SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Karyaku. Show all posts
Showing posts with label Karyaku. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Burung Hantu

setiap malam jadi burung hantu... mata terkebil-kebil memandang syiling..
otak ligat memikirkan satu-persatu peristiwa...
setiap ata-kata...
setiap tingkah-laku...
aku...dia dan mereka...

tika dinihari...
mata kian merah dan pedih...
kerana banyaknya takungan airmata...
lalu dibiarkan gugur ke pipi..

nafas kian laju..
kepala mula menyengat...
dia dan mereka lena dibuai mimpi indah...
tapi,,burung hantu di sini..
tetap begini...
hari demi hari...

bila siang menjelma...
burung cuba terbang setinggi-tingginya..
untuk melatupi kemurungannya...
mencuba untuk menghiasi ruang biru itu..
walau terasa payah untuk mengangkat kepak..
namun digagahi..

benaknya berkata..
alangkah bagus jika ada pemburu yang menembaknya..
dia rela..supaya tiada lagi rasa..
tiada lagi kebencian dan kemarahan..
biarkan pemergiannya..
jika ada kehadirannya pun,,
seperti tiada,,tidak diendahkan...

mungkin di sana ada satu kisah cerita yang lagi indah..
oh burung hantu



Tuesday, February 8, 2011

K.A.U dan Y.O.U

kenapa kau tak pernah cuba untuk mengerti hati ini??
dari dulu ku turuti caramu...
ya,kau tak pernah sama akan mereka yang lain..
caramu tetap caramu...

namun,
pernah kau tahu kepinginnya hati seorang gadis?
dalam benaknya yang satu itu?

pernah kau tunjuki?
pernah kau berikan?

naluri gadis kau siakan..
namun ku tetap padamu..
sabar menanti..
katamu masa belum sesuai..

setiku tetap padamu..
menanti..
pasti disini..

fitrah hati cemburu dan geram..
apatah lagi melihat kemesraan dengan insan lain..
hati belum bodoh dan mata belum buta..
telinga juga belum tuli..

kuharap,
satu hari nanti..
kau kan kembali..
ke sini..
denganku meniti hari-hari sebelumnya mati

Berubah, Diubah, Mengubah atau Terubah?

"Alam berubah kerana manusia, manusia juga boleh berubah kerana manusia"

Itulah phrase yang kuingat sehingga kini dan sampai bila-bila. Kata-kata yang pernah kau keluarkan suatu ketika dahulu, sewaktu itu kurasakan kau telah campakkan ku ketepi, di kala itu ku hanya menangis sendirian dalam ketakutan untuk keseorangan. Hadirmu seperti bayang-bayang... Namun, ku gigihkan jua diriku ini menempuhi harianku sebagai pelajar semata kerana janjiku padamu, ibumu dan keluargaku..

Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan betapa kuatnya hatiku ini padamu?? 
Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan kesetiaanku padamu??
Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan impianku denganmu??

Sejurus melihat kata-katamu tadi di dinding itu, hati aku terjelepuk sebentar, puas kutanya mana silapnya... Mungkin aku yang tak sedar atas keterlanjuranku padamu. namun, apakah perlu kau memberitahunya disitu? Kurasa hiba dan sayu, bukankah ketelusan dan keterbukaan itu perlu dalam satu-satu hubungan??
Dimana salah dan silap, teguri dan tunjuki aku...

Mungkin mereka diluar sana puas gelakkan aku bukan?? Dari dulu lagi, aku sudah lali itu semua..
Pada mereka yang betul mengenaliku, mereka tahu dan faham apa yang berlaku... 
Diluar, aku ceria dan gembira ke sini sana, namun didalam hati tak siapa tahu melainkan Ya Rabb.. 

Malam ni, mataku tak boleh nak lelap.. Semua kata-kata kakakku, kurasakan hanya bisikan angin yang kubiarkan sepi.. Otak dah menerawang entah ke mana. Mata merah bertakungkan airmata, hati sebak menahan tangis.. Ya Allah, aku tak kuat... Aku takut untuk kehilangannya...

Aku kah yang dah berubah?? teruk sangatkah perubahan ku ini? Seingat aku, tak pernah sedikit pun aku berpaling dari cintanya..dari dulu, hingga kini...insyaAllah, selamanya... Walaupun pelbagai rintangan datang, ku lalui dengan tabah. Walaupun airmata ini banyak mengalir, hati terluka pedih bagai ditusuk sembilu.. Aku buang ia jauh-jauh kerana cinta dan sayangku yang terlalu tebal dari kerak bumi ini. 

