Who wants to be millionare???
Bila mana kita tanya soalan macam ni, of course lah kan semua orang akan kata.. Yes, I am!!..
Tapi bukan mudah untuk menjadi millionare ni. Tapi ada juga yang jadi millionare semata-mata kerana mereka lahir dalam keluarga yang kaya-raya. So, mereka ini menumpang tempias kekayaan keluarga.
Akan tetapi bagi kita yang sederhana ini juga masih boleh menjadi millionare. Bagaimana?? Semua itu dengan usaha dan kecekalan yang kita harus lalui. If u have the desire, nothing is impossible.... Cuba kita hayati satu kisah yang saya perolehi dari satu laman web Irfan Khairi, Mentor Jutawan ini....Abang Abu-Mekanik Wang
Bagi saya, kita perlu ada target dalam diri kita. Apa yang kita nak kecapi dalam satu jangka masa. Mungkin kita boleh senaraikan apa yang kita mahu dan bagi rank untuk setiap satu mengikut keutamaan.. Kita tidak perlu terburu-buru untuk mengecapi semua impian dalam satu masa. Kita harus bertatih satu persatu. dengan mencapai satu perkara ia akan menjurus pada kejayaan satu perkara yang lain.
Kita mulakan strategi sedikit demi sedikit di samping doa yang konsisten pada Yang Maha Esa. Kerana hanya pada DIA sahaja kita meminta. Kita merancang namun DIA lah yang menentukan.
Tempoh hari, sempat saya menemui Abang Abu di PWTC... Sempat jugalah berbual-bual dengannya dan sedikit sebanyak mendapat semangat dari orang yang banyak pengalaman dalam menganjurkan program-program keusahawanan atau lebih dikenali sebagai Mekanik Wang. Kebetulan saya mengikut abang ipar ke KL bagi menguruskan urusan-urusan kerja. Dan nak dipendekkan cerita Abang Abu adalah biras saya..hehehe... Sebelum ni berjumpa dalam event-event keluarga saja. So tak banyak yang diborakkan mengenai keusahawanan ni. Tapi kali ni bila tengok kejayaannya yang dah nampak taringnya menarik minat saya untuk menyahut cabaran millionare ni juga. Bila? Itu yang kita kene mulakan dari sekarang.
Pada saat ini, saya mula berfikir dan bertanya pada diri sendir, apa ya yang saya mahu??
- Kerjaya
- Pelajaran
- Keluarga
- Kahwin
Apa ya? Semua orang nak senang dan berharta. Tapi apa caranya??hurm....jom kita fikirkan dan muhasabah diri..
Bak kata Datuk Maznah Hamid, Iron Lady Malaysia,
Fikirkan boleh, Katakan boleh, Pasti boleh!!!
Kita orang melayu, kita pasti boleh. Malaysia Boleh......
Bagi yang nak mendapatkan kata-kata semngat, idea-idea, anda boleh lah melayari laman web tokoh-tokoh jutawan kita:-
Irfan Khairi - http://www.irfankhairi.com/blog/
Abang Abu - http://abangabu.com/
DM - www.facebook.com/maznahhamid
Irfan Khairi - http://www.irfankhairi.com/blog/
Abang Abu - http://abangabu.com/
DM - www.facebook.com/maznahhamid
No comments:
Post a Comment