beg wina yang zipnya sudah pun terbukak...

Ya Allah..saya toleh..dan kelihatan tangan itu milik seorang gadis india... Dia terkejut dan dengan buat muka "slumber" dia berjalan...

Cepat-cepat saya tanya wina kalau-kalau ada barang hilang sempat lagi nak kejar... Alahmdulillah takde pape yang hilang...

Ya Allah..ini lah dugaan...kadang kala manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang dah diberi,,ingin mengambil atas kesempatan orang lain..Nauzubillah!!!

Nasib abik dia non-muslim,,kalau muslim saya tak tahu dah nak kata apa...di bulan2 ramadhan masih ada lagi wujud perkara-perkara seperti in...So, berhati-hatilah pada semua yer..baik lelaki mahupun perempuan...jangan terlalu leka dan asyik dengan berjalan-jalan tanpa menoleh kiri dan kanan...

Kadang tanpa kita sedari ada insan yang sedang memerhatikan kita dan menunggu kita lalai.... sekelip mata sahaja mereka dapat mengambil dompet atau apa sahaja... termasuklah kes ragut...

Kadang kita selalu nampak peringatan2 yang ditampal sekeliling kita,,tapi kita masih leka....
                                            


Sekelip mata mereka mengambil kesempatan.....
                                    

Peragut bukan sahaja membahayakn diri mereka sendiri malah mangsa ragut tu jugak..haishhh!!

Berikut adalah antara tips2 untuk mencegah kita dari di ragut atau di copet... Orang tua-tua kata malang tidak berbau...so sediakan payung sebelum hujan....



### Bagi yang keluar tu,,bila bawak beg,,pakailah berlawanan arah dengan arus jalan..untuk mengelakkan di ragut..dan bagi yang pakai sling beg tu,,arahkan lah beg anda ke depan...untuk mengelakkan tangan2 yang durjana mencopet dari arah belakang....

Renung-renungkan,,selamat beramal...


Saturday, August 28, 2010

Bazar ramadhan..

Semalam petang,,pertama kalinya aku keluar ke bazar ramadhan di Taman Melawati..Inilah kali pertama aku ke bazar luar UIAM.. Bazar UIAM pun aku baru je pegi sekali...hahaa... Bukan ape mindset aku,,bila pergi ke bazar ni mulalah over spending nanti..Nafsu makan mulalah berjaa di hati nanti..Tengok tu nak, tengok ni nakkk...aduyaiiii....lainlah kalau pergi dengan family kan..dorang yang sponsor...huhuu


Ha,,ni antara pics yang sempat aku snap..entah pape jer kan... Tapi excited giler bila sampai kat bazar ni...
dekat sejam kitaorg spend masa kat sini...huhu..memang makan besar semalam..habis diet aku...hahaha... baru je timbang da turun 4kg..tapi semalam makan dah tak ingat dunia....hahaa

Ketibaan kami di tempat kejadian

Orang ramai berpusu-pusu kelaur masuk


Pompuan pun boleh menebar roti tau...


9/10 punca rezeki adalah dengan berniaga... di blan ramadhan ni lah salah satu bulan yg memberi pendapatan lumayan bagi para peniaga....


Saturday, July 31, 2010

Bersahabat VS Bersubahat

Bersahabat VS Bersubahat

Sahabat....apa yang kita faham disebalik perkataan sahabat????

Sahabat...berapa ramaikah sahabat yang anda ada sekarang ni????

Percayakah anda semakin usia kita meningkat dewasa..semakin sedikit bilangan kawan yang kita boleh anggap sebagai sahabat bukan??

Semakin jauh kita melayari kehidupan, semakin banyak ragam manusia yang kita jumpa...
Ada yang pada mulanya,,amat baik dan tingkah laku yang memuaskan..
Namun, selepas beberapa ketika..mereka berubah sekelip mata....