Berubah kah aku?? dalam hari-hariku tak pernah lekang namamu. 
Berubahkah aku?? Kini ku berani mengatakn perihal pertunangan, perkahwinan dengan mak, akak-akakku secara terbuka.
Berubahkah aku?? Dengan gembira ku cerita pada teman-teman yang kita mungkin akan bersatu tak lama lagi.
Berubahkah aku?? Kini sudah ku ambil kisah akan perihal kecantikan.. Semuanya kerana kamu. Kurasa begitu kecil dan kerdil bila berdampingan dengan gadis lain. Aku adalah gadis yang kolot tidak tahu bergaya, gemuk dan nampak tua. Semua itu ku terima dengan satu kegusaran bahawa kamu akan mencari yang lain kelak. Salah kah aku???
Berubahkah aku?? Kini aku menyekatmu untuk berbelanja lebih semua untuk simpanan di hari bahgia kita.Aku juga ingin membantumu nanti setelah aku mendapat kerja..

Semua demi cita dan cintaku....Ya Allah,,makbulkanlah doa-doaku..tetapkanlah aku di atas jalan dan petunjukMU Ya Rabb.

Ya Allah,,jika bukan aku yang terbaik untuknya. aku redha jika kau janjikan seorang yang lebih baik dariku untuknya.. Seseorang yang boleh menjaganya sepanjang hayatnya. Seorang yang boleh menjaga ibu dan bapanya sepertimana ibubapa sendiri. Ya Allah, jika KAU boleh berinya seorang yang boleh menjadi tulang belakangnya di dalam susah dan senang. Biarkanlah dia lebih kuat sabar dan imannya untuk menemani sepanjang hidupnya. Jika itu janjiMU, kuredha walau kuderita.... Biarlah dia bahgia dariku. Kebahagiaannya lebih dari kebahagiaan hidupku... KAU bawalah kupergi....

Ya Allah,mengapa airmata ini terus laju menuruni pipiku,, Ampunkan hambaMU ini Ya Tuhan....
Selama ini aku alpha dengan nikmatnya cinta... Izinkan ku melewati kedukaan ini dengan air mata ini...
Sambil ku hayati merdunya ayat suciMU...hatiku sebak dans sesakk....
Aku ingin sekali mengecapinya....semua itu kuasaMU...

KAUlah Yang Maha Pemurah dan Penyayang....

A.K.U.M.A.T.I

Kenapa??? Salah ke aku terlalu serius dalam hubungan ni? Salah ke aku melarangnya untuk membeli itu dan ini yang ku kira tidak penting?? Salah ke? Semua itu hanya untuk mengecapi impian kita bersama.

Tak pernah pun aku pertikaikan siapa dirimu.. Kau dan aku,, kuharap saling lengkap dan melengkapi apa yang kurang apa yang lebih. Aku juga bukan lah siapa-siapa... Bukan puteri raja. Dari kecil ku hidup dengan serba kesederhanaan. Bukan seperti mereka yang mewah yang mana dapat sahaja apa yang dipinta. 

Kamu tidak tahu bagaimana aku, kamu tidak rasa bagaimana aku rasa dan aku fikir. Setiap hari dan setiap saat. Aku begitu kepingin untuk bekerja. Ingin kuhitung dan kukumpul segala nya untuk dirimu dan aku bersama kelak. Aku tak pernah membanding-bandingkan kamu. Aku juga tidak pernah memperkecilkan kamu. Ada kelebihan padamu yang tiada padaku, dan juga ada kelebihan aku yang tiada pada dirimu..begitu jugalah kekurangan dan keburukan...

Malam ni, sekian kalinya airmata ini bederai kembali. Sengaja ku makan pedas-pedas untuk rasa sakit. Jauh kurenung cermin tingkap seolah mahu tembus ke luar. Ya Allah....mengapa dugaanmu datang lagi. Ku mohon tabahkanlah hambamu ini... Aku ingin bahagia,,ingin bahagia dengan dia yang kusayangi. Ya Allah, ampuni lah aku sekiranya cinta dan sayangku padanya lebih dari cintaku padaMU. Ya Allah berikanlah aku petunjuk....

Mengapa...di saat ini, kesedihan ini melanda,, tahukah kau, aku selalu mencuba lakukan yang terbaik untukmu. Tiada niatku untuk menyakitinya. Aku menyayanginya.. Izinkan aku menyayanginya pada jalanMu Ya Allah. 

Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami.. Sekiranya bahagia yang kau janjikan untuk diriku dan dirinya bersama, aku redha melalui saat-saat sukar begini.. Namun, sekiranya perpisahan yang kau janjikan untuk kami, aku redha pergi menemuimu meninggalkan dunia yang fana ini. Tidak ku mahu terus hilang arah, hidup dalam berduka dan putus harapan, tidak ku mahu menyalahkan takdirMU kelak....


