Salam keindahan malam semua...
Malam ni, bukanlah nak menjadi doktor. Cuma ingin berkongsi info kesihatan ita bersama mengenai penyakit tonsil atau tonsillitis. Semua ini adalah berikutan keadaan dua anak buahku yang mengalami bengkak di tonsil hari ni. Sepanjang hari menangis mengaduh kesakitan kerana kesukaran untuk menelan. Di samping itu juga, pengalamanku menghidapi tonsil bengkak semasa sem 3 tahun 3 di kampus dulu. Keadaanku agak teruk dengan keadaan suhu badan yang terlalu panas, badan lenguh-lenguh, tekak sakit, hidung selsema dan kerap sejuk. Mujur masa sem 3, kelas cuma 3hari seminggu... Jadi banyak masa untuk berehat. Seingat aku dulu, tonsil ku sudah bernanah dan berdarah, tapi menurut doktor ia masih boleh diubati dengan pengambilan antibiotik. Jadi tidak perlu dibedah...Mengeluh lega aku ketika itu....Alhamdulillah, selang beberapa hari aku kembali pulih.
Berikut sedikit info symptom penyakit ini:-
- Fever
- Bad breath
- Nasal congestion and runny nose
- Swollen lymph nodes
- Red, swollen tonsils covered completely or in patches by pus
- Difficulty swallowing
- Headache
- Abdominal (belly) pain
- Raw, bleeding patches on the tonsils
Keadaan dalam mulut setelah tonsil membengkak dan menanah |
Kebiasaannya, tonsil boleh bengkak apabila suhu badan seseorang itu terlalu panas. Bak kata orang-orang tua, kurang air dalam badan. Mulalah ibu dan ayah sibuk menyuruh kita minum air berlebihan dan kerapkan mandi.
Bagaimana cara untuk mengatasinya:-
- Jauhkan diri dari berada dekat dengan sesiapa yang sedang dijangkiti batuk-batuk, sakit tekak dan penyakit ini.
- Kerap mengamalkan basuh tangan dengan bersih setiap kali keluar tandas, lepas bersin, dan apa jua keadaan.
- Kerap menggosok gigi setiap kali selepas makan, sebelum tidur, bangun tidur untuk mengelakkan kuman dan bakteria merebak langsung menyebarkan jangkitan virus.
- Amalkan amalan berkumur menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut seperti listerin untuk mematikan kuman, menyegarkan bau mulut dan sebagainya.
- Gunakan penutup mulut bila mengalami batuk dan selsema yang teruk untuk mengelakkan bakteria merebak ke ruang udara dan menjangkiti orang lain. Sekurang-kurangnya menggunakan tisu dan sapu tangan.
- Jauhi orang yang merokok dan apa jua faktor yang membolehkan anda elergi seperti habuk dan asap.
- Sila kunjungi doktor untuk mendapatkan rawatan bagi yang mengalami batuk yang lama dan sakit tekak yang melampau.
- Cegahlah sebelum terlambat.
Bilakah tonsil akan dibuang?
Kalenjar tonsil patut dibuang sekiranya pesakit mendapat serangan penyakit tonsillitis sebanyak 6 kali dalam masa 1 tahun, 3 atau lebih jangkitan tonsil dalam masa 1 tahun sekalipun diberi rawatan perubatan, kronik atau jangkitan berulang yang dikaitkan dengan pembawa streptococcus yang tidak memberikan kesan kepada antibiotik yang tahan beta-lactamase. Tonsilitis berulang selepas pembuangan tonsil adalah jarang sekali. Tonsilitis selepas pembuangan tonsil mungkin disebabkan oleh pertumbuhan semula tisu tonsil yang mana boleh dirawat dengan membuang tisu tersebut.
1 comment:
kawan saye kene saket nie :)
y blah kanan die dh besa sgt la bg sy.. coz rse mcm dh jejak ke bawah dh.. risau tgk die.. bdn die dh naek gemok mkn ubt jer.. doc still ckp xdepe.. aisehh..
Post a Comment