Assalammualaikum w.b.t
Malam ni saya nak share sesuatu yang saya dapat setelah mendengar satu ceramah agama mengenai "Anak Derhaka". Satu slot ceramah yang menarik dan memang sesuai untuk semua orang yang masih mempunyai ibu dan bapa. Ia juga baik untuk sesiapa yang sudah begelar seorang ibu dan ayah.....hurmmm
Ada seorang pendengar yang bertanya:
Kisah 1
Hamba Allah: Ya ustaz, saya ingin tanya satu soalan, saya mempunya kedua orang tua dan mereka disahkan mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik. Saya ingin sekali ingin menderma buah pinggang saya untuk membantu kedua orang tua saya. Namun, siapakh yang perlu saya dermakan sedangkan saya hanya boleh mendermakan sebelah buah pinggang sahaja???
Ustaz: erm,,,soalan yang bagus. Memang sukar untuk membuat keputusan. Keadaan yang seperti ini, memang akan mewujudkan perasaan dalam dilema. Sebelah mak, sebelah lagi ayah. Beginilah... Mula sekali, dapatkan nasihat doktor, siapakah yang lebih memerlukan pendermaan buah pinggang itu. Utamakan lah yang lebih berhak. Namun, sekiranya doktor kata tahap keperluan keduanya adalah sama, maka, ibulah yang paling berhak. Ibu lebih berhak sesungguhnya...
Sepertimana rasulullah pernah mengatakan, Siapakah yang lebih berhak dipatuhi selepas Allah, baginda menjawab ibu. Selepas itu? baginda jawab lagi, ibu. Selepas itu? baginda menjawab lagi ibu... maka jelaslah di sini. Ibu lebih berhak.
Kisah 2
Hamba Allah: Ustaz, adakah kita ini digelar derhaka bila meninggikan suara kepada orang tua kita sedangkan mereka kurang pendengaran?
Ustaz: Waima, kedua ibu bapa kita mempunyai masalh pendengaran, kita mesti menjaga hati mereka, cubalah sedaya upaya untuk berkata dengan elok dan tidak menyakiti. Niat itu penting, bercakaplah banyak kali dengan sekadarnya sehingga mereka faham dan dengar. Tidak perlu menengking. Cuba kita kenang balik, dulu semasa kita kecil, berbuih ibu bapa mengajar kita tanpa jemu. Dan berapa kali kita melanggar dan mengingkarinya? tidak pernah mereka mengeluh.
MashaAllah, terkesima aku mendengarnya. Ya Allah, bimbinglah aku, jauhilah aku dari menjadi anak yang derhaka. Berikanlah aku kesempatan untuk menjaga orang tua ku, dan berikan aku kesemaptan untuk merasai kasih sayang dari ibu dan ayah kandungku.. InsyaaAllah, satu hari nanti aku cuba untuk hidup dengan mereka.
Kawan-kawan, jom kita renungkan. Sejauh manakah kita ,melayani kedua orang tua ita selama ini?
Ingatkah kita?
Dulu, kita sakit, mereka jaga tanpa keluh kesah.
Dulu kita jatuh, mereka hadir untuk memapah,
Dulu kita menangis, mereka hadir untuk menyapu airmata,
Setiap kemahuan dan permintaan dituruti,
Kita muntah, berak dan kencing,
Ibu dan ayah tidak mencemuh!
Tidak juga menghindari!
Kini, mereka sakit tua,
Perlukah kita menjauhi?
Apakah kita sudah alpa??
Fikirlah, peluang hanya sekali.
Bila mereka tiada, sudah tidak guna menyesali dan tangisi.
Gunakanlah detik ini untuk menghargai dan menyayangi..
InsyaAllah, setinggi mana ilmu kita, amal ibadat kita,
Namun jika kebajikan ibu bapa terbiar,
Kita derhaka pada mereka yang banyak berjasa.
Maka, sia-sialah amalan ibadat kita...
Nauzubillah...
Jadilah anak yang soleh dan solehah..
Memang bukan mudah..
Namun jangan pernah berhenti mencuba..
Sedikit kegembiraan mereka akan membawa sejuta ganjaran dari Maha Esa.
Namun setitik airmata kecewa mereka mengalir ke bumi,
Maka bersedialah berjuta murka akan diterima....
3 comments:
Insyaallah...sy akan buat yang terbaik utk ibu bapa sy...amin...
AMNI MAU JADI ANAK SOLEHAH!!!
hehhehehe..xDD
masuri dan amny....insyaAllah...kita sama2 doa kay? n sama2 berusaha untuk ke arah ituu...anak yang solehah...amin
Post a Comment