Haaa..kali ni nak share lauk yang aku masak untuk lunch tadi..hihi..
Akak dan emak puji cakap sedapppppp....yuhuuuu
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar di mayang
2 ulas bawang putih di mayang
1 biji cili merah dimayang
500g udang
1 camca serbuk kari
1 camca cili kering dikisar
1 camca sos tiram
Kacang panjang dipatah-patahkan
Nenas dipotong dadu
bahan perasa secukup rasa.
Cara-cara:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan sos tiram sehingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari dan bahan perasa secukupnya.
3.Setelah naik bau, bolehlah masukkan udang, kacang dan nenas.
4. Gaul sehingga udang kemerahan dan kacang empuk.
5.Boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama juadah lain.
yeayyy...selamat mencuba yer!!!
No comments:
Post a Comment