SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, January 31, 2010

Terkenang kembali........

Mid-sem break kali ni, aku banyak menghabiskan masa di kampung di mersing.... Kebetulan parentsku yang berada di sana, so, aku pun follow dorang jer... Sebelum pulang ke mersing....kami singgah ke sedili sebentar... hajat kami nak menziarahi nenek sebelah abah....kami panggil tok bunga yang tinggal bersama akak sepupu di sana... Terkenang lah semula sejarah-sejarah silamku..

Dari kecil aku tinggal bersama tok bunga di Kampung Air Papan sehinggalah umurku dalam 4 tahun, aku tinggal bersama mak dan abah di Kulai.... Nenekku masih sihat, tapi almaklumlah orang tua,, pandangan sudah tidak nampak dan sudah bongkok tidak boleh berjalan...ku sentiasa doakan nenekku dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t...kerana aku ingin sekali menjaganya...ye lah...sekarang aku masih lagi belajar..insyaAllah, barangakali aku sudah bekerja, aku boleh menjaganya...harap-harap sempat untuk aku membalas jasa-jasanya kepadaku.....

Selepas itu, kami terus berangkat ke kampung tg.resang, mersing..... yang ni kampung sebelah mak aku..huhuh..sekarang abang aku menetap di sana dengan isterinya...sambil tu menjaga nenekku..Tok Mesah namanya...dah lama rasanye aku tidak pulang ke kampung ni..banyak perubahan yang aku tengok...yang paling ketara,, umah nenekku...huhuhu..dah ada pagar keliling..dan lagi satu,,di tepi umah nenekku dah ada sebiji warung.. warung abangku...
ingin bisnes kecil-kecil katanya...alhamdulillah.....berwawasan jugak abangku ini...
Yang membanggakan ialah...warung yang dibina, hanya menggunakan barang-barang terbuang yang di cari di sekitar kampung... Batu-bata, kayu-kayu suma dicari...tidak di beli... hanya pasir, simen dan cat sahaja yang dibelinya....tak sabar aku nak tunggu hasilnya....

Tg Resang, Mersing...


Seronok juga sekali-sekala bila kita pulang ke kampung ni..memang dapat tenangkan jiwa dan minda lah..bebas dari pencemaran bunyi, asap, jam dan semualah yang ada di bandar tu..
dengan pepohon hijau yang merendang,, pokok nyior pun banyak...leh minum air kelapa fresh..yummmy....pastu dengan angin bayu laut yang berdekatan dengan rumah tu lagi...memang syiok habis r....hihihihi.. untung pada penduduk mersing yang berdekatan dengan pantai ni,,,macam-macam boleh di buat untuk menambah sumber pendapatan..Lagi-lagi kerajaan johor sekarang ingnin membangunkan bandar mersing...kalau tak silap aku....dipanggil Mersing Laguna.....haa....



Sambil aku lepak-lepak kat warung abang aku yang masih dalam pembinaan lagi tu..
aku pun melayan lah jiwa dan ambil gambar random untuk koleksi peribadi.... so, aku nak share la kat sumer...huhuhu.....



haa..tengok ayam tu.... pandai kan usha2..hehehe..mula-mula bukan main jauh..pastu ha..berjalan beriringan pulak dah...macam kita manusia...hehehehe



Awan ni aku amek masa aku berjalan nak balik umah dari warung abang aku...cantik kan ciptaan Allah yang Maha Esa....aku tengok macam bentuk hati pun ada.....



haa.yang ni gambar di jalan masuk perkampungan di tg resang....memang suasana kampung masih terpelihara lagi..tapi cuaca agak kemarau la kali ni..memang aku pun tak tahan...asyik cari ais je nak minum...uhuhuu


haaa..yang kiri tu rumah nenek aku...ni pandangan dari warung abang aku..yang kanan tu pulak..surau kampung ni..memang beul-betul belakang umah nenek aku tu..buhuhuhu





yang ni kucing abang aku... Siam nama dia...sebab dia spesis kucing siam...masih dalam pantang lagi ni...hahhahah...ada lagi sekor..semek nama dia..tapi tak sempat la plak aku nak snap picture dia....

Ni je gambar2 yang aku amek kat tg .resang.. Tg resang ni dah dekat dengan penyabong dan endau....nanti lain kali aku post lagi k....huhuhu
Air papan, mersing....


Air papan ni lah tempat kisah hidup aku bermula dulu..macam-macam kisah bermula di sini...cinta aku pun berputik di sini..chewwah....hahaha... Rupa-rupanya bukan abang aku je yang nak berniaga..abah aku pun sama la... Abah aku pun ngah sibuk wat renovation kedai kat air papan ni..Alkisah...dulu abah aku juga berniaga barang2 mandi, pelampung, bola, baju2 dan lain2 souvnior.. Tapi sejak berpindah ke felda,,abah aku berhenti dan meneruskan hidup sebagai peneroka dan juga peniaga pasar malam di sana.. So, akak sepupu dan makcik saudara aku lah yang meneruskan perniagaan keluarga ni...ada 3 pintu semuanya...satu abah aku, satu lagi makteh aku..satu lagi mak long aku..meriah je bunyi kan??????