Tuesday, October 5, 2010

takde tajuk yang kene

Hye semua...

tak tahulah nak post pe kali ni..
tetiba terasa sangat nak share something..
tapi tak tahu nak describe macam mana..
dan jugak tak tahu macam mana nak mula..

napelah haiiiii...
malam ni..
mata susah nak lelap walau pun dah ngantuk giler..
mata ni dah merah, pedih....
kepala dah sakit..
dah makan ubat still sakittttttttttt....

malam nil..
satu buku pun aku tak sentuh..
sehelai pun tak terselak..
walau pun kije banyak,,
masih ada exam yang menanti..
tapi fikiran macam lesu dan kosong..

hati rasa gundah gulana..
air mata terasa tiada halangan untuk mengalir laju..
fikiran menerawang samapi ke ruang angkasa..

terpulang sesiapa untuk judge..
but this is me..
always me..
me is me..
not like others..

hurm...bile dengar balik lagu background blog aku ni..
lagi deras air mata ini gugur ke pipi..
YA ALLAH...give me the strenght..



no feel but all pain

day by day went away..
me always here..
rite here waiting for the day..
no one know inside im dying..
i just throw the feel far away..
let people think me im okay..
i want to enjoy them..
i bear to cry forever if it will make them happy..

i know..
no one perfect in this life..
somehow we're still have some weaknesses..
we still have some lacking here and there..
we try to improve as much as we can for the betterment

but..
some people doesn't realize for it..
everything we've done..
just like a water drop in the river..
nothing were change..
they just know to assume all are the same..
they doesn't know how to appreciate..
they doesn't know how to thank..
they doesn't know how to sorry..

but..
we still can accept it with open hand whole-heartedly over and over..
we already told the truth..
we already sincere with the life..
we already recognized certain thing inside us..
does it mean that they are really important to us???
do they can feel it??
NO???
speechless about it..

O Allah..
please..
don't let my heart stop from beating now..
just give me once to breathe with the smile and joy..
then, i'll go to you..


Saturday, July 31, 2010

Kenapa semua ini masih terjadi???

Kenapa semua ini masih terjadi???

Kenapa mudah bagi mereka melafazkan cinta dan sayang sedangkan mereka tidak mampu melaksanakannya??? Itukah namanya cinta?? Cinta hanya di bibir? Adilkah bagi insan yang dikatakan kau amat mencintainya, menyayanginya,,tidak boleh kehilangannya...tetapi kau menyakitinya dalam diam??? Adakah itu caranya kau buktikan kesungguhan cintamu???

Usah kau katakan sayang, cinta, rindu, cemburu jika kau belum bersedia untuk komited padanya.. Sepatah kata dan sepotong janji yang kau titip padanya harus kau patri...tapi jika kau tidak apsti usahlah kau menyatakannya,...usah kau musnahkan kesucian sifat cinta itu sendiri.... usahlah kau jadi kejam...

Janganlah menyinta atas dasar simpati....
Janganlah menyinta atas dasar dendam..
Janganlah menyinta atas dasar terpaksa...

Semua itu terlalu kejam dari seorang pembunuh!!!

Wahai lelaki...wahai wanita...
Tepuk lah dada tanya iman dan seleramu...

Cubalah kau letakkan dirimu dalam situasi insan yang kamu dustai dan khianti itu.. Adilkah kamu bagi mereka?? Mereka membalas cintamu dengan sepenuh hati.. mereka sandarkan berjuta-juta harapan dan kepercayaan kepadamu... mereka setia padamu.... mereka menutup hati nya jauh-jauh untuk terima insan lain.. mereka nekad padamu... Cubalah kau fikirkan...

Jika kau jemu katakanlah jemu...
Jika kau ada yang lain...katakanlah.lepaskanlah...
Jika dia boleh membahagiakanmu lebih dari mereka yang sentiasa berada di sisimu ini..
Usah kau tipu hatimu...
Biar kau membat mereka merana sekarang..itu lebih baik dari membiarkan mereka merana sepanjang hidupnya..
Kau lepaskan lah ia jika hatimu bukan lagi untuknya...
Benarkan mereka unutk merasa kebahagiaan yang haknya mereka harus perolehi setimpalnya....
Benarkan mereka mendapat seseorang yang lebih layak dan lebih baik menjaga mereka dari dirimu..
Biarlah mereka membenci dirimu sekarang..dari mereka menyumpah sepanjang hidupmu kelak...

.......................layar cinta

Wednesday, July 14, 2010

Semua kamu

Semua kamu...
Hari ni kamu,
Esok kamu,
Lusa kamu,
Seterunya adalah kamu...

Hal ini kamu,
Hal esok kamu,
Hal seterusnya juga kamu....

Pergi makan bilang kamu,
Pergi mandi bilang kamu,
Pergi kedai juga bilang kamu,

Naik kereta kasi kamu,
Jumpa kawan kasi kamu,
Ke kiri kasi kamu,
Ke kanan juga kasi kamu terus...

Semuanya kamu..
Apa-apa saja kasi,bilang untuk kamu...
Kamu hanya kamu dalam kamus hidupku..
Semuanya ku utamakan kamu...

Tidak cukup jelaskah aku pada kamu????

Tuesday, April 13, 2010

Pernahkah kau merasa???

Pernahkah kau merasa???

Malam ini, saat ini....
Sekali lagi hatiku terdetik..
Mindaku ligat berpikir...
Benarkah keputusanku ini??
Sudah nekadkah...