Ada juga yang di depan kita, pijak semut pun tak mati, lembut gusi dari lidah.. tapi di belakang kita..Astaghfirullah...
Kenapa ya?? kenapa mesti ada sesetengah dari kita salah guna kuasa sebagai seorang sahabat????

Ikhlaslah kamu dalam menjalinkan persahabatan... bersahabat di tuntut dalam agama...usahlah kau khianati sahabatmu sendiri kerana sahabat itu seperti saudaramu sendiri...

Sahabat...
Harus saling percaya..
Harus saling membantu..
Harus saling menegur dan mengingati..

Sahabat bukanlah seperti orang yang suka jaga tepi kain orang...
Namun berpadalah dalam bersahabat..
Jika seorang sahabat jauh tersasar dalam perjalanan hidupnya...
Usahlah kita biarkan sahabat itu terus hanyut....

Dan janganlah pula,,
Seorang sahabat membantu sahabat yang lainnya melakukan perkara yang bukan-bukan..
Menggalakkan segala kesalahan yang dilakukan itu...
Membantu menutupi kesalahan itu..
Itu bukanlah sahabat namanya...

Kamu tidak layak di anggap sebagai sahabat..
Kamu seolah menikam saudara mu sendiri dalam diam!!!!
Mintak dijauhkan....

Cukuplah,, Sedarlah...
Masih ada masa lagi untuk kamu perbetulkan segala...
Jadilah sahabat yang hadirnya di nanti dan perginya di rindui...
Jadilah sahabat yang diberkati... Bukan di laknati...

Saturday, June 12, 2010

Majlis pertunangan Noor

semalam,,11/jun/2010.... aku pergi memeriahkan suasana majlis pertunangan Noor fatihah... Dia ni kira kawan aku..dan dalam waktu yang sama gak...sedara.. Aku tak tahulah ape pangkatnye...bila mak dan abah bukak citer,,sepatah haram aku tak faham susur galur tu..huhu..bak kata akak-akak aku,,sedara mara kucing...serupe yer je...hahahaha....tak banyak photo pun,,segan nak snap over-over..sapelah aku..bukan aku yang tunang kan..????


Aku dan Ekin

Ekin,,Noor dan aku,...

Aku dan Noor....=)

Bila tengok orang lain tunang,,aku pun tetiba teringin..satu-satu kawan-kawan aku bertunang dan berkahwin...wuuu,,macam best je kan.. Semua orang akan berkahwin,,kahwin adalah salah satu impian semua orang.. Aku jugak macam tu,,sampai bila nak berkawan..ke sana ke mari...lagi bagus kalau dapat ikatan perkahwinan yang sah.. lepas tu,,terhindar dari sebarang dosa dan maksiat kan...urrmmmm...

tetiba macam nak cakap kat mak n abah......(tp takot..) wakakak

Semoga Noor cepat-cepat kawen..amin..semoga selalu diberkati kedua-duanya...ha,,lupa nak cakap,,tunang dia tu abg angkat aku..Iwan namanya..hahaha..bertahun2 tak jumpa dia..heee..tak lama lagi jadi sedara looor...

Tuesday, May 25, 2010

Reunion-BBQ party


Hye there,,Let's get party.....

All are invited to join this reunion....we wil have Berbeque Moment.

Semua dijemput hadir yer..
Tak kiralah, 6 Doktor ke, 6 Akauntan ke..
Sumer batch UPSR 1999 SKSIB dijemput hadir...
Jom eratkan silaturrahim yang lama terputus....
Kita lah belia generasi baru yang bakal menerajui felda...hehehehhe

Gunakan masa ni, nak kembangkan bisnes ke, jemput majlis kawin ke, apa2 saja..boleh dikongsikan...

Venue: No.82 Jln Melati, Felda Sg.Sibol
Time: 8.30 pm - 12 pm
# RM 15 per person
 

Menu:
- Satay
- Bihun Goreng
-Roti Kukus
-Cocktail
-Orange Juice
-Watermelon

#Bayaran boleh dibuat secepat mungkin sebelum 28hb Mei..

