Kawan mana kawan,
Kau hadir macam awan,
Bila terang, Kau cerah ceria,
Bila mendung, Kau kelam berarak lesu,
Bila hujan, Kau mengalir deras,
Bila ribut, Kau berdentum,
Kau hadir macam awan,
Bila terang, Kau cerah ceria,
Bila mendung, Kau kelam berarak lesu,
Bila hujan, Kau mengalir deras,
Bila ribut, Kau berdentum,
be continued....lost idea..:)
......continue :)
Sambungan post bertarikh 20/5/2009 yang lalu....
Kawan...
Bukan mudah mengharungi hidup ini seorang diri,
Bukan mudah juga untuk kita berada di atas bersam-sama,
Setiap langkah, setiap keputusan memerlukan pengorbanan,
Setiap detik memerlukan seribu penghayatan dan penilaian,
Diri, persekitaran dan jangka masa depan,
Kawan,
Bukan mudah untuk menjadi senang,
Bukan juga susah untuk menjadi susah,
Hendak seribu daya, tidak perlu hanya seribu bicara,
Tepuk lah dada, tanya iman kita,
Kawan,
Kau dan aku adalah bersaudara,
Jatuh bangun bersama sudah semestinya,
Namun hidup ini,
Tidak semudah yang disangka,
Kadangkala tidak mengikut impian corak kita,
Segalanya dalam gengaman yang Maha Esa,
Kawan,
Hidup kita seperti roda,
Hari ini kita di atas,
Esok hari mungkin di bawah,
Jangan mudah lupa dan leka dengan apa yang kita ada,
Semua itu hanyalah sementara,
Kawan,
Tatkala bergurau senda,
Tatkala luang masa bersama,
Kadang hati terdetik lidah bicara,
Sekadar titipan pedoman kita bersama,
Jangan simpan jangan terasa,
Sesungguhnya itu kemanisan ikatan kita,
Kawan,
Kita bersama bukan hanya suka-suka,
Kita pikul tanggungjawab bersama,
Kau dan aku setanding nilainya intan permata,
Tegurlah, bantulah, nasihatlah,kongsilah....
Semua itu sudah semestinya,
Kalau tidak apalah erti ukhuwah ini pada kita...
Kawan,
Namun, jikalau satu hari,
Kita terpisah jua akhirnya,
Samada kerana putusnya nyawa atau penuh sengketa,
Seribu kemaafan yang ku pinta,
Aku redha akan ketentuan-Nya,
Seribu hikmah bersembunyi disebaliknya
Kawan,
Andaikata bagimu,
Jika hubungan ini satu kesilapan,
Jika hubungan ini satu kerugian,
Siapalah aku untuk menyekatnya,
Namun, semua kenangan akan tetap bersama,
Takkan kubiarkan ia terkubur begitu sahaja,
Kawan,
Kuatkan lah semangatmu,
Kuatkanlah pendirianmu,
Jangan mudah melatah dengan halangan didepanmu kelak,
Sentiasa ingat pada DIA yang satu,
Tanpa aku di sisimu bukanlah satu kelemahan,
Tapi hadirnya DIA sentiasa di dalam hati mu lebih bermakna.......
to be continued....
1 comment:
ak rs ak nk suggestkan someone bc blog kau ni
hahahahha
bior diorg tau what is frenship! hahaha
Post a Comment