SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, February 8, 2011

Berubah, Diubah, Mengubah atau Terubah?

"Alam berubah kerana manusia, manusia juga boleh berubah kerana manusia"

Itulah phrase yang kuingat sehingga kini dan sampai bila-bila. Kata-kata yang pernah kau keluarkan suatu ketika dahulu, sewaktu itu kurasakan kau telah campakkan ku ketepi, di kala itu ku hanya menangis sendirian dalam ketakutan untuk keseorangan. Hadirmu seperti bayang-bayang... Namun, ku gigihkan jua diriku ini menempuhi harianku sebagai pelajar semata kerana janjiku padamu, ibumu dan keluargaku..

Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan betapa kuatnya hatiku ini padamu?? 
Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan kesetiaanku padamu??
Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan impianku denganmu??

Sejurus melihat kata-katamu tadi di dinding itu, hati aku terjelepuk sebentar, puas kutanya mana silapnya... Mungkin aku yang tak sedar atas keterlanjuranku padamu. namun, apakah perlu kau memberitahunya disitu? Kurasa hiba dan sayu, bukankah ketelusan dan keterbukaan itu perlu dalam satu-satu hubungan??
Dimana salah dan silap, teguri dan tunjuki aku...

Mungkin mereka diluar sana puas gelakkan aku bukan?? Dari dulu lagi, aku sudah lali itu semua..
Pada mereka yang betul mengenaliku, mereka tahu dan faham apa yang berlaku... 
Diluar, aku ceria dan gembira ke sini sana, namun didalam hati tak siapa tahu melainkan Ya Rabb.. 

Malam ni, mataku tak boleh nak lelap.. Semua kata-kata kakakku, kurasakan hanya bisikan angin yang kubiarkan sepi.. Otak dah menerawang entah ke mana. Mata merah bertakungkan airmata, hati sebak menahan tangis.. Ya Allah, aku tak kuat... Aku takut untuk kehilangannya...

Aku kah yang dah berubah?? teruk sangatkah perubahan ku ini? Seingat aku, tak pernah sedikit pun aku berpaling dari cintanya..dari dulu, hingga kini...insyaAllah, selamanya... Walaupun pelbagai rintangan datang, ku lalui dengan tabah. Walaupun airmata ini banyak mengalir, hati terluka pedih bagai ditusuk sembilu.. Aku buang ia jauh-jauh kerana cinta dan sayangku yang terlalu tebal dari kerak bumi ini. 

Berubah kah aku?? dalam hari-hariku tak pernah lekang namamu. 
Berubahkah aku?? Kini ku berani mengatakn perihal pertunangan, perkahwinan dengan mak, akak-akakku secara terbuka.
Berubahkah aku?? Dengan gembira ku cerita pada teman-teman yang kita mungkin akan bersatu tak lama lagi.
Berubahkah aku?? Kini sudah ku ambil kisah akan perihal kecantikan.. Semuanya kerana kamu. Kurasa begitu kecil dan kerdil bila berdampingan dengan gadis lain. Aku adalah gadis yang kolot tidak tahu bergaya, gemuk dan nampak tua. Semua itu ku terima dengan satu kegusaran bahawa kamu akan mencari yang lain kelak. Salah kah aku???
Berubahkah aku?? Kini aku menyekatmu untuk berbelanja lebih semua untuk simpanan di hari bahgia kita.Aku juga ingin membantumu nanti setelah aku mendapat kerja..

Semua demi cita dan cintaku....Ya Allah,,makbulkanlah doa-doaku..tetapkanlah aku di atas jalan dan petunjukMU Ya Rabb.

Ya Allah,,jika bukan aku yang terbaik untuknya. aku redha jika kau janjikan seorang yang lebih baik dariku untuknya.. Seseorang yang boleh menjaganya sepanjang hayatnya. Seorang yang boleh menjaga ibu dan bapanya sepertimana ibubapa sendiri. Ya Allah, jika KAU boleh berinya seorang yang boleh menjadi tulang belakangnya di dalam susah dan senang. Biarkanlah dia lebih kuat sabar dan imannya untuk menemani sepanjang hidupnya. Jika itu janjiMU, kuredha walau kuderita.... Biarlah dia bahgia dariku. Kebahagiaannya lebih dari kebahagiaan hidupku... KAU bawalah kupergi....

Ya Allah,mengapa airmata ini terus laju menuruni pipiku,, Ampunkan hambaMU ini Ya Tuhan....
Selama ini aku alpha dengan nikmatnya cinta... Izinkan ku melewati kedukaan ini dengan air mata ini...
Sambil ku hayati merdunya ayat suciMU...hatiku sebak dans sesakk....
Aku ingin sekali mengecapinya....semua itu kuasaMU...

KAUlah Yang Maha Pemurah dan Penyayang....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...