Semakin hampir ke destinasi yang kuidam-idamkan selama ini,,
Kenapakah semakin banyak berita dan peristiwa yang menjadi igauan???
Kenapa tidak beberapa tahun dulu?
Mengapa sekarang?
Di saat peasaan ini semakin menebal, di saat itulah semua itu menguji..

Mungkin jikalau dulu,,aku upaya membenci dirimu,
Menyingkir dirimu, Melepaskanmu pergi,
Tapi kini,semua itu sukar...
Sukar untukku membenci dirimu dikala cinta yang menguasai segala,
Dulu, begitu tegar kupertahankan cinta kita,
Ku pekakkan telinga,
Ku butakan hatiku untuk insan lain,
Ku kunci hatiku lalu kuserahkan kuncinya padamu...

Namun kini,
Sedikit demi sikit ku mengetahuinya..
Begitu pahit untuk ku terima,
Ku cuba untuk telan walaupun sukar..
Aku menjadi takut,
Takut untuk terluka,
Kepercayaan semakin goyah,
Benci dan kecewa kian terasa,
Airmata sudah kering,

Adakah kau akan mengulanginya lagi?
Dari dulu..
Ku katakan dan berjanji,
Hanya dirimu yang pertama dan terakhir..
Namun pernah kah kau menghargainya?
Segala pengorbanan yang kulakukan?

Mengapa kau pergunakan kepercayaanku sebgitu rupa?
Adakah cintamu padaku sewenang-wenang cuma?
ohh...aku berperang dengan jiwaku lagi..
Apa yang harusku lakukan...

Lidah mudah bicara,
Cuba lupakan masa silam..
Namun, hati tidak mampu menipu,
masa silam kian menghantui diri..
Tatkala masa silam itu mahu pergi,
Tatkala itu datang pula masa silam yang baru,
Yang semakin perit dan pedih untukku terima...

Aku merasakan diriku bukan siapa-siapa padamu..
Mungkin padamu aku insan biasa,,
Kau mungkin masih belum mengenal diriku...
Aku berdoa pada Yang Maha Esa,
Jika kau jodohku,
Jika kau tercipta untukku,,
Aku sentiasa di sini menanti dirimu...
Ku pohon,,,kau sedar dari lamunan hitam dan gurauan dunia...
Aku ikhlas untukmu..
Pernahkah kau merasa hatiku..
Jadilah diriku,
Kau akan tahu.....

Mengenalimu pengalaman yang cukup indah,
Pelbagai pengalaman dan rasa kulalui,
Marah, cemburu, sedih, kecewa, gelak-tawa,airmata...
Dan segalanya...
Takkan pernah kulupa walau satu hari kita tetap bersama..
Akan kujadikan semua itu benteng hidup untuk seterusnya...
Ku harap,,
Kau akan pernah merasainya....


Coretan: Layar Cinta, 11:05 mlm, 11 April 2010

Sunday, February 14, 2010

Aku berjiwa lagi...

Tik tik tik....
Jarum jam masih berputar...
Aku masih berjaga...
Di kala insan lain sedang tidur..
Aku masih lagi berfikir...
Fikir dan terus berfikir.....

Di manakah kesilapanku??
Apakah itu dikira satu kesalahan??
Aku runsing...
Aku berjiwa...
Ahh...kenapa selalu aku berperasaan begini...

Aku jujur..
Aku ikhlas..
Semuanya untuk kita...
Kita???
Ya..kita berdua...sekarang dan selamanya...
Jika diizinkan oleh-NYA...

Yang kurang aku perbetulkan...
Yang lebih aku laraskan...
Semuanya untuk kita..
Kita???
Ya..kita...dan hanya kita...

Siapa kita??
Usah kau tanya...
Tepuk dada tanya hatimu..
Kau dan juga aku...
Harap itulah jawapannya...

Kalau itu dikira tidak perlu..
Aku mohon maaf..
Aku tarik kesemuanya kembali..
Ku harapkan sedia kala...
Itu sahaja...

Air mata..
Dari dulu hingga kini..
Kau tetap setia denganku..
Menemaniku ke mana jua..
Sedih, marah dan gembira..
Kau tetap ada pada diriku...

Hati...
Kau juga di sini..
Menjadi teman yang paling pandai berlakon..
Sedih kau pintaku jadi gembira..
Marah kau pintaku jadi sabar..
Terima kasih...

Aku berjiwa lagi...
Inilah aku..
owh....
Haruskah aku lalui semua ini berterusan??
Mampukah aku bersabar??

Ya tuhan..
Tunjukkanlah aku jalan dan pedoman......

Thursday, January 21, 2010

Janganlah.....

Oh diriku....
Oh sesama manusia sekalian...

Janganlah lupa daratan..
bak kacang yang lupakan kulitnya...

Janganlah hidup dengan bongkak dan busuk hati...
Di kala susah menagih simpati dan bantuan orang...
Di kala senang mula lah lupa diri...