Tapi sekarang kedai tu dah jadi dua pintu sahaja..satu pintu lagi dah dijadikan tempat tidur..complete ada bilik tidur, toilet sumer... So, lepas je dapat tahu akak sedara aku ( anak maklong) dah tak nak berniaga... abah aku pun cepat2 lah grap oppurtunity tu,,nak bukak warung jugak...hihihi.....so lepas ni,,kerap lah aku balik mersing tolong abah dan abang aku...syiok nyer ni....




nilah pemandangan dari umah arwah toki aku...yang sebelah kiri tu,,jalan nak ke pantai...jalan kaki 5 minit je leh sampai....



haaa....yang ni challet arwah to'ki aku...dulu menjadi challet..tapi sekarang dah jadi rumah abang sepupu aku..dia dah renovate jadi umah dia daa..so,,sekali sekala balik,,kat sini lah sedara mara berkumpul...challet ni betol2 depan umah arwah to'ki...



ni lah rumah arwah to'ki aku....rumah to'ki dan tok bunga..tapi sekrang rumah ni kami dah sewakan pada orang...sebab suma waris dah ada rumah sendiri..so jadikan rumah sewa lah...sedih bila tengok rumah ni...banyak kenanganku di sini....zaman kanak-kanak aku banyak habis di sini....=)



ha..yang ni la kedai abah aku yang tengah under construction lagi......



pantai yang cantik dan mendamaikan.....





suasana petang yang tetap menawan...
aku asyik menikmati damainya keindahan alam ciptaan tuhan...



suburnya sawah bendang.... tepian kali ni memang cantik kalau jadi tempat memancing..hehehe




ha,,ni antara penangan air tangan aku...hehehe..lauk2 simple je beb.. tu pun hasil supervision dari mak aku.... cuti seminggu, badan aku naik berkilo2 agaknyer..gasak masak dan makan jer..hihihi

..............................tamat

Lembu terbiar.....menyusahkan orang ramai....

Tempoh hari,28hb Jan....Saya, abg sepupu, mak dan abah menyusuri jalan dalam berdekatan sekolah siapu mersing....Konon ingin menikmati pemandangan laut yang indah..So, abah hanya drive dengan berhati-hati dan slow sahaja..Tambahan berdekatan kawasan sekolah dan ramai ibu bapa sedang keluar masuk mengambil anak masing-masing... Cadangan awal untuk singgah ke Sekolah Arab di bandar Mersing.Saya ingin jumpa adik sepupu yang belajar di sana,,nak bagi kamus arab-melayu yang ingin dipinjam olehnya... Betol kata orang, malang tidak berbau.... Rezeki ada di mana-mana... Bala juga ada di mana-mana... Kalau Allah kata nak jadi, maka jadi lah ia... "KUN FAYAKUN......"

Tiba-tiba, sedang asyik abah memandu, datang sekumpulan lembu merempuh dari tepi jalan...Saya yang tengah duduk betul-betul di belakan kerusi pemandu, menjerit sambil tunduk...

"Gedegangggggggggg!!!!!"....
Abah pun memberhentikan kereta di kaki jalan... Abah dan mak terus keluar tengok keadaan..Saya hanya duduk di dalam...sambil istighfar dan mengurut dada... Nasib baik semua selamat dan tiada yang cedera...



Abah memang terkilan dengan insiden masa tu.. Mana lah perginya tuan lembu n, dah petang-petang macam tu, dia tak harus biarkan lembu-lembu tu bersiar-siar dan berkeliaran merata-rata.. Sedangkan kawasan di situ bahaya.. Itulah jalan untuk orang ke bandar, ambil anak-anak dari sekolah....



Maka, ramailah orang yang berhenti singgah tanya,,
"kenapa?"
"macam mana boleh kena?"
Tetapi bila ditanya, "tahu tak sape tuan lembu ni yer?"
Semua cakap tak tahu....



Ikutkan hati abah nak wat report di balai...Tapi, dengan dah senja dan buntu nak cari tuan lembu..tK jadilah report... Bukan ape, kadang-kadang wat report pun, process lambat nak tunggu.. Nak claim insurans pulak tak memadai.... Hari ini kereta abah yang kena..
esok lusa..entah-entah ramai lagi orang yang akan terima nasib yang sama... Memang membahayakan penduduk setempat dan pengguna jalan raya yang lain betul tau... Mungkin tindakan pihak berkuasa boleh diambil dengan meletakkan papan-papan tanda lembu melintas di situ selepas ini..




saat-saat cemas waktu tu,,memang takkan lupalah...trauma rasanyer sekejap bila tengok lembu...huhuhuhu...

Indahnya desaku..

