Hye semua... kali ni nak share pasla gadget dan stuff yang paling aku sayang. Gadget dan stuff ni ada dengan ku lebih bertahun-tahun menabur bakti. Korang pun mesti ada kan?
First, Laptop Acer aku, Aspire 3260.. Stock lama ni beb, takde webcame instill lagi.. Memang oldschool lah... Lappy ni abang ipar aku belikan aku semasa aku masih menuntut di matrikulasi UIAM petaling jaya. Di beli di lowyatt untuk memudahkan ku membuat assignment. Lappy ni banyak dah berjasa dengan aku, dia dah tolong aku wat assingment, surat-surat, online, chit chat...macam macam lah.... dah bape kali kene format sebab diserang virus bertubi-tubi..Sian dia... Plug jugak pernah rosak.. tapi aku betulkan plugnye, still taknak beli baru, sebab kalau boleh nak gunakan ia sampai tamat useful life dia..
Lappy ni setia menemani ku sehinggalah aku lanjutkan pelajaran ke main campus UIAM Gombak. Dan, yang paling aku bersyukur, lappy ini tetap berjasa sehinggalah aku tamatkan pelajaran. Walaupun kadang-kadang penyakit gilanya datang, namun aku tetap gunakan ia dengan penuh kasih sayang. Ku tampalkan Lappy skin untuk menutupi kulitnya yang calar-balar. huhuhuhuhu... Kadang-kadang tu, tengha menaip assigment, dia datang buat hangg...aku sabar menanti walaupun kadang-kadang merungut...normal lah kan..kalau dah tengah stress nak siapkan kerja.
Casio 350 |
Kedua, calculator scientific aku ni ha. Aku gunakan ia dari umurku 16tahun (form 4) sehinggalah aku tamat pengajianku di Universiti peringkat Ijazah. Alhamdulillah,, cuba tengok screen nye tu, naik hitam dah,,tapi stil boleh guna lagi tuuuu..sekarang pun boleh guna lagi..hehehe
No comments:
Post a Comment