SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Friday, January 28, 2011

Amalan Sunat Hari Jumaat

Assalammualaikum w.b.t

Salam petang jumaat pada semua. Seperti mana yang kita tahu, hari jumaat adalah penghulu segala hari. Sebentar tadi saya baru sahaja selesai membaca majalah solusi keluaran yang ke 27. Saya tertarik akan satu article mengenai amalan sunat pada hari jumaat. Dan tercetus idea dan tergerak ahti untuk berkongsikan ia dilaman blog saya yang tak seberapa ini. Perkara yang baik lebih afdal dikongsikan pada yang lain kan.


1. Perbanyakkan selawat. Kita disunatkan membaca selawat ke atas nabi dan segala junjungannya. Sesungguhnya orang yang banyak berselawat kepada baginda rasullullah S.A.w bakal mendapat ganjaran yang tinggi nilainya di akhirat kelak. Sepertimana Baginda bersabda: "Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberi salam kepadanya sepuluh kali." (riwayat al-baihaqi). Lihatlah, bagaimana Maha Pemurah Maha Suci Allah kepada hamba-hambanya.

2. Membaca Surah Al-kahfi. Saya selalu mendengar ibu dan abah akan membacanya setiap kali hari Jumaat. Rupanya, ganjaran pahala yang begitu besar akan diperolehi. Dengan niat yang ikhlas untuk menghambakan diri padaNya, InsyaAllah. Ganjaran itu layak dimiliki oleh sesiapa sahaja. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:- "Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (riwayat al-nasa'i dan al-baihaqi). Subhanallah, ganjaran yang indah.


3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Khas pada kaum lelaki yang ingin menunaikan solat jumaat di amsjid melakukan perkara-perkara ni dan juga amnya pada golongan wanita. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membaa maksud, hari jumaat ini seumpama hari perayaan bagi kaum muslimin, maka sesiapa yang menghadiri solat, hendaklah dia mandi, dan berwangi-wangian dan juga bersiwak. (riwayat ibnu majah dan sanad hasan)

4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Elakkan lah melengah-lengahkan ia. Jika kita lihat sekarang ini, kebanyakan mereka yang sengaja melambatkan pemergian ke masjid. Nauzubillah. Sesungguhnya besar ganjaran bagi mereka yang segera menghadiri solat apatah lagi menunaikan secara berjemaah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah daripada rasulullah S.A.W, 


Waktu Masuk ke Masjid           Seolah-olah Berkorban
Awal Waktu                              Seekor Unta
Waktu Kedua                            Seekor Lembu
             Waktu Ketiga                      Seekor Kambing Kibas
Waktu Keempat                            Seekor Ayam
Waktu Terakhir                             Seekor Telur

5.  Berusaha untuk duduk dekat dengan imam. Sebab itulah kita digalakkan datang ke masjid awal supaya dapat duduk berhampiran dengan imam. Sekurangnya, bila kita dihadapan, tiadalah kita mengantuk sepertimana duduk di belakang yang mana kadang-kadang ada yang tak bertanggungjawab berbual dan tidur.  Di dalam menuntut ilmu jugak kita digalakkan duduk di hadapan kerana ilmu yang sampai terus pada kita tanpa halangan lain. Samurah meriwayatkan daripada rasulullah S.A.W bersabda:- "Hadirilah khutbah dan mendekatlah dengan imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya," (riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Haaa,,,cuba tengok tuu. Pada yang ada suami, ada abang dan adik lelaki, ada ayah dan ada kawan-kawan lelaki. Ingatkanlah mereka. Mana tahu kita tidak sempat untuk berjumpa jumaat minggu hadapan, kita dah kembali menemuinya. Jadi, rebutlah peluang ini untuk mencari seberapa banyak ganjaran yang dapat membantu kita kelak. InsyaAllah..


p/s: Mood,,sopan sedikit...(^__^)V

Gummy Addicted

Hola!!! Ni bukan cite rekaan, bukan jugak kisah seorang gadis ketagih gam. Bukan hidu gam yerrrr!! Tapi ini kisah sorang gadis yang ketagih nak mengunyah sweet gummy yang sour..hahahha...

Maaplah,,saje jek melayan kebosanan duduk di rumah ni kan,, tu yang post bende-bende macam gini.. Blog aku,,aku punya suka lah ye takkk..wohooo,,kasarnya bahasa.. Maaappp....

Since dari time study kat kampus dulu, suka betul beli gummy sour ni ha.. Ni dah melepak kat umah pun, beli jugak sepaket dua. haa...siap boley nak habiskan satu paket sekaligus  jek lak tuuu..

Isshhh...tak sehat tol aku ni. Elak kene penyakit jek kang....
Tapi sedap lah, makan jek, mata terkenyit-kenyit sebab masam,,,,
Tapi flavour manggo and epal jek yang aku suka..
Yang lain aku tak likeeee....

I dont like this one...


Walhal, aku ni memang tak suka makan gummy sweet ni.. tapi yang ni sebab dia masam dan rasa buah yang real...tu yang mencuit hati tuuuu....


The sour gummy consistency of a cocoaland lot 100 candy is lovely, firmer and less sticky!!!!


Cicak Besar $$$$$$

Duit duit, di mana kau duit....
No money no talk...

