SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, July 24, 2011

Kursus AKPK


Pada 21hb July tempoh hari, aku berkesempatan menyertai satu khursus AKPK yang dianjurkan oleh kerjasama AKPK dan JPP. Alhamdulillah, kursus yang berguna aku rasa. Tak sia-sia aku dapat pergi.
Apa yang ku tahu, selepas ini semua pelajar IPTA & IPTS akan diwajibkan untuk mengambil 1 subjek khas mengenai Financail Planning ni sebagai syarat sah untuk melayakkan mereka graduate. WoW!!! Dont be shocked okay....

Apa yang difahamkan, AKPK telah pun mendapat akreditasi dari MQA untuk mewujudkan satu subjek khas mengenai perancangan dan pengurusan kewangan ni di kalangan pelajar-pelajar institusi. Semua ini adalah ekoran dari statistik terkini mengenai individu-individu yang disahkan bankrup dan blacklist adalah dikalangan student IPT, fresh graduate. So, ini adalah usaha murni kementerian pengajian tinggi bersama AKPK untuk mengatasi maslah ini dari terus meningkat.

So, di samping mengingatkan diri sendiri, secara tak langsung peserta kursus seperti kami ni bolehlah ajar dan kongsi ilmu ni dengan pihak lain khasnye kepada pelajar sendiri.

So, politeknik tidak terkecuali, jadi peserta-peserta kursus ni akan kembali menyampaikan modul-modul kepada pelajar sendiri pula. Alhamdulilah, aku rasa ilmu ni sangatlah berguna. Lagi-lagi kena aku yang baru sahaja bermula menceburkan diri dalam bidang kerja ni. Masih samar mengenai perancangan kewangan, gaji je habis. Duit tak tahu ke mana. Ni belum lagi pakai kereta sendiri..

Opss, sekarang dah pakai kereta, kereta sayangku IZ.hahaha...lagi bertambah pening nak manage duit. Mana nak bayar PTPTN, insuran, duit kereta, maintenance kereta, minyak n tol, duit umah, duit topup n bil, saving, duit nak bagi parents, duit make-up (make-up) ke? ahahahaha...adoiii...bila dah pegi kursus baru terasa gelabah......tu belum nak beli handbag yang dah koyak, kasut yang dah nak putus, duit makan, utiliti,nak kahwin lagii....weeeee~~





So, fikir-fikirkanlah ye. Kadang kemahuan kita tertukar jadi keperluan. Kemahuan boleh kita elakkan, kita elakkan.. Jangan biarkan kemahuan dan kehendak merajai hati. kelak kan mati lah akal kita. Duit habis sana sini.

Each dollar we spend will affect each second our time in life...long term effect.. What ever it is, we should SAVING from now. It a must. Belive me...!

Pengorbanan tersembunyi

Hari ni,, air mata mengalir laju... again,, aku kan puteri airmata.... 

Pernah sahabat baikku, menasihatiku,, 

"moi, jangan nangis selalu, jangan pendam pape, Pape ko bagitau aku okay?" 
"ko selalu pendam sorang bila ada masalah... kalau masalah orang lain ko tolong settle bagi nasihat., kau wat dorang ketawa, aku tak nak ko sedih2 sorang. ko selalu tipu ko ketawa...tapi sebenarnya ko nangis. tu tak adil pada diri ko"
"ko jugak pernah cakap, pendam dan nangis sendirian tak elok. semua tu boleh mendatangkan penyakit. Penyakit yang kronik pun datangnya pada stress, pendam perasaan. Ko jugak cakap banyak kajian dah di buat.tapi...."

"tape lah kawan, aku selesa macam ni. Biarkan aku macam ni, aku tak nak susahkan sape-sape. Biarlah orang terus bahagia dan tersenyum. aku taknak kerana aku mereka stress dan berhenti ketawa. biarlah kalau aku sakit. mungkin tu boleh buat orang lebih hargai kewujudan aku. lagipun aku ni suka touching-touching....hahaha" aku paksa diriku untuk ketawa...