Di kala susah memuji-muji...
Di kala senang mula mengungkit dan menuding jari...

Bukan untuk mengungkit, bukan juga untuk membangkit..
Tetapi ingatlah...hidup hanya sekali...
Hidup di pentas kehidupan Illahi ini adalah berkongsi...
Susah senang haruslah pikr sesama sendiri...

Gembira...Sedih...Marah...sememangnya fitrah insani..
Namun jangan sekali berdendam, saling membenci dan busuk hati...
Kadang manusia lain ikhlas dan sedia memberi...
Tetapi diri sendiri pula yang angkuh membuta tuli....

Jangan fikir kenapa orang melayan kita begitu....
Fikirlah mengapa kita diperlakukan sebegitu....
Adakah kita yang terlalu berdiam diri...
Atau mereka yang hanya suka mendengki...

Behatilah dalam meneruskan kehidupan...
Kerana di setiap persimpangan akan ada liku-liku halangan...
Hanya berpandukan hati dan akal...
Ditemani keimanan dan keberkatan Illahi..
Dapat atau tidak menangani semua itu..
Atau diri kita yang bakal mati di permulaan perjalanan....

Kenapa apakah???

Siapakah aku??
Kenapakah mesti aku??

Adakah aku tidak wajar berkata-kata?
Adakah aku tidak berhak untuk berkongsi rasa?
Adakah aku tidak boleh mempertahankan diriku?
Adakah aku tidak boleh berasa marah?

Mengapa semuanya aku?
Mengapa aku dipersahkan bulat-bulat?
Mengapa mereka sewenangnya menuding jari ke arahku?
Mengapa aku tidak di beri peluang?

Aku juga manusia, insan yang tidak sempurna...
Aku juga menumpang di bumi ciptaan Illahi ini...
Aku juga mempunyai hak-hak ku sebagai manusia...
Aku juga seperti insan lain yang mempunyai hati dan perasaan....
Aku juga manusia biasa yang mempunyai fitrah dalam berperasaan....
Aku juga berhak merasa sedih, gembira, marah.....
Tetapi kenapakah mereka tidak adil????

Begitu mudah aku mengalah....
Begitu mudah aku mendiamkan diri...
Begitu mudah aku menerima...
Begitu mudah aku berkorban...

Kenapa hanya aku berfikir?
Kenapa hanya aku menilai dengan teliti?
Kenapa hanya aku cuba belajar memahami situasi?

Aku cuba menerima cara mereka...
Aku cuba belajar memahami kehendak mereka..
Aku cuba mengalah walaupun kadangkala mereka yang salah...
Aku cuba membantu sehabis daya jika mereka perlukanku...
Aku cuba untuk jadi seseorang yang mereka senangi...

Tetapi....
Kenapa mereka tidak begitu?
Kenapa mesti hanya aku?
Hina sangatkah aku ini?
Sehingga aku ini tidak berhak untuk melakukan apa-apa?

Berkata-kata panjang salah..
Berkata-kata pendek juga salah...
Berdiam terus tanpa kata juga salah..
Apakah lagi yang harus kulakukan???

Mereka marah aku terima..
Mereka tegur aku terima...
Mereka nasihat aku terima..
Tetapi,, bila aku melakukan sedemikian kepada mereka,
mengapa mereka tidak boleh menerimanya?
Mereka sentap, menolak semuanya....
Mula menyalahkan ku semata...
Semua kesalahanku dipamerkannya...
Hilang segala kebaikan yang pernah aku lakukan...
Semuanya seakan lenyap dan terkubur....

Oh Tuhanku...
Begitu hebat dugaanmu...
Aku terpaksa berperang dengan hatiku sendiri...
Aku seakan tidak berhak mendapat ruang di pentas kehidupan ini..

Oh Tuhanku...
Ku pohon segala kekuatan dan keberkatan dariMU...
Tunjukkan ku jalanMU..
Peliharalah aku dari hasad dengki sesama manusia...
Ku panjatkan doaku hanya padaMU..

Oh Tuhanku...
Kau tunjukkanlah jalan kepada mereka..
Bukakanlah hati mereka...
Jauhkanlah mereka dari perasaan iri hati dan membenci...
Apapun jua,,,mereka tetap di hati..
Semoga keberkatanMU sentiasa mengiringi mereka......

20 Jan 2010;8.30 pm.

Monday, December 28, 2009

Sabar ker???