AIR PAPAN, MERSING, JOHOR........













Cuti-cuti yang seminggu cuma...





24 jan yang lalu, pulanglah aku ke kampungku yang terchinta di negeri jajahan takluk johor... diiringi kesedihan pemergian Almarhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-marhum Sultan Ismail 1932-2010.... semoga roh Tuanku diberkati olehNYA....Pemergian Tuanku satu kehilangan bagi kami rakyat jelata....May rest in peace..... AL-FATIHAH.....

Melangkah lah aku meninggalkan taman ilmu dan budi ni dengan berkobar-kobar...mana tidaknya...dari hari pertama sem baru bermula 7hb december,,aku tidak pernah lagi pulang ke kampung... rindu mak, abah, kawan2...suma2 lah....hehehehe.......

Keluar dari uia tepat jam 10.30pagi dan sampai di hentian pudu pukul 11.45 pagi... Berjalan-jalan aku di dalam pudu jap, beli payung pastu beli tiket ke Batu Pahat untuk pukul 12.30 tengahari. So, sementara tunggu waktu berlepas, aku melepak lah diluar pudu.. Aku difahamkan bas yang akan aku naiki ni, tunggu di luar, bas tidak masuk platform...Almaklumlah bas dua tingkat..Seriau aku dengar bila akak jual tiket kata, "dik,,tunggu kat luar yer,,Bas dua tingkat...".

Beristighfar aku sekejap, teringat tragedi yang menimpa negara tempoh hari,, kemalangan ngeri membabitkan bas express dua tingkat...Haish..aku mengucap panjang bila pikir balik... InsyaAllah,malang tidak berbau.. Kalau dah ajal kita, tak payah tunggu kat mana-mana...bila-bila je boleh berlaku dalam sekelip mata...





Sedang aku asyik menikmati keindahan bandaraya kulaa lumpur ni,, masa tu sambil-sambil kau minum air untuk hilangkan dahaga ni ha... cuaca panas yang amat aritu... Tetiba, datanglah sorang mamat menghampiriku...

"Kak, leh mintak duit tak kak?? RM 2? Boleh lah kak...."
"ish mamat ni pehal..datang-datang mintak duit...."aku bermonolog sendirian...
"kak,mintak duit kak..." mamat tu mintak lagi..aku hanya diam membisu tanpa menoleh sedikit oun ke arahnya...
"kak, saya baru kua penjara ni kak..takde duit nak balik Rawang..."
"aik..lagi aku takut......aku tetap wat bodoh....."

Mamat tu pun beralih ke seorang abang macho sebelahku..
"bang mintak duit bang..."
Ayat yang sama diberitahu kepada abang macho tu...
Abang tu pun bagi RM5 tanpa berkata panjang...
"Terima kasih bang...."

Aku tengok abang macho tu...abang macho tu hanya memandangku dengan tersenyum....
Dalam ahtiku berbicara lagi....
"Alahmdulillah,, abang tu bagi duit kat mamat tadi... Aku bukan kedekut, tetapi aku lebih kepada takut nak bagi duit tu.. yerlah, aku ni pompuan, seorang diri pulak tu...takut jadi benda lain...Maaflah pada mamat tu.... "

kadang bukan ape...
"manusia ni kita todak boleh menduga.......
bila kita terlalu baik,,,mereka pijak kepala.... tu yang ada orang kata..wat baik orang dengki, buat jahat pun orang dengki....?

So, macam mana????

Selepas beberapa minit.... Pintu bas pun terbuka....Aku pun naik lah... Tepat jam 4.30 petang aku samapi di stesen bas Batu Pahat... Mak, Abah, Kak nora n Anis dah menanti sedari tadi lagi.. huhuhu...entah, bas kai ni, lambat pulak sampainyer.... Sampai je, aku cakap kat mak...

"mak,,orang lapor la mak....tak makan ape lagi ni..."
"nanti singgah mana-mana je lah,,kita berhenti makan"...abah aku balas...
"kak nora, orang teringin nak makan doughnut Big Apple la....mu tolong bawak kan ea?" sahut aku...

menujulah kami sekeluarga ke BP Mall...semata-mata untuk beli doughnut tadi...hah, amek ko..
12 biji sekali beli...RM23.00... Terkejut mak aku...

"mak oi...donut ape yang mahal sangat ni??leh beli tepung buat sendiri kat umah...." ujar mak aku...
"biasalah mak, donut mahal, ada jenama tapi sedap..." jawab aku....





Selepas beli donut,,kami pun berangkat pulang.......

Sunday, January 24, 2010

hooray....nak balik....

Salam sumer..... hari ni, ak da nak pulang ke kampung halaman.. Teringt satu lagu....Rindunyer kampung halaman....suasana permai mententeramkan jiwa.... td kol my mom n dad,,they said wanna go back to mersing,my kampung..hooray,,ak nak p pantai....wanna peace my mind n heart...pastu baru lik umah....nk jumpe kawan2 lak..mis them all.....


