SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Thursday, January 21, 2010

Hari-Day-Al-yaum (Gadis 2)

Hari ini, merupakan hari yang amat meletihkan dan stress bagi gadis. Minggu demi minggu dilaluinya di kampus cukup mencabar, kehidupan sebagai seorang siswi kian terasa. Tambahan lagi dengan tugasan-tugasan yang tidak putus-putus diberi oleh pensyarah, quiz, Test dan midterm exam juga bertimpa-timpa datang. Gadis cuba lagak biasa, cool, steady dan cuba hiburkan hatinya walaupun hakikatnya tertekan yang amat sangat. gadis cuba bergelak ketawa ketika bersama-sama teman semata untuk melindungi perasaannya. Kadang kala terlintas cemburu di hati melihat kawan-kawan yang sentiasa heppy dan mempunyai masa lapang. Wallahu'alam, mungkin mereka sama sahaja seperti gadis, gadis juga tidak tahu... Dari dulu hingga sekarang, gadis masih lagi tidak mampu mengawal emosi dan stressnya dengan baik. Gadis masih mampu mengawal keadaan, cuba bahagi masa sehabis mungkin untuk menyiapkan tgasan-tugasan yang ada, yang paling ketara, gadis terpaksa mengorbankan masa tidur malam dan siangnya. Jika selalu, gadis amsih boleh tidur 6-7 jam sehari, tetapi sejak dua menjak, gadis kadang-kadang hanya mampu tidur untuk 3@4 jam sahaja.....Gadis sedar, itu sahaja pengorbanan yang mampu dilakukannya untuk membalas segala jasa kedua ibu bapa yang menjaganya dari kecil. Gadis sedar, tanggungjawabnya untuk belajar bersungguh-sungguh adalah matlamat utama dan merupakan amanah kedua orang tuanya..... Saban hari, gadis menghitung hari-hari yang menjadi sisa baginya untuk mendiami taman ilmu dan budi ini.....Sekali-sekali gadis mengeluh sendirian,,,"Haih,lambatnya bulan november, aku tidak sabar untuk keluar,,kerja mencari duit untuk dirinya sendiri.... Bukan hati aku dah tak nak study, aku ingin study sejauh mana yang boleh...Tapi,,aku ingin bekerja dahulu.....InsyaAllah, bila ekonomi dah stabil,,aku akan sambung lagi...."

Hari ini, gadis berasa lain seperti biasa. Gadis makan begitu selera hari ini, pelbagai menu dibeli nya dan dihabiskan sekaligus... pada orang lain mungkin ia berbeza,,mereka akan hilang selera makan bila hati dan minda terganggu.. Tetapi berbeza dengan si gadis, gadis akan makan semana dia mahu untuk hilangkan tekanan..
Hari ini sahaja, lebih RM 10 dibelanjakan untuk membeli makanan.....

Juadah tengahari:
Bihun sup RM2.50
Kuih 3kpg RM1.00
Sausage Roll RM 1.00

Juadah Minum Petang:
Nasi Ayam Goreng Berempah RM4.20

Juadah Makan Malam
Roti RM 2.90
Ais Krim RM 1.00
100plus RM 2.00
Kerepek RM 2.50
TOTAL:?????????
(ini belum termasuk gula-gula, tisu yang dibawa hari-hari sebagai bekalan ke kelas)

Terdetik si gadis untuk mencatat segala perbelanjaan hari ini. Tersedar dia sebentar....."aku tidak boleh beterusan macam ini, tak elok, tak bagus, membazir...aku tak boleh ikutkan hati aku...yang sakit dan yang tanggung nya aku..bukan orang lain...aku kena berjimat..." Gadis mula sakit kepala, di telannya actifast sebiji...GAdis menarik nafas dalam-dalam....Malam ini dia tidak boleh tidur awal,,tugasan yang baru diberi pagi tadi, harus dihantar esok hari sebelum pukul 12 tengahari. Usai menyiapaknnya, gadis harus mula mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan jumaat ini..5 bab bukan sedikit, sehelai muka surat pun masih belum disentuhnya lagi..kerisauan kian memuncak dan kepala semakin laju berdenyut kesakitan.....Tugasan subjek lain lagi harus dihantar jumaat juga.... Gadis semakin ligat berfikir untuk membahagi masa dan merancang....... Sudah 3 minggu berturut-turut gadis sibuk dengan peperiksaan, tugasan, kuiz dan test. Diselaknya planner yang ada di depan mata......