Sebarang pertanyaan dan bayaran boleh diajukan kepada:-

Epul, Keneng, Syuhada, Amoy,

Tuesday, April 13, 2010

PEMBERITAHUAN:Sabotaj Imej

Salam semua.... hari ini saya nak kongsi satu kisah benar yang berlaku atas diri saya.. Rasa terkejut pun ada. Kepada orang yang berkenaan, saya tidak tahu apa masalah anda. Mungkin saya mengenali anda atau pun tidak...

Kepada umum yang mengenali saya dan menigkuti perkembangan blog saya yang tak seberapa ni, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Setahu saya, blog saya ini tak pernah saya gunakan untuk menyakitkan hati sesiapapun. Blog ni saya cipta hanya untuk meluahkan pendapat dan rasa, di samping itu juga untuk saya jadikan tempat saya berkarya. Namun, jika ada  menyinggung dan menyakiti mana-mana pihak mintak maaflah yer...

Saya ak pasti, mungkin tiada kaitan dengan kehadiran blog ini, mungkin individu itu menyimpan perasaan tidak puas hati atau tidak suka atau benci atau apa sahaja kepada saya. Mungkin ianya related pada alam virtual yang saya terlibat seperti facebook, friendster, atau juga melibatkan alam realiti kehidupan saya.erm,,,saya masih berfikir, walaupun tak seberapa, mungkin kalau critical, individu itu leh wat apa-apa sahaja kan???

Saya harap sangat, jika ada apa-apa yang boleh saya bantu, beritahulah terus kepada saya..
Anda boleh menghubungi saya melaui email. Mungkin ada di mana-mana saya terlanjur bicara dan tingkah laku, kita boleh bawa berbincang dan perbetulkan. Adatlah, manusia mana yang tidak membuat kesilapan. Dan janganlah kita hidup dengan hasad dengki, kerana jwa kita takkan tenteram....

Akhir kata, saya mohon sekali lagi, janganlah ada mana-mana individu bertindak luar kawalan. Alah s.w.t telah kurniakan akal pada kita untuk digunakan pada jalan sebaiknya. Ingatlah, menjatuh kan maruah dan air muka seseorang itu besar ganjaran dosanya.. Hidup kita adalah bermasyarakat, jadi kalau ada apa-apa, kita amalkan sunnah Rasulullah s.a.w, duduk berbincang, mutual consultation or bermusyawarrah. Jika malu untuk berdepan, jangalah guna taktik kotor,, banyak lagi jalan lain... Teknologi yang ada pun kita boleh guna.. Kita leh berbincang melalui telefon, email, surat, sms,dan macam-macam lagi.

Harap Maklum.....terima kasih dan minta maaf jika ada salah silap..



Wednesday, March 31, 2010

Jalan-jalan cari pasal....

Salam sumer....(◕‿◕✿)´¯`•• .¸✿*゚✿
 
Hai hai....wah,arini nak stoly moly satu cerita...huhuhu...dalam-dalam aku menempuh exam final yang superb mencabar nie,,,sempat lagi aku pergi me"lagha"kan diri aku jap petang tadi..Lega jap rasa kepale otak ni ha...Dapat tengok dunia luar...hehehhe....Sebenarnya tak plan pun nak keluar...Arini cuma bangun tidur,ulang kaji pelajaran macam biasa...Pagi-pagi lagi dah bukak buku QM tersayang... Pukul 2.30 ptg lak,,aku pegi library,, nak g study group dengan kawan-kawan iaitu Cik nida, Cik busyra, Cik Husna.. Tapi,,masuk library tak sampai bape minit, kami keluar semula sebab discussion room dah full...huuuuu....Biasalah kan time exam macam ni la suma benda akan full kat library ni. So, terpaksalah kami menuju ke kuliyah yang terchenta....