Mesti ramai kawan-kawan seperjuangan ku di UIA sudah bergelak ketawa dan rehat-rehatkan diri di kampung bersama keluarga dan teman-teman.. Aku je yang masih di sini..hari ini baru berpeluang nak balik,,keje banyak sangat dan tak boleh nak di tangguh lagi...Arghhhh, tak sabar rasanya nak balik...

Okay then,,see all of you after my break okay...InsyaAllah,,,1 february i come....hehehhee...Tetapi, ade ker orang yang mennati my comeback..InsyaAllah jika aku masih lagi bernafas....

wassalam......salam satu malaysia...

Friday, January 22, 2010

bicara hati...

Betulkah orang kata....
Bila tiba-tiba hubungan kita dilanda badai....
Itu tandanya ada sesuatu yang terjadi...

Betulkah, bila semua yang dilakukan dipertikaikan...
Itu salah, ini salah,
Seolah mencari kelasahan kita...
Itu tandanya sudah ada tanduk baru...
Jadi gading lama ini tidak berguna lagi???
Mencari waktu untuk ditolak ke tepi???

Thursday, January 21, 2010

Kadang-kadang....

tempoh hari,,saya tertarik untuk berbalsa komen bersama seorang sahabat di sebuah website social networking terkenal di dunia...saya tertarik dengan satu post,,yang saya fikir semua orang akan mengalaminya...


Postnya berbunyi begini:-

"kadang2 benda yang BAIK kite buat tak pernah nampak... tapi SILAP orang mesti kite nampak kan... macam tu la manusia... kite bantu salah... tak bantu pown kite salah... so macam ne???? ape pendapat???"



Jadi ramailah yang meninggalkan komen setelah membaca post itu..begitu juga saya.... Jadi bagaimana anda??apa respond dan pandangan anda????

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
F:
wat bodo je kawan...biakn pe depa nak ckp...bila depa penat depa sonyap la nnti...;-)

ko bleh handle nye bro...bio org xske kite,tp jgn kte yg xske org tu...selagi bleh tahan sabo jela...;-)

N:tak ade nak marahnye... jauh disudut hati kite, kite sayang die... tak sanggup nengok kawan2 yang kite kenal jadik macam tu... tapi die tak paham... so aku nak wat macam ne... ntah la... kite semua tak sama sebab tuhan maha KAYA...

I:
erm..btol lah nurish..aku tetiba sokong kata2 ko tu..dah banyak aku alami...dalam sekelip mata kita dsalahkan 100%..macam lah hina n besar sgt kslahan kta...terkubur sgla yg kita pernah buat..bkn lah mngungkit,tapi sekadar ingt dan hargai pun cukup..xpayah bg balasan....kita syg dia...kita wat bodoh,kita yg sakit..kita cakap kang, makin keruhkan keadaan...haih..problemo tol...=)

N:
tau pown... senyap kite di maki dari belakang.. kite itu la kite ini la.... tapi kadang2 die tak sedar ape yang kite buat ade sebab... kite nak die fikir tapi bile mate dah tak nampak hati pown buta.... tu yang makin keruh tu... hrmm...

F:
Mmg akn ade manusia yg akn kna mcm ni..tp kta xblh wt pe dah,yg blh kte wat cume b'doa jela..bia lmbut hati dorg tu dn b'hnti dr ckp2 yg mcm tu..;-)

I:
betol3...(versi ipin)
sama la dgn pandangan ak...
pelik kn???org pikir marah dia, dia x pikir marah kita..
bila org marah,,kita relaks n cool jer..
tp kang,bila kita termarah sikit,,mulalah melenting, x bertegur terus berhari2...haih...manusia2
.....

N:
ntah la.... ade kawan yang pada die nampak baik tapi sebenarnya sellfish... pentingkan diri... tapi kite tetap berdoa agar PERSAHABATAN INI AKAN BERKEKALAN sampai bile2.... insyaallah...

I:yer..INSYAALLAH...
ukhwah fillah....tu yg penting..
wat ever people do to us...sabor jela..
we need to do good to them all d way..even they dont do so to us..its OK..leave it to Allah..Kita bg jelah kemaafan,,kemaafan itu dendam yang terindah...
"Memberi kemaafan lebih mulia dari meminta kemaafan.....
Namun,meminta kemaafan itu lebih afdal dari terus berdiam diri...Meminta kemaafan bukan kerana kita rendahkan martabat diri, tapi dek kerana rendahnya hati luhurnya budi...."

S:
janganla sedih2 terasa... biasa la kan... name manusia pon... relax sudah... biala orang tu nak wat ape pon kat kite... kn? kn?

E:
lumrah dunia bro....kuman seberang laut boleh dinampak tapi gajah depan mata x nampak..

N:
xyah bantu lah owang macam tu...wat bis boras je

H:kuda depan mata xnampak...kucing blok b jugak nampak.. ekekekek
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Janganlah.....

