"Bawa pulang pelajar mlysia kat Mesir nek kapal laut TLDM je ke???bila masa nak sampai???negara len sume amek nek pesawat...nyawa mereka lg berharga la dr duit...alasan kos tinggi..pe daaaa punye kptusan!!! org2 besar wat lawatan ntah pape ke luar negara xpe plakkk..hishhh...x logikk nye alasan la weii"
Itulah dia tindak balas spontan dari aku sejurus menonton berita tadi. Kebetulan laptop betul-betul di sebelah, sambil menonton aku terus post ke laman sosial facebook. Tak banyak response yang dapat.. Mungkin masyaratkat yang kurang prihatin atau pun mereka tidak tahu akan berita itu,,,,
Berikut adalah lagi sumber yang saya perolehi dari Malaysia Kini.com.
....tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri....
...warga Malaysia di negara kawasan Alexandria di Mesir kini tertekan kerana berada bawah perintah berkurung dan amat sukar untuk mendapatkan makanan....
....kes jenayah juga dibimbangi akan berlaku memandangkan sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara....
...Selain itu, kawasan Tir'ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat. Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran...
Itulah serba sedikit kata-kata yang dipetik oleh Nasharuddin Mat Isa, Naib presiden parti P**.
Hurm....kita tunggu sehari dua lagi, apa tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani masalah ini. Pelajar-pelajar malaysia di sana amat beharga nyawanya. Mereka adalah antara bakal peneraju utama negara kelak..dengan keadaan keluarga dan sanak saudara yang risau akan keselamatan mereka.
SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN
Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)
No comments:
Post a Comment