Menujulah kami ke tingkat 4...satu persatu kelas kami cari.. Semua kelas ada orang..Sudah menjadi trend sekarang, student suka belajar di kelas-kelas.. Ada yang berseorangan dan ada juga yang berpasangan dan berkumpulan... Akhirnya,,jumpa juga kelas kosong..Alhamdulillah..... Bermulalah misi Cik husna mengajar kami,,kami pening dengan statiscal process control ni haaa...macam-macam jenis ada,,macam astro lak..hahahaha.... Ada C-chart lah, P-chart, X-chart, R-chart, House of Quality,Six Sigma dan macam-macam lagi...Tup-tup...tiba saat menjawab soklan past semester,,,ada lah satu soklan tu,,suma orang tak tahu nak jawab..So, kami mengambil keputusan pegi bilik sir QM...Alhamdulillah, sir ada.. Sir tengah mengajar student lain yang mengambil subejk sama dengan kami..So, langkah kanan lah kan...Dekat 40 minint berada dalam ofis sir,,kami pun dapatlah sedikit input dan penjelasan.. Kembali semula kami ke kelas tadi...

Tiba-tiba, Cik husna berkat,,,,"Lapor la wei,,aku tak makan pape lagi dari tadi...pagi makan roti jer."
Aku pun beri cadangan, "Ko nak order makanan ke?kat Mokku boleh,,leh tahan sedap gak..."
"tak nak,,aku teringin sangat nak makan sushi la moi..."Cik husna membalas..
"aah kan,aku pun da lama tak makan sushi..sedap gak kan...ko ank gi beli naik pe??:aku dah mula tergoda...huhuhu
"gi naik bas kot dengan umie...jom lah nak gi sekali.."terang cik husna...
"erm,,alor,,aku banyak barang ni una...malas nak bawak..kalau naik kete best gak kan..hehehe"sahutku..
selang beberapa minit....
"moi,jom,,kita pi naik kete fareh..."
"haa,,jom..naik kete aku nak pi.."

Bersurai lah kami semua...masing-masing diminta mengulangkaji sendiri...jika ada apa-apa masalah inform kemudian. Menujulah aku, cik husna, cik umie, cik fareh dan cik sai ke JJ Wangsamaju... Aku menemani cik husna menyempurnakan misinya... Sampai je JJ, kami terus melangkah kan kaki ke gerai sushi..masing-masing grap jerk..huuuu...mengidam punyer pasal lah kan,.....aku pun amek gak...haaa..nilah hasilnya...(tengok gambar)

  
Usai pilih sushi masing-masing, kami pun gi la ngeteh jap kat claypot corner..pergh,,lama tak makan kat situ..memang aku suka tomyam claypot dia...shedap giler...huuuhuhu...Lepas je makan kitaorg jejalan lah kejap...Yang paling besh,,masuk Watson jap...Bebudak ni leh sangkut lak kat bahagian alat solek a.k.a kosmetik...huuuu...suma terpaut dengan produk baru datuk Siti Nurhaliza kita..."SimplyCity"...masing-masing pun try la,jap eyeliner, jap blusher, jap lip gloss..hahaha..aku pun gedik-gedik la jugak nak try..try lah lip gloss..erm...leh tahan cantik warne dia..akan tetapi,,oppps,,aku tak pandai langsung bermekap-mekap ni..selalu main-main mekap pun orang yang mekapkan...huhuhu..so takdelah aku nak membeli...

Lepas kua dari JJ,,kami menuju pulak ke Giant batu cave..pergh,,memang masyuk abes lah jejalan kali ni..masing-masing padahal ada exam..tapi suma dah tak ingat dunia,,masing-masing nak menikmati saat yang sekejap cuma tu nak release tensen...Sampai je kat situ, kitaorg gi semayang maghrib dulu..haaa,,pastu baru melahoo shopping pulak.. Aku je pergi takde tujuan,,hanya sekadar ingin meneman..tapi,,last-last,,ada jugak barang yang aku beli...hahaha....yang paling besh..tetiba aku tertarik nak beli compact powder silky girl...yelah,,nak belajar gak lah make-up sikit-sikit..penting jugak grooming tu sebenarnya...apatah algi bila dah keje nanti kan???? Aku pun belilah....tambahan lak ada less...okay la tu...tak lupa jugak aku beli eye shadow..hikhik..murah giler..macam make-up mainan...harga asal RM3.99..tapi lepas offer dapat RM1.88 jerk..wah,,sekali 5 aku tibai..hahaha..entah pakai entah tak tu belakang citer...weeeee~~~(^__^)


