SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Wednesday, January 5, 2011

My best fren engagement day

Selamat malam semua...

Hye..mesti ada yang dah tido kan?? Tapi aku tak boleh nak tido ni.. Perut memulas-mulas asyik kua ke tandas membuang dan juga muntah. Entah apa silap makan siang tadi.. Tak pun dah nak ajal dah kot..Hehehe..Celupar pula mulutku ni kan...?? Yelah orang kata tanda-tanda kecil nak mati ialah sakit perut...

Sudahhhh!! Zaaassssssssss...back to our gossip..huhu..wah,macma melodi la plak.. Ha kali ni aku nak share kegembiraan sahabat baikku di hari pertunangannya pada 1 Januari 2011 yang lalu. Dari johor ku menaiki bas ke bukit jalil lalu kuteruskan lagi ke destinasi terakir iaitu Sungai Buloh Selangor.

Aku sampai lebih kurang pukul 5 petang. Apa yang kelakar nya, aku terlepas stesen.hahaha....dok berangan membalas mesej M.I, terlepas stesen samapi ke Kuang. Nasib baik satu stesen sahaja...kalau jauh lagi,,entah macam mana la aku dengan seorang dirinya.huhu.....

Setibanya dirumah Ina,,wah..meriah habis.. Sedara mara sudah berkumpul bergotong royong. Bagus juga jika ada majlis-majlis seperti ini kerana secar atidak langsung dapat mengeratkan lai sillaturrahim antara ahli keluarga. Aku pun berlagak seperti sudah biasa dengan sesiapa sahaja..Konon pandai bawa diri lah di tempat orang..tuweeekkkkkkk..hahaha

Memang seronok ak melihat persiapan pertunangan ina.. Dalam kesederhanaan tetapi ada kesempurnaan. Alhamdulillah.... Semua itu kenangan indah bagi kamus hidupku... sahabat yang boleh kukatakan sejati ini bergelar tunangan orang akhirnya. Menjadi tunangan kepada seorang lelaki yang telah lama dicintainya sepenuh hati..Mudah-mudahan ia akan kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia ke akhir hayat..AMINNNN...

aku ambil berkat sekejap..heee
Aku agak excited hari tu,,,hahaha... tangkap gambar sana sini.. Ade macam kameraman gak lah.. Just want to capture the great moment of my best friend..huhu..she's really beautiful on that day... Aku yang perempuan juga terpegun sebentar....hahaha





saat menanti debaran
Tapi orang tua-tua kata, jika perempuan itu tidak bermekap atau jarang bermekap, bila mana tiba waktu persandingan ka, tunang ka, sekali dicalit alat solet, sudah kelihatan berseri-seri dan cantik dipandang. Mungkin ya, boleh diguna pakai pepatah tua itu. Kerana,,sahabatku ini jarnag bersolek.. Wahhh... dengar tu semua..so kurangkanlah bersolek yer...hihihi



Wah..cantik bukan??tidak jemu rasanya melihat piktas-piktas ini berkali-kali..hihi... haa...ni semua gambar hasil dari kamera ku dan juga sentuhan editku. Amacam?? Ada tokoh nak jadi photographer tak??? Banyak lagi,,tapi takkan nak upload semua kat sini ye tak??

Termeterai sudah janji ikatan pertunangan ina dan mirul

Semua kawan-kawan rapat yang turut hadiri gembira tak terkata

Tuesday, January 4, 2011

Kalau Nak Seribu Daya

Malam ni, aku menonton satu program TV9 yang bertajuk RONA. Pada mulanya tengok macam tak tengok jek. Tapi bila dah menonton saat demi saat, demi minit dan sehingga habis program tu. Tetiba aku rasa berbaloi menonton program ni, macam-macam pengajaran boleh diambil oleh para penonton. Kisah kali ni mengenai seorang pemuda bernama Khairul yang gigih bekerja. Dia berjaya melakukan tiga kerja dalam hidup sehariannya untuk mencari pendapatan yang halal. Alhamdulillah.. Memang berbangga bila lihat saudara seislam kita memiliki semangat yang kental dan gigih sepertinya.


Hurm..okay aku teringin nak share dengan sape-sape yang tak berkesempatan menonton program RoNA tu. Kisahnya berkenaan si abg kerul ni yang bekerja sebagai Mat Despatch dengan berpendapatan RM1000-- sebulan. Namun apa yang menariknya, beliau juga menjalankan kerja-kerja sampingan seperti menjual burger di waktu malam dan juga menjadi wiring man bila mana khidmatnya diperlukan. Kagum bukan???
Sayu bila melihat isterinya ditemuramah sambil menangis kerana rasa bangga, terharu dengan kegighan suaminya untuk mencari nafkah untuk mereka berdua.

