SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Friday, January 28, 2011

Amalan Sunat Hari Jumaat

Assalammualaikum w.b.t

Salam petang jumaat pada semua. Seperti mana yang kita tahu, hari jumaat adalah penghulu segala hari. Sebentar tadi saya baru sahaja selesai membaca majalah solusi keluaran yang ke 27. Saya tertarik akan satu article mengenai amalan sunat pada hari jumaat. Dan tercetus idea dan tergerak ahti untuk berkongsikan ia dilaman blog saya yang tak seberapa ini. Perkara yang baik lebih afdal dikongsikan pada yang lain kan.


1. Perbanyakkan selawat. Kita disunatkan membaca selawat ke atas nabi dan segala junjungannya. Sesungguhnya orang yang banyak berselawat kepada baginda rasullullah S.A.w bakal mendapat ganjaran yang tinggi nilainya di akhirat kelak. Sepertimana Baginda bersabda: "Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberi salam kepadanya sepuluh kali." (riwayat al-baihaqi). Lihatlah, bagaimana Maha Pemurah Maha Suci Allah kepada hamba-hambanya.

2. Membaca Surah Al-kahfi. Saya selalu mendengar ibu dan abah akan membacanya setiap kali hari Jumaat. Rupanya, ganjaran pahala yang begitu besar akan diperolehi. Dengan niat yang ikhlas untuk menghambakan diri padaNya, InsyaAllah. Ganjaran itu layak dimiliki oleh sesiapa sahaja. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:- "Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (riwayat al-nasa'i dan al-baihaqi). Subhanallah, ganjaran yang indah.


3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Khas pada kaum lelaki yang ingin menunaikan solat jumaat di amsjid melakukan perkara-perkara ni dan juga amnya pada golongan wanita. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membaa maksud, hari jumaat ini seumpama hari perayaan bagi kaum muslimin, maka sesiapa yang menghadiri solat, hendaklah dia mandi, dan berwangi-wangian dan juga bersiwak. (riwayat ibnu majah dan sanad hasan)

4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Elakkan lah melengah-lengahkan ia. Jika kita lihat sekarang ini, kebanyakan mereka yang sengaja melambatkan pemergian ke masjid. Nauzubillah. Sesungguhnya besar ganjaran bagi mereka yang segera menghadiri solat apatah lagi menunaikan secara berjemaah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah daripada rasulullah S.A.W, 


Waktu Masuk ke Masjid           Seolah-olah Berkorban
Awal Waktu                              Seekor Unta
Waktu Kedua                            Seekor Lembu
             Waktu Ketiga                      Seekor Kambing Kibas
Waktu Keempat                            Seekor Ayam
Waktu Terakhir                             Seekor Telur

5.  Berusaha untuk duduk dekat dengan imam. Sebab itulah kita digalakkan datang ke masjid awal supaya dapat duduk berhampiran dengan imam. Sekurangnya, bila kita dihadapan, tiadalah kita mengantuk sepertimana duduk di belakang yang mana kadang-kadang ada yang tak bertanggungjawab berbual dan tidur.  Di dalam menuntut ilmu jugak kita digalakkan duduk di hadapan kerana ilmu yang sampai terus pada kita tanpa halangan lain. Samurah meriwayatkan daripada rasulullah S.A.W bersabda:- "Hadirilah khutbah dan mendekatlah dengan imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya," (riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Haaa,,,cuba tengok tuu. Pada yang ada suami, ada abang dan adik lelaki, ada ayah dan ada kawan-kawan lelaki. Ingatkanlah mereka. Mana tahu kita tidak sempat untuk berjumpa jumaat minggu hadapan, kita dah kembali menemuinya. Jadi, rebutlah peluang ini untuk mencari seberapa banyak ganjaran yang dapat membantu kita kelak. InsyaAllah..


p/s: Mood,,sopan sedikit...(^__^)V

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...