Hai semua, kali ni aku rasa nak bercerita tentang satu haiwan yang suatu ketika dahulu begitu famous di bibir-bibir masyarakat Malaysia. Katanya haiwan ini mampu memberi pulangan yang tinggi pada si pemiliknya sekiranya mereka mampu menjual kepada mana-mana pembeli yang amnya menawaran hargaharga lumayan sekitar puluhan dan ratusan ribu. Wahhhh....!!! 

Semuanya bermula apabila ada satu kisah dan pengakuan seorang warga indonesia yang menjumpai haiwan ini atau dikenali sebagai tokek (indonesia), Pokkei (Selatan Malaysia), Tokkei (Utara Malaysia). Beliau memperoleh ribuan rupiah sehingga menjadi jutawan di sana.  Jadi, berduyun-duyun lah masyarakat kita cuba nasib ingin mencari dan memilikinya. Pada awalnya, binatang yang dikenali sebagai Cicak Gecko ini juga memang mempunyai harga dan demand dalam pasaran luar dan dalam negara. Ia dipercayai mampu menjadi ubat dan penawar kepada penyakit HIV dan AIDS. Memandangkan kita masih tidak mempunyai ubat kepada penyakit no 1 dunia ini, jadi, semua orang percaya dan melakukan ujikaji pada haiwan ini.
Cantik kan coraknya??

Aku pernah terbaca satu testimoni warga indonesia di Internet mengenai seorang makcik yang sakit kulit seakan-akan sopak, namun, setelah dimakan daging cicak ini, makcik itu berabsur pulih beberapa minggu. benarkah??? Wallahu'alam... Aku rasa tergamakkah kita memakan seekor cicak yang kadang-kadang kulihat mirip seperti anak biawak ituu.. yeeewww...

Mulut nganga jek...laporrr..=P

Okay, dipendekkan cerita, aku juga pernah melibatkan diri dalam urusan penjualan haiwan ini. Ini semua bermula setelah abang dan abahku yang turut giat mencari untuk mencuba nasib, yalah, mana tau rezeki kan. Masuk hutan keluar hutan, namun haiwan ini bukanlah senang untuk dicari. Haiwan ini  dipercayai banyak mendiami hutan-hutan, kayu buruk mati, rumah-rumah kosong. Bunyi yang seakan macam bunyi katak. Dan akhirnya, kami berjaya memperoleh seekor lebih kurang berat 250g. Ia diperoleh dari seorang rakan yang tidak tahu untuk menjual ke mana. So, kami membantunya menyimpan terlebih dahulu. 

Bukan mudah untu membelanya, haiwan yang banyak pantang larangnya ini, kadang-kadang melecehkan jugak. Ada orang kata, tak boleh selalu memandang matanya, kerana berat badan nya akan susut bila terkejut. Badan nya juga mempunyai bisa sebisa ular tedung, jadi jika ingin memegangnya, kenalah memakai sarung tangan. Cicak ini jugak mempunyai pelabgai warna, ada yang berbintik oren, merah, kuning, putih dan sebaginya lah. 

Mula-mula samapi kat umah

Disamping itu jugak, beberapa penduduk kampung turut menjumpai beberapa ekor dan turut membela haiwan ini. Masing-masing belum menjualnya kerana berat yang dimahukan dan sesuai untuk jual adalh 300g ke atas. Tak lama kemudian, abahku memintaku untuk mencari mana-mana penjual yang ada di internet untuk menawarkan haiwan ini. So, satu persatu pembeli kuhubungi. Tapi, kebanyakannya hanyalah broker sahaja. Mereka ini hanya mahu mengambil keuntungan atas angin sahaja. Mereka sanggup ambil dengan harga 5-7ribu sahaja sedangkan cicak ini mampu terjual dengan harga lebih dari itu.  Akhirnya jumpa seorang broker En.S yang beriya-riya mahu membeli. Namun, dia mengatakan bahawa kini kerajaan mengenakan setiap pembeli harus mempunyai lesen sah dalam menjual-beli haiwan. Mungkin cicak ini sudah diaktakan di bawah akta perlindungan haiwan liar. 

Berkali ganda saiz dengan cicak biasa

Mungkin kerana itu juga, sekarang ini jual-beli pokkei ini sudah tenggelam dah, Tiada lagi kedengaran berita-berita sensasi di sana sini. Hahahaha...rugi tak jual masa tengah hot dulu, sekarang cicak ni tak pasal-pasal jadi haiwan peliharaan kat rumah. Padahal, selalu cicak-cicak umah kita bunuh, dapat pahala. Sekarang cicak besar ni dibela pulak semata-mata mendatang kan pulangan berharga. hahahaa....Semua sudah terlambattttt... Mungkin juga kajian mengatakan cicak ni tak boleh mengubati HIV. Sebab tu dah tak laku....hahahaha....


Akan datang, najis manusia pun laku agaknya.. Tu pun aku ada dengar najis manusia dan sampah sarap masuk pasaran import export gak,,entah apa dibuatnya.. Siap ada yang gubah kan lagu untuk cicak ni..lawakkan....







Ni video khas tentang hukum jual-beli pokkei:-





macam-macam hal kan???

Wednesday, January 26, 2011

Gadget dan Stuff Sayer

Hye semua... kali ni  nak share pasla gadget dan stuff yang paling aku sayang. Gadget dan stuff ni ada dengan ku lebih bertahun-tahun menabur bakti. Korang pun mesti ada kan? 

