4hb November 2010- Hari ni paper ke2 ku. Hurm..not bad..Exam boleh lah jawab berkat usaha, tapi selebihnya kuserahkan pada madam untuk menanda. Mudah-mudahan dengan iringan doa, Allah permudahkanlah segalanya. Nampaknya, tinggal lagi 3 paper lah. Paper IF 7hb, Paper CF 11hb dan IA 15hb. Lepas tu habislah.... Hari demi hari, debaran kian terasa. Terasa makin singkat masa berlalu, tinggal beberapa hari, beberapa jam, beberapa minit dan saat sahaja lagi aku berada di taman ilmu dan budi ni. Terasa berat hati pula..
Mungkin ada antara teman yang berkobar-kobar nak habis exam. Nak balik umah cepat-cepat untuk menemui keluarga, rakan yang tersayang. Tapi bagi ornag yang macam aku, yang dikatakan dah final sem ni, terasa sayu, kalau boleh nak berada sedikit lama di sini. Rasanya belum cukup masa lagi untuk menimba pengalamn di sini. Tetiba terasa berat hati untuk melangkah pergi keluar dari kepompong yang ku diami selama ini. Kepompong yang melatih aku berdikari, mendidik aku menjadi seorang insan, mengajar liku-liku hidup seorang mahasiswi dan juga seorang muslimah. Aku seakan takut untuk berada di dalam kepompong baru selepas ini, kepompong yang mana mungkin lebih mencabar dan lebih rakus dalam perjalanannya.
Prakata:
Teringat kembali detik-detik permulaan ku melangkahkan kaki ke Matrikulasi UIA di PJ. ataupun pagar taman ilmu dan budi..hihihi...bahasa omputihnye, THE GATE OF GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE .Di situlah bermulanya kehidupanku sebagai mahasiswi. Pertama kali aku meninggalkan rumahku dan pertama kali hidup berdkari di asrama. Semacam tidak percaya, aku berjaya menghadapinya. Alhamdulillah, di situ aku mula belajar untuk mencuci pakaian sendiri guna tangan, nak pakai fasiliti dobi sedia ada, bimbang takut wang saku tak mencukupi. Di situ juga aku belajar untuk bangun pagi, belajar menetapi masa. Belajar untuk menguruskan wang ku sendiri, mengehadkan perbelanjaan. Ingat lagi, ku hadkan menu juadahku, aku menjadi lebih kedekut untuk diri sendiri. Tidak berani untuk mengajar diriku bermewah-mewahan. Mungkin sebab tulah badan ku sedikit slim waktu tu...hehehehe
Ni AMF HALL. nilah tmpat ktaorg selalu exam. ade big event ke..tmpt regis mula2 dulu pun kat sini gak.. |
Teringat kenangan manis bersama teman sekelas dan juga teman sebilik. Putri dan Hanis adalah rumate yang paling serasi aku rasa. Tak pernah ada konflik antara kami. Alhamdulillah...it was a great moment to be remembered. Itu adalah tahun pertama ku di situ kongsi bilik dengan mereka. Makan bersama, study bersama. Ditakdirkan kami sebilik mengambil jurusan yang sama...so, kami ambil subjek yang sama, dan ada juga dapat sama kelas...memang seronok dapat pergi kelas bersama-sama. Memang terasa seperti adik-berdaik pulak, semua tu kenangan ketika di ROOM 710.. Kemudian naik tahun dua, aku bertukar rumate pula. Sebilik dengan Suu, Reen dan Lina. Waktu tu, aku dan Sue economic, reen dan lina engineering. Waktu tu juga fun, semuanya otak memang enjoy untuk penghuni ROOM 721...
ha,, yg sebelah kiri tu asrama aku..Mahallah Khadijah |
Di sini juga,aku berpeluang mengenali dua orang pensyarah yang kurasakan seperti sahabat. Mereka yang ku anggap seperti kakak walaupun mereka sebenarnya pensyarah. Mereka yang terlalu baek, sporting dan juga inspiring. Namun, Allah lebih menyayangi seorang dari mereka. Arwah adalah bekas pensyarah subjek english ku. Kami tetap berhubung walaupun aku dah masuk ke main campus, Ada masa kami berchatting, ber-sms dan calling. Kami macam kawan, bertukar pendapat dan nasihat. dan yang paling penting, bila saja kau ade masalah dalam subjek language di main campus, aku cuba hubungi nya untuk memberi pandangan. Namun, aidilfitri tahun lepas, dia pergi meninggalakn ku dalam usia yang muda. Semoga Allah merahmati beliau. Terasa satu kehilangan bagiku. Tetapi pensyarah yang lagi satu tadi, aku sudah lost contact hampir dua tahun, dia seakan menyepikan diri. Kali terakhir aku berhubung dengan beliau untuk memintanya menjadi referee untuk permohonan biasiswa ku. Baru-baru ini jumpa di facebook, aku masih menunggu approval darinya...
Di sini jugak aku dapat menemui ramai rakan-rakan yang pelbagai ragam dan telatah. Kebanyakannya rakan yang rapat terdiri dari clasmate aku sendiri. yelah, bileh dikatakan setiap semester, classmate hampir sama ornagnya. Di sini, pelajar dalam kelas lebih mengikut nama. So, kebanyakan huruf yang berdekatan dengan namaku seperti R,W,S,P...kadangkala ada jugak tersesat M dan N..hahahaha... kawan-kawan rapat seperti Ada, Husna, Sue, Putri, Ieka, Fizi,Eja, Biah, Hanim, Iena, dan rami lagi lah.. tak dapat nak sebut lah.. tapi kehidupan di matrik dulu amat berbeza. Kami semua memang rapat dan kerap berjumpa. mungkin sebab matrik tak sebesar amin campus dan apabila di main campus ni, masing-masing dah bertukar major. Subjek yang dipilih juga tak semuanya sama. Kadang-kadang sahaja kebetulan sama.hurm....
Kemudian detik berakhir di situ kerana kami semua perlu berpindah ke main campus di gombak.......
akan bersambung---- THE GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE
No comments:
Post a Comment