SABAR....

sabar ke kite??
orang kata sabar itu ada hadnya... tapi berapakah hadnya?? 20km/jam? 200kg? memang susah untuk ditafsirkan dan dijangkakan. kadang-kadang, perkataan sabar yang selalu kita dengar:-

-sabar,,sikit je lagi nak siap ni...
-sabar la, jangan la marah-marah!
-eh, kau cuba la sabar sikit.. gelojoh dan gelabah semacam jer..
-sabar r,,biarlah orang...jangan lah kita..

tapi yang harus kita ingat..."ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar"...

dengan sabar, kita boleh cemerlang,,
dengan sabr, kita boleh gemilang,,
dengan sabar, kita boleh terbilang,,

di mana batasnya sabar itu, hanya diri kita yang tahu..
kerana kita sendiri yang boleh mengawalnya...
pucuk pangkal nya adalah diri kita sendiri,,
cuma antara bijak atau tidak sahaja untuk berfikir dengan lebih untuk mengahayati nikmat sabar..

memang susah kan??? tak semua orang leh buat...
sabar...sabar...sabar.....
namun!!

kadangkala kita kata kita ni bersabar..
tetapi!!

Ikhlaskah kita ni bersabar???
Contohnya: "Kadang-kadang pertolongan dan kebaikan yang dihulurkan tidak nampak oleh manusia. Tidak perlulah difikirkan. Sabar sahaja...sabar separuh dari iman"


Mari renungkan...


" Sabar itu separuh daripada iman."

"Sabar itu Indah"

Kata Nabi Daud a.s, “Berakhlaklah kamu dengan akhlakku. Salah satu daripada akhlakku ialah aku sangat sabar.”

Legenda Perancis Napoleon Bonaparte ada menyatakan, “Orang perlu bersabar dan tenang tanpa tergesa-gesa dalam memikirkan sesuatu, tetapi perlu cepat dalam melaksanakannya.”

Kepentingan sikap sabar itu diakui seorang tokoh Barat yang terkenal, Edmund Burke. Katanya, “Dengan kesabaran kita memperoleh hasil lebih daripada dengan kekuatan kita.”

Dalam surah Al Syura ayat 43, Allah berfirman yang bermaksud, “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk perkara yang diutamakan.”

Apa yang nak disampaikan ialah:-

Jadi jangan lah kita cepat putus asa, sentap dengan apa yang berlaku di sekeliling kita....

Malam ni, tetiba aku berfikir kembali,, masa silam yang banyak kenangan pahit dan manis... memanglah, orang kata, perkara yang lepas usahlah dikenang. Tetapi, kadang kala kita harus sekali sekala menoleh ke belakang, supaya kita tidak lupa asal usul kita, kesilapan-kesilapan yang telah lalu dan elak kan lah ia berualng kembali. Aku nekad, gagal sekali, bukan gagal selamanya.. Sabar.... Bukannya kita ini malang, tetapi Allah sedang ,menguji...rezeki kita akan tiba juga...

Jangan pernah keluh lagi dengan usaha-usaha yang telah ditaburkan... Yalah, study struggle bagai nak mati, tetapi hasilnya masih juga begitu dan tidak seberapa.. Jikalau nak dibandingkan teman-teman seperjuangan yang sudah dikurniakan akal yang cerdik. Cemburu kadang kala menguasai diri. Tetapi aku tersedar dari anggapan itu, setelah satu artikel kubaca. Ada hikmahnya kita tidak dikurniakan apa yang orang lain ada.. Mungkin, jika kita seperti orang lain, kita bukan lah kita yang sekarang.. mungkin kita tidak akan berpijak di bumi nyata, alpa dengan kebolehan diri. Ya..betol...

Ingat...

dengan berkat berjaga malam study,,doa yang berterusan...
cemerlang dan rezeki kita sentiasa menanti...
Sabar dan ikhlas itu perlu mengiringinya...
Tawakal pada yang Maha Esa...
InsyaAllah...

Tuesday, December 1, 2009

anak merdeka...

erm..hari ni seharian aku mengemas bilik ku... sudah lama rasanye bilik aku tidak berkemas, sebelum ini cuti sekejap sahaja.. bersemangat aku berkemas hari ni, aku beli rak buku baru dan besar sedikit.. hajat untuk buat mini library di bilik.. tambahan pula, buku2 pelajarn ku di kampus banyak.. sayang pula kalau hanya letak di dalam kotak...baik letak di rak tersusun rapi..bila-bila, boleh ambil baca...:) tiba-tiba aku terjumpa satu karya ku, sebuah sajak mengenai kemerdekaan... sajak itu aku cipta sempena pertandingan erti merdeka anjuran telekom pada tahun 2003...
jadi, aku rasa elok aku kongsi sajak itu bersama semua....walaupun pertandingan itu tidak menyebelahi aku...namun, yang penting mencuba dan menyertai sudah cukup buatku..

LUAHAN RASA ANAK MERDEKA...

