Salam semua.... hari ini saya nak kongsi satu kisah benar yang berlaku atas diri saya.. Rasa terkejut pun ada. Kepada orang yang berkenaan, saya tidak tahu apa masalah anda. Mungkin saya mengenali anda atau pun tidak...
Kepada umum yang mengenali saya dan menigkuti perkembangan blog saya yang tak seberapa ni, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Setahu saya, blog saya ini tak pernah saya gunakan untuk menyakitkan hati sesiapapun. Blog ni saya cipta hanya untuk meluahkan pendapat dan rasa, di samping itu juga untuk saya jadikan tempat saya berkarya. Namun, jika ada menyinggung dan menyakiti mana-mana pihak mintak maaflah yer...
Saya ak pasti, mungkin tiada kaitan dengan kehadiran blog ini, mungkin individu itu menyimpan perasaan tidak puas hati atau tidak suka atau benci atau apa sahaja kepada saya. Mungkin ianya related pada alam virtual yang saya terlibat seperti facebook, friendster, atau juga melibatkan alam realiti kehidupan saya.erm,,,saya masih berfikir, walaupun tak seberapa, mungkin kalau critical, individu itu leh wat apa-apa sahaja kan???
Saya harap sangat, jika ada apa-apa yang boleh saya bantu, beritahulah terus kepada saya..
Anda boleh menghubungi saya melaui email. Mungkin ada di mana-mana saya terlanjur bicara dan tingkah laku, kita boleh bawa berbincang dan perbetulkan. Adatlah, manusia mana yang tidak membuat kesilapan. Dan janganlah kita hidup dengan hasad dengki, kerana jwa kita takkan tenteram....
Akhir kata, saya mohon sekali lagi, janganlah ada mana-mana individu bertindak luar kawalan. Alah s.w.t telah kurniakan akal pada kita untuk digunakan pada jalan sebaiknya. Ingatlah, menjatuh kan maruah dan air muka seseorang itu besar ganjaran dosanya.. Hidup kita adalah bermasyarakat, jadi kalau ada apa-apa, kita amalkan sunnah Rasulullah s.a.w, duduk berbincang, mutual consultation or bermusyawarrah. Jika malu untuk berdepan, jangalah guna taktik kotor,, banyak lagi jalan lain... Teknologi yang ada pun kita boleh guna.. Kita leh berbincang melalui telefon, email, surat, sms,dan macam-macam lagi.
Harap Maklum.....terima kasih dan minta maaf jika ada salah silap..
No comments:
Post a Comment