First, Laptop Acer aku, Aspire 3260.. Stock lama ni beb, takde webcame instill lagi.. Memang oldschool lah... Lappy ni abang ipar aku belikan aku semasa aku masih menuntut di matrikulasi UIAM petaling jaya. Di beli di lowyatt untuk memudahkan ku membuat assignment. Lappy ni banyak dah berjasa dengan aku, dia dah tolong aku wat assingment, surat-surat, online, chit chat...macam macam lah.... dah bape kali kene format sebab diserang virus bertubi-tubi..Sian dia... Plug jugak pernah rosak.. tapi aku betulkan plugnye, still taknak beli baru, sebab kalau boleh nak gunakan ia sampai tamat useful life dia..






Lappy ni setia menemani ku sehinggalah aku lanjutkan pelajaran ke main campus UIAM Gombak. Dan, yang paling aku bersyukur, lappy ini tetap berjasa sehinggalah aku tamatkan pelajaran. Walaupun kadang-kadang penyakit gilanya datang, namun aku tetap gunakan ia dengan penuh kasih sayang. Ku tampalkan Lappy skin untuk menutupi kulitnya yang calar-balar. huhuhuhuhu... Kadang-kadang tu, tengha menaip assigment, dia datang buat hangg...aku sabar  menanti walaupun kadang-kadang merungut...normal lah kan..kalau dah tengah stress nak siapkan kerja.

Casio 350

Kedua, calculator scientific aku ni ha. Aku gunakan ia dari umurku 16tahun (form 4) sehinggalah aku tamat pengajianku di Universiti peringkat Ijazah. Alhamdulillah,, cuba tengok screen nye tu, naik hitam dah,,tapi stil boleh guna lagi tuuuu..sekarang pun boleh guna lagi..hehehe

Si Cilik : Part 2

Si cilik kembali lagi.....hahaha,,kali ni kisah si cilik dengan rabbit peliharaannya... Pandai betul si cilik ni bagi makan kat arnab-arnabnya tuhh.. Kadang sampai panggil kita ni ha,,suh ambikan makanan,, Nasib belum pandai cakap.. hanya dengar maaaa,,baaaa,,tuuuu,,nakk nakkk, annnakkkk...hahahaha..so sweeettt kamooo nih.

Si cilik dengan rubi dan ribi
Si kecil yang menyayangi haiwan..kita???
Lupa pulak ambil picture kakak dan abangnya yang suka betul dengan rabit ni. Dulu pernah bela tapi hilang dicuri, ni bela lagi dengan diberi nama yang sama..Rubi dan Ribi... Harap tak ekne curik lagi lah...

Resipi Rasa-rasa

25 hb Jan yang lepas merupakan birthday abang iparku... So,akak aku buat lah sedikit makan-makan..Menu adalah Soto... Then my mom lak datang bawak laksa terengganu bersama pengat nangka.. pergh,,shedap siutttttt.. Lama sudah tak makan pengat nangka nih...

Ha, ni lah dia pengat nangka bersama sagu

Erm, kali ni aku nak share resipi kepunyaanku..huhu,,resipi macammana nak buat sambal kicap yang shedap.. Tak tahulah, family kata sambal kicap aku shedap,,tak sama macam orang lain punye... Wallahu'alam....

Ha,ni la sambal kicap cik siti

Okay,,resipinya seperti berikut..

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
12 biji cili kampung
1 biji cili besar
5-10 biji kacang ditumbuk
1 camca kecil gula merah
1 mangkuk kicap masin

Bawang-bawang, cili, dan kacang hendaklah digoreng terlebih dahulu sehingga naik bau dan garing.
Kemudian boleh lah dikisar sekaligus dengan masin sehingga hancur semuanya. Bagi yang menggunakan kicap masin, boleh lah mencampurkannya dengan sedikit gula merah unutk menambahkan sedikit perasa. Namun, bagi mereka yang menggunakan kicap manis, tidak perlu rasanya menambahkan gula ke dalam kerana dikhuatiri ia akan terlalu manis. Dan anda juga boleh memerahkan sedikit air limau ke dalamnya untuk menambahkan lagi kesedapan.

Kebiasaanya sambal kicap ini boleh di makan bersama sup-sup, goreng pisang, ubi, keledek mahupun cekodok bilis. sambal kicap ini akan kelihatan pekat dan likat kerana adanya bawang yang telah digoreng dan dikisar. sambal kicap ini boleh bertahan sehingga sebulan jika disimpan di dalam peti ais.

Selamat mencuba...

Ni lah gambar sup ayam...untuk dijadikan hidangan soto

Sambal kicap memang sinonim dimakan bersama sup, soto...

Nasi empit bahan wajib untuk soto
Ha,,lagi satu resipi aku nak share dengan korang ialah bergedil kentang.. Yang ni aku belajar dengan akak aku,,huhuh

Bahan-bahan:

10-12 biji kentang direbus/digoreng
1 biji bawang besar dimayang halus
1 ulas bawang putih dimayang halus
Daun saderi
Daun sup
Isi Ayam dicincang halus
Bawang goreng segera

Mula-mula, lenyek kentang yang telah direbus/digoreng sehingga lumat. Masukkan bawang goreng segera dan bawang-bawang yang dimayang tadi. Kacau rata, dan masukkan daun-daun sup dan saderi yang telah dipotong halus. Uli sehingga rata dan bulat-bulatkan. Kemudian celupkan bebola kentang tadi ke dalam salutan telur sebelum digoreng didalam kuali yang betul-betul panas.

