Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.
Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.
Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.
Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua.
Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.
Sumber Berita Harian, Jumaat, 1/1/2010.
Komen...
Hari pertama di tahun baru ini, digemparkan pula dengan berita di atas. haih,,bukan main terkejut saya pasal berita ini. Ya, saya da lama tak ikut perkembangan brita negara ni.. kalau tahu pun, mungkin melalui kawan-kawan dan juga radio..unutk menonton berita di TV memang susahlah...Saya masih lagi mencari kepastian dalam berita ni.. Bagaimana Mahakamah boleh luluskan dan buat keputusan macam tu.. Sungguh tidak di sangka.. Honestly, sebagai seorang umat islam, saya tidak setuju penggunaan "ALLAH" dalam upacara yang berkaitan dengan agama lain. "ALLAH" itu satu, dan hanya untuk agama Islam.. Jika kita benarakan agama lain menggunakannya, bukankah ia seolah-olah menyamakan tuhan mereka. OH, astaghfirrullahal'azim....saya masih ingat lagu nyanyian seorang artis indonesia, agnes monica yang di gam lagunya di Malaysia.. lagu yang bertajuk "Allah peduli" itu cukup menyentuh sentimen orang islam kita. di mana liriknya mengagungkan tuhan kristian jesus... saya cuba juga mendengarkan lirik-lirik lagu itu..tidak wajar diputarkan sebenarnya.. ia boleh membangkitkan kekeliruan kepada rakyat dan juga pengganut agama lain. Saya masih keliru....terkesima..terkejut...marah..geram...arggghhh..suma ada.... ada sesiapa mengikuti kes ini??? sila beri penjelasan dan juga info2....TQ
No comments:
Post a Comment