"tapi kau ingat k, andai kata satu hari apa-apa jadi pada aku.. ingat pesanan-pesanan aku k,, pada keluarga aku, pada sayang aku...kau jangan lupa kay.. aku sayang semua...ko adalah kawan aku....aku hepi tengok ko dah bahagia sekarang...."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tapi hari ni, air mata aku mengalir tanpa henti. ku kunci pintu bilik, buka lagu kat laptop kuat-kuat dan aku tekup muka dekat bantal. sesak rasa dada ni, rasa sakit sangat dada.. YA ALLAH... berikan ku ketabahan....aku takut aku tak terdaya menempuhi semua ni.... berikanku kesempatan untuk menikmati hari-hari bahgia bersama keluargaku dan si dia...

 YA ALLAH, kau kurniakanlah kembali keamanan dan kasih sayang dalam keluargaku... Tak terdaya diriku melihat segala kejadian yang menimpa keluargaku... terasa tak sanggup bila melihat insan lain dalam kesedihan dan kesusahan.... aku sayang mereka...

YA ALLAH, kau bukakan lah pintu hati semua insan di sekelilingku. jauhi lah mereka dari perasaan ragu-ragu, hasad dengki, iri hati.....AMIN

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
hari ni,,aku cuba ingat balik masa-masa lampau... kenangan-kenangan lame, abik manis atau pun pahit...
kembali teringat arwah tok bunga dan arwah toki.... airmata kembali mengalir... hanya Al-fatihah yang dapat aku hadiahkan ketika ini... Tak dapat aku nak balas jasa-jasa mereka.... Ya Allah.... sungguh tak ternilai jasa mereka... 

semua orang impikan kebahagiaan.... ingin capai cita-cita dan cinta yang diimpikan....
demikian juga aku.....hurmmm...apapun usaha doa dan tawakal itu perlu...
selagi nadiku berdenyut selagi itu akanku perjuangkan....insyaAllah...

biar apapun orang nak lemparkan kata-kata, mereka hanya tahu melemparkan tohmahan,,, baik aku, buruk aku,, hanya Allah yang mengetahui....

tamak hartakah aku menerima kerja sambilan itu? yang halal? pernah mereka gali apa tujuan nya???pernah???tak pernah kan... jadi terpulanglah untuk menghukum ku....aku redha...aku hanya akan terus berdiam...

pengorbanan kita masa hidup takkan pernah terlihat....ia akan muncul jua bila ia dah terlewat untuk dihargai....bila mana kita pergi menutup mata dan terus kekal di sana... bukan wang ringgit, harta dan pangkat yang dipinta.. cukup dengan ingatan dan penghargaan hati yang diimpi....

apapun jua, terima kasih atas segala...aku hanya berdoa ALLAH akan membuka hati dan pandangan semua....amin



Resepi sendiri...

Hye...lame dah nak post, tp x terpost2...huhuhu...

ni nak share resepi hidup bujang yang nak save budget...weee~~
 
Bihun sup mushroom bebola

Perah sikit limau dan kicap untuk menambah kelazatan
  Bahan-bahan:-

1 paket Mushroom Soup Campbell
4 biji bebola udang
4 biji bebola ketam
1bji lobak merah
2 batang sawi (xde guna kobis)
1 biji tomato (potong 4)
1 biji cili besar merah (mayang)
1 biji cili besar hijau (mayang)
2ulas bawang putih (mayang)
1 biji bawang besar
1 hiris halia

Cara-cara:
1. tumis lada, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau.
2. tambah kn 400ml air.
3. tuangkan sepaket mushroom soup campbell.
4. kacau sehingga sebati larutan.
5. masukkan hirisan bebola dan sayuran.
6. tambah sedikit bahan perasa secukupnya.
7. tunggu sehingga mendidih dan bolehlah dihidang bersama bihun. (maggi or kue teow pun boley)

sup mushroom bebola

bihun di celup air panas


Kejam kah aku??

