Jam 2.07am, 18122011,,,,,,
Diri ini masih di sini,
Terkebil-kebil memandang mesin canggih,
Kejap senyum dan kejap berkerut,
Fikiran seakan ligat memikirkan sesuatu tetapi tepu...
Disember,,,
Bulan yang sentiasa dinanti,
Walau ia tidak setanding Bulan Islam,
Namun beberapa tarikh dalam Disember sentiasa di hati...
Kebetulan, Disember kali ini jatuh pada bulan Muharram..
Alhamdulillah, lagi penuh keberkatan...
18hb Disember 1987,
Aku telah dilahirkan ke dunia ini,
Telah bermula kisah hidupku,
Percaturanku,
Bermulanya merangkak, bertatih, berjalan dan kemudian berlari...
Lahirku di salah sebuah hospital gah johor-HSAJB
Dengan berat 1.7kg premature baby,
Alhamdulillah, syukur ku lahir ke dunia ini dengan sempurna,
Terimakasih ibuku Husnah Devi Abdullah,
Membawaku selama 7bulan lebih dalam perutmu,
Terimakasih ayahku Mustaffa Mohd.Saat,
Di atas keprihatinan dan sokongan untuk membantu ibu...
Alhamdulillah,
18th Disember 1987, Jumaat, 2.45 pagi,
Bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1408 A.H,
Aku dapat melihat dunia....Syukur...
Jalan hidupku berubah hari demi hari,
Semuanya sudah takdir dan telah disuratkan dalam Luh mahfuz,
Umurku 80hari, aku diserahkan kepada keluarga angkat,
Takdir yang tidak pernah ku persalahkan,
Namun lebih kusyukuri...
Terimakasih kepada arwah to'ki Ahmad bin Chik,
Terimakasih arwah tok@mak Bunga binti Jusoh,
Kerana merekalah yang mulai mengambil alih memeliharaku...
Tergempar berita di Kampung Air Papan,
Pasangan berusia ini memelihara bayi,
Dengan penuh kecekalan dalam kesederhanaan ku dibesarkan,
Sehingga umurku 4tahun...
Tiba masanya arwah tok menunaikan haji,
Aku diserahkan pula kepada anak sulungnya,
Abahku...Majid bin Ahmad dan emak Fatimah binti Abdullah..
Terimakasih mak dan abah membesarkan aku sehingga ke hari ni,
Sehinggaku menjadi insan yang berguna,
Berpendidikan dan berkejaya,
Tanpa cacat cela dan pilih kasih,
Mereka menatangku bagai minyak yang penuh,
Subhanallah, syukur padaMu Ya Allah,
Menemukan ku dalam satu keluarga yang amat baik dan penyayang...
Dengan didikan agama, tatatusila ku diajar dan dilatih,,,
Bertemankan dan menumpang kasih emak dan abah,
Seorang abang dan empat kakakku,
Ku menikmati hidup normal seperti insan lain,
Tidak pernah terkeluar sedikit pun dari bibir mereka,
Aku bukan sedara sedaging,
Tidak pernah mereka pertikaikan siapa aku dalam keluarga itu,
Subhanallah,,,,
Syukur Alhamdulillah,
Dalam limpahan kasih sayang suci dari seisi keluarga,
Namun, aku tidak pernah mereka lalaikan dari status sebenar,
Aku bersyukur semuanya telah kutahu dari kecil,
Tidak pernah kurasa janggal walau sedikit aku bukan dari mereka,
Betapa baiknya layanan mereka,
Keikhlasan mereka jelas tergambar sehingga ke hari ini,,,
Ya Allah,
Kau lindungilah mereka dari sebarang bencana,,
Sesungguhnya tidak dapatku ganti jasa mereka walau dengan segunung emas...
Sepanjang hidupku,
Aku belajar hidup sebagai peniaga,
Abah dan emak berniaga pasar malam,
Aku seronok dan dari situ lahir sifat keusahawanan dalam diri,
Hari ni, terdetik di hatiku,
betapa cekal emak dan abah berniaga mencari pendapatan menyara kami sekeluarga...
