Ada pepatah melayu mengatakan, "Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk padahnya"... memang ada betol pepatah ni. Terlajak kata memang buruk padahnya, kadangkala kata-kata yang keluar dari mulut kita, tanpa kita sedari mengguris perasaan seseorang, kata-kata kita juga boleh jadi punca pergaduhan, kata-kata kita juga boleh jadi punca keretakan hubungan, kata-kata kita juga boleh menyebabkan kepercayaan itu hilang, kata-kata adalah segala..... kata-kata mainkan peranan besar bagi diri seseorang. Ya, memang benar.....
Kadangkala kata-kata ini, menjadi sedap didengar bila mesej yang ingin disampaikan itu baik dan positif. Tapi ada juga yang mudah mensalah tafsirkan kata-kata kita.. Kita melontarkan kata-kata tanpa niat untuk apa-apa.. Susah juga bila ingin berkata-kata...
Tiba-tiba aku rasakan,lebih baik untuk jadi bisu atau buta, dari boleh melihat, berkata-kata.... Sekurang-kurangnya aku dapat hindari diri dari menyakiti hati manusia, berkata yang bukan-bukan... NAMUN, yang aku lagi marah nya, insan yang boleh berkata tapi tidak mahu berkata yang sebenarnya.. penipu...pendusta..putar belit... hah, kalau kes yang macam ni plak macam mana yer? Ini boelh guna pepatah baru, "Berani kerana benar, takut kerana salah..." dan "diam-diam ubi berisi".
Kata-kata seseorang buat aku terpikir... "pikir dulu sebelum buat apa-apa"... Jadi, adakah quote ni betul-betul diimplementasikan atau tidak?? Kadang ada yang diantara kita, tahu akibatnya, tetapi tetap terbuat jugak kan.. Nafsu amarah beraja di hati!
Kasihan pada hati..hanya seketul darah yang penting dalam badan manusia. namun, manusia kadang-kadang tidak mengendahkan langsung kehadiran hati dan menghargai segala pengorbanan hati.. Hati membantu kita bersabar, berkasih dan lain-lain. Tingkah laku dan perkataan yang tidak seiring dengan hati adalah dusta, tidak ikhlas.....(continue)
p/s.....aku terus berfikir dan menilai sampai aku puas dengan hasilnya...
No comments:
Post a Comment