Selamat mencuba

Dibulat-bulatkan


Saluti dengan telur


Digoreng dengan kuali yang betul panas


Siap digoreng
So, boleh lah makan bergedil ni dengan soto tadi..nyum nyummmmmmm...

Si Cilik : Part 1

Hai hai hai.... 

Anak-anak adalah permata hati ibu dan ayah.....
Anak-anak adalah penyeri sebuah keluarga yang bahagia.....
Anak-anak adalah penyambung warisan kita kelak.....

Hurm,,amacam betul tak ape yang aku cakapkan ni??

Ha,,kali ni takde pe pun sebenarnya nak post,,tapi bila belek-belek folder picture dalam handphone, jumpe plak gambar-gambar ni...

Si cilik sedang khusyuk makan...hehehe

Ni pic anak buah aku, masa ni kitaorang pegi shopping barang-barang dapur.... hahaha,,dia ounye mengaruk nak makan roti gardenia cokelat time nih,,so,terpaksa lah bukak... Jangan amalkan yer...huhuhu... Tapi takpe,,at least kita tetap bayar di kaunter pembayaran nanti..plastik dia kenelah tunjuk,,sebab cashier tu nak scan barcode dia....


Comel tak?????
Ha,,ni la dia...huhu..A.K.M.A.L... lepas makan roti,, dia nak makan potato chip lak... Bukak lagi... Walhal dah ada announcement mengatakan pembeli tidak boleh membuka barang-barang selagi tidak bayar dan di dalam kawasan beli-belah..hahaha...terpaksa la,,,mintak maapla yek,,dari dak ni mengarukkkk...sakit kepale t..

Monday, January 24, 2011

Header ke ni???

Salam sumer...

Ape buat tengah terik panas tengahari ni ekkk??? Amacam,,header baru aku cantik tak???hahaha,,mesti korang gelak berbakul-bakul kan.. Almaklumlah,,aku ni budak baru belajar semua ni.. ni pon bodoh-bodoh jek buat guna paint window 7. Boleh tahan jugak ekk,, tak payah guna adobe ke ape kan... within bape minit jek dah siap..hahahhaa...

Ingat nak tukar layout baru lah,,jeles pulak tengok blogger lain, blog doraang sume santek-santek and colourful.. ade macam-macam gadget kan??? ni nak kena belajar balik ni...

Ha....ni lah hasil yang tak seberapa tuu....korang jangan gelak ekkk,,,senyum-senyum dah la tengok header ni



Saturday, January 22, 2011

.::LOVE..bout LOVE again::.

Hye sumer....sume dah tido dah ke??? Esok kan sabtu,mesti ramai yang lom tido lagi kan... Aku lagi sibuk tolong my bro-in-law wat keje-keje opis.. Saje2 jek mengisi mase terluang ni kan. Dan seperti biasa,,hati melonjak ingin menulis sumthing dalam blog ni...Kali ni,,tak tahulah nak cakap ape sebenarnye.. Nak tulis topik ape pun ketandusan idea.. Cuma tiba-tiba terpikir kembali,,

What i've done before throughout the years.....which I mean about love...for the relationship that already built bout 6 years..Hurm,,quite long huh??? Some people may already in the marriage already with the age like this...

Actually, the history begin like this..I knew him on the 1st May 2004..Long time ago..I was helping my mom during that time which actually in line with the celebration of the Labor day, we are selling some stuff in front of my aunt's restaurant... Hurm..one boy keep miscalling me..within a second..tettt..tettt...argghhhh..very iritating and annoying...

A bit later, i knew dat boy was my cousin's friend..hohoho..my cousin gave my phone numbers to him... Grrrrrr...hahaha...I dont have any special friend yet.. Why?? Because Im a bit tomboy on that age.. A bit rough from others gurl teen..  Two three weeks later, we began to message each other.. Without meet each other.. Then, we lost contact about several months due to my SPM exam... After exam was done.. I try to SMS him,, dont know why,, I seem like miss him..miss the miscalls every second..hahaha... Oh NO!! Suddenly Im realize Im start to like him...

Our firts pic b4 went to matriculation.
I think he was succeed winning my heart during that time..I dont know how and why? maybe the destiny...and the chemistry...hahahaha..so funny.. Actually,,I also have another friend which i close with,,SS.. He from Sabah, i knew him from one event that i representing my school at Pahang.. During that time MI and SS who the only person keep SMS with me.. Both are very nice.. But,, MI attracting me more... He proposed me on 13 Dec 2004. I've accepted it without too much words... So, form that day, I have couple relationship already...fall in love everytime.. SS is my best friend...Im really appreciate his kindness..he is good friend..maybe we are not meant to be together, but we are meant as a good friend.. But know,, i lost contact wit SS...maybe he angry with me... Sorry SS,,but you always be in my heart as a good friens..one of my good friends...


