10 September 2010- Dam dam dum bunyi mercun...hooray..raya wei,,rayeeerrr.... Tahun ni, semua ahli keluargaku beraya di kampung..Kebetulan abang yang sulung duduk di rumah arwah nenek. Sesekali beraya di kampung lagi meriah rupernye... Alhamdulillah.... Tahun ni serba purple kami di pagi syawal pertama....
Namun, di pagi raye pertama hujan turun dengan lebatnya... Hujan rahmat....alhamdulillah,,walaubagaimanapun raya tahun ni di sambut dengan sederhana tetapi meriah.. Cuma seorang sahaja kakakku yang pulang pada raya kedua... raya pertama hanya dihabiskan dengan menerima kunjungan saudara mara di kampung.. Raya kedua barulah kami beraya ke rumah saudara mara...
Rumah pertama dimulai dengan rumah Tok Ngoh...
Setiap tahun kalau tiba hari raya kami menantikan detik beraya ke rumah tok ngoh,,,nak tahu kenapa???sebab kuah kacang dia shedap giler...huhuhu...kali ni akak-akakku siap mintak resipi lagi... nak try buat raya haji nanti....hihihi...
Then, perjalanan diteruskan lagi ke rompin pahang.. Kami mengunjung ke rumah tok su sebelah mak pula...meriah habis bila anak-anak mak bertemu anak-anak tok su.padahal kami semua berbeza pangkat,,kira anak sedara dengan mak dan pak sedara..tapi perbezaan umur yang tak jauh beza,,dah macam setaraf je...memang syiokkk...
Dari rompin singgah sebentar di Triang Besar... Kami semua berkunjung ke rumah besan mak.. Mertua kepada Abang sulungku... Oleh kerana hari dah petang...kami berganjak pula ke rumah kawan akak ku di tempat berhampiran,,kawan sekolah lama katanye,, kawan masa di maahad dulu.
Akhirnya pulanglah kami ke rumah arwah nenek...bermandi-manda dan makan dulu... Malam nak beraya ke rumah Iz pulak..Bakal besan mak kata akak ku..hehehehe..... Pada malam tu,semua nya bersarungkan jubah hitam,,dari yang kecik hinggalah yang dewasa..Aku sahaja yang mengenakan kebaya pemberian mak iz...cheewaaah...
Kedatangan family ku disambut baik..alhamdulillah.... tapi, aduhai,,anak buah ku pulak pecahkan cawan...nasib baik takde pape jadi..adatlah anak-anak kecil yang sentiasa excited beraya kan....tapi apapun hatiku berdebar 1001 rasa...aduyaiiii...auuuwwwww
12 September 2010- Kami sekeluarga bertolak pulang ke rumah. Tapi singgah sebentar di Sedili untuk ziarah nenek Bunga (mak abah) yang tinggal bersama-sama sepupu kami di sana. Kami dijamu Laksa Terengganu.. Memang superb beb... Kuah guna ikan fresh dan mee dibuat sendiri oleh akak sepupuku.... Selepas asar barulah kami bertolak pulang... Singgah sebentar di Kota Tinggi beraya dirumah mertua pak ngahku pulak... Memang beraya sakan lah hari ni..kepenatan dan keletihan...huhuhu
13 September 2010- Haaa...hari ni aku join kawan-kawan sekolah lamaku beraya.. Berkonvoi dalam 6 buah rumah lah macam tu..pun meriah gak..ada yang lebih 10 tahun tak jumpa pun ada..jumpa-jumpa sahaja ada yang dah bekerja, bekereta....alhamdulillah.....dari satu rumah ke satu rumah kami pergi...riuh rendah rumahnye..samapaikan tuan rumah takboleh nak kata apa... Rumah terakhir adalah rumahku..tepat kol 11.45 mlm semuanya bersurai dan tamat...Tahun depan kita konvoi algi yer kawan-kawan.....i'll wait...
Beraya Di rumah Asiyah |
Rumah Azilah |
Rumah Noridah |
Rumah aku ler....hihi |
14 September 2010- Sedang asyik makan tengahari di rumah, abah mendapat panggilan telefon dari kampung,, kami dapat berita bahawa arwah toksu telah kembali ke rahmatullah.Jadi, balik semula ke Mersing hari itu juga,,kami mengambil masa dalam dua jam perjalanan. Salam takziah pada ahli keluarga toksu dan harap semuanya tabah dengan pemergian atok sedara kami itu..Al-Fatihah... Semoga roh arwah tok su ditempatkan di antara orang-orang yang beriman dan di berkati Allah s.w.t.
Kebetulan selepas majlis pengebumian arwah, sempat kurakamkan pemandangan indah di sekitar pantai air papan yang berhadapan dengan tanah perkuburan toksu......
Sebelum bertolak pulang kami singgah di pantai teluk buih...Abah beli ikan parang..fresh dan terbaek dari laut....separuh untuk lauk di rumah dan separuh lagi abah jual dengan kawan-kawannya...alhamdulillah,,,memberangsangkan....
to be continue.........
No comments:
Post a Comment