Salam semua...
Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita kehilangan salah seorang pelawak, pelakon,penyampai radio dan juga pengacara iaitu Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi yang baru sahaja meninggal dunia pada 2hb April 2010 pada pukul 12.30pg di Hospital Selayang. Saya masih ingat sepanjang malam itu saya berjaga kerana study untuk paper Qm keesokkan harinya. Sebelum itu ada juga berborak-borak dengan teman-teman sebilik akan penyakit yang menyerang arwah. Berita yang mengejut arwah ditahan di ICU cukup menggemparkan semua.. Iyalahkan, mana tidaknya, ahri-hari arwah meriuhkan suasana konti Era fm.. Pendengar juga suka dan mengikutinya setiapkali arwah ke udara.. Saya jarang mengikutinya, namun kadang-kadang berkesempatan juga untuk mendengar sesi ulangan. Memang kelakar habis..mesti berdekah-dekah lah... Itulah kelebihan arwah, lawaknya selalu menjadi, mukanya yang serius tetap berjaya membuat orang tertawa....
Arwah dikatakan diserang ‘Dengue Shock Syndrome atau lebih dikenali sebagai Demam Denggi Berdarah... Bila mana saya membaca berita mengenai penyakitnya, saya sudah merasa gusar,, demam denggi berdarah merupakan penyakit yang bahaya, apatah lagi jika ianya sudah di tahap kritikal... Saya difahamkan waktu itu, menerusi facebook sahabat arwah Afdlin Shauki,,
Arwah dikatakan diserang ‘Dengue Shock Syndrome atau lebih dikenali sebagai Demam Denggi Berdarah... Bila mana saya membaca berita mengenai penyakitnya, saya sudah merasa gusar,, demam denggi berdarah merupakan penyakit yang bahaya, apatah lagi jika ianya sudah di tahap kritikal... Saya difahamkan waktu itu, menerusi facebook sahabat arwah Afdlin Shauki,,
"Din's blood was infected by rats pee/kencing tikus when it somehow entered his bloodstream. He xould have infected during shooting at the Zoo or accidently consuming food yg terkena kencing tikus. He is in an induced xoma, on life support, his internal organ functions have shut down, he is bleeding internally, doctor gives him 24-48 hours to respond to medication Pray for din. Alfatihah......"
Waktu itu, saya hanya dapat berdoa untuk membantu saudara seislam saya itu.. Saya percaya, kita yang tiada kena pertaulian saudara juga sudah risau dan tumpang sedih, apatah lagi ahli keluarganya mestilah lebih sedih untuk menerimanya... Hanya iringan doa dari para peminat yang mampu diberi.
Kemudian, sejak dari itu saya mengikuti perkembangan arwah melalui facebook Afdlin dan juga Twitter Aznil.. Lagi berita yang menyayat hati....
"Nampaknya ada perubahan positive sikit kepada keadaan abg din, tolong teruskan berdoa and sending positive vibes kepadanya."
"Sempat tengok din, dia masih taksedarkan diri. Masih fighting for his life. Mari kita bantu dia dengan doa kepada Allah swt dan menghantar positive thoughts and vibes kepadanya."
"Keadaan din tak menggalakkan. Teruskan berdoa."
Akhirnya, malam hari pemergian arwah...saya mendapat berita melalui facebook rakan...
"Al-Fatihah buat Allahyarham DIN BERAMBOI yang telah kembali ke rahmatullah...kini kita kehilangan seorang lagi permata yang berharga.. Tuhan lebih sayangkan dia...Semooga roh beliau tenang di sana -AMIN-"2hb/4 1.12am.
Kami seakan terkejut lalu lawati facebook Afdlin sekali lagi...kami redha akan ketentuan Mu Ya Allah...
"Inalillah..... Pada 12.30 malam, kawan kita Din Beramboi telah meninggalkan kita dan pulang ke rahmatullah. Al fatihah buat din .... Tuhan sayang sangat kat kau din." 2hb/4 12.58am.
