Kenapa??? Salah ke aku terlalu serius dalam hubungan ni? Salah ke aku melarangnya untuk membeli itu dan ini yang ku kira tidak penting?? Salah ke? Semua itu hanya untuk mengecapi impian kita bersama.
Tak pernah pun aku pertikaikan siapa dirimu.. Kau dan aku,, kuharap saling lengkap dan melengkapi apa yang kurang apa yang lebih. Aku juga bukan lah siapa-siapa... Bukan puteri raja. Dari kecil ku hidup dengan serba kesederhanaan. Bukan seperti mereka yang mewah yang mana dapat sahaja apa yang dipinta.
Kamu tidak tahu bagaimana aku, kamu tidak rasa bagaimana aku rasa dan aku fikir. Setiap hari dan setiap saat. Aku begitu kepingin untuk bekerja. Ingin kuhitung dan kukumpul segala nya untuk dirimu dan aku bersama kelak. Aku tak pernah membanding-bandingkan kamu. Aku juga tidak pernah memperkecilkan kamu. Ada kelebihan padamu yang tiada padaku, dan juga ada kelebihan aku yang tiada pada dirimu..begitu jugalah kekurangan dan keburukan...
Malam ni, sekian kalinya airmata ini bederai kembali. Sengaja ku makan pedas-pedas untuk rasa sakit. Jauh kurenung cermin tingkap seolah mahu tembus ke luar. Ya Allah....mengapa dugaanmu datang lagi. Ku mohon tabahkanlah hambamu ini... Aku ingin bahagia,,ingin bahagia dengan dia yang kusayangi. Ya Allah, ampuni lah aku sekiranya cinta dan sayangku padanya lebih dari cintaku padaMU. Ya Allah berikanlah aku petunjuk....
Mengapa...di saat ini, kesedihan ini melanda,, tahukah kau, aku selalu mencuba lakukan yang terbaik untukmu. Tiada niatku untuk menyakitinya. Aku menyayanginya.. Izinkan aku menyayanginya pada jalanMu Ya Allah.
Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami.. Sekiranya bahagia yang kau janjikan untuk diriku dan dirinya bersama, aku redha melalui saat-saat sukar begini.. Namun, sekiranya perpisahan yang kau janjikan untuk kami, aku redha pergi menemuimu meninggalkan dunia yang fana ini. Tidak ku mahu terus hilang arah, hidup dalam berduka dan putus harapan, tidak ku mahu menyalahkan takdirMU kelak....
No comments:
Post a Comment