Di keheningan pagi,
Pabila ditiup similir desa,
Kicauan sang murai kedengaran,
Membuak tirai kehidupan,
Sambilku nikmati kehijauan pepohon merendang,
Tiba-tiba benakku berkata;

Hari ini Malaysia,
Kau bak suria penyuluh alam maya,
Tatkala menuju wawasan 2020,
Kau ditiangi banguna konkrit,
Yang gah terpacak dibumi,

Jika ku ungkap pepatah zaman silam,
Lain hulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang,

Dulu.....,
Kau digengami penjajah,
Kau diambang peperangan,
Noktahkanlah segala detik-detik ini,

NAmun...,
Kau harungi titik kepayahan,
KAu pernagi titik keganasan,
Demi membela maruah bangsa,
Walau musuhnya ramai,
Akhirnya kau juarai diperbatasan,

Onak derita jauh ketinggalan,
Laungan kemerdekaan jelas kedengaran,
Bingit menggoncang gegendang telinga,
Terukirlah kegirangan di anubari,
Yang berlalu terus jauh pergi,

Hari ini Malaysia,
Kau sebuah negara merdeka,
Dibina dari kyu-kayu perpaduan yang utuh,
Diisi dengan pucuk-pucuk daun keamanan dan kedamaian,

Itulah kebenaran sebenar,
Kaulah lambang kemenangan,
Kaulah kebebasan,
Kaulah pencetus era kemodenan,

Ayuh,
Semua anak watan,
Simpulkanlah ikatan perpaduan,
Sayangilah,
Cintailah,
Kerana bumi Malaysia milik kita semua.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

nukilan: cnzni_2003,SMKSP

Wednesday, October 7, 2009

kata-kataku padanya

sayangku yg ku rindu
kasihku yg ditunggu
mengapa seksanya rindu ini
tatkala sayang daku curahkan
pergilah kasih...
daku rela menunggumu...

sejauh mana engkau pergi...
selama mana engkau menghilang...
diriku sabar menanti dirimu....
kembali la sayang...
kembali padaku..

menunggu entah bila
tatkala fajar menanti tiba
menanti hari dibuai rindu
fajar subuh kini yang satu
kita hangatkan semula kasih antara kita....
wlau penantian tiada penghujung
masih rela daku menanti
----------------------------------------------------------------------------------

Wahai sayang ku..!
Wahai manis ku!

Apalah erti semuanya ini?
Jika engkau jauh dari diri ku
Tanpa mu disisi ku
Hati ini kerinduan
Hati ini kekosongan

Marilah sayang ku
Datanglah segera kepada ku
Aku rindu pada mu
Aku cinta pada mu!
(jangan biarkan aku kesaorangan)

----------------------------------------------------------------------------------------
p/s:satu waktu dahulu, kata-kata ini pernah kuhadiahkan padanya..
itupun kalau dia masih mengingati dan menyimpannya...


Masihkah ada cinta untukku??

masihkah kau ingat...
pertemuan pertama kita...
waktu itu, kau dan aku, masih muda...
baru mengenal apa itu erti cinta....
dan itulah kali pertama aku terima hadirnya seorang lelaki...
lelaki yang dapat memiliki hatiku..
segalanya....

masihkah kau ingat...
kau..aku...
saling memerlukan..
saling melengkapi..
saling menyayangi..
saling merindui..
saling menyintai..

masihkah kau ingat...
kau sentiasa disisi ku..
dan begitu jua aku..
melalui detik bersama...
moga kekal selamanya...

masihkah kau ingat...
pengorbananku...
pengorbananmu...

masihkah kau ingat...
hadirnya aku dalam hatimu..
hadirnya aku dalam hidupmu..

masihkah kau ingat...
cintaku padamu...

dan...

masihkah kau ingat...
cintamu padaku.....

sumber:yahoo mail(aku pernah bagi pada seseorang yg kusayangi...)

Friday, October 2, 2009

Boleh Undur Ke Tak???

Ada pepatah melayu mengatakan, "Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk padahnya"... memang ada betol pepatah ni. Terlajak kata memang buruk padahnya, kadangkala kata-kata yang keluar dari mulut kita, tanpa kita sedari mengguris perasaan seseorang, kata-kata kita juga boleh jadi punca pergaduhan, kata-kata kita juga boleh jadi punca keretakan hubungan, kata-kata kita juga boleh menyebabkan kepercayaan itu hilang, kata-kata adalah segala..... kata-kata mainkan peranan besar bagi diri seseorang. Ya, memang benar.....

Kadangkala kata-kata ini, menjadi sedap didengar bila mesej yang ingin disampaikan itu baik dan positif. Tapi ada juga yang mudah mensalah tafsirkan kata-kata kita.. Kita melontarkan kata-kata tanpa niat untuk apa-apa.. Susah juga bila ingin berkata-kata...

Tiba-tiba aku rasakan,lebih baik untuk jadi bisu atau buta, dari boleh melihat, berkata-kata.... Sekurang-kurangnya aku dapat hindari diri dari menyakiti hati manusia, berkata yang bukan-bukan... NAMUN, yang aku lagi marah nya, insan yang boleh berkata tapi tidak mahu berkata yang sebenarnya.. penipu...pendusta..putar belit... hah, kalau kes yang macam ni plak macam mana yer? Ini boelh guna pepatah baru, "Berani kerana benar, takut kerana salah..." dan "diam-diam ubi berisi".