Salah kah aku? rasanya tak pernah aku menipu, curang ke ape sebelum ni... Aku hanya ikhlas bekerja mencari rezeki semata-mata nak kumpul duit untuk impian itu.. Aku sanggup berkorban masa bersama keluarga, bersama yang tersayang dan juga kawan-kawan. Dahlah berada di kejauhan...sendiri...

Kejamkah aku? wajarkah aku dapat layanan yang sebegini???

Dulu,,aku melalui semua ni.. Sibuk belajar dan tiada masa nak berjumpa. Dikau sibuk mencari rezeki. Aku hormat dan memahami walau sesekali terdetik untuk memberontak. Aku sabar kerana aku tahu, setiap pengorbanan akan membuahkan kemanisan yang tak terhingga satu masa kelak. 

Aku hargai setiap masa yang ada, walau hanya dengan berSMS dan berborak dalam telefon. Pada aku ada hikmahnya kita jarang dapat berjumpa, kerana itu lebih membuat kita menghargai antara satu sama lain. Membuatkan kita saling merindu.... 

Tapi kenapa kini begitu sukar??kau seakan tak dapat menerima.. semua digalas dibahuku.. salahku...salahku yang membuat keputusan... salahku menerima kerja seperti ini.. Kau selalu memintaku untuk faham dirimu, kemahuanmu...tapi untuk aku??pernahkah?

Ya Allah,,bantulah hamamu ini untuk lebih kuat...

Semakin hampir impian itu, semakin sukar keadaan. Mungkin ini yang dikatakan halangan yang sebenar..dugaan yang sebenar. namun, aku tetap disini. Menanti dengan penuh kesabaran dan aku percaya selagi niatku ikhlas dan tulus, perbuatan ku benar...aku percaya, impian itu akan dapat ku raih bersamanya...ku harapkan kesabaran dari dia.. kuharapkan 1000 pengertian darinya....

ketika ini mungkin sukar bila kita susah untuk bersua. Aku juga merasakannya.. aku rindu akan keluargaku..rindukan kamu juga. tapi ini dah tugasku ketika ini... sehinggakan aku juga korbankan masaku sendiri.. masa untuk diri sendiri rehat pun tiada.. demi impian itu juga.. impian itu cukup membuatku kuat....ku harapkan dengan berSMS dan menelefon itu cukup untuk kita berhubung dan berbincang... hanya sedikit masa sahaja lagi, kuharap sangat kau bersabar sayangku....percayalah...

aku di sini sentiasa mengharapakan sokonganmu... seperti selalu.. seperti apa yang aku berikan padamu... i wanna be ur backbone in whatever situation. Same goes to me my dear....
percaya padaku...

Hurt, Heart, Hard

Bila rasa mahu menangis, menangis lah.... kerana mungkin airmata yang mengalir keluar mampu menghilangkan segala rase kesal, sedih, amarah di hati... siapa kita, apa yang kita rasa, itu semua kita saje yang melaluinya... Allah sahaja yang maha mengerti...

Mereka??Mereka di luar hanya tahu menilai apa yang diluaran sahaja. Tersenyum nya kita, tertawanya kita..itu sahaja yang mereka nampak.. Ketulenan senyuman dan tawaan itu,,mereka tidakkan tahu dan sedar...

Mungkin sebab itu lah, kukatakan airmata adalah teman terbaik setakat ini. Dikala kegembiraan, airmata tetap mengalir tanda syukur ke hadrat Illahi... Dikala kesedihan airmata tetap jua mengalir disamping berdoa kepada Dia Yang Maha Esa memohon bantuan. Namun,,hati tetap memendam seribu macam rasa... Biarlah,,biar sendiri yang mengalami pedih ataupun bahagia.