7 jan - mid term A
11 jan- Kuiz 2 B
13 jan - Test 1 C
13 jan- Submission report case study
14 jan- Test 1 D
14 jan- Submission proposal E
15 jan - mid term B
19 jan- Midterm 1 D
20 jan- Presentation A
22 jan - Mid term F
23 jan - Bengkel Kereta
24 - 31 jan - Cuti mid sem break
25 jan- interview praktikal training
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>
3 feb- presentation 1 D
9 feb- Midterm 1 E, Midterm 2 D, Kuiz 3 B
11 feb-Mid term 2 E


Buat masa ini, itu sahaja yang gadis sempat ingat...tak sanggup nak selak lagi....Gadis rindu masa untuk bersama teman-teman, keluar berjalan-jalan, pergi bercuti, rindu masa untuk bersama keluarga dan si dia, gadis rindu akan ketenangan dan kemeriahan....Gadis dapat merasakan dirinya sekarang berubah, menjadi seorang yang terlalu sensitif, emosi dan juga pendiam... Segalanya dipendam sendiri.....tiada siapa yang dapat mengerti dan menyelami perasaan sebenar......Gadis kesal akan persekitaran di sekelilingnya yang seolah-olah tidak mengerti situasinya.. Persekitaran yang sengaja buat-buat tidak faham atau persekitaran mudah menyalahkan gadis yang tidak matang.... Gadis mengeluh,, mulut memang mudah berbicara, mata yang memandang tidak sama dengan bahu yang memikul....Jangan mudah menghukum dan menilai gadis...gadis kesal...gadis kecewa... gadis terimbau kembali saat-saat yang lau....mungkin gadis terlalu banyak bersabar sehinggakan bila gadis mengutarakan sedikit pendapat dan kata-kata tegas, persekitaran seakan tidak boleh menerima. Masalah yang kecil pun dibesar-besarkan..di saat gadis ingin memulihkan keadaan,,tapi persekitaran seakan menolak,,tidak mahu dan makin mengeruhkan keadaan..

Gadis hanya mampu terdiam dan bersabar,,gadis berdoa semoga Allah membuka hati dan jalan kepada persekitaran untuk menilai kembali apa yang terjadi....
Gadis terfikir,, manusia suka mengatakan,,:

"kita ni hidup biarlah adil, fikirkan orang lain"
"we need to give , fair and square"
"kita menerima, orang memberi...kita juga harus memberi untuk orang menerima"
"kita harus belajar memahami orang lain"
"jangan fikirkan diri sendiri sahaja"
"even business need to learn internal environment as well as external environment, same goes to us"
"hidup kita saling melengkapi antara satu sama lain"
"kita harus belajar menerima kekurangan orang lain apa adanya, kerana siapa kita untuk menilai dan menghakiminya"
"manusia boleh berubah, namun tidak semua boleh diubah kerana setiap manusia ada batas-batas kemampuannya"
"fikirlah sejenak kenapa dan engapa orang berbeza dari kita? perbezaan itu memang penting kerana persamaan bukan penentu keserasian"
"sekali melakukan kesilapan, maafkanlah....kesilapan kedua kalinya dan seterusnya,,,maafkanlah jua.....mungkin itu adalah kekurangan si dia yang memnag tidak mampu diubah lagi.....jangan jadikan ia punca untuk mengungkit dalam satu-satu perhubungan"
"teman terbaik adalah insan yang sedia menerima, memberi dan membantu pasangannya......"
"jauh tidak bermakna lupa, dekat tidak bermakna erat...jarak bukanlah penentu segalanya..... yang penting ikhlas,percaya dan komited"


