SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Wednesday, August 26, 2009

Teamwork as a dream work....

SALAM SUMA......

Sejak akhir-akhir ini, rajin pulak saya menulis. Padahal sibuk dengan macam-macam tugasan dan pepriksaan. Tetapi tiba-tiba saya merasakan satu kepuasan dan ketenangan apabila menulis. Berkongsi cerita, pendapat sebagaimana tagline blog saya, "Telahan Jiwa dan Minda". Hari ini selesai satu lagi tugasan berkumpulan. Terima kasih pada suma groupmate saya yang sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan tugasan kali ini. Alhamdulillah, suma bagi komitmen yang memberansangkan. Inilah yang dikatakan berat sama dipikul, ringan sama di jinjing... Dan ada juga proverb or saying dari western, "Teamwork as a dreamwork"... Ia memang jelas terbukti.. Walaupun presentation dan term paper kami tidak lah sempurna dan sehebat mana. Namun, kami berpuas hati dengan hasil yang telah kami peroleh..

Bila ingat balik saat-saat presentation di kelas service marketing tadi, suma orang nampak nervous..Normal lah bagi presenter. Even the professional pun akan tetap rasa gementar.
Saya sebagai presenter pertama, memang nervous and shivering.hahhaha..Alhamdulillah, nasib abik lah tak blushing hari ni.. tapi yang kelakar nya, apa yang dirancang untuk disampaikan, tak kesampain. gementar melebihi segala-galanya....Mana tidaknya, berpuluh pasang mata tertumpu pada kita, menantikan apa yang ingin kita sampaikan... Keyakinan diri amat penting di sini...

Erm...masih ingat lagi, sewaktu final touch kami di surau kuliyyah. Saya begitu risau jika soalan2 yang pelik akan dipersoalkan masa presentation kelak. Tajuk yang kami pilih adalah "Public Transportation : Buses Services". Kami khususkan kajian kami kepada Rapid KL. Kami kaji bagaimana mereka market their services, setting the price, managing competition and some implication in their industry. Kami siap menyediakan sedikit sebanyak pandangan dari sudut islam.. Yelah, nama belajar di university islam, haruslah implement apa yang telah dipelajari. Saya menyuarakan kebimbangan pada teman sekumpulan; Alin.

Saya:"Alin, aku rasa dorg akan tanye pasal harga baru yang Rapid Kl akan kuatkuasakan pada 1 september ni lah.."
Alin:"InsyaAllah tak kot..ko jangan risau...kalau dorg tanye pandai2lah jawab"

Tapi apa yang terjadi tadi, instinct saya menjadi kenyataan secara kebetulan. huhuhu..
rezeki kami nampak nya.. Apa yang kelakar nya, kami siap-siap bersubahat dengan sorang classmate supaya dia bertanyakan soalan semasa Q&A session nanti. Tapi, tamat je presentation kami, ramai pula yang ingin bertanyakan soaaln...huhuhuhu... Salah satu soalan nya ialah, soalan yang terlintas di benak hati dan kotak fikiran saya semalam..hah...amek ko! huhuhu..


apapun kami cuba menjawab dengan tenang dan professional.. Tapi, orang yang bertanya terus menerus argue seolah-olah kami ini sememangnya pekerja Rapid Kl.. Adess...memang kelam kabut.... Akhirnya, soalan yang kami cipta terlebih awal tidak di tanya oleh classmate yang kami kompromi siap2.. Lawak2....:)




Namun, lepas sudah satu bebanan hari ini...
hanya menghitung hari dan berusaha menyiapkan tugasan-tugasan lain....:(
Inilah hidup sebagai pelajar..walau apapun, setiap keluhan dan keringat yang keluar hari ini, InsyaAllah akan membuahkan hasil suatu hari nanti.. Niat yang baik akan dipermudahkan olehNYA....



Tiba-tiba saya tergerak ahti ingin berkongsi sedikit tips untuk menghadiri presentation. Semoga kita sama-sama boleh menghasilkan satu presentation yang baik dan berkesan selepas ini. Saya tidak mahu lalui pengalaman dan kesilapan yg sama seperti tadi....:)




Saya tertarik dgn satu article dari satu blog yg sy terbaca, tips2 yg dberikn nmpk mnarik.....

1. Fahami isi kandungan presentation anda.
-Anda harus tahu dan faham akan apa yang anda ingin sampaikan kepada pendengar. Banyakkan pembacaan tambahan dan mungkin contoh berkaitan supaya anda dapat menjelaskan lagi isi presentation anda dengan berkesan. Jangan terlalu membaca pada isi penting slide. Isi penting slide hanya untuk mengatur kandungan penyampaian anda supaya tidak terpesong dan memastikan anda tidak memberi huraian yang meleret2 hingga mengambil masa yang lama untuk ke point seterusnya.

2.Persediaan mental dan fizikal.
-Bersedialah dari segi fizikal dan mental. Tidur dan rehat secukupnya supaya anda dapat memberi tumpuan dimasa presentation nanti. Pastikan anda kelihatan yang terbaik. Mungkin memakai baju atau kasut yang paling suka yang boleh memberikan anda keyakinan. Cuba yang terbaik untuk kelihatan menarik pada mata audien anda. Sekurang2nya ia dapat memberikan mereka minat untuk melihat presentation anda. Dikolej, saat presentation adalah saat untuk kami melaram dengan pakaian terbaik, masa untuk kelihatan stylo diluar kebiasaan.

