Oh diriku....
Oh sesama manusia sekalian...
Janganlah lupa daratan..
bak kacang yang lupakan kulitnya...
Janganlah hidup dengan bongkak dan busuk hati...
Di kala susah menagih simpati dan bantuan orang...
Di kala senang mula lah lupa diri...
Di kala susah memuji-muji...
Di kala senang mula mengungkit dan menuding jari...
Bukan untuk mengungkit, bukan juga untuk membangkit..
Tetapi ingatlah...hidup hanya sekali...
Hidup di pentas kehidupan Illahi ini adalah berkongsi...
Susah senang haruslah pikr sesama sendiri...
Gembira...Sedih...Marah...sememangnya fitrah insani..
Namun jangan sekali berdendam, saling membenci dan busuk hati...
Kadang manusia lain ikhlas dan sedia memberi...
Tetapi diri sendiri pula yang angkuh membuta tuli....
Jangan fikir kenapa orang melayan kita begitu....
Fikirlah mengapa kita diperlakukan sebegitu....
Adakah kita yang terlalu berdiam diri...
Atau mereka yang hanya suka mendengki...
Behatilah dalam meneruskan kehidupan...
Kerana di setiap persimpangan akan ada liku-liku halangan...
Hanya berpandukan hati dan akal...
Ditemani keimanan dan keberkatan Illahi..
Dapat atau tidak menangani semua itu..
Atau diri kita yang bakal mati di permulaan perjalanan....
SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN
Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)
No comments:
Post a Comment