SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Friday, January 28, 2011

Cicak Besar $$$$$$

Duit duit, di mana kau duit....
No money no talk...

Hai semua, kali ni aku rasa nak bercerita tentang satu haiwan yang suatu ketika dahulu begitu famous di bibir-bibir masyarakat Malaysia. Katanya haiwan ini mampu memberi pulangan yang tinggi pada si pemiliknya sekiranya mereka mampu menjual kepada mana-mana pembeli yang amnya menawaran hargaharga lumayan sekitar puluhan dan ratusan ribu. Wahhhh....!!! 

Semuanya bermula apabila ada satu kisah dan pengakuan seorang warga indonesia yang menjumpai haiwan ini atau dikenali sebagai tokek (indonesia), Pokkei (Selatan Malaysia), Tokkei (Utara Malaysia). Beliau memperoleh ribuan rupiah sehingga menjadi jutawan di sana.  Jadi, berduyun-duyun lah masyarakat kita cuba nasib ingin mencari dan memilikinya. Pada awalnya, binatang yang dikenali sebagai Cicak Gecko ini juga memang mempunyai harga dan demand dalam pasaran luar dan dalam negara. Ia dipercayai mampu menjadi ubat dan penawar kepada penyakit HIV dan AIDS. Memandangkan kita masih tidak mempunyai ubat kepada penyakit no 1 dunia ini, jadi, semua orang percaya dan melakukan ujikaji pada haiwan ini.
Cantik kan coraknya??

Aku pernah terbaca satu testimoni warga indonesia di Internet mengenai seorang makcik yang sakit kulit seakan-akan sopak, namun, setelah dimakan daging cicak ini, makcik itu berabsur pulih beberapa minggu. benarkah??? Wallahu'alam... Aku rasa tergamakkah kita memakan seekor cicak yang kadang-kadang kulihat mirip seperti anak biawak ituu.. yeeewww...

Mulut nganga jek...laporrr..=P

Okay, dipendekkan cerita, aku juga pernah melibatkan diri dalam urusan penjualan haiwan ini. Ini semua bermula setelah abang dan abahku yang turut giat mencari untuk mencuba nasib, yalah, mana tau rezeki kan. Masuk hutan keluar hutan, namun haiwan ini bukanlah senang untuk dicari. Haiwan ini  dipercayai banyak mendiami hutan-hutan, kayu buruk mati, rumah-rumah kosong. Bunyi yang seakan macam bunyi katak. Dan akhirnya, kami berjaya memperoleh seekor lebih kurang berat 250g. Ia diperoleh dari seorang rakan yang tidak tahu untuk menjual ke mana. So, kami membantunya menyimpan terlebih dahulu. 

Bukan mudah untu membelanya, haiwan yang banyak pantang larangnya ini, kadang-kadang melecehkan jugak. Ada orang kata, tak boleh selalu memandang matanya, kerana berat badan nya akan susut bila terkejut. Badan nya juga mempunyai bisa sebisa ular tedung, jadi jika ingin memegangnya, kenalah memakai sarung tangan. Cicak ini jugak mempunyai pelabgai warna, ada yang berbintik oren, merah, kuning, putih dan sebaginya lah. 

Mula-mula samapi kat umah

Disamping itu jugak, beberapa penduduk kampung turut menjumpai beberapa ekor dan turut membela haiwan ini. Masing-masing belum menjualnya kerana berat yang dimahukan dan sesuai untuk jual adalh 300g ke atas. Tak lama kemudian, abahku memintaku untuk mencari mana-mana penjual yang ada di internet untuk menawarkan haiwan ini. So, satu persatu pembeli kuhubungi. Tapi, kebanyakannya hanyalah broker sahaja. Mereka ini hanya mahu mengambil keuntungan atas angin sahaja. Mereka sanggup ambil dengan harga 5-7ribu sahaja sedangkan cicak ini mampu terjual dengan harga lebih dari itu.  Akhirnya jumpa seorang broker En.S yang beriya-riya mahu membeli. Namun, dia mengatakan bahawa kini kerajaan mengenakan setiap pembeli harus mempunyai lesen sah dalam menjual-beli haiwan. Mungkin cicak ini sudah diaktakan di bawah akta perlindungan haiwan liar. 

Berkali ganda saiz dengan cicak biasa

Mungkin kerana itu juga, sekarang ini jual-beli pokkei ini sudah tenggelam dah, Tiada lagi kedengaran berita-berita sensasi di sana sini. Hahahaha...rugi tak jual masa tengah hot dulu, sekarang cicak ni tak pasal-pasal jadi haiwan peliharaan kat rumah. Padahal, selalu cicak-cicak umah kita bunuh, dapat pahala. Sekarang cicak besar ni dibela pulak semata-mata mendatang kan pulangan berharga. hahahaa....Semua sudah terlambattttt... Mungkin juga kajian mengatakan cicak ni tak boleh mengubati HIV. Sebab tu dah tak laku....hahahaha....


Akan datang, najis manusia pun laku agaknya.. Tu pun aku ada dengar najis manusia dan sampah sarap masuk pasaran import export gak,,entah apa dibuatnya.. Siap ada yang gubah kan lagu untuk cicak ni..lawakkan....







Ni video khas tentang hukum jual-beli pokkei:-





macam-macam hal kan???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...