Corat-coret
Ada kalanya kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa.
Ada kalanya kita juga perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis airmata.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila masa aku bermatian memberi kepercayaan,
Dikala itu kau mengambil seribu kesempatan,
Dan bila masa aku sedar kau permainkan,
Kau mula bijak menyangkal segala kesalahan.
(Layar Cinta)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam mengatur langkah di perjalanan ini,
Adakalanya kita tersilap perhitungan,
Tersepak batu atau kayu,
Lalu kita jatuh rebah....berdarah!
Kita tidak harus terus menangis,
Kerana tangisan tidak menjamin pertolongan,
Bangunlah dengan kesedaran...
Mengubati luka itu,
Kemudian teruskan perjalanan,
Dengan penuh bewaspada, bersemangat
dan yakin akan selamat tiba di destinasi.
(Abg Mie)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peredaran musim yang mewajahkan kita
Sebuah pengalaman adalah kehidupan
Yang mengukirkan kita sebuah kenangan
Bernama kemanisan dan kepahitan
Untuk kita adaah pengembaraan....
(Nizam)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Illahi akan merasakan dirinya cukup
walaupun kekurangan dari segi kemewahan hidup tetapi kaya jiwa.
Tetapi bagi orang-orang yang tamak ia sentiasa tidak merasa cukup walaupun mewah dengan kekayaan.
(Pieces Girl)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cinta...
Kadangkala menjadi rindu...
Kadangkala menjadi jemu....
Teman...
Bukan perpisahan kutangiskan..
Tetapi pertemuan yang kukesalkan...
Biarlah kita kehilangan kasih sayang seorang kekasih yang sangat kita sayangi,
Daripada kita kehilangan kasih sayang keluarga kita dan kasih Allah terhadap hambanya.
(Zura)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Night is slowly shading the trees,
No breeze is stirring,
Little birds sleep in their nest.
The moon shine calmly,
Through all the woodland,
Waiting still,
Waiting still,
Soon you, to find rest.
(Nash)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita harus merangkak, bertatih,
Kemudian barulah mengatur langkah untuk mengharungi sebuah kehidupan,
Begitu jua, kita harus berusaha untuk mencapai sebuah kejayaan yang sememangnya menjadi sebuah impian.
(seseorang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingatlah,,
Jangan pandang hari ini,
Untuk menentukan masa depanmu,
Dan jangan pandang hari esok,
Untuk mengubah hidupmu,
Sesungguhnya esok bermula hari ini...
(kak ana)
Menilai keperibadian seseorang itu,
Bukan hanya dari apa yang kita lihat,
Tapi juga dari apa yang kita rasa dan kita fikirkan,
Oleh itu selamilah diri seseorang itu dengan bersahabta dengannya sebelum membuat penilaian.
(kak Ana)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengharap satu kejujuran adalah satu kepayahan,
Tetapi kepayahan menuntut ilmu bukan kepalang,
Kehidupan adalah suatu dendangan,
Rentak dan iramanya kita yang mencanang.
(Insan Maya)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEAZAMAN
Bila mengingat dan teringat,
Zaman yang dilalui dan yang ditempuhi,
Kehidupan berubah hari ke hari,
Yang berlalu akan jauh pergi,
Yang datang pastikan tabah diharungi,
Perasaan dan kesan yang tertinggal di hati,
Hidup dan kehidupan pasti berani ditempuhi,
Masa silih bertukar ganti,
Tabah dan cekalkan iman di hati,
Agar dapat segala yang dihajati,
Kepadanya pohonkan rahmat yang melimpah, menyusuli,
Semoga cita-cita yang terpendam di hati akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.....
(Aishah Ahmad)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teman yang sanggup ketawa senang ditemui,
Namun teman yang sanggup menangis sukar sekali dicari,
Ingatlah,
Ada teman yang memberansangkan,
Dan ada juga teman yang menjatuhkan,
(Si dia)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------