Siapakah aku??
Kenapakah mesti aku??
Adakah aku tidak wajar berkata-kata?
Adakah aku tidak berhak untuk berkongsi rasa?
Adakah aku tidak boleh mempertahankan diriku?
Adakah aku tidak boleh berasa marah?
Mengapa semuanya aku?
Mengapa aku dipersahkan bulat-bulat?
Mengapa mereka sewenangnya menuding jari ke arahku?
Mengapa aku tidak di beri peluang?
Aku juga manusia, insan yang tidak sempurna...
Aku juga menumpang di bumi ciptaan Illahi ini...
Aku juga mempunyai hak-hak ku sebagai manusia...
Aku juga seperti insan lain yang mempunyai hati dan perasaan....
Aku juga manusia biasa yang mempunyai fitrah dalam berperasaan....
Aku juga berhak merasa sedih, gembira, marah.....
Tetapi kenapakah mereka tidak adil????
Begitu mudah aku mengalah....
Begitu mudah aku mendiamkan diri...
Begitu mudah aku menerima...
Begitu mudah aku berkorban...
Kenapa hanya aku berfikir?
Kenapa hanya aku menilai dengan teliti?
Kenapa hanya aku cuba belajar memahami situasi?
Aku cuba menerima cara mereka...
Aku cuba belajar memahami kehendak mereka..
Aku cuba mengalah walaupun kadangkala mereka yang salah...
Aku cuba membantu sehabis daya jika mereka perlukanku...
Aku cuba untuk jadi seseorang yang mereka senangi...
Tetapi....
Kenapa mereka tidak begitu?
Kenapa mesti hanya aku?
Hina sangatkah aku ini?
Sehingga aku ini tidak berhak untuk melakukan apa-apa?
Berkata-kata panjang salah..
Berkata-kata pendek juga salah...
Berdiam terus tanpa kata juga salah..
Apakah lagi yang harus kulakukan???
Mereka marah aku terima..
Mereka tegur aku terima...
Mereka nasihat aku terima..
Tetapi,, bila aku melakukan sedemikian kepada mereka,
mengapa mereka tidak boleh menerimanya?
Mereka sentap, menolak semuanya....
Mula menyalahkan ku semata...
Semua kesalahanku dipamerkannya...
Hilang segala kebaikan yang pernah aku lakukan...
Semuanya seakan lenyap dan terkubur....
Oh Tuhanku...
Begitu hebat dugaanmu...
Aku terpaksa berperang dengan hatiku sendiri...
Aku seakan tidak berhak mendapat ruang di pentas kehidupan ini..
Oh Tuhanku...
Ku pohon segala kekuatan dan keberkatan dariMU...
Tunjukkan ku jalanMU..
Peliharalah aku dari hasad dengki sesama manusia...
Ku panjatkan doaku hanya padaMU..
Oh Tuhanku...
Kau tunjukkanlah jalan kepada mereka..
Bukakanlah hati mereka...
Jauhkanlah mereka dari perasaan iri hati dan membenci...
Apapun jua,,,mereka tetap di hati..
Semoga keberkatanMU sentiasa mengiringi mereka......
20 Jan 2010;8.30 pm.
SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN
Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)
No comments:
Post a Comment