3.Datang dan bersedia awal.
- Penting bagi anda untuk memberikan anda masa untuk bersedia dengan tempat,susun atur kerusi meja, audience, set audio video dan alat2 bantuan supaya ianya dalam keadaaan yang terbaik. Ini dapat membantu menghilangkan gemuruh. Biasakan diri anda dengan keadaan bilik supaya minda anda lebih bersedia.

4.Tarik perhatian audien.
-Gunakan teknik penyampaian dua hala. Jangan hanya membaca. Jika anda terlalu gemuruh, cuba lah bergerak ke beberapa arah rawak. Kawal tona suara anda, pastikan tidak terlalu mendatar. mungkin anda boleh memberi penegasan di beberapa point penting. Teknik lakonan suara dapat menarik perhatian audien untuk memberi perhatian kepada penyampaian anda. Anda juga boleh mengunakan lawak jenaka yang bersesuaian dengan audien, atau menanyakan soalan2 ringkas untuk memberi lebih variasi.

5. Kenal pasti audien dan kawal ganguan.
_adalah biasa jika ada audien yang terlampau sporting atau menanyakan banyak soalan yang tidak berkaitan hingga menganggu masa anda dan menggangu tumpuan audien lain. Mereka mungkin ingin perhatian dan ingin menunjuk pandai atau mungkin seorang yang negatif. Anda boleh meminta mereka bertanya pada anda setelah sessi anda selesai atau mungkin boleh edarkan kertas untuk mereka mengisi soalan mereka. Pilihlah soalan2 yang anda dapat jawab. Dan minta soalan2 yang tidak sempat dijawab semasa sessi supaya bertanya pada anda setelah sessi anda selesai.

6.Jujur bertempat.
-Jujurlah dengan diri sendiri, tetapi jangan terlampau jujur hingga boleh menjerat diri sendiri. Jika anda adalah penganti seseorang. Jangan beritahu audien bahawa anda bukanlah orang yang sepatutnya yang patut memberi presentation. Jangan beritahu anda adalah wakil, jangan beritahu anda baru bersedia, jangan beritahu anda tidak bersedia dsb. Saya amat tidak menyukai penyampai2 yang terlampau jujur seperti ini. Berilah kredit pada diri sendiri. Besar kemungkinan disaat anda memberitahu kelemahan anda, minat audien untuk mendengar penyampaian anda sudah pun tiada.

7. Jangan poyo.
Objektif penyampaian presentation adalah untuk memastikan audien faham dan dapat memahami isi kandungan penyampaian anda. Pastikan anda mengunakan bahasa, lawak jenaka, contoh2 yang dekat dan dapat difahami mereka. Jika kesemua yang hadir adalah orang melayu, tiada gunanya anda menyampaikan presentation anda dalam bahasa inggeris. Kecuali penyampaian anda akan diberi markah. Jika audien anda adalah remaja, gunakan contoh2 yang dekat pada mereka. Jika anda mampu berdialek tempatan itu lebih baik, supaya mereka lebih memahami penyampaian anda.

8.Jangan takut pada audien.
Anggap mereka sebagai rakan anda, antara cara mudah adalah dengan memberitahu mereka anda ingin berkongsi maklumat, jika ada antara mereka yang lebih tahu, mungkin dapat berkongsi bersama. Berkenalan dengan audien secara tidak langsung. Dengar pendapat mereka.Ini dapat menghilangkan gemuruh anda, mungkin anda rasa ada banyak perkara yang anda tidak tahu dan tidak layak untuk memberi presentation pada mereka. Jika anda berjaya mengatasi takut anda, anda akan berasa seronok dan teruja tiap kali melakukan presentation terutamanya jika bertemu audien yang baru.

9. Menghadapi panel pengkritik
Jika anda seorang pelajar atau eksekutif yang menyampaikan idea atau proposal, dan mungkin konsep anda ditegur secara negatif. Jangan emosi. Beri peluang pada mereka meluahkan kritikan, jika anda yakin dengan kerja anda, terangkan pada mereka pendapat anda. Jika anda berasakan bahawa kritikan mereka membina dan membantu, ucap terima kasih dan catit supaya anda dapat membuat perubahan yang bersesuaian. Jangan terlalu defensif. Tetapi jika anda berasakan pendapat anda betul, cuba terangkan pada mereka. Jika masih tidak berjaya,minta rakan sepasukan untuk menerangkan kepada mereka.

10. Jangan Over.
Apapun yang kita buat pastikan ianya tidak melampau. Gurauan dan lawak jenaka adalah bersesuian, tidak terlalu lucah dan bersangkutan dengan isi penyampaian kita. yang penting pastikan ianya ringkas dan padat.

11. Teruskan berlatih
Latihlah cara penyampaian anda dari masa ke semasa. Jika diberi peluang untuk melakukan presentation, rebut lah peluang itu untuk memperbaiki kemahiran anda. Jangan lari atau mengelak. Bagi saya, saya selalu amalkan, get it done and over with. Tiada masalah jika kita terus berfikiran positif dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Jika rakan2 sepasukan anda selalu mengelakkan tanggungjawab presentation kepada anda, terima sahaja. Anggap sahaja mereka yang akan kerugian kerana tidak berpeluang untuk belajar dan memperbaiki kemahiran presentation.






SELAMAT MENCUBA.......


WSSLM...;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...