Kata-kata seseorang buat aku terpikir... "pikir dulu sebelum buat apa-apa"... Jadi, adakah quote ni betul-betul diimplementasikan atau tidak?? Kadang ada yang diantara kita, tahu akibatnya, tetapi tetap terbuat jugak kan.. Nafsu amarah beraja di hati!

Kasihan pada hati..hanya seketul darah yang penting dalam badan manusia. namun, manusia kadang-kadang tidak mengendahkan langsung kehadiran hati dan menghargai segala pengorbanan hati.. Hati membantu kita bersabar, berkasih dan lain-lain. Tingkah laku dan perkataan yang tidak seiring dengan hati adalah dusta, tidak ikhlas.....(continue)

p/s.....aku terus berfikir dan menilai sampai aku puas dengan hasilnya...


Thursday, October 1, 2009

Andaiku pergi..


Hidup ini sangat singkat,
Siang malam silih berganti,
Hari bertukar hari,
Usia juga semakin meninggi,
Entah esok, Entah lusa,
Aku kan jua pergi,
Meninggalkan semua...
Kutinggalkan sepi.....

Hati inginkan bahagia,
Impian mahu dikecapi,
Janji mahu dikotakan,
Hutang mahu dilangsaikan,
Dosa mahu diampunkan,
Mampukah aku?
Sempatkah aku?

Ajal menjelma bila masa,
Hati takut untuk menemuiNYA,
Iman didada masih muda,
Bersedia atau tidak,
Aku tetap akan melaluinya,
Mohon mudah segala kemungkinan,

Ibu dan ayah...
Walau kau tidak membesarkanku,
Kasih sayangku tetap ada bersamamu,
Jauh dibenakku, kau tetap ibu bapaku...

Mak dan abah,
Terima kasih segalanya,
Kau membesarkanku tanpa pilih kasih,
Jasa dan pengorbananmu tetap kukenang...

Sahabat handai,
Kalian penghibur hati,
Saat-saat indah bersamamu,
Menjadi memori indah selamanya,

Kekasih,
Sucinya cinta dan kasihmu,
Walau tidak sehebat cinta agung-NYA,
Suka duka kita bersama,
Kau tetap mahu bersamaku...

Aku mohon ampun atas kekurangan diri,
Seribu kekhilafanku dan juga keterlanjuranku,
Halalkan segala yang telah kalian berikan,
Kalian amat bermakna dalam hidup ini,
Tanpa kalian, hidup ini sunyi sepi, suram lesu...

Ku harap sepanjang kehadiranku akan disenangi,
Ku harap ketiadaanku akan dirindui,
Ku harap pemergianku jangan ditangisi,
Ku menanti kalian di sana,
Semoga kasih Allah sentiasa bersama kalian....

Tuesday, September 15, 2009

Apakah dan apakah???


Apakah harta adalah segala?
Apakah darjat adalah pengukur?
Apakah?

Apakah harta dan darjat penilai utama?
Kasih sayang?
Cinta?
Pengorbanan?
Keikhlasan?
Apakah tiada tandingannya?

Apakah salah aku menyinta?
Apakah salah aku setia?
Apakah salah aku menunggunya?

Ya Allah...
Berikanku jalan,
Berikanku kemudahan,
Cintaku ikhlas dan tulus...

Apakah aku tidak harus bahagia?
Apakah dia turut sama merasainya?
Apakah aku dan dia tidak harus bersama?

Adilkah itu namanya?
Manusia dibeza-bezakan kerana harta dunia?
Adat manusia tidak lepas dari kesilapan..
Namun, apakah hak kita untuk menghukumnya?
Menyekat dan tiada peluang kedua untuknya.
Apakah itu adil namanya?

Ya Allah...
Aku redha jika itu ketentuannya,
Namun, inikah tanda pengakhirnya?
Hanya kerana harta dan darjat menjadi punca?

Ya Allah...
Ku sujud padaMU....
Engkaulah segala yang mengetahui,
Kuatkanlah semngatku untuk menempuh segala kemungkinan ini..
Walaupun pahit, Aku cuba lalui nya...
Berikanlah segala keberkatan pada kami.....

Wahai rakan dan taulan,
Berhatilah mencari cinta manusia,
Cinta kadangkala manis seperti madu,
Kadangkala pahit seperti hempedu,
Pahit bukan kerana cinta itu tidak sempurna,
Tetapi dek dilanda badai disekelilingnya....

Cinta pertama,
Cinta selamanya...
Tetap kekal sampai bila-bila...
InsyaAlllah..
"Inna a'malu binniat....."


Monday, September 14, 2009

am i too stupid?????

Am i too stupid???

why???
am i too stupid?
I dont know why,, why people keep make such a fool to me?
sometime i try to give full trust to them,
but, just at glance, they easily destroy it,
betray on me...why????

am i too kind?
am i too bad?
me my self do not what to say...

Please....
im hurt enough...
really hurt...
just leave me if there is no more feel....

leave me here...
stop hurting and fooling me around...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...