SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, February 8, 2011

K.A.U dan Y.O.U

kenapa kau tak pernah cuba untuk mengerti hati ini??
dari dulu ku turuti caramu...
ya,kau tak pernah sama akan mereka yang lain..
caramu tetap caramu...

namun,
pernah kau tahu kepinginnya hati seorang gadis?
dalam benaknya yang satu itu?

pernah kau tunjuki?
pernah kau berikan?

naluri gadis kau siakan..
namun ku tetap padamu..
sabar menanti..
katamu masa belum sesuai..

setiku tetap padamu..
menanti..
pasti disini..

fitrah hati cemburu dan geram..
apatah lagi melihat kemesraan dengan insan lain..
hati belum bodoh dan mata belum buta..
telinga juga belum tuli..

kuharap,
satu hari nanti..
kau kan kembali..
ke sini..
denganku meniti hari-hari sebelumnya mati

Berubah, Diubah, Mengubah atau Terubah?

"Alam berubah kerana manusia, manusia juga boleh berubah kerana manusia"

Itulah phrase yang kuingat sehingga kini dan sampai bila-bila. Kata-kata yang pernah kau keluarkan suatu ketika dahulu, sewaktu itu kurasakan kau telah campakkan ku ketepi, di kala itu ku hanya menangis sendirian dalam ketakutan untuk keseorangan. Hadirmu seperti bayang-bayang... Namun, ku gigihkan jua diriku ini menempuhi harianku sebagai pelajar semata kerana janjiku padamu, ibumu dan keluargaku..

Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan betapa kuatnya hatiku ini padamu?? 
Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan kesetiaanku padamu??
Harus bagaimana lagi untuk kubuktikan impianku denganmu??

Sejurus melihat kata-katamu tadi di dinding itu, hati aku terjelepuk sebentar, puas kutanya mana silapnya... Mungkin aku yang tak sedar atas keterlanjuranku padamu. namun, apakah perlu kau memberitahunya disitu? Kurasa hiba dan sayu, bukankah ketelusan dan keterbukaan itu perlu dalam satu-satu hubungan??
Dimana salah dan silap, teguri dan tunjuki aku...

Mungkin mereka diluar sana puas gelakkan aku bukan?? Dari dulu lagi, aku sudah lali itu semua..
Pada mereka yang betul mengenaliku, mereka tahu dan faham apa yang berlaku... 
Diluar, aku ceria dan gembira ke sini sana, namun didalam hati tak siapa tahu melainkan Ya Rabb.. 

Malam ni, mataku tak boleh nak lelap.. Semua kata-kata kakakku, kurasakan hanya bisikan angin yang kubiarkan sepi.. Otak dah menerawang entah ke mana. Mata merah bertakungkan airmata, hati sebak menahan tangis.. Ya Allah, aku tak kuat... Aku takut untuk kehilangannya...

Aku kah yang dah berubah?? teruk sangatkah perubahan ku ini? Seingat aku, tak pernah sedikit pun aku berpaling dari cintanya..dari dulu, hingga kini...insyaAllah, selamanya... Walaupun pelbagai rintangan datang, ku lalui dengan tabah. Walaupun airmata ini banyak mengalir, hati terluka pedih bagai ditusuk sembilu.. Aku buang ia jauh-jauh kerana cinta dan sayangku yang terlalu tebal dari kerak bumi ini. 

Berubah kah aku?? dalam hari-hariku tak pernah lekang namamu. 
Berubahkah aku?? Kini ku berani mengatakn perihal pertunangan, perkahwinan dengan mak, akak-akakku secara terbuka.
Berubahkah aku?? Dengan gembira ku cerita pada teman-teman yang kita mungkin akan bersatu tak lama lagi.
Berubahkah aku?? Kini sudah ku ambil kisah akan perihal kecantikan.. Semuanya kerana kamu. Kurasa begitu kecil dan kerdil bila berdampingan dengan gadis lain. Aku adalah gadis yang kolot tidak tahu bergaya, gemuk dan nampak tua. Semua itu ku terima dengan satu kegusaran bahawa kamu akan mencari yang lain kelak. Salah kah aku???
Berubahkah aku?? Kini aku menyekatmu untuk berbelanja lebih semua untuk simpanan di hari bahgia kita.Aku juga ingin membantumu nanti setelah aku mendapat kerja..

Semua demi cita dan cintaku....Ya Allah,,makbulkanlah doa-doaku..tetapkanlah aku di atas jalan dan petunjukMU Ya Rabb.

Ya Allah,,jika bukan aku yang terbaik untuknya. aku redha jika kau janjikan seorang yang lebih baik dariku untuknya.. Seseorang yang boleh menjaganya sepanjang hayatnya. Seorang yang boleh menjaga ibu dan bapanya sepertimana ibubapa sendiri. Ya Allah, jika KAU boleh berinya seorang yang boleh menjadi tulang belakangnya di dalam susah dan senang. Biarkanlah dia lebih kuat sabar dan imannya untuk menemani sepanjang hidupnya. Jika itu janjiMU, kuredha walau kuderita.... Biarlah dia bahgia dariku. Kebahagiaannya lebih dari kebahagiaan hidupku... KAU bawalah kupergi....

