Malam ni, aku menonton satu program TV9 yang bertajuk RONA. Pada mulanya tengok macam tak tengok jek. Tapi bila dah menonton saat demi saat, demi minit dan sehingga habis program tu. Tetiba aku rasa berbaloi menonton program ni, macam-macam pengajaran boleh diambil oleh para penonton. Kisah kali ni mengenai seorang pemuda bernama Khairul yang gigih bekerja. Dia berjaya melakukan tiga kerja dalam hidup sehariannya untuk mencari pendapatan yang halal. Alhamdulillah.. Memang berbangga bila lihat saudara seislam kita memiliki semangat yang kental dan gigih sepertinya.
Hurm..okay aku teringin nak share dengan sape-sape yang tak berkesempatan menonton program RoNA tu. Kisahnya berkenaan si abg kerul ni yang bekerja sebagai Mat Despatch dengan berpendapatan RM1000-- sebulan. Namun apa yang menariknya, beliau juga menjalankan kerja-kerja sampingan seperti menjual burger di waktu malam dan juga menjadi wiring man bila mana khidmatnya diperlukan. Kagum bukan???
Sayu bila melihat isterinya ditemuramah sambil menangis kerana rasa bangga, terharu dengan kegighan suaminya untuk mencari nafkah untuk mereka berdua.
Kalau kita perasan, kebanyakan masyarakat kita, ada yang malu untuk menjual burger, memilih kerja, berganti-ganti kerja. Tapi mereka tidak sedar diri!!! Memang aku geram.. Biarpun bekerja sebagai tukang kebun pun, itu amat mulia dan dihargai. Yang penting nafkah dan rezeki yang diperolehi itu halal.
Kalau kita perasan, kebanyakan masyarakat kita, ada yang malu untuk menjual burger, memilih kerja, berganti-ganti kerja. Tapi mereka tidak sedar diri!!! Memang aku geram.. Biarpun bekerja sebagai tukang kebun pun, itu amat mulia dan dihargai. Yang penting nafkah dan rezeki yang diperolehi itu halal.
Cuba kita bayangkan betapa gigihnya abg kerul ni. Isnin sampai jumaat bekerja sebagai despatch mengikut waktu opis hour. Lepas tu, pulang sahaja terus membuka gerai burgernya sehingga lewat malam. Di hari-hari biasa dia akan dipanggil oleh sape-sape yang memerlukan khidmatnya sebagai wiringman. Betulkan lampu rosak, memasang plag dan macam-macam lagi. Hurm.. yang paling aku tertarik adalah dengan prinsip hidupnya...
"Biarkanlah apa orang nak kata, janji apa yang saya lakukan itu halal."
"Selagi jasad saya ada di dunia nyata ni, biarlah saya bekerja selagi mana mampu. Hari tua kita tidak tahu bagaimana kan. Entah Sihat ke sakit ke kita tidak tahu. Mungkin kaki tak boleh jalan ke apa ke.. Selagi kita ada kudrat dan peluang kita laksanakan lah selagi belum terlewat."
haaa...macam mana? bergetar tak jiwa anda sebagai belia negara? hurm,, saya terpanggil untuk mempunyai azam macam abg kerul ni tau. Kalau lah semua pemuda pemudi berfikiran begini, aku rasa takde dah orang yang menganggur dan melepak sinun sinin.
Ni tak, ada yang jenis memilih-milih kerja. Skill tak ade tapi nak yang macam tu macam ni. Kata orang, wat lah apa yang kita mampu, yang penting semangat ingin belajar. barulah rezeki tu datang sedikit demi sedikit. Ada juga yang masih menyusahkan orang tua mereka...haishh.. apa nak jadilah kan..
"Bisa tegal alah biasa". eh, ada kene mengena ke ekk??hahaha... Takpun jadilah seperti resam semut yang sentiasa rajin..Takpelah, lu fikirlah sendiri yekk...huhu
No comments:
Post a Comment