Innaillahiwa'innailaihi rojiun....Tepat pukul 1.15pagi saya dan rakan-rakan sebilik mendapat khabar berita.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Semoga keluarga beliau tabah menerima dugaan ini..Sesungguhnya, Allah lebih menyayani arwah...
Rentetan....
Saya masih ingat lagi, saya menjadi salah seorang peminat fanatic rancangan spontan di Astro. Salah seorang artis yang terlibat ialah arwah.. bersama-sama afdlin, zizan, sh sahira dan ramai lagi. Rancangan yang amat enjoy dan memberi saya peluang untuk bergelak ketawa tahap dewa.. Saya download setiap episdod di You Tube, bila masa saya tensen dan free, saya akan menontonnya untuk berhibur. Memang tidak dinafikan, arwah lah yang paling banyak menghidupkan suasana.. Kini, bidang hiburan tanah air telah kehilangan seorang pelawak yang beharga... Namun, itulah ketentuan Illahi.. Setiap yang hidup pastikan mati..
Semalam saya mendapat info dari seorang rakan yang arwah pernah menaipkan kata-kata hiba di dalam twitter beliau. Kata-kata yang menunjukkan beliau seakan tahu akan ajalnya yang bakal tiba.. Saya cuba search di twitter, tapi malangnya, twitter beliau difahamkan telah di'delete' oleh keluarganya. Saya cuba googel, Alhamdulillah... hari ini saya berjaya menemuinya di blog-blog rakan-rakan blogger... Kata-kata arwah yang cukup memberi kesan mendalam pada setiap pembacanya.....mari kita hayati dan kongsi bersama....
"Sesape nk ganti aku tahun depan.. Dah x larat lagi nk buat klakar sbb dah berumur. Nak beribadah pula rasanya.."
"Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan Yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. Hati2! - 13 Mac 2010"
"Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf! - 14 Mac 2010"
Dan ini lagi perkongsian kata-kata terakhir arwah...menerusi satu temubual bersama wartawan utusan malaysia..
"Saya rasa kini saya boleh berbangga dengan konsep lawak jenaka yang saya ketengahkan. Esok atau lusa kalau saya sudah meninggal dunia, mungkin orang akan ingat dengan konsep lawak yang sebegini. Saya akan teruskan karier saya ini selagi ada umur dan kesihatan yang baik. Ini kerana, urusan esok, lusa dan hari hari seterusnya adalah perkara-perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang tahu"
Bagaimana??begitu mendalam bukan? hari ini,,saya betul-betul termenung seketika..muhasabh diri kembali... Semakin hari, semkain ramai yang kita dengar pergi meninggalkan kita menemui Yang Maha Esa secara tiba-tiba dan mengejut... Contoh lain,, Allahyarhamah Yanie, artis mentor kepada Ning Baizura.. takziah kepada keluarga dan suami Yanie di atas pemergiannya pada 21.03.2010 akibat ketumbuhan paru-paru. Penyakit yang hanya disedari baru 4 bulan itu, tidak sempat untuk sembuh dan menjadi punca pemergian penyanyi itu...
Bagaimana pula kita? kita yang masih ada hayat ini? kita masih diberi kesempatan untuk bernafas,, kita diberi peluang unutk perbetulkan diri, kembali pada jalanNya... Sedarkah kita.. Tiba-tiba terasa ingin menangis dan sujud padaMu... Kesedaran yang ada...diri masih lagi cetek imannya, masih lagi sedikit amalannya.. Mampukah untuk menemuiMu Ya ALLAH...
Jadi renung-renungkanlah wahai temanku... setiap yang terjadi ada hikmahnya, ada tujuannya... Mari kita renungkan bersama dan mendapat iktibar yang menafaat pada diri kita... Salam ukhuwah....
1 comment:
al-fatihah utk arwah..moga ditempatkn dlm golongan org2 yg soleh..amin
Post a Comment