Ya Allah,mengapa airmata ini terus laju menuruni pipiku,, Ampunkan hambaMU ini Ya Tuhan....
Selama ini aku alpha dengan nikmatnya cinta... Izinkan ku melewati kedukaan ini dengan air mata ini...
Sambil ku hayati merdunya ayat suciMU...hatiku sebak dans sesakk....
Aku ingin sekali mengecapinya....semua itu kuasaMU...

KAUlah Yang Maha Pemurah dan Penyayang....

A.K.U.M.A.T.I

Kenapa??? Salah ke aku terlalu serius dalam hubungan ni? Salah ke aku melarangnya untuk membeli itu dan ini yang ku kira tidak penting?? Salah ke? Semua itu hanya untuk mengecapi impian kita bersama.

Tak pernah pun aku pertikaikan siapa dirimu.. Kau dan aku,, kuharap saling lengkap dan melengkapi apa yang kurang apa yang lebih. Aku juga bukan lah siapa-siapa... Bukan puteri raja. Dari kecil ku hidup dengan serba kesederhanaan. Bukan seperti mereka yang mewah yang mana dapat sahaja apa yang dipinta. 

Kamu tidak tahu bagaimana aku, kamu tidak rasa bagaimana aku rasa dan aku fikir. Setiap hari dan setiap saat. Aku begitu kepingin untuk bekerja. Ingin kuhitung dan kukumpul segala nya untuk dirimu dan aku bersama kelak. Aku tak pernah membanding-bandingkan kamu. Aku juga tidak pernah memperkecilkan kamu. Ada kelebihan padamu yang tiada padaku, dan juga ada kelebihan aku yang tiada pada dirimu..begitu jugalah kekurangan dan keburukan...

Malam ni, sekian kalinya airmata ini bederai kembali. Sengaja ku makan pedas-pedas untuk rasa sakit. Jauh kurenung cermin tingkap seolah mahu tembus ke luar. Ya Allah....mengapa dugaanmu datang lagi. Ku mohon tabahkanlah hambamu ini... Aku ingin bahagia,,ingin bahagia dengan dia yang kusayangi. Ya Allah, ampuni lah aku sekiranya cinta dan sayangku padanya lebih dari cintaku padaMU. Ya Allah berikanlah aku petunjuk....

Mengapa...di saat ini, kesedihan ini melanda,, tahukah kau, aku selalu mencuba lakukan yang terbaik untukmu. Tiada niatku untuk menyakitinya. Aku menyayanginya.. Izinkan aku menyayanginya pada jalanMu Ya Allah. 

Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami.. Sekiranya bahagia yang kau janjikan untuk diriku dan dirinya bersama, aku redha melalui saat-saat sukar begini.. Namun, sekiranya perpisahan yang kau janjikan untuk kami, aku redha pergi menemuimu meninggalkan dunia yang fana ini. Tidak ku mahu terus hilang arah, hidup dalam berduka dan putus harapan, tidak ku mahu menyalahkan takdirMU kelak....


Monday, February 7, 2011

On the R.O.A.D

Hye semua... Sebelum terlewat, nak ucap lah,, Gong Xi Fa Cai pada semua rakan-rakan blogger dan pengunjung kaum Cina. Semoga tahun ini and semua bertambah kegembiraan, kekakayaan dan kedamaian.

Haa, saja nak kongsi kisah cuti Chinese New Year yang lalu. Walaupun aku ni masih belum bekerja, tapi dek kerana tinggal bersama kakak. So time cuti, terasa jugaklah cutinya sebab abang ipar cuti, anak-anak buah cuti. Oleh itu, semua orang lah sibuk nak pulang ke kampung. Cuti kali ni, kami hanya pulang ke rumah orang tua di Kulai. Tidak ada kesempatan untuk pulang ke kampung nenek di Mersing...huhu..so sad...

By the way, habiskan cuti di Kulai jugak sangat menyeronokkan. Pada 4/2/2011, kami tak ke mana-mana, hanya menghabiskan cuti di rumah. Cuma pada sebelah petang, kakak dan suaminya ingin membawa semua anak-anak buah ku ke taman permainan di tasik berhampiran rumah. So, dari aku duduk tidur di rumah.. aku pun join sekaki lah kann...

Ramai jugak orang yang datang petang tu,, yang memancing lain, yang beriadah lain dan yang melayan anak-anak memain playground pun ade jugakkk.. sume nye sibuk menghabiskan cuti dengan menghayati alam sekitar..hooyehhhh

Go green go...

Anis dan Akmal

tasik buatan....


Mancing dan mancinngggg...

tunggu punya tungguu

anak-anak buah aku yg tip-top laaahhh


Ha kali ni jugak aku dapat peluang drive sendiri,,hihihi... aku bawak estima abang aku tuhh..alhamdulillah,,walaupun kelajuan macam siput sedut,,tapi okaylah..hihi.. selalu bawak keta kecik,,ni da macam van la pulakk..hahaha....

Dan sekarang aku dah ketagih nak bawk kereta ni...aduyaiii,,bilalah dapat kije ni,,nak beli ketaa sendiri lorrr...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...