Adakala di atas, dana adakala di bawah...
Kini,
Emak dan abah sudah pencen dari berniaga,
Hanya menikmati hari-hari tua dengan beribadah dan meluangkan masa bersama seisi keluarga,
Alhamdulillah, kesemua abang dan kakakku sudah berkahwin,
dan aku sudah memiliki 12 orang anak buah..
Syukur alhamdulillah,
Suasan keluarga yang terindah...
Dari kecil aku membesar dalam kesederhanaan namun penuh kasih sayang,
Alhamdulillah, selepas SPM barulah aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti,
menjadi satu kebanggaan keluarga, aku berjaya memasuki salah satu universiti terkemuka,
Alhamdulillah, berkat didikan dan doa semua...
Allah maha Pengasih lagi Penyayang,
Engkau telah memperkenankan ku tajaan biasiswa sepanjang tempoh pengajian,
Biasiswa yang menjanjikan terus pekerjaan selepas graduasi,
Syukur dan syukur.....
Sedikit sebanyak ia dapat membantuku mengurangkan bebanan abah dan emak yang banyak berhabis duit membesarkanku...
Walau pertama kali berjauhan, syukur aku dapat membawa diri ku dengan baik,
Sifat kepimpinan, ketegasanku membuatkan emak dan abah percaya padaku,
Jelas sifat dan naluri sebagai anak sulung (hakikatnya) yang berdikari dan bertanggungjawab dalam diri,
Ya Allah,,,
Mengalir airmataku..
Insaf dan rasa bersalah sekiranya aku tidak dapat menjadi seorang anak yang baik kepada mereka..
Dan juga kepada kedua ibubapa kandungku..
Ya Allah, bantulah aku, permudahkanlah aku...
jauhilah aku dari sifat riak, kurang ajar dan tidak membalas jasa,,
Astaghfirullah...
Hanya kejayaan kecil di dunia kumampu beri untuk buat mereka gembira,
Doa-doaku sentiasa mengiringi kejahteraan mereka,
Ya Allah, murahkanlah rezeki ku,
aku teringin membawa mereka menunaikan umrah atau pun haji dengan hasil rezekiku...
Ya Allah,
Kini, aku sudah dewasa...
Seakan masih mimpi bahawa umur menjangkau 24tahun,
Hari ini, aku sudah berkerja,
dan selangkah lagi, aku ingin menyambung sunnah Baginda S.A.W,
dan menympurnakan sebahagian ibadah dan imanku,,
Ya Allah, Engkau berikanlah jalan yang mudah petunjuk..
berkatilah pilihanku dan bukakanlah hati ayah dan ibu untuk merestuiku..
Ya Allah,
Bukakanlah dan tetapkanlah hatiku dan bakal suamiku pada jalanMU,
Berkatilah kami,
Berikanlah kami ketabahan menempuhi dugaan mendatang,
Sesungguhnya kesabaran telah Engkau kurniakan pada kami selama 8tahun ini,
Sesungguhnya juga kami memohon keberkatan untuk ikatan yang sah disisiMU..
Ya Allah,
Kembalikanlah kesejahteraan kepada keluarga kandungku,
Berikanlah aku peluang untuk mengenal salasilahku,
Permudahkanlah ia dan jauhilah dari sebarang halangan...
Salah satu keunikanMU..
Menemukan ayahku berbangsa melayu dengan ibuku berbangsa cina,
Dengan sijil untuk berkahwin, bertambah saudara baru seislam,
Dan lahirlah aku ke dunia...
Bimbinglah mereka selayaknya Ya Allah...
Peliharalah ahlak adik-adikku...
AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN
Alhamdulillah, syukur ku tidak terhingga hari ini,
18 Disember 2011, genap umurku 24 tahun,
Walau pelbagai kisah hidup yang kulalui,
Namun syukur ku terlalu syukur padaMU YA ALLAH,,
Terima kasih ya tuhan kerana memberika ku kesempatan menikmati hidup ini,
Setiap suka duka ku percaya Engkau janjikan yang terbaik untukku...