Oh diriku....
Oh sesama manusia sekalian...

Janganlah lupa daratan..
bak kacang yang lupakan kulitnya...

Janganlah hidup dengan bongkak dan busuk hati...
Di kala susah menagih simpati dan bantuan orang...
Di kala senang mula lah lupa diri...

Di kala susah memuji-muji...
Di kala senang mula mengungkit dan menuding jari...

Bukan untuk mengungkit, bukan juga untuk membangkit..
Tetapi ingatlah...hidup hanya sekali...
Hidup di pentas kehidupan Illahi ini adalah berkongsi...
Susah senang haruslah pikr sesama sendiri...

Gembira...Sedih...Marah...sememangnya fitrah insani..
Namun jangan sekali berdendam, saling membenci dan busuk hati...
Kadang manusia lain ikhlas dan sedia memberi...
Tetapi diri sendiri pula yang angkuh membuta tuli....

Jangan fikir kenapa orang melayan kita begitu....
Fikirlah mengapa kita diperlakukan sebegitu....
Adakah kita yang terlalu berdiam diri...
Atau mereka yang hanya suka mendengki...

Behatilah dalam meneruskan kehidupan...
Kerana di setiap persimpangan akan ada liku-liku halangan...
Hanya berpandukan hati dan akal...
Ditemani keimanan dan keberkatan Illahi..
Dapat atau tidak menangani semua itu..
Atau diri kita yang bakal mati di permulaan perjalanan....

Kenapa apakah???

Siapakah aku??
Kenapakah mesti aku??

Adakah aku tidak wajar berkata-kata?
Adakah aku tidak berhak untuk berkongsi rasa?
Adakah aku tidak boleh mempertahankan diriku?
Adakah aku tidak boleh berasa marah?

Mengapa semuanya aku?
Mengapa aku dipersahkan bulat-bulat?
Mengapa mereka sewenangnya menuding jari ke arahku?
Mengapa aku tidak di beri peluang?

Aku juga manusia, insan yang tidak sempurna...
Aku juga menumpang di bumi ciptaan Illahi ini...
Aku juga mempunyai hak-hak ku sebagai manusia...
Aku juga seperti insan lain yang mempunyai hati dan perasaan....
Aku juga manusia biasa yang mempunyai fitrah dalam berperasaan....
Aku juga berhak merasa sedih, gembira, marah.....
Tetapi kenapakah mereka tidak adil????

Begitu mudah aku mengalah....
Begitu mudah aku mendiamkan diri...
Begitu mudah aku menerima...
Begitu mudah aku berkorban...

Kenapa hanya aku berfikir?
Kenapa hanya aku menilai dengan teliti?
Kenapa hanya aku cuba belajar memahami situasi?

Aku cuba menerima cara mereka...
Aku cuba belajar memahami kehendak mereka..
Aku cuba mengalah walaupun kadangkala mereka yang salah...
Aku cuba membantu sehabis daya jika mereka perlukanku...
Aku cuba untuk jadi seseorang yang mereka senangi...

Tetapi....
Kenapa mereka tidak begitu?
Kenapa mesti hanya aku?
Hina sangatkah aku ini?
Sehingga aku ini tidak berhak untuk melakukan apa-apa?

Berkata-kata panjang salah..
Berkata-kata pendek juga salah...
Berdiam terus tanpa kata juga salah..
Apakah lagi yang harus kulakukan???

Mereka marah aku terima..
Mereka tegur aku terima...
Mereka nasihat aku terima..
Tetapi,, bila aku melakukan sedemikian kepada mereka,
mengapa mereka tidak boleh menerimanya?
Mereka sentap, menolak semuanya....
Mula menyalahkan ku semata...
Semua kesalahanku dipamerkannya...
Hilang segala kebaikan yang pernah aku lakukan...
Semuanya seakan lenyap dan terkubur....

Oh Tuhanku...
Begitu hebat dugaanmu...
Aku terpaksa berperang dengan hatiku sendiri...
Aku seakan tidak berhak mendapat ruang di pentas kehidupan ini..

Oh Tuhanku...
Ku pohon segala kekuatan dan keberkatan dariMU...
Tunjukkan ku jalanMU..
Peliharalah aku dari hasad dengki sesama manusia...
Ku panjatkan doaku hanya padaMU..

Oh Tuhanku...
Kau tunjukkanlah jalan kepada mereka..
Bukakanlah hati mereka...
Jauhkanlah mereka dari perasaan iri hati dan membenci...
Apapun jua,,,mereka tetap di hati..
Semoga keberkatanMU sentiasa mengiringi mereka......

