Ramadhan ya ramadhan,, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.....
Pejam
celik,,kita dah sampai ke bulan ramadhan.. Bulan yang dinanti-nantikan
semua muslimin dan muslimat.. inilah bulan yang mulia di antara
banyak-banyak bulan yang kita ada.inilah masanya kita nak menyucikan
diri, pelbanyakkan amalan, perbetulkan kesilapan, dan mendekatkan diri
kita pada Maha Pencipta yang Maha Esa,ALLAH S.W.T..
celik,,kita dah sampai ke bulan ramadhan.. Bulan yang dinanti-nantikan
semua muslimin dan muslimat.. inilah bulan yang mulia di antara
banyak-banyak bulan yang kita ada.inilah masanya kita nak menyucikan
diri, pelbanyakkan amalan, perbetulkan kesilapan, dan mendekatkan diri
kita pada Maha Pencipta yang Maha Esa,ALLAH S.W.T..
Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas dan berkesempatan untuk menyambut puasa pada tahun ini. Saya percaya semua orang sememangnya menantikan kehadiran bulan penuh kenikmatan dan keberkatan ini....bulan ramadhan adalah sebaik-baik bulan.. Bulan rejab, bulan sya'aban dan bulan ramadhan...antara bulan-bulan yang menjanjikan pelbagai balasan pahala atas sesiapa yang perbanyakkan amalan di sepanjang bulan-bulan ini. Namun itu tidak bermakna, kita hanya fokus untuk beramal ibadah pada bulan ini sahaja... itu adalah tanggapan yang silap..
Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Adz-Dzariat:56
"Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu..."
Sebagaimana firman Allah s.w.t di atas, tidak kira di mana, apa pun jua, kita hendak lah mengabdikan diri dan beribadah kepadaNya. Jadi, jangan lah kita terlalu mengejarkan amalan hanya di bulan ramadhan sahaja. Sebaliknya, di bulan-bulan yang lain, kita lalai dan leka dalam melaksanakan tugas kita.
Sebagai peringatan untuk diri saya dan semua, kita di dunia ini mempunyai dua tanggungjawab yang utama. Yang pertamanya adalah sebagai 'abd dan khalifah di muka bumi ini. tidak sempurna seseorang itu untuk menjadi seorang khalifah itu sekiranya dia tidak menjalankan kewajipan dia sebagai seorang 'abd.
'Abd, atau dalam erti kata lain, sebagai servant, sebagai Hamba Allah di muka bumi ini. Kita melakukan segala kewajipan yang di suruh dan juga meninggalkan apa jua yang di tegah. Ramai menganggap bukan senang untuk membuat kebaikan dan bukan juga susah untuk membuat kejahatan. Semuanya berbalik kepada hati dan fikiran yang memandu diri kita di atas jalan-jalan yang penuh dengan dugaan dan pancaroba dunia. Sebagai contoh dalam melaksanakan ibadah solat lima waktu sehari, ada sesetengahnya dari kita hanya menunaikan solat ikut mood. kejap solat, kejap tidak. ada juga yang cukup lima waktu, namun tidak cukup tertibnya seperti melengah-lengahkan solat. ya, memang diakui, kadang-kadang kita leka membuat kerja-kerja dunia sehingga terlupa waktu solat sudah semakin habis. disinilah orang sekeliling memainkan peranan yang penting. Jika di pejabat, perlulah ada peringatan setiap waktu solat dan sekaligus menyediakan surau khas untuk memudahkan pekerja-pekerja menunaikan kewajipan mereka. Kadang-kadang tu kan, niat kita memang ada untuk menunaikan tanggunjawab yang lima ini dengan sempurna, namun bukan mudah. Tetapi bagi saya, dengan adanya niat yang baik, segalanya akan dipermudahkan olehNya yang Maha Esa.
Khalifah atau vicegerent juga merupakan tanggungjawab kita sebagai manusia di atas muka bumi ini. Sebagai khalifah, kita seharusnya memastikan apa jua tindakan, perlakuan, amalan dan juga segala perbuatan di atas landasan yang betul. Jangan kerana tamak haloba, kita melakukan apa sahaja yang kita suka di muka bumi ini. Contoh nya, pembangunan yang pesat sehingga mengakibatkan pembalakan terbuka, permusnahan hutan-hutan dan bukit-bukau telah merosakkan bumi kita secara langsung. Haruslah kita ingat, bumi ini hanyalah pinjaman, kita juga bertindak sebagai trustee atau pemegang amanah oleh Allah s.w.t. Semua sumber di langit, bumi, dalam perut bumi dan lautan adalah milik mutlak Allah s.w.t. Kita haruslah bijak menggunakan nya. Jadi, tidak hairanlah dari perspektif islam, tiada istilah "scarcity" atau kekurangan sumber asas.
