Salah kah aku? rasanya tak pernah aku menipu, curang ke ape sebelum ni... Aku hanya ikhlas bekerja mencari rezeki semata-mata nak kumpul duit untuk impian itu.. Aku sanggup berkorban masa bersama keluarga, bersama yang tersayang dan juga kawan-kawan. Dahlah berada di kejauhan...sendiri...
Kejamkah aku? wajarkah aku dapat layanan yang sebegini???
Dulu,,aku melalui semua ni.. Sibuk belajar dan tiada masa nak berjumpa. Dikau sibuk mencari rezeki. Aku hormat dan memahami walau sesekali terdetik untuk memberontak. Aku sabar kerana aku tahu, setiap pengorbanan akan membuahkan kemanisan yang tak terhingga satu masa kelak.
Aku hargai setiap masa yang ada, walau hanya dengan berSMS dan berborak dalam telefon. Pada aku ada hikmahnya kita jarang dapat berjumpa, kerana itu lebih membuat kita menghargai antara satu sama lain. Membuatkan kita saling merindu....
Tapi kenapa kini begitu sukar??kau seakan tak dapat menerima.. semua digalas dibahuku.. salahku...salahku yang membuat keputusan... salahku menerima kerja seperti ini.. Kau selalu memintaku untuk faham dirimu, kemahuanmu...tapi untuk aku??pernahkah?
Ya Allah,,bantulah hamamu ini untuk lebih kuat...
Semakin hampir impian itu, semakin sukar keadaan. Mungkin ini yang dikatakan halangan yang sebenar..dugaan yang sebenar. namun, aku tetap disini. Menanti dengan penuh kesabaran dan aku percaya selagi niatku ikhlas dan tulus, perbuatan ku benar...aku percaya, impian itu akan dapat ku raih bersamanya...ku harapkan kesabaran dari dia.. kuharapkan 1000 pengertian darinya....
ketika ini mungkin sukar bila kita susah untuk bersua. Aku juga merasakannya.. aku rindu akan keluargaku..rindukan kamu juga. tapi ini dah tugasku ketika ini... sehinggakan aku juga korbankan masaku sendiri.. masa untuk diri sendiri rehat pun tiada.. demi impian itu juga.. impian itu cukup membuatku kuat....ku harapkan dengan berSMS dan menelefon itu cukup untuk kita berhubung dan berbincang... hanya sedikit masa sahaja lagi, kuharap sangat kau bersabar sayangku....percayalah...
aku di sini sentiasa mengharapakan sokonganmu... seperti selalu.. seperti apa yang aku berikan padamu... i wanna be ur backbone in whatever situation. Same goes to me my dear....
percaya padaku...
No comments:
Post a Comment