Our couple ring...
Aduihhh,,geliat lak lidah aku cakap omputih ni..hahaha..sory guys... kalau langage aku tu betol takpe gak kan,,elak kene gelak dengan readers jek jap lagi..huwahahaha....dah la dulu cite pasal ni...hurmm,,,will be continued soon...maybe after kitaorang ada something nanti.. when it is become officially... bila??hurm bila yerk?? InsyaAllah...niat di hati ingin cepat,,tapi semua itu ketentuan Illahi... Setelah berbagai dugaan, air mata ini mengalir,, daku impikan kebahagiaan sebenar di sampingnya.. chewwwaahh..uhuhuhu..Mungkin peluang yang kuberikan padanya ini adalah yang terbaik untukku..Amin



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ha,,yang ni,,aku nak story kat korang perkara-perkara yang aku wat..bila dikenang balik,,rasa nak ketawa.. Tak sangka yang aku ni jugak romantik dan very loving..Cesss,,perasan.. 
Aku pernah poskan kad untuk MI sempena birthday...Bahasa emmang jiwang habis lah..huhuhu..Siap ada sajak khas lagi..Ciptaan sendiri untuknya..

Aku pernah hantar poskad ke rumahnye on the day his first day working at PDMG. Tapi yang sedihnya, dia mula-mula kata kad tu bos lama yang bagi. wish congrate dan good luck segala bagai. Sengaja aku tak tulis namaku dibawah...aku just signature jek..Dia boleh call bagitau pasal poskad tu.. Aku lak just senyap sebab nak nangis..Why he didnt recognize my writing, my sign..huwaaaa... finally, aku mesej dia bagitau hal sebenar.. He say sorry....sedey kan.. niat nak jiwang-jiwang dan hargai dia.. I wanna give him support..huhu

Izmazani---

Aku pernah belikan kemeja mahal wooo untukdia.. Siap dalam beg dan sekeping kad cinta. balik-balik kad aku ni kan..hihihi..masa tu aku bagi kat dia,,hope baju tu muat lah..main agak-agak jek.. Aku belikan sempena dia nak pergi interview kerja masa tu.. Nak dia pakai on the interview day.. Dalam kad tu,,macam biasalah kan...ayat-ayat puitis untuk dia..hihihi....Alhamdulillah,, on the day,,dia pakai baju tu dan dapat that job..hoorayyyy...

Aku pernah bagi hadiah secara tiba-tiba.. Masa tu jumpa sekejap jek kot,,,mintak dia buka depan-depan aku. I love that moment... Nak tahu ape? A frame with our picture on it..Macam-macam aku pesan.. Nak suruh dia letak pic tu dalam bilik..Biar hari-hari dia tengok..heeee~~

Aku juga tak pernah lupa kalau pegi mana-mana mesti belikan sumthing untuk dia.. Biasanya bajulah... Ade jek baju,,dan kebiasaannya baju yang kubelikan tu sama dengan aku.. Means,,baju couple lah...Mostly warne hitam..sebab dia suka warna hitam..

Blog ni,,aku gunakan combination nama kami as URL..Izma+Zani...huhuhu... Kalau boleh evrything I want to do with him.. Ade kait mengait dengannya... Username ke,,ade jek nama dia kutitip bersama...Izaz...Ctiz...Semuanya dia...(^__^)


Aku pernah bagi Glass Ball ni kat dia...Aku beli dua..satu untuk dia,,satu untuk aku....comel kang bear dalam tu..Aku ibaratkan kami didalam sebuah istana cinta yang indah...insyaAllah,,one day.. Jika jodoh kami...

Aku juga pernah celebrate birthday dia..siap beli kek dan buat BBQ for him.. Nasib my sister sporting dan benarkan aku buat kat rumah dia..Masa tu birthday dia yang ke berapa yer?? ermmm..masa tu tahun 2006 kalau aku tak silap.ha..yang ke-20...best2...masa tu dia belajar kat poli lagi....kebetulan masa tu aku cuti, dapatlah merasa menyambut..



 Lagu ni,,aku pernah bagi dia dulu...hihihi...

Lagi satu,,mak dia kata,muka aku ada iras-iras dengan penyanyi lagu ni...hihi...ramai gak yang cakap..tak tahulah tang mana...

Inilah dia....Farahdiya... Mana ada sama...jauh panggang dari api.. menangis air mata darah jap lagi si farahdiya ni..dia lagi cantik kotttt, hidung mancung, slim jek body.....aku ni sape lah....huhu


Ha,,cuba korang tengok gambor aku yang ni..kawan-kawan ramai kata ada iras sikit-sikit...buweekkksss...
First time bersolekkk...hahaha..macam per jekk



  Klah,,next time post lg pasal ape dia wat pulak pada aku...wink winkkk...loveeeeeee....




Wednesday, January 19, 2011

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

Yuhuuuu.....GiveAway Contest kembali lagii.... 

Dari siapa?? 

Tapi bukan aku...hahhaha

Cik Erin n the gang yang punye contest ni...







haaa....jom join contest ni...Tak susah pun,,just wat sticky post kt entry sendiri..

Kalau rezeki berpihak kali ni,, insyaAllah leh menang Ipad 16g Wifi tuuuu...wuiyooooo...

haa..ni lah rupernye hadiah yg dtawarkan....menarik x???? xoxo



Kalau korg rs berminat nak join dan nak tahu step GA contest ni...jom lah klik SINI

Tuesday, January 18, 2011

TONSILLITIS-jangan pandang remeh

Salam keindahan malam semua...