Kalau kita perasan, kebanyakan masyarakat kita, ada yang malu untuk menjual burger, memilih kerja, berganti-ganti kerja. Tapi mereka tidak sedar diri!!! Memang aku geram.. Biarpun bekerja sebagai tukang kebun pun, itu amat mulia dan dihargai. Yang penting nafkah dan rezeki yang diperolehi itu halal.


Cuba kita bayangkan betapa gigihnya abg kerul ni. Isnin sampai jumaat bekerja sebagai despatch mengikut waktu opis hour. Lepas tu, pulang sahaja terus membuka gerai burgernya sehingga lewat malam. Di hari-hari biasa dia akan dipanggil oleh sape-sape yang memerlukan khidmatnya sebagai wiringman. Betulkan lampu rosak, memasang plag dan macam-macam lagi. Hurm.. yang paling aku tertarik adalah dengan prinsip hidupnya...
"Biarkanlah apa orang nak kata, janji apa yang saya lakukan itu halal."

Dan, kata-katanya lagi yang membuat saya terbuka minda...

"Selagi jasad saya ada di dunia nyata ni, biarlah saya bekerja selagi mana mampu. Hari tua kita tidak tahu bagaimana kan. Entah Sihat ke sakit ke kita tidak tahu. Mungkin kaki tak boleh jalan ke apa ke.. Selagi kita ada kudrat dan peluang kita laksanakan lah selagi belum terlewat."

haaa...macam mana? bergetar tak jiwa anda sebagai belia negara? hurm,, saya terpanggil untuk mempunyai azam macam abg kerul ni tau. Kalau lah semua pemuda pemudi berfikiran begini, aku rasa takde dah orang yang menganggur dan melepak sinun sinin.

Ni tak, ada yang jenis memilih-milih kerja. Skill tak ade tapi nak yang macam tu macam ni. Kata orang, wat lah apa yang kita mampu, yang penting semangat ingin belajar. barulah rezeki tu datang sedikit demi sedikit. Ada juga yang masih menyusahkan orang tua mereka...haishh.. apa nak jadilah kan..
"Bisa tegal alah biasa". eh, ada kene mengena ke ekk??hahaha...  Takpun jadilah seperti resam semut yang sentiasa rajin..Takpelah, lu fikirlah sendiri yekk...huhu



Monday, December 27, 2010

Malas Berusaha

Kenapa masih ada insan yang malas nak berusaha? Dah nampak kesusahan di depan mata pun masih lagi tak sedar-sedar. Kadang tak faham bila tengok. Sudah berbuih mulut-mulut insan yang perihatin menegur tapi masih macam tu. Bercakap macam mencurah air di daun keladi. Bila susah mula menagih simpati orang, bila senang, dudk goyang kaki macam kesenagan itu akan kekal bertahun-tahun lamanya.
Itulah orang kata. kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah berumur dan berusia, kita cakap banyak pun tak guna. betul kata orang kalau umur tu dah 40 tahun tapi masih belum berubah dan ada kesedaran. alamatlah makin terus alfa dan macam tu lah sampi ke mati. Nauzubillah!!!!
 
Hurm...ada macam-macam symptom orang yang malas berusaha ni. Antaranya adalah:-
 
Hanya duduk berdiam diri dan menanti rezeki datang bergolek. Memang rezeki telah dijanjikan untuk setiap orang namun kita harus berusaha untuk mendapatkan nya. Ni tak, ada sesetengah nye yang tak habis-habis pegang pepatah "Ulat pun boleh hidup dalam batu". Itu ulat, tapi kita ni manusia ada kehidupan yang lebih luas dan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
 
Ada pulak yang tak habis-habis menghabiskan harta mak bapak. Tapi untung pada yang sememangnya diahirkan dalam keluarga yang berada dan beruang kan. Tapi lama kelamaan lingkup jugak harta mak bapak kalau gasak dimintak untuk benda yang bukan-bukan sahaja. Hart segunung pun boleh habis dalam masa seminggu takpun sehari. Who knows??? Tapi macam mana pulak kalau yang dapat keluarga sederhana. Mak dan ayah bertungkus lumus mencari duit, tapi anak??? hanya duduk berserah jek. Ada yang lai teruk bila sudah berkahwin, habis di bawa anak isteri ke rumah mak dan ayah untuk menumpang. hishhhh... cuba tengok orang luar datang malaysia, molek dorang bekerja halal. Jadi buruh binaan, kontrak jalanraya, jual burger, menjaja dan macam-macam lagilah. Orang kita malu nak buat semua tu. Memilih melebih-lebih..
 
