Hai semua...tengah watpe petang-petang macam ni yer?? Puasa ke? Amoy tengah bosan kat opis, bukan sebab takde kerja, ade yer.. Tapi tengah sakit kepala dans eram sejuk macam nak demam..... So, tetiba datang lah semangat nak update blog...hehehe
okay, kali ni nak share satu resepi, yang tak lah seberapa gah macam chef-chef handalan.. Semalam kebetulan berpuasa 9muharam-hari tasu'a, juadah berbuka menjadi pilihan ialah "Twister Lovehunter"... nama ni amoy yang bagi sendiri yer, bunyi macam ganas dan ngeri je kan.. hahahaha...
kebetulan dalam fridge ada bahan-bahan nye, so jadilah resepi rekaan sendiri tu...
lets check it out!!
Twister Lovehunter |
Bahan-bahan:
Roti:
1 pack Roti Paratha Segera
sedikit planta (untuk goreng roti paratha)
Inti:
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 biji cili (saya guna cili padi, cili besar habis)
2 biji kentang (potong dadu)
1/2 biji lobak merah (potong dadu)
1/2 cawan air
1 camca serbuk kari
1 camca sos tiram
Garam
Serbuk perasa knorr
Fish ball (potong dadu)
Crab Stick (potong dadu)
Vegi ball (potong dadu)
** kalau ada ayam atau daging lagi sedap, saya takde sebab tu pakai aneka bebola.
Cara-cara:
- goreng roti paratha sehingga garing
alamak, yang ni terhangit pulak...hehehe Kemudian, mula menumis bawang putih, bawang besar dan cili sehingga naik aroma. |
tuangkan kentang dan lobak serta sedikit air. biarkan sehingga kentang dan lobak empuk.
masukkan rempah kari dan sos tiram. kacau hingga rata.
masukkan fish ball, crab stick dan vegi ball yang dipotong tadi ke dalam kuali. gaul sekali lagi hingga rata.
bila air kering, boleh lah matikan api.
siap untuk digulung |
Kalau nak gulung kene kemas-kemas yer. Saya semalam sebab dah azan, kejar waktu berbuka gulung lebih kurang, jadi hasil potongan nanti tak cantik lah..
Selamat mencuba!!!
1 comment:
teringat plak yg dekat asma' dlu...
rindunyer zmn study dlu...hukhuk
Post a Comment