Tepat jam 2.15pg aku sampai di bilik setelah bertungkus lumus menyiapkan Flash animation di Mahallah Asma'. Esemen kena submit esok. Tapi tak siap gak!.. Sepanjang perjalanan pulang dari bilik kawan tadi, fikiran aku memang melayang habis... terkenang dan terfikir macam-macam yang pernah aku lalui beberapa tahun ni. Keadaan malam yang sunyi dan dingin memang memudahkan aku melayan perasaan....(Biasalah,,touching habis) Tanpa aku sedar, air mata yang sedari dari tadi bergenang jatuh juga ke pipi..Mujur tiada orang... Masa-masa begini, orang suma dah masuk tidur, tetapi masih ada bilik-bilik pelajar yang masih terang... Mungkin tengah mengulangkaji pelajaran ataupun sedang menyiapkan esemen sama macam aku...
Sampai sahaja dibilik, siap bersihkan diri aku terus duduk menghadap meja belajarku... Menatap kembali gambar-gambar orang-orang yang ku sayang... Melayan kembali perasaan ketika dalam perjalanan pulang sebentar tadi.Mata memang terasa amat ngantuk,,badan letih, kepala sakit, hati sakit... Mana tidaknya, sudah berhari-hari tidur lewat, ke sana dan ke mari siapkan tugasan yang bertimbun-timbun... Namun, kesukaran untuk aku lelapkan mata, membuatkan aku terdetik untuk menulis di waktu-waktu begini..
Malam ni sekali lagi membuat aku menajdi ahli fikir... Fikir itu, ini dan juga yang lain-lain nya.. Kadang kala kita memang perlukan masa sepi begini, fikir dan muhasabah diri... Di kesempatan macam ni jugak, kita boleh merafa'kan diri kita pada yang maha Esa. Argh...hatiku memang sayu sangat malam ni, dadaku rasa sakit dan sebak..
Mengenang nasib diri... Ya Allah, satu persatu dugaan Kau berikan padaKu.. Aku khuatir jika aku tak dapat bertahan dan menghadapinya...
Malam ni, sekali lagi aku keliru, tertanya-tanya dan ragu-ragu akan kesetiaan dan kejujurannya.. Kenapa mesti aku tahu dengan sendirinya..? Kenapa tidak dia beritahu dan mengaku sendiri? Aku letih, pendam perasaan macam ni...mengalah?berdiam diri? aku yang akan merana dan dihantui. menyiasat? bertanya? minta penjelasan? kelak akan bergaduh.Apa yang patut aku lakukan? aduyai, kenapalah radio malam ni putarkan lagu-lagu yang sejiwa dengan keadaan aku malam ni?? Bertambah sebak lah aku sekarang ni...=( Si dia mungkin sedang tidur lena dibuai mimpi...
Bukan aku tidak percaya, namun bukan sekali, bukan dua hal-hal macam ni jadi.. Kali ini, aku yang menjumpainya sendiri, lidah kelu, jangtungku berdegup pantas seakan tidak percaya... Argh,,,kenapa kau buat macam ni?
Siapa aku sebenarnya di hatimu?
Siapa aku dalam hidupmu?
Boneka? Alat ganti?
Mana janjimu padaku dulu?
Mana hilang dan perginya?
Adakah memang betul kau hanya pandai bermain kata?
Memberi pengharapan dan janji-janji manis sesuka hatimu....
Adakah benar aku yang tertipu?
Siapakah insan itu?
Apakah ada kisah antara kau,dia dan aku?
Ya Allah, aku tidak sanggup terima kenyataan. Aku tidak mahu segala penantian, keikhlasan dan kejujuranku selama ni sia-sia sahaja.. Namun kalau itu takdirMu, tunjukkanlah jalan padaku dan bongkarkanlah segala kebenaran...
Pada si dia...
Sebelum ini aku menidakkan kata-kata orang tentang dirimu, kerana aku percaya padamu,
Aku pertahankan kamu, aku berada di sismu di kala susah dan senang...
Namun, inikah balasannya??????
Adakah tulus kasih yang pernah kau berikan?
Atau hanya sekadar simpati dan suka-suka?
Kini kau kata hanya aku padamu...
Adakah kerana kau tiada pilhan yang lainnya?
Adakah aku ini hanya tangkap muat?
Kenapa? kau seringkali membuat air mataku sentiasa keluar...
Aku tidak mahu membenci dirimu..
kerana hati ini tidak boleh melakukannya..
kerana hati ini sudah buta dengan kasihmu..
Setiap kali ku mula lupakan segala yang telah kau lakukan, pada waktu itu jualah, satu perkara datang tiba-tiba silih berganti, menduga diriku.. dan juga memaksaku menilai kembali ketulusan dirimu.. Aku buka pintu hati ku, beri peluang kedua padamu... Ku pohon jangan menduga kesabaranku dan kelurusanku... Pernah kah kau fikirkan diriku,,, aku masih ingat kata-katamu.... "Alam berubah kerana manusia, tetapi manusia berubah juga kerana manusia..."
Aku sedar siapa diriku ini...bukan siapa-siapa. Hanyalah insan biasa yang mengharapkan sinar baru dalam hidupnya.. Namun, jika benar kau hanya ingin memainkan hati dan perasaanku.,,,berterus teranglah, jangan buat diriku begini.. Puas aku menangis dan bersabar,, tapi ini bukan balasannya... Kalau benar, aku redha melepaskanmu untuk dirinya, kalau itu lebih membuat kau bahagia dari terus berada disisiku yang penuh dengan masalah ini... Cukup melihat kau tertawa dan bahgia, hatiku turut tumpang merasainya... Tidak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan tetapi cinta pertama selalunya tetap subur bawa ke mati....
1 comment:
huiyoo..dasat2..
sabar2..sudah2 la memikirkn pde org laen..
cube pkirkn keadaan dri kite pulak..
andai kte boley nk troskn dgn keadaan mcmni..
troskn lah..
andai kte x..kuatkn lah ati & brani knlah dri mbuat kputusan..
ape2 pon aku tetap ade di sisi,dpn n blkg ko..huhu..
Post a Comment