Keluar je dari Watson, aku nampak gerai novel lak..wooo,,ada discount lah...besh2..aku memang olan nak cari novel, buku-buku bacaan..yerlah,,lepas exam ni 3 bulan dok umah praktikal,,leh gak wat baca hilangkan bosan dan isi masa terluang...Tambahan lak, aku plan nak wat mini library kt bilik aku tu...huuuu...laju lah kaki aku melangkah..sapppp...sekali dua novel aku tibai..alhamdulillah,,,dapat 50% off...dua novel aku just habis RM21.40.....aku yepppy.....(◕‿◕✿)´¯`•• .¸✿*゚✿


Haaa...lepas tu,,,pulanglah kami ke pangkal jalan....hahaha...masing-masing da dapat barang-barang yang diimpikan... Yang tak tahan,, masuk je main entrance university terchenta,, aku menjerit..arggghhhhhhhh......hahaha.,,,yelah,tiba-tiba terbayang 5paper lagi yang tak abes study..adodoi..tadi lupa sumanya..padan muka aku...huuuuu......So, balik jer..kena pulun study...tak mau main-main dah....itu sahaja kali ini....

Sekian....

Sunday, March 21, 2010

Persahabatan....

Persahabatan...

Terlalu sukar untuk ditafsirkan...
Sahabat kau lah teman...
Sahabat kau lah rakan...
Jatuh bangunku...
Kau di sisi menemani...
Tatkala ku alpa dan leka...
Kau datang mengingati...
Jangan lupa akan Yang Maha Esa...
Gembiraku, gembiramu jua...
Kau mendoakan aku bahgia dengan hidupku...
Terima kasih sahabat.......
Hanya Allah yang dapat membalasnya...
Semoga bahgia juga mengiringi hidupmu di sana....

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Ikhlaskanlah dirimu dalam menjalinkan persahabatan..
Setiap perbuatan yang baik akan mendapat ganjaran yang mulia dari Allah s.w.t...
Janganlah kamu memasang niat yang jahat dalam bersahabat...
Janganlah kamu menjadi busuk hati...

Bak pepatah melayu berbunyi...

"Janganlah jadi duri di dalam daging...."
"Janganlah jadi gunting di dalam lipatan"

Sucikanlah hati, ikhalskanlah diri...
Biar busuk bau mulut, biar busuk bau badan..
Namun jangan busuk hati dengan penuh hasad dengki...

P/S:- Semenjak akhir-akhir ini...aku menjadi lebih peka dalam menjalin persahabatan..
menilai kembali jalinan yang ada..
mahupun jalinan yang lama, atau jua jalinan yang baru dibina...
Kadang hati menjadi gusar..
Ikhlas kah aku dalam bersahabat??
Ikhlas kah mereka dalam bersahabat??
Ku harap semuanya ikhlas pada jalan Allah s.w.t....


titipan: AmoYz


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

...................................................................................................................................................

Di petik dari:-

http://uni3.wordpress.com

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah...

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah....

Banyak orang akan datang dan pergi dari kehidupanmu, tetapi hanya sahabat-sahabat sejati yang akan meninggalkan bekas di dalam hatimu.
Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda....