20 Jan 2010;8.30 pm.

Hari-Day-Al-yaum (Gadis 2)

Hari ini, merupakan hari yang amat meletihkan dan stress bagi gadis. Minggu demi minggu dilaluinya di kampus cukup mencabar, kehidupan sebagai seorang siswi kian terasa. Tambahan lagi dengan tugasan-tugasan yang tidak putus-putus diberi oleh pensyarah, quiz, Test dan midterm exam juga bertimpa-timpa datang. Gadis cuba lagak biasa, cool, steady dan cuba hiburkan hatinya walaupun hakikatnya tertekan yang amat sangat. gadis cuba bergelak ketawa ketika bersama-sama teman semata untuk melindungi perasaannya. Kadang kala terlintas cemburu di hati melihat kawan-kawan yang sentiasa heppy dan mempunyai masa lapang. Wallahu'alam, mungkin mereka sama sahaja seperti gadis, gadis juga tidak tahu... Dari dulu hingga sekarang, gadis masih lagi tidak mampu mengawal emosi dan stressnya dengan baik. Gadis masih mampu mengawal keadaan, cuba bahagi masa sehabis mungkin untuk menyiapkan tgasan-tugasan yang ada, yang paling ketara, gadis terpaksa mengorbankan masa tidur malam dan siangnya. Jika selalu, gadis amsih boleh tidur 6-7 jam sehari, tetapi sejak dua menjak, gadis kadang-kadang hanya mampu tidur untuk 3@4 jam sahaja.....Gadis sedar, itu sahaja pengorbanan yang mampu dilakukannya untuk membalas segala jasa kedua ibu bapa yang menjaganya dari kecil. Gadis sedar, tanggungjawabnya untuk belajar bersungguh-sungguh adalah matlamat utama dan merupakan amanah kedua orang tuanya..... Saban hari, gadis menghitung hari-hari yang menjadi sisa baginya untuk mendiami taman ilmu dan budi ini.....Sekali-sekali gadis mengeluh sendirian,,,"Haih,lambatnya bulan november, aku tidak sabar untuk keluar,,kerja mencari duit untuk dirinya sendiri.... Bukan hati aku dah tak nak study, aku ingin study sejauh mana yang boleh...Tapi,,aku ingin bekerja dahulu.....InsyaAllah, bila ekonomi dah stabil,,aku akan sambung lagi...."

Hari ini, gadis berasa lain seperti biasa. Gadis makan begitu selera hari ini, pelbagai menu dibeli nya dan dihabiskan sekaligus... pada orang lain mungkin ia berbeza,,mereka akan hilang selera makan bila hati dan minda terganggu.. Tetapi berbeza dengan si gadis, gadis akan makan semana dia mahu untuk hilangkan tekanan..
Hari ini sahaja, lebih RM 10 dibelanjakan untuk membeli makanan.....

Juadah tengahari:
Bihun sup RM2.50
Kuih 3kpg RM1.00
Sausage Roll RM 1.00

Juadah Minum Petang:
Nasi Ayam Goreng Berempah RM4.20

Juadah Makan Malam
Roti RM 2.90
Ais Krim RM 1.00
100plus RM 2.00
Kerepek RM 2.50
TOTAL:?????????
(ini belum termasuk gula-gula, tisu yang dibawa hari-hari sebagai bekalan ke kelas)

Terdetik si gadis untuk mencatat segala perbelanjaan hari ini. Tersedar dia sebentar....."aku tidak boleh beterusan macam ini, tak elok, tak bagus, membazir...aku tak boleh ikutkan hati aku...yang sakit dan yang tanggung nya aku..bukan orang lain...aku kena berjimat..." Gadis mula sakit kepala, di telannya actifast sebiji...GAdis menarik nafas dalam-dalam....Malam ini dia tidak boleh tidur awal,,tugasan yang baru diberi pagi tadi, harus dihantar esok hari sebelum pukul 12 tengahari. Usai menyiapaknnya, gadis harus mula mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan jumaat ini..5 bab bukan sedikit, sehelai muka surat pun masih belum disentuhnya lagi..kerisauan kian memuncak dan kepala semakin laju berdenyut kesakitan.....Tugasan subjek lain lagi harus dihantar jumaat juga.... Gadis semakin ligat berfikir untuk membahagi masa dan merancang....... Sudah 3 minggu berturut-turut gadis sibuk dengan peperiksaan, tugasan, kuiz dan test. Diselaknya planner yang ada di depan mata......

7 jan - mid term A
11 jan- Kuiz 2 B
13 jan - Test 1 C
13 jan- Submission report case study
14 jan- Test 1 D
14 jan- Submission proposal E
15 jan - mid term B
19 jan- Midterm 1 D
20 jan- Presentation A
22 jan - Mid term F
23 jan - Bengkel Kereta
24 - 31 jan - Cuti mid sem break
25 jan- interview praktikal training
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>
3 feb- presentation 1 D
9 feb- Midterm 1 E, Midterm 2 D, Kuiz 3 B
11 feb-Mid term 2 E


