erm..hari ni seharian aku mengemas bilik ku... sudah lama rasanye bilik aku tidak berkemas, sebelum ini cuti sekejap sahaja.. bersemangat aku berkemas hari ni, aku beli rak buku baru dan besar sedikit.. hajat untuk buat mini library di bilik.. tambahan pula, buku2 pelajarn ku di kampus banyak.. sayang pula kalau hanya letak di dalam kotak...baik letak di rak tersusun rapi..bila-bila, boleh ambil baca...:) tiba-tiba aku terjumpa satu karya ku, sebuah sajak mengenai kemerdekaan... sajak itu aku cipta sempena pertandingan erti merdeka anjuran telekom pada tahun 2003...
jadi, aku rasa elok aku kongsi sajak itu bersama semua....walaupun pertandingan itu tidak menyebelahi aku...namun, yang penting mencuba dan menyertai sudah cukup buatku..
LUAHAN RASA ANAK MERDEKA...
Di keheningan pagi,
Pabila ditiup similir desa,
Kicauan sang murai kedengaran,
Membuak tirai kehidupan,
Sambilku nikmati kehijauan pepohon merendang,
Tiba-tiba benakku berkata;
Hari ini Malaysia,
Kau bak suria penyuluh alam maya,
Tatkala menuju wawasan 2020,
Kau ditiangi banguna konkrit,
Yang gah terpacak dibumi,
Jika ku ungkap pepatah zaman silam,
Lain hulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang,
Dulu.....,
Kau digengami penjajah,
Kau diambang peperangan,
Noktahkanlah segala detik-detik ini,
NAmun...,
Kau harungi titik kepayahan,
KAu pernagi titik keganasan,
Demi membela maruah bangsa,
Walau musuhnya ramai,
Akhirnya kau juarai diperbatasan,
Onak derita jauh ketinggalan,
Laungan kemerdekaan jelas kedengaran,
Bingit menggoncang gegendang telinga,
Terukirlah kegirangan di anubari,
Yang berlalu terus jauh pergi,
Hari ini Malaysia,
Kau sebuah negara merdeka,
Dibina dari kyu-kayu perpaduan yang utuh,
Diisi dengan pucuk-pucuk daun keamanan dan kedamaian,
Itulah kebenaran sebenar,
Kaulah lambang kemenangan,
Kaulah kebebasan,
Kaulah pencetus era kemodenan,
Ayuh,
Semua anak watan,
Simpulkanlah ikatan perpaduan,
Sayangilah,
Cintailah,
Kerana bumi Malaysia milik kita semua.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
nukilan: cnzni_2003,SMKSP
No comments:
Post a Comment