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar. ~ Khalifah ‘Umar


Monday, February 22, 2010

baca@LRT

Join baca@LRT di Amcorp Mall



"Selamat Pagi Cikgu...." nada mesej dari handphone ku berdering.... Haish,,sape pulak mesej malam-malam buta ni.... Aku tengok jam, tepat pukul 12.30 mlm...
Aku pun baca mesej itu,,,

"Moy,sok pagi ko free x???"tanya si pemberi...
"erm,,free je kot...tapi lepas kol 2 ptg, aku ada kelas belajar memandu...nape?"balasku
"Aku nak ajak ko teman aku leh??g Amcorp Mall....."katanya lagi...
"wui,,jauhnya..ada ape wei????erm,sempat ke nak balik???"
"Sempatmyer..kol 12 kita balik...esok pagi 9.30 pg kita gerak dari UIA k? kita naik train dr Terminal Putra sampai Taman Jaya..."
"ada ape sebenarnye esok?aku takut Mr.I tak bagi pegilah...huhuhu...ko mesej dia la ea..."
"erm,,lupa plak aku soi Mr.I tu....okay,bg aku no dia, nanti aku mesej dia malam ni gak..."

Rupanya teman ku yang lebih dikenali dengan panggilan ADA ini, ingin ajak ku menemaninya ke event baca@LRT. Di mana kali ni diadakan di Amcorp Mall.... Semua peserta dari pelbagai destinasi berkumpul di Amcorp Mall. Setiap peserta membawa senaskhah buku bertemakan sastera....Setelah memasuki ke dalam gerabak LRT,masing-masing akan membaca di situ. Tidak kira lah, samaada berdiri atau duduk... Mungkin objektif utama ingin menerapkan nilai-nilai rajin membca kepada umum... Membca adalah salah satu cara untuk menimba ilmu pengetahuan...







Alhamdulillah, aku rasa bersyukur pada yang Maha Esa kerana membuka pintu hati Ada untuk mengajakku ke event ini.. event yang sangat berguna.. Kesemua peminat-peminat hobi membca digabungkan dan ditemukan dalam baca@LRT ini.. Pelbagai peringkat bangsa dan usia, pelbagai jenis kerjaya dan latar-belakang dihimpun bersama...Sejajar dengan seruan kerajaan Malaysia,,"satu Malaysia.." Setelah kesemua tiba di terminal akhir LRT , iaitu berdekatan Amcorp Mall.... Setiap peserta di beri borang keahlian dan merakamkan kenangan dalam sesi fotography. Betul-betul tak sangka,,sambutan begitu menggalakan setelah menilai dari jum;ah kehadiran yang ada apda hari itu.. Kelihatan ramai juga siswi sekampus turut serta....



Kami berjalan beramai-ramai menuju ke Amcorp Mall... Kami semua walk-in ke kedai buku e-access di mana setiap pembelian rm50 ke atas akan dapat discount 5% dan 10% untuk belian atas rm100. Aku memang gelap mata lah tengok pelbagai buku yang dijual dengan harga yang begitu memberangsangkan... Janji [ukul 12 unutk balik, tapi kami habiskan masa lewat sejam di situ...tepat 1.30 ptg barulah kami beransur untuk pulang setelah makan bersama di Mcdonald berhampiran...
Aku, ada, Kak Dilla dan Kak Yati bersama-sama menaiki LRT untuk pulang ke destinasi masing2..Kak dilla turun di KL cetral...dan kami bertiga turun ke gombak.... Terima kasih pada Kak Yati kerana sudi anta aku dan Ada balik ke Mahallah kami..huhuhu....Kak Yati dan Kak dilla antara peserta yang kami sempat berkenalan di event itu... Nice to know them.. So nice and friendly... Banyak input yang aku dapat sepanjang beberapa minit pertemuan itu...InsyaAllah ada masa dan rezeki, kami akan ketemu lagi....









Dalam perjalanan pulang ke kampus, aku mengambil keputusan untuk cancel kelas memandu petang itu.. Badan tidak sihat rasanya... Setiba di bilik, aku menelefon kakak dan mendapat athu nenekku masuk wad dan agak tenat.. Bergegas lah pulang ke kampungku..........

bersambung kisah.....kisah:urgent..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...