Semua dah hanyut dibuai mimpikah??? Aku masih lagi di sini terkebil-kebil memandang lappyku.. Sebenarnya dah lending baik punye dekat katil, lampu pun dah bertutup... Tapi dek asyik-asyik terkebil sana sini... Tetiba kepingin gile guue mau lihatin internet,,,hahahahaa....
So bangun, bukak balik lampu, bukak lappy...
First page appear is Google lah kan.. So, kepala ligat fikir nak search info pasal apa kali ni. Tup tup idea merapu datang... haahhaha..jejari gebu ku pantas menaip "T.E.M.A-P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N" then klick image. Entah macam mana keluar satu gambar persandingan antara Zahiril dan Shera. Aku pun klik satu gambar... Pastu link ke gua.com... Seterusnya jumpa satu post mengenai puisi cinta yang di baca oleh Zahiril kepada isterinya itu..... Sekali baca,,PERGHHHHHH, mencongkam kalbuku....huhuhu...lucky her...get husband yang memang puitis dan romantis gitu... terlerlah sifat penyayang Zahiril.
Puisi cinta by Zahiril itu berbunyi begini...
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau,
bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku,
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”
VAAAAA,,,kita yang tiada kene mengena dengan Zahiril pun dah menggeletar jiwa raga baca kan.. Inikan pula Shera yang sudah sah menjadi isterinya itu... Menagis Shera mungkin terharu yang amat dari kejutan suaminya itu. Aku rasa kalau aku di tempat Shera,, mahu menangis dan pengsan...hahahahaha
Apapun, tahniah buat Zahiril dan Shera, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat
So,lepas jumpe puisi ni,,aku semakin excited searching info pasal pakej perkahwinan, tema dan macam-macam lagi....hehehe...to be continue
So,lepas jumpe puisi ni,,aku semakin excited searching info pasal pakej perkahwinan, tema dan macam-macam lagi....hehehe...to be continue
No comments:
Post a Comment