Harapnya segala apa yang kulakukan selama ini membuahkan hasil dan diberkati olehNYA. Dan jua, kuharaps etiap titik keringat ku mengalair dihargai oleh insan-insan disekelilingku.....


InsyaAllah, setakat ini,,aku masih di sini, masih lagi diriku yang dulu. Ku sentiasa berdoa agar diriku tetap begini dan tidak seperti kacang yang lupakan kulitnya.  Cuma kuharap, diriku menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum ini. Seorang yang penyabar, gigih, penyayang dan sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua... insyaAllah,,show me the way Ya Allah.

Sunday, July 10, 2011

Senibong lagi

Assalammualaikum w.b.t...


Lama rasanya tak update blog ni.. banyak gambar2 dan epristiwa nak di updatekan dalam blog ni..tetapi disebabkan kekangan mase,,jadi lupe dan semua kisah tu pun dah jadi berlalu....huhu..


Anyway,,ni the latest... malam semalam punye family gathering..nak kate family tak jugak,sebab semua siblings aku takde.. My brother-in-law yang belanje kami semua di Senibong 6Corner..Memang terbaek sume dishes kat sana... Aku yang sedang berdiet pun tak jadi diet, disebabkan tergugat dengan menu-menu yang diorder..Thanks my bro...











Agar-agar santan

Hye semua....yuhuuu...wah lamanyer rase tak mengemaskini blog ku ini...seperti biasa lah, sibuk dengan kerja... kadang tu tengah sibuk keja, ade jek idea nak post. tapi bila dah mula ngadap depan lappy, terkandas.. hilang semua idea...

Okay kali ni nak kongsi satu cerita...eh satu resepi kot... dek kerana kepingin bebenor nak makan agar-agar santan... So, hari ni berjaya lah aku membuatnya... tak pernah hayat aku membuatnya, selalu mak atau kakak-kakak je yang buat. aku hanya tahu makan.. tapi bila dah duduk sendiri ni, tekak kalah orang mengandung.. mengidam macam-macam....hahahaha

Okay, cara-cara nya adalah....
  • 1 paket agar-agar ( sy guna agar2 13g)
  • 3 gelas air (agak-agak lah)
  • 1 kotak santan(1 kotak 100-150ml)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula melaka yang telah larut
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit garam
Cara-Cara :

  1. basuh agar-agar dan rendam seketika sehingga kembang. Kemudian tapiskan.
  2. Masak agar2 bersama dgn air, gula melaka, daun pandan dan secubit garam.Masak hingga gula melaka dan agar2 larut.Kacau sekali sekala. 
  3. setelah mendidih tapiskan larutan dan pindahkan ke periuk lain.
  4. Campurkan santan dengan telur. Kacau hingga sebati..(seeloknye blender supaya lebih halus) aku hanya kacau jek..tak tahu...lepas buat call kakak, dia kate kene blender.. adessss!!!
  5. Masukkan santan yang telah dicampur telur, kacau hingga agar2 mendidih. Tutup api.  
  6. Kacau sambil tuang ke dalam loyang.Tunggu hingga sejuk, masukkan ke dalam peti ais. 
  7. Setelah sejuk bleh la dihidang...yummyy!!!
Pesanan---- Blender campuran telur dan santan untuk hasil yang lebih kemas dan menarik.
Jangan jadi macam saye ni haaa.... Pukul macam biasa je,,tu pun sekejap. Jangan lebih santan yer,agak2ah...saye ni terlebih santan, so kepala dia lagi besar...dia lagi cantik if balance jek saiz lapisannya..hehehe,,apepun,,janji ade rase...wakaka..

Ini lah hasilnya...taraaaa


Baru lepas tuang,,okay gak..seperiuk kecik leh dapat 3 bekas ni..
Pandangan dari atas
Siap dipotong untuk dimakan

Amacam cantik x???klu balance lapisan dia lagi cantik kan

Haaa,,ni dah macam puding caramel dah aku tengok..heee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...