Kita sellau dengar, orang yang berusaha akan selalu berjaya!! so, fikir-fikirkanlah....

Kedekut Vs Cermat

Salam satu malaysia....
Hye lama rasanye tak menjengah blogger lain apatah lagi menulis di blog sendiri. Al maklumlah tengah cuti kat rumah. internet acces takde..dulu ade streamyx tapi sekarang dah takde dek kerana membazir. Ia hanya di guna bila saya pulang bercuti..se;ebihnya terbiar.. monthly payment still kena bayar...kan rugi namanya tu. Ni pun tengah berangan-angan nak beli broadband sendiri, tapi bila kenangkan monthly payment, termenung jugak...hehehe...wat sementara ni haya menumpang broadband my sister, tu pun jika dia ada pulang ke rumah...

Okay,,kali ni saya nak corat coret sedikit mengenai sifat manusia yang saya rasa ada pada setiap orang did unia ini. Cuma tahap nye sahaja yang membezakan antara satu sama lain. Setiap orang ada perasaan kedekut, cermat, waspada. sayang dan juga sewaktu dengannya. Betul tak??

Kedekut,,, sifat yang paling ditakuti bila ada orang yang labelkan kita kedekut. tahap paling tinggi bagi sifat ini ialah "bakhil". Bakhil ni memang paling teruk saya rasa. Sifat kedekut yang melampau sehingga menyusahkan orang lain. Bak kisah dalam cerita P.Ramlee tu, hj.bakhil yang kedekut untuk menderma pada anak-anak yatim kerana takut harta yang dah sedia banyak itu berkurang walhal sedangkan dia tahu hanya dengan menderma hartanya itu akan bercambah dan lebih diberkati.

Cermat pula...adalah satu sifat yang kadangkala membawa kepada kebaikan dan kadangkala membawa kepada keburukan. Membawa kebaikan bilamana kita beringat dan berhati-hati dalam membuat sesuatu. Contohnya, bagi seseorang yang suakr mendapatkan wang, sekali mereka mendapat wang dan membeli sesuatu barang. Mereka begitu cermat menggunakan barang itu kerana mereka fikirkan bahwa sukar untuk mendapatkan wang. dan kalau tak kerana usahanya, mungkin mereka tidak dapat peluang untuk memperolehinya. Ini adalah bagus kerana memupuk sesoranga itu menghargai sesuatu dan berjimat cermat. Jika membeli kereta, dia menyayanginya dengan selalu membasuhnya, memandu dengan berhemah. bukankah itu satu kebaikan????
Akan tetapi perlulah berhati-hati kadangkala sifat cermat ini boleh mendorong kita kepada sifat kedekut. Bagaimana? Begini...

Pada mereka yang berkemampuan, sifat cermat yang mereka ada akan mendorong mereka pada sifat kedekut. Sifat yang terlalu menyayangi kebendaan dan berhati-hati contohnya...dek kerana menyayangi kereta nya. seseorang itu gagal memberi pinjam kepada jiran yang memerlukan kereta untuk menghantar anak yang sedang sakit ke klinik. kerana dalam fikirannya, takut jika kereta itu accident ke, takut anak jirannya itu termuntah dalam kereta ke..macam-macam lah kalau dah berjimat yang melampau dan secara tidak langsung terjerumus dalam kancah kedekut...hehehe...

Tapi kadang kala kita tak boleh nak menyalahkan orang-orang yang bersifat cermat dan beringat ini... Mereka mungkin jadi begini kerana sifat-sifat orang yang berada di sekelilingnya. Ada sesetengah orang yang cuai, mengambil sifat endah tidak endah, tamak dan macam-macam lagi. Contohnya, ada orang yang lebih berkemampuan dapat membeli barang itu dan ini, tapi dek kerana sifat cuai dan tamak... akhirnya memakan diri dan emmbuat diri sendiri yang rugi. Inilah sifat manusia kan??? Ada juga yang suka meminjam-minjam tapi tak pandai nak jaga. Pakai seolah-olah barang tu dia yang punya dan dia yang beli. Itu adalah satu sebab mengapa si tuan empunya barang dari menjadi seorang yang pemurah dan jimat tiba-tiba menjadi seorang yang kedekut....hurmmm....boleh jadi juga ni..
 
4/12/2010:1.47pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...