SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, January 31, 2010

Terkenang kembali........

Mid-sem break kali ni, aku banyak menghabiskan masa di kampung di mersing.... Kebetulan parentsku yang berada di sana, so, aku pun follow dorang jer... Sebelum pulang ke mersing....kami singgah ke sedili sebentar... hajat kami nak menziarahi nenek sebelah abah....kami panggil tok bunga yang tinggal bersama akak sepupu di sana... Terkenang lah semula sejarah-sejarah silamku..

Dari kecil aku tinggal bersama tok bunga di Kampung Air Papan sehinggalah umurku dalam 4 tahun, aku tinggal bersama mak dan abah di Kulai.... Nenekku masih sihat, tapi almaklumlah orang tua,, pandangan sudah tidak nampak dan sudah bongkok tidak boleh berjalan...ku sentiasa doakan nenekku dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t...kerana aku ingin sekali menjaganya...ye lah...sekarang aku masih lagi belajar..insyaAllah, barangakali aku sudah bekerja, aku boleh menjaganya...harap-harap sempat untuk aku membalas jasa-jasanya kepadaku.....

Selepas itu, kami terus berangkat ke kampung tg.resang, mersing..... yang ni kampung sebelah mak aku..huhuh..sekarang abang aku menetap di sana dengan isterinya...sambil tu menjaga nenekku..Tok Mesah namanya...dah lama rasanye aku tidak pulang ke kampung ni..banyak perubahan yang aku tengok...yang paling ketara,, umah nenekku...huhuhu..dah ada pagar keliling..dan lagi satu,,di tepi umah nenekku dah ada sebiji warung.. warung abangku...
ingin bisnes kecil-kecil katanya...alhamdulillah.....berwawasan jugak abangku ini...
Yang membanggakan ialah...warung yang dibina, hanya menggunakan barang-barang terbuang yang di cari di sekitar kampung... Batu-bata, kayu-kayu suma dicari...tidak di beli... hanya pasir, simen dan cat sahaja yang dibelinya....tak sabar aku nak tunggu hasilnya....

Tg Resang, Mersing...


Seronok juga sekali-sekala bila kita pulang ke kampung ni..memang dapat tenangkan jiwa dan minda lah..bebas dari pencemaran bunyi, asap, jam dan semualah yang ada di bandar tu..
dengan pepohon hijau yang merendang,, pokok nyior pun banyak...leh minum air kelapa fresh..yummmy....pastu dengan angin bayu laut yang berdekatan dengan rumah tu lagi...memang syiok habis r....hihihihi.. untung pada penduduk mersing yang berdekatan dengan pantai ni,,,macam-macam boleh di buat untuk menambah sumber pendapatan..Lagi-lagi kerajaan johor sekarang ingnin membangunkan bandar mersing...kalau tak silap aku....dipanggil Mersing Laguna.....haa....



Sambil aku lepak-lepak kat warung abang aku yang masih dalam pembinaan lagi tu..
aku pun melayan lah jiwa dan ambil gambar random untuk koleksi peribadi.... so, aku nak share la kat sumer...huhuhu.....



haa..tengok ayam tu.... pandai kan usha2..hehehe..mula-mula bukan main jauh..pastu ha..berjalan beriringan pulak dah...macam kita manusia...hehehehe



Awan ni aku amek masa aku berjalan nak balik umah dari warung abang aku...cantik kan ciptaan Allah yang Maha Esa....aku tengok macam bentuk hati pun ada.....



haa.yang ni gambar di jalan masuk perkampungan di tg resang....memang suasana kampung masih terpelihara lagi..tapi cuaca agak kemarau la kali ni..memang aku pun tak tahan...asyik cari ais je nak minum...uhuhuu


haaa..yang kiri tu rumah nenek aku...ni pandangan dari warung abang aku..yang kanan tu pulak..surau kampung ni..memang beul-betul belakang umah nenek aku tu..buhuhuhu





yang ni kucing abang aku... Siam nama dia...sebab dia spesis kucing siam...masih dalam pantang lagi ni...hahhahah...ada lagi sekor..semek nama dia..tapi tak sempat la plak aku nak snap picture dia....

Ni je gambar2 yang aku amek kat tg .resang.. Tg resang ni dah dekat dengan penyabong dan endau....nanti lain kali aku post lagi k....huhuhu
Air papan, mersing....


Air papan ni lah tempat kisah hidup aku bermula dulu..macam-macam kisah bermula di sini...cinta aku pun berputik di sini..chewwah....hahaha... Rupa-rupanya bukan abang aku je yang nak berniaga..abah aku pun sama la... Abah aku pun ngah sibuk wat renovation kedai kat air papan ni..Alkisah...dulu abah aku juga berniaga barang2 mandi, pelampung, bola, baju2 dan lain2 souvnior.. Tapi sejak berpindah ke felda,,abah aku berhenti dan meneruskan hidup sebagai peneroka dan juga peniaga pasar malam di sana.. So, akak sepupu dan makcik saudara aku lah yang meneruskan perniagaan keluarga ni...ada 3 pintu semuanya...satu abah aku, satu lagi makteh aku..satu lagi mak long aku..meriah je bunyi kan??????

Tapi sekarang kedai tu dah jadi dua pintu sahaja..satu pintu lagi dah dijadikan tempat tidur..complete ada bilik tidur, toilet sumer... So, lepas je dapat tahu akak sedara aku ( anak maklong) dah tak nak berniaga... abah aku pun cepat2 lah grap oppurtunity tu,,nak bukak warung jugak...hihihi.....so lepas ni,,kerap lah aku balik mersing tolong abah dan abang aku...syiok nyer ni....




nilah pemandangan dari umah arwah toki aku...yang sebelah kiri tu,,jalan nak ke pantai...jalan kaki 5 minit je leh sampai....



haaa....yang ni challet arwah to'ki aku...dulu menjadi challet..tapi sekarang dah jadi rumah abang sepupu aku..dia dah renovate jadi umah dia daa..so,,sekali sekala balik,,kat sini lah sedara mara berkumpul...challet ni betol2 depan umah arwah to'ki...



ni lah rumah arwah to'ki aku....rumah to'ki dan tok bunga..tapi sekrang rumah ni kami dah sewakan pada orang...sebab suma waris dah ada rumah sendiri..so jadikan rumah sewa lah...sedih bila tengok rumah ni...banyak kenanganku di sini....zaman kanak-kanak aku banyak habis di sini....=)



ha..yang ni la kedai abah aku yang tengah under construction lagi......



pantai yang cantik dan mendamaikan.....





suasana petang yang tetap menawan...
aku asyik menikmati damainya keindahan alam ciptaan tuhan...



suburnya sawah bendang.... tepian kali ni memang cantik kalau jadi tempat memancing..hehehe




ha,,ni antara penangan air tangan aku...hehehe..lauk2 simple je beb.. tu pun hasil supervision dari mak aku.... cuti seminggu, badan aku naik berkilo2 agaknyer..gasak masak dan makan jer..hihihi

..............................tamat

2 comments:

Zul said...

Hi there. Keep it up for a good job.You really have a lot of nice blog here. Lots of information. I have read and passed on this info to my friends as well.

Cheers!
fivezull
Cheers!
fivezull
MoneyAllMyLife
One Drop Perfumes
Free Movies
Online Degrees
Higoat

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry.. nak ngorat tuan punya blog ni leh x? hehehe

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...