Semua kejadian di langit dan bumi cukup dan lengkap diciptakan oleh Allah untuk kita. Ia adalah bergantung kepada kewarasan kita untuk menggunakannya sebaik mungkin. Kita juga harus beringat bahawa semua yang ada di muka bumi ini, bukan hanya untuk kita sahaja menikmatinya.. Malah ianya adalah juga untuk generasi anak cucu cicit kita yang bakal lahir dan mentakbir dan mentakmir bumi ini. Sama-samalah kita menjaga dan jangan melakukan krosakan dan kemusnahan terhadapnya. Seorang khalifah mempunyai tanggungjawa utama antara Allah, sesama manusia dan juga ciptaan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan. Sesama manusia, kita haruslah sentiasa mengamalkan 'amal maaruf wa nahi munkar'. Selalu lah kita berpesan-pesan dan beringat sesama sendiri. Di samping itu juga, hendaklah kita jaga perhubungan sesama manusia. Janganlah menindas orang lain untuk kepuasan diri sendiri seperti amalan berjudi, hutang dan riba' dan sebagainya.
Hubungan antara manusia dan ciptaan lain juga penting. Sememangnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan sepertimana telah termaktub di dalam al-quran surah at-tin:4. Janganlah kerana darjat kita lebih tinggi di sisi-NYA, kita memandang rendah kepada haiwan, tumbuhan dan ciptaan yang lain. Kita membunuh haiwan sesuka hati, membakar hutan sesuka hati dan mencemarkan sungai dengan sampah sarap. Itu bukanlah seorang khalifah yang baik. Kita harus ingat bahawa, dengan adanya mereka, kita dapat meneruskan hidup seharian kita di dunia ini. Haiwan dan tumbuhan menjadi sumber makanan kita, sungai dan lautan yang mengalir menjadi sumber minuman dan bekalan air untuk membasuh pakaian, mandi dan sebagainya. begitu jugak dengan gunung-ganang, bukit-bukau menjadi temapt perlindunga angin kuat dan tempat bertakung air hujan. Jika kita senaraikan fungsi mereka dalam hidup seharian kita, saya rasa memang susah untuk mengklafikasikannya. Terlalu banyak fungsi dan sumbangannya dalam hidup kita. Namun apakah sumbangan kita pada mereka???? Saya masih ingat dalam mata pelajaran Business Ethic yang pernah saya pelajari pada tahun kedua yang lalu, ciptaan Allah yang lain merupakan stakeholder atau pihak yang perlu kita ambil kira dalam apa jua keputusan dan perbuatan yang kita hendak buat. Walaupun mereka tidak boleh bersuarakan pendapat dan melahirkan perasaan, namun itu bukan alasan untuk kita ketepikan hak mereka di atas muka bumi ini. Saya tiba-tiba terpikir ayat ni:-
"Terancam mereka di bumi, Terancam lah juga kita. Kita hidup di dunia ini saling bergantungan antara satu sama lain"
Berbalik pada bulan ramadhan ini, marilah kita sama-sama meng'imarahkan lagi kemeriahan bulan ini. Antaranya, menunaikan solat terawih, berbuka puasa beramai-ramai (iftar jama'ie), qiamulail, khatam al-quran dan sebagainya. Jangan pernah rasa terbeban dengan solat terwaih, kerana Allah itu maha penyayang dan pemurah. Allah telah menyediakan pelbagai ruksah kepada hmba-Nya. DAri 21 raka'at, kita boleh melakukan 11 rakaat (4x2 rakaat + 3 rakaat witir) dan sebagainya. Kita juga boleh melakukan sunnah2 Rasulullah s.a.w. Berbuka dengan kurma dan manisan, mempercepatkan berbuka dan melambatkan sahur. Melakukan sunnah sedikit sebanyak menambahkan pahala puasa kita. Amin...:)
Antara amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan ialah:-
1. Menyegerakan berbuka puasa
2. Berdoa ketika berbuka puasa
3. Bersahur dan melewatkan waktunya
4. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebajikan
5. Meninggalkan perkara keji dan mungkar
6. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menuntut ilmu
7. Menghidupkan malam Ramadhan dan mendirikan solat Tarawih
8. Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT
9. Meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadha
10. Iktikaf di masjid
Saya mengharapkan, saya masih bernafas untuk meneruskan puasa sebulan di bulan ramadhan ini.. Sekali terlepas, memanglah rugi. Semoga kita dapat melaksanakn ibadah puasa ini dengan lancar dan penuh barakah. Puasa rmadhan bukan hanya menahan lapar dan dahaga, namun kesemua nya lah... Ingat tu...:)
00:40 22hb Ogos 2009 bersamaan 1 ramadhan...
No comments:
Post a Comment