Malam ni, bukanlah nak menjadi doktor. Cuma ingin berkongsi info kesihatan ita bersama mengenai penyakit tonsil atau tonsillitis. Semua ini adalah berikutan keadaan dua anak buahku yang mengalami bengkak di tonsil hari ni. Sepanjang hari menangis mengaduh kesakitan kerana kesukaran untuk menelan. Di samping itu juga, pengalamanku menghidapi tonsil bengkak semasa sem 3 tahun 3 di kampus dulu. Keadaanku agak teruk dengan keadaan suhu badan yang terlalu panas, badan lenguh-lenguh, tekak sakit, hidung selsema dan kerap sejuk. Mujur masa sem 3, kelas cuma 3hari seminggu... Jadi banyak masa untuk berehat. Seingat aku dulu, tonsil ku sudah bernanah dan berdarah, tapi menurut doktor ia masih boleh diubati dengan pengambilan antibiotik. Jadi tidak perlu dibedah...Mengeluh lega aku ketika itu....Alhamdulillah, selang beberapa hari aku kembali pulih. 


Berikut sedikit info symptom penyakit ini:-

  • Fever
  • Bad breath
  • Nasal congestion and runny nose
  • Swollen lymph nodes
  • Red, swollen tonsils covered completely or in patches by pus
  • Difficulty swallowing
  • Headache
  • Abdominal (belly) pain
  • Raw, bleeding patches on the tonsils


Keadaan dalam mulut setelah tonsil membengkak dan menanah


Kebiasaannya, tonsil boleh bengkak apabila suhu badan seseorang itu terlalu panas. Bak kata orang-orang tua, kurang air dalam badan. Mulalah ibu dan ayah sibuk menyuruh kita minum air berlebihan dan kerapkan mandi.

Bagaimana cara untuk mengatasinya:-

  • Jauhkan diri dari berada dekat dengan sesiapa yang sedang dijangkiti batuk-batuk, sakit tekak dan penyakit ini.
  • Kerap mengamalkan basuh tangan dengan bersih setiap kali keluar tandas, lepas bersin, dan apa jua keadaan.
  • Kerap menggosok gigi setiap kali selepas makan, sebelum tidur, bangun tidur untuk mengelakkan kuman dan bakteria merebak langsung menyebarkan jangkitan virus.
  • Amalkan amalan berkumur menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut seperti listerin untuk mematikan kuman, menyegarkan bau mulut dan sebagainya.
  • Gunakan penutup mulut bila mengalami batuk dan selsema yang teruk untuk mengelakkan bakteria merebak ke ruang udara dan menjangkiti orang lain. Sekurang-kurangnya menggunakan tisu dan sapu tangan.
  • Jauhi orang yang merokok dan apa jua faktor yang membolehkan anda elergi seperti habuk dan asap.
  • Sila kunjungi doktor untuk mendapatkan rawatan bagi yang mengalami batuk yang lama dan sakit tekak yang melampau.
  • Cegahlah sebelum terlambat.

Bilakah tonsil akan dibuang?


Kalenjar tonsil patut dibuang sekiranya pesakit mendapat serangan penyakit tonsillitis sebanyak 6 kali dalam masa 1 tahun, 3 atau lebih jangkitan tonsil dalam masa 1 tahun sekalipun diberi rawatan perubatan, kronik atau jangkitan berulang yang dikaitkan dengan pembawa streptococcus yang tidak memberikan kesan kepada antibiotik yang tahan beta-lactamase. Tonsilitis berulang selepas pembuangan tonsil adalah jarang sekali. Tonsilitis selepas pembuangan tonsil mungkin disebabkan oleh pertumbuhan semula tisu tonsil yang mana boleh dirawat dengan membuang tisu tersebut.


Monday, January 17, 2011

Who wants to be millionare???

Who wants to be millionare???

Bila mana kita tanya soalan macam ni, of course lah kan semua orang akan kata.. Yes, I am!!..
Tapi bukan mudah untuk menjadi millionare ni. Tapi ada juga yang jadi millionare semata-mata kerana mereka lahir dalam keluarga yang kaya-raya. So, mereka ini menumpang tempias kekayaan keluarga.

Akan tetapi bagi kita yang sederhana ini juga masih boleh menjadi millionare. Bagaimana?? Semua itu dengan usaha dan kecekalan yang kita harus lalui. If u have the desire, nothing is impossible.... Cuba kita hayati satu kisah yang saya perolehi dari satu laman web Irfan Khairi, Mentor Jutawan ini....Abang Abu-Mekanik Wang

Bagi saya, kita perlu ada target dalam diri kita. Apa yang kita nak kecapi dalam satu jangka masa. Mungkin kita boleh senaraikan apa yang kita mahu dan bagi rank untuk setiap satu mengikut keutamaan.. Kita tidak perlu terburu-buru untuk mengecapi semua impian dalam satu masa. Kita harus bertatih satu persatu. dengan mencapai satu perkara ia akan menjurus pada kejayaan satu perkara yang lain.

Kita mulakan strategi sedikit demi sedikit di samping doa yang konsisten pada Yang Maha Esa. Kerana hanya pada DIA sahaja kita meminta. Kita merancang namun DIA lah yang menentukan.

