SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Thursday, December 8, 2011

Integriti kah kita???

Assalammualaikum semua....

Haiiii,, harap semua sihat di kala musim hujan sekarang ni yer.. Hari ni ada perhimpunan staff sempena Hari Kualiti 2011. Tepat pukul 9 pagi majlis bermula, kelihatan semua staff dari jabatan masing-masing sudahpun memenuhi ruang duduk dewan. 

Majlis dimulai dengan sesi ceramah Intergrity yang disampaikan oleh En Shamsul Baharin selaku bekas Kaunselor Poli. Mula-mula terasa bermalasan nak dengar, selepas 5 minit, terus aku menukar posture dudukku, tegak memanddang ke depan dek kerana intipati yang mula disampaikan oleh penceramah begitu menarik minat aku. Kulihat semua orang khusyuk mendengar, kejap tersenyum kejap tergelak....

Integrity versus Transformation. Ke manakah hala tuju kita dalam transformasi diri, kerja dan secara keseluruhannya dalam hidup kita seharian? As a new comer and super junior di institusi ni, aku terpanggil tiba-tiba, menilai di mana tahap integrity diri sendiri. 

Tertarik dengan contoh yang diberi penceramah kisah kitar hidup burung helang, bagaimana haiwan ini melalui process pengasingan diri untuk pertumbuhan paruh baru. Haiwan yang mempunyai dua pilihan dalah hidupnya samaada hanya menanti detik kematian kerana kelemahan cengkaman kaki dan paruh mereka, atau mereka mengasingkan diri selama 150 hari untuk pertumbuhan paruh baru. jelas haiwan juga perlu menentukan hala tuju perubahan hidup mereka. Menarik bukan???

Walaupun aku pernah mendengar kisah burung helang ni, tapi entah kenapa penceramah mempunyai cara yang tersendiri menyampaikan kisah ini. Lontaran suara, semangat dan sedikit humor begitu baik disampaikan dan dipadankan pada setiap isi yang disampaikan.

Antara intipatinya adalah, untuk memantapkan integriti, beberapa aspek perlu diteliti seperti purpose of life, intention and self-efficacy. Bila ada semua ni, meningkatlah integrity seseorang itu dan tiada masalah lah untuk menempuh transformasi.

Penceramah juga menekankan kepada semua, berbaktilah dalam melaksanakn tugas. Jangan hanya menyempurnakan tugas cukup-cukup makan sahaja, kalau boleh biarlah lebih. Tidak salah lebih jangan kurang kerana di akhirat kelak semua yang kita lakukan akan ditanya balik oleh Allah s.w.t. Satu contoh yang menarik diberi oleh penceramah ini adalah perihal aurat. 

Sebagai muslim kita wajib emnutup aurat, dalam memenuhi tuntutan agama menuntut aurat, wajarkah kita hanya menutup sekadar boleh sahaja? Apa yang agama syariatkan, sebagai contoh aurat lelaki bersama lelaki dari pusat ke lutut. Cuba kita bayangkan jika lelaki hanya memakai pakaian dari paras pusat ke lutut sahaja, maksudnya hanya mengikut apa yang ditetapkan. Bila melompat nampak alur pusat, bila melangkah besar nampak kepala lutut.... Masa penceramah menrangkan semua gelak ketawa.. tapi dalam tawa, kita perlu hayati maksud yang tersirat. Jadi seeloknya, lelaki berpakain lengkap dengan berbaju dan berseluar, lebih dari apa yang disyariatkan. Melompat ke guling-guling ke, kita selamat dari terdedah aurat. Betul kan??

Jadi begitu lah juga dalam melaksanakan tugas kita. tepuk dada tanya lah iman ke mana kita. Apatah lagi sebagai pendidik. Bukan hanya masuk ke kelas mengajar apa yang perlu menepati silibus sahaja, tapi sebaliknya pendidik haruslah memastikan pemahaman pelajar itu sempurna. Mungkin perlu tuisyen, latih tubi tambahan, dan pelbagai cara. Jangan pernah merungut kerja yang diberi banyak, biarlah kita lakukan sesuatu tugas itu lebih supaya gaji yang diberi dan diperoleh itu diberkati dan 100% halal. Jika datang kerja lambat baliklah lambat. jangan datang lambat tapi balik awal, dan banyak pula curi tulangnya . Minta dijauhkan...

Integrity dalam masyrakat sekeliling, bila melihat orang lain dalam kesusahan, apa salahnya kita membantu . Sebagai contoh ada mangsa kemalangan depan mata, ada orang kene ragut depan mata, ada orang membuang samapah dan sebagainya. Pelbagai sudut seharusnya kita perbaiki integrity kita. Ini tidak, kita rakyat Malaysia hanya memandang tanpa membantu, lepas tu kritik setinggi langit. sikap integrity yang paling tinggi yang harus diperbaiki ialah buang sampah. Masih lagi ada antara kita yang mempunyai nilai integrity yang rendah, dengan senang ahti membuang sampah dari dalam kenderaan ke luar tingkap. Jadi jangan salahkan bila highway di Malaysia kotor.

Alamak,,,banyak lagi nak cakap ni, tapi dah 5.30...i have to go....nanti sambung....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...