Buat masa ini, itu sahaja yang gadis sempat ingat...tak sanggup nak selak lagi....Gadis rindu masa untuk bersama teman-teman, keluar berjalan-jalan, pergi bercuti, rindu masa untuk bersama keluarga dan si dia, gadis rindu akan ketenangan dan kemeriahan....Gadis dapat merasakan dirinya sekarang berubah, menjadi seorang yang terlalu sensitif, emosi dan juga pendiam... Segalanya dipendam sendiri.....tiada siapa yang dapat mengerti dan menyelami perasaan sebenar......Gadis kesal akan persekitaran di sekelilingnya yang seolah-olah tidak mengerti situasinya.. Persekitaran yang sengaja buat-buat tidak faham atau persekitaran mudah menyalahkan gadis yang tidak matang.... Gadis mengeluh,, mulut memang mudah berbicara, mata yang memandang tidak sama dengan bahu yang memikul....Jangan mudah menghukum dan menilai gadis...gadis kesal...gadis kecewa... gadis terimbau kembali saat-saat yang lau....mungkin gadis terlalu banyak bersabar sehinggakan bila gadis mengutarakan sedikit pendapat dan kata-kata tegas, persekitaran seakan tidak boleh menerima. Masalah yang kecil pun dibesar-besarkan..di saat gadis ingin memulihkan keadaan,,tapi persekitaran seakan menolak,,tidak mahu dan makin mengeruhkan keadaan..

Gadis hanya mampu terdiam dan bersabar,,gadis berdoa semoga Allah membuka hati dan jalan kepada persekitaran untuk menilai kembali apa yang terjadi....
Gadis terfikir,, manusia suka mengatakan,,:

"kita ni hidup biarlah adil, fikirkan orang lain"
"we need to give , fair and square"
"kita menerima, orang memberi...kita juga harus memberi untuk orang menerima"
"kita harus belajar memahami orang lain"
"jangan fikirkan diri sendiri sahaja"
"even business need to learn internal environment as well as external environment, same goes to us"
"hidup kita saling melengkapi antara satu sama lain"
"kita harus belajar menerima kekurangan orang lain apa adanya, kerana siapa kita untuk menilai dan menghakiminya"
"manusia boleh berubah, namun tidak semua boleh diubah kerana setiap manusia ada batas-batas kemampuannya"
"fikirlah sejenak kenapa dan engapa orang berbeza dari kita? perbezaan itu memang penting kerana persamaan bukan penentu keserasian"
"sekali melakukan kesilapan, maafkanlah....kesilapan kedua kalinya dan seterusnya,,,maafkanlah jua.....mungkin itu adalah kekurangan si dia yang memnag tidak mampu diubah lagi.....jangan jadikan ia punca untuk mengungkit dalam satu-satu perhubungan"
"teman terbaik adalah insan yang sedia menerima, memberi dan membantu pasangannya......"
"jauh tidak bermakna lupa, dekat tidak bermakna erat...jarak bukanlah penentu segalanya..... yang penting ikhlas,percaya dan komited"


Gadis tersentak mendengar deringan hand phonenya,, mesej dari teman sekuliah.... Gadis terus mengemas meja belajar, dan bersiap-siap unutk ke bilik tv mencari satu kelainan. Bilik yang sebelum ini seakan mengerti keadaan dirinya, sudah mula tidak mengerti, sudah mula menekan diri...Mungkin sebelum ini,,gadis hanya setia menanti di bilik, melalui hari-harinya yang sepi sendiri....merawat kesedihan dan kelukaan sendiri.... Malam ini, gadis ingin sekali ke bilik tv,, ingin dialami pengalaman dan persekitaran baru untuk mencari semangat. Supaya semangat itu dapat memulihkan keyakinan yang ada, merawat segala kesedihan dan tekanan...Gadis ingin mengulangkaji di situ...mungkin samapi subuh..gadis ingin mencari tempat yang sunyi tanpa manusia....Gadis ingin sekali menikmati dingin nya suasana malam, bunyi bisikan unggas dan serangga yang sekan memberi ketenangan.... Gadis teringat peristiwa siang tadi,, gadis terasa bersalah kerana "ponteng" dua kelas kerana terlalu keletihan. Separuh nafasnya seakan holang sebentar...Hujan yang turun cukup membuat gadis terasa sedikit tenang...gadis duduk di tepi surau untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah....Subhanallah,,,indah sungguh pemandangan ketika itu...titisan-titisan hujan yang jatuh atas daun dan air sungai cukup menangkan jiwa....dilihatnya jam di tangan sudah tepat pukul 1...pukul 2 gadis masih perlu hadiri kelas sampai pukul 5...dan gadis mengeluh lagi, baru teringat kelas ganti yang akan diadakan pada pukul 5-7.30.....argggghhhhhhh....menjerit sebentar..(dalam hati)........ bergegas si gadis ke surau untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada Maha Pencipta, Allah yang Maha Esa.... Alhamdulillah, hari ini keadaan surau tidak lah sesak seperti selalu...seolah-olah mengerti fikrian gadis yang berkecamuk.... Sementara menanti azan berumandang, kulabuhkan sebentar kepala dilantai...menarik nafas lega.....teringat kembali saat-saat cemas membuat pembentangan di kelas pagi tadi..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun semuanya siap dengan kelam kabut..teks tak sempat dihafal.....tanpa disedari, gadis terlelap terus.....