Tempoh hari, sempat saya menemui Abang Abu di PWTC... Sempat jugalah berbual-bual dengannya dan sedikit sebanyak mendapat semangat dari orang yang banyak pengalaman dalam menganjurkan program-program keusahawanan atau lebih dikenali sebagai Mekanik Wang. Kebetulan saya mengikut abang ipar ke KL bagi menguruskan urusan-urusan kerja. Dan nak dipendekkan cerita Abang Abu adalah biras saya..hehehe... Sebelum ni berjumpa dalam event-event keluarga saja. So tak banyak yang diborakkan mengenai keusahawanan ni. Tapi kali ni bila tengok kejayaannya yang dah nampak taringnya menarik minat saya untuk menyahut cabaran millionare ni juga. Bila? Itu yang kita kene mulakan dari sekarang.


Pada saat ini, saya mula berfikir dan bertanya pada diri sendir, apa ya yang saya mahu??

  • Kerjaya
  • Pelajaran
  • Keluarga
  • Kahwin
Apa ya? Semua orang nak senang dan berharta. Tapi apa caranya??hurm....jom kita fikirkan dan muhasabah diri..



Bak kata Datuk Maznah Hamid, Iron Lady Malaysia,

Fikirkan boleh, Katakan boleh, Pasti boleh!!!

Kita orang melayu, kita pasti boleh. Malaysia Boleh......

Bagi yang nak mendapatkan kata-kata semngat, idea-idea, anda boleh lah melayari laman web tokoh-tokoh jutawan kita:-

Irfan Khairi - http://www.irfankhairi.com/blog/
Abang Abu - http://abangabu.com/
DM - www.facebook.com/maznahhamid


 

Friday, January 14, 2011

Telahan Jiwa dan Minda....: Bersahabat VS Bersubahat

Telahan Jiwa dan Minda....: Bersahabat VS Bersubahat: "~~K.A.W.A.N---Berkawanlah seikhlasnya seolah kamu bersaudara, namun, berhati-hatilah dalam berteman kerana jika mereka 'lalai', janganlah kita ikut ter'lalai' sama kerana kelak buruk padahnya.hidup brkawan umpama tarik tali, jika mereka tersasar sedikit ke belakang,,kita tarik tali tu spaya mreka lebih ke depan,bukn kita ikut sama jatuh ke belakang~~"

Thursday, January 13, 2011

Steamboat homemade

Hye...malam ni, aku berpeluang makan stemaboat yang dimasak sendiri bersama kakak. Pergh,,memang shedap habes lah...Puas hati dapat makan banyak. yelah, aklau pegi restauran mahu berpuluh ringgit habis. Dahlah kira per head lak tu.. Mampuiiihh duit aku..huhu

haha...my niece sempat lak mengendap time aku snap pic ni..
Ha..tu la hasil nya. Dah nak habis dah.. Siap dengan bekas steamboat satu set lagi beb. Senang kalau wat sendiri ni, kita leh pilih bahan yang kita suka jek. Tak apyah nak tumis-tumis sup dia tuuuu...too oil nanti.. Habislah berat badan aku nanti...sekarang nak makan yang rebus-rebus jek...

Korang nak cuba?? Ha,,ni resepi yang aku masak tadi..

Sup Steamboat:

2 ulas       Bawang Putih
6 biji        Cili Kampung
1 camca   Lada Sulah/putih
1 biji        Kentang dipotong dadu (untuk maniskan sup)
1 camca   Garam
1btg         Serai
1biji         Limau Kasturi(diperah airnya-untuk hilangkan hanyir dan bau)

###Untuk lebih enak, letakkan pes tom yam. tadi tak letak sebab dah habis..huhuhu..tapi still sedap gak.

Bahan Steamboat:

Bebola Ketam (pastikan yg halal dan keluaran bumiputera)
Udang/Sotong
Ayam (dipotong dadu)
-Buang kulit untuk kurangkan kalori dan lemak.
Fish Cake/Ball (pastikan yg halal dan keluaran bumiputera)
Aneka Scallope (pastikan yg halal dan keluaran bumiputera)
Sayur- Jagung, Brokoli, Kobis bunga, Lobak, Bendi

Cara:
  1. Reneh kesemua bahan sup sehingga mendidih
  2. Masukkan bahan steamboat setelah air mendidih.
  3. Tunggu 5 minit dan boleh dihidangkan bersama sos yong tau fu...

Selamat Mencuba


Tak perlu lagi ke Restoran Nelayan, Sabak, Johnnys...Anda leh mencuba sendiri di rumah..hihi... Boleh jadikan menu untuk majlis berbeku, harijadi dan sebagainya....(^__^)

Wednesday, January 12, 2011

Fasiliti ke fasilitas

Salam semua...

Hai,,korang semua dok watpe tu malam-malam camgini?? dah masuk 2011 dah ni,,dah nak sampai middle of month January dah pun, korang punye azam dah dalam progress ke belum yer???hihihi

Kali ni,aku takde lah nak berhujah panjang lebar pun. Just nak share pengalaman sebenar yang kualami sewaktu aku ke UIA tempohari untuk uruskan segala prosedur Graduation dan juga sewaktu aku mengahdiri majlis pertunangan sahabatku.

Semuanya lebih kepada isu pengangkutan awam iaitu bas dan komuter. Bas, memang jadi kebiasaan lah para pengguna menggunakannya berbanding teksi yang jauh lebih mahal caj nya. Tapi bila naik bas ni risikonya adalah tinggi. Kenapa?