Gadis tersentak mendengar deringan hand phonenya,, mesej dari teman sekuliah.... Gadis terus mengemas meja belajar, dan bersiap-siap unutk ke bilik tv mencari satu kelainan. Bilik yang sebelum ini seakan mengerti keadaan dirinya, sudah mula tidak mengerti, sudah mula menekan diri...Mungkin sebelum ini,,gadis hanya setia menanti di bilik, melalui hari-harinya yang sepi sendiri....merawat kesedihan dan kelukaan sendiri.... Malam ini, gadis ingin sekali ke bilik tv,, ingin dialami pengalaman dan persekitaran baru untuk mencari semangat. Supaya semangat itu dapat memulihkan keyakinan yang ada, merawat segala kesedihan dan tekanan...Gadis ingin mengulangkaji di situ...mungkin samapi subuh..gadis ingin mencari tempat yang sunyi tanpa manusia....Gadis ingin sekali menikmati dingin nya suasana malam, bunyi bisikan unggas dan serangga yang sekan memberi ketenangan.... Gadis teringat peristiwa siang tadi,, gadis terasa bersalah kerana "ponteng" dua kelas kerana terlalu keletihan. Separuh nafasnya seakan holang sebentar...Hujan yang turun cukup membuat gadis terasa sedikit tenang...gadis duduk di tepi surau untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah....Subhanallah,,,indah sungguh pemandangan ketika itu...titisan-titisan hujan yang jatuh atas daun dan air sungai cukup menangkan jiwa....dilihatnya jam di tangan sudah tepat pukul 1...pukul 2 gadis masih perlu hadiri kelas sampai pukul 5...dan gadis mengeluh lagi, baru teringat kelas ganti yang akan diadakan pada pukul 5-7.30.....argggghhhhhhh....menjerit sebentar..(dalam hati)........ bergegas si gadis ke surau untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada Maha Pencipta, Allah yang Maha Esa.... Alhamdulillah, hari ini keadaan surau tidak lah sesak seperti selalu...seolah-olah mengerti fikrian gadis yang berkecamuk.... Sementara menanti azan berumandang, kulabuhkan sebentar kepala dilantai...menarik nafas lega.....teringat kembali saat-saat cemas membuat pembentangan di kelas pagi tadi..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun semuanya siap dengan kelam kabut..teks tak sempat dihafal.....tanpa disedari, gadis terlelap terus.....

"gadis...gadis....bangun,,kau tak nak pegi kelas ker?" gadis membuka matanya sebentar,menggelengkan kepala, gadis merasakan kepalanya yang berat dan matanya yang pedih...dipejamkan balik matanya...
teman sekelas yang mengejutnya tadi...tersenyum bila dikenang kembali....bersungguh temannya mengejut, namun dek kerana keletihan yang terpancar di wajah gadis, temannya seakan memahami... Gadis ponteng kelas pukul 2-3.30 dan kelas pukul 3.30-5....terasa bersalah dalam diri, bersalah kepada orang tuanya.....namun, gadis memang tidak berdaya untuk pergi...gadis percaya bahawa pergi dalam keadaan begitu tidak dapat memberi apa-apa...dia hanya akan memburukkan lagi keadaan...usai solat asar, gadis bergegas ke kelas ganti pukul5-7.30.... digagahkan diri untuk hadiri kelas itu....dipaksa matanya dan telinganya untuk dibuka luas-luas supaya dapat menangkap segala pengajaran pensyarahnya di ketika itu. Tepat 7.20, kelas bersurai.... Berjalan kaki beramai-ramai gadis pulang bersama teman-temannya ke kuarters penginapan pelajar.tepat pukul 7.50 gadis tiba di bilik, setelah membuka pintu biliknya, meluru si gadis ke tandas untuk melepaskan hajat...=)....kemudian terus mengejar melaksanakn ibadah maghrib yang kian hilang untuk ke waktu isyak....



11.30pm, 20/1/10

...........bersambung gadis 3..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...