"gadis...gadis....bangun,,kau tak nak pegi kelas ker?" gadis membuka matanya sebentar,menggelengkan kepala, gadis merasakan kepalanya yang berat dan matanya yang pedih...dipejamkan balik matanya...
teman sekelas yang mengejutnya tadi...tersenyum bila dikenang kembali....bersungguh temannya mengejut, namun dek kerana keletihan yang terpancar di wajah gadis, temannya seakan memahami... Gadis ponteng kelas pukul 2-3.30 dan kelas pukul 3.30-5....terasa bersalah dalam diri, bersalah kepada orang tuanya.....namun, gadis memang tidak berdaya untuk pergi...gadis percaya bahawa pergi dalam keadaan begitu tidak dapat memberi apa-apa...dia hanya akan memburukkan lagi keadaan...usai solat asar, gadis bergegas ke kelas ganti pukul5-7.30.... digagahkan diri untuk hadiri kelas itu....dipaksa matanya dan telinganya untuk dibuka luas-luas supaya dapat menangkap segala pengajaran pensyarahnya di ketika itu. Tepat 7.20, kelas bersurai.... Berjalan kaki beramai-ramai gadis pulang bersama teman-temannya ke kuarters penginapan pelajar.tepat pukul 7.50 gadis tiba di bilik, setelah membuka pintu biliknya, meluru si gadis ke tandas untuk melepaskan hajat...=)....kemudian terus mengejar melaksanakn ibadah maghrib yang kian hilang untuk ke waktu isyak....



11.30pm, 20/1/10

...........bersambung gadis 3..

Tuesday, January 19, 2010

erm...some thought of others....

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
You are stronger than you think,
remember to stand tall.
Every challenge in your life
helps you to grow.

Every problem you encounter
strengthens your mind and your soul.
Every trouble you overcome
increases your understanding of life.

When all your troubles weigh
heavily on your shoulders,
remember that beneath the burden
you can stand tall,
because you are never given
more than you can handle...
and you are stronger than you think.
~ Lisa Wroble ~

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
USAHALAH DOA+TAWAKAL
"Percaya pada diri itu perlu..
hanya kita yang tahu siapa diri kita sebenar,
tiada orang lain,,
hanya kita yang mampu merubah diri kita sendiri,
selalulah think positif dan maju ke hadapan,
setiap yang jadi adalah satu cabaran untuk mematangkan fikiran dan kehidupan,
tiada kehidupan yang sentiasa gembira dan mudah,
tanpa cabaran,,
kemanisan dan kenikmatan hidup tidakkan terasa,
usah dengarkan kata-kata orang yang menindas,
dengarkanlah kata-kata dorongan dari orang yang ikhlas memberi semangat,
setiap yangberlaku ada hikmahnya...
gagl sekali, tidak bermakna gagal selamnya....
setiap langkah kesabaran, akan disulami kejayaan demi kejayaan dan kebahagiaan,,
INSYAALLAH.....amin..."

Lirik Lagu ” Langkah Di Persada “
Artis ” Siti Nurhaliza “

Satu Demi Satu Rahsia
HaDir Menyentuh Rahsia
Dalam Duka Dalam Gembira
MeLangkah Terusan Jua
Disini
Bermula
Genggam Impian Nyata
Disini
Saatnya
Mencapai Bintang
Di Angkasa
Bercahaya
Berliku Jalan Ditempuhi
Lautan Di Renangi
Selagi Upaya BerDiri
Satukan Impian Suci
Disini
Bermula
Sinar Menusuk Jiwa
Disini
Saatnya
Mengatur Langkah
Di Persada
Bahagia
Satu Harapan Dalam Impian
Teguh Di Hati Bukan Khalayan
Berhias Seribu Kenangan
Menyulam Kemesraan
Sinaran Gemilang Menanti
HaDir Impian AbaDi
Berliku Jalan Ditempuhi
Lautan Di Renangi
Selagi Upaya BerDiri
Satukan Impian Suci
Disini
Bermula
Sinar Menusuk Jiwa
Disini
Saatnya
Mengatur Langkah
Di Persada
Bahagia
Mekar Bersemi Ikrar Dihati
Tiada Kilauan Mengunci Diri
Selagi Bersinar Mentari
Tiada Gentar Diuji
Sinaran Gemilang Menanti
HaDir Impian AbaDi
Disini
Bermula
Genggam Impian Nyata
Disini
Saatnya
Mencapai Bintang
Di Angkasa
Bercahaya
Disini
Bermula
Sinar Menusuk Jiwa
Disini
Saatnya
Mengatur Langkah
Di Persada
Bahagia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...