Pertama- Kalau bas penuh, kita terpaksa berdiri dan berhimpit lelaki perempuan. Euuuwww... Nak nak bila bas brek mengejut ke, bas nak membelok selekoh ke..mak aihh,,dah macam naik ape je rasa... dah berlanggar-langagr antara satu sama lain. 

Kedua- Keutamaan pada yang lebih memerlukan. Siapa? Warga emas, Ibu mengandung, OKU, Kanak-kanak.. Kadang-kadang mereka tertindas.. Orang lain wat bodoh jek tak bagi ruang untuk mereka duduk. Mereka wat buta dan pekak je kan.Tak patut..nak-nak kadang kita ni memang tengah tak sihat atau bau lepas berjalan 3km sebelum naik bas. tak larat dah nak berdiri...susah jugak kan..



Gambar Hiasan

Ketiga- Ketepatan masa untuk bas sampai tu amatlah meragukan. Kadang datang on time, kadang tercepat dan terlambat. Elok-elok masa kita tunggu tak hujan, tup2, bas sampai hujan lebat lah..adoyaiii,,memang leceh. PAstu, macam au ni student U, katalah dah beli tiket nak balik hari sekian jam 11pagi. tunggulah bas ni nak pegi ke Terminal Bas besar, bila bas dah lambat, aku pun leh jadi terlepas bas express nak balik kampung..haisssshhhh...ni lah malang tak berbau..

Keempat- risiko kecurian gak tinggi. Aku pernah mengalami kehilangan handphone di dalam bas. Aku tertido sekejap je kot, bangun-bangun tengok handphone takde dalam kocek, mungkin ia terjatuh dari poket ku. dan ada sesiapa yang mengambilnya. almaklumlah penumpang yang ramai dan berbagai latar belakang. So, tak mustahil ada yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil handphone ku di saat itu. cessss...

Haa,yang ni lagi aku tak puas hati. Ni masa aku naik komuter. Dua kali dah aku mengalami keadaan yang sama. Pertama, sewaktu aku pulang dari Putrajaya atas urusan biasiswa di Menara PjH. Kak laili yang kutumpang sehingga ke Stesen Komuter Bangi sahaja. lalu ku tunggu coach ke Kl Sentral sampai...tunggu punya tunggu. Ada satu announcement yang mengatakan sekejap lagi bakal tiba satu coach khas untuk wanita sahaja. Diminta lelaki tidak menaikinya dan memberi keutamaan pada wanita. Bunyi nampak menari, sebelum ni aku hanya baca dalam kahbar je tentang coach ni, ni lah kali eptama aku nak menggunakannya, biarlah korang nak akta aku outdated ke..hehehehe

Setibanya coach for ladies yang serba pinky tu,, aku pun ke depan sedikit untuk hampir ke pintu. Berpusu-pusu lah kaum wanita pelbagai peringkat umur nak naik.. yang tak tahan tu, ade juga kaum lelaki yang tak faham bahasa sibuk nak naik. Geram pulak aku... tapi nak sound takut..hahaha.. yela, bukan ape,,aku ni seorang diri, kang kalau ada pape hal...(nk cover kunun2).. Tapi alhamdulillah, rezeki aku dapat duduk. tapi leh dikatakan coach wanita ni kerusi tak banyak lah,,suppose diperbanyakkan lagi. kesian ada yang berdiri lama...yelah pada yang stesen terakhir mereka jauh lagi, tak ke naya. ishh ishh...

Rasanya dah lama tak naik train jauh-jauh macam ni. dulu mula-mula naik ke rawang, ya ampun jauh gila rasanya. masa tu pegi umah makcik M.I...huhuh..masa tu kat matrik lag. gila berani jugak pergi sorang-sorang...haha.. ni dah abes belaja, memang takde chance dah la nak naik lagi. Yela, aku bukan anak jati KL pun..huhu..tunggu lah 6@7 tahun lagi Johor ada train.


Kedua, sewaktu aku pegi majlis tunang sahabatku. Dari bukit jalil ku ambil star ke salak selatan. Kemudian ambil ktm ke sg buloh pulak. ha, masa ni, kejadian yang sama berulang kembali. Apa jadahnya lelaki zaman sekarang ni tak macho and gentleman agaknya. Sibuk nak naik coach wanita ni. Geram aku. Time ni aku berani sound sebab ada sorang akak tu pun sound pada lelaki-lelaki yang nak naik tu. Kot ye pon dorang nak cepat tapi agak-agak lah kan. Yang oaling geram bila tengok mamat Indo dan Nepal pun ramai nak naik. Hishhh...nak je aku sepak ke tepi..

Aku just cakap...

Excuse me,, sorry its for ladies
sambil tunjuk ke arah logo coach tu...



Punya lah banyak ada tampal bende ni, tapi mata lelaki-lelaki yang tak macho ni buta.!!


Ha, ni mamat bertuah mana lah yang menyibokkkk sangat!!
So, lepas ni. Kalau korang nampak lelaki-lelaki macam ni, korang sound jek. Tapi kadang-kadang ada jek yang wat muka bodoh naik dan slumber.. Apa dia kesahhhh...hishh,,malang sape dapat suami macam ni tauu.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...