Salam ingatan satu malaysia pada semua...
Erm,,,tiba-tiba saat ini, malam ini, hari ini,, aku nak berbicara tentang cinta, tengtang hati dan tentang jodoh.
Kenapa?? Mengapa???
Semuanya tercetus selepas aku mendapat tahu akan kisah salah seorang sahabat baikku bakal disunting oleh seorang jejaka yang sememangnya disayangi olehnya sejak dahulu..Jejaka yang pernah melukai hatinya.. Namun sedikit pun tak pernah membuatkan hatinya benci dan dendam.. Itu yang membuatkan aku kagum pada dirinya.. walaupun airmata sudahpun banyak mengalir namun, dia tetap tabah melalui hari-harinya...
Masihku ingat ada satu hari, dia menangis kerana merindui jejaka itu, dia menangis kesal akan apa yang jejaka itu pernah wat. Jejaka itu seakan tidak menghargainya, memainkan perasaanya yang tulus suci menyayangi dan mencintainya... Aku sekadar mendengar dan menenangkannya.. aku tahu betapa pedih perasaannya di kala itu, kerana aku eprnah jua mengalaminya..... Cinta, di kala ia berbunga wangi, kita akan dibuai mimpi leka akan harumannya,,,,NAMUN, bila ia layu,kita sedih dan kecewa bagai dipanah duri bunga itu..
Walau satu persatu lelaki datang menghampirinya, dia tetap batukan hati. Bukan kerana membenci lelaki, bukan juga kerana serik untuk bercinta. Namun, semua itu kerana, hatinya masih lagi terkunci dan kuncinya masih pada jejaka itu walaupun jejaka itu telah campakkannya ke tepi. Dia tetap tabah dan berdoa pada Yang Maha Esa agar ditunjukkan jalan dan kurniakanlah jodohnya yang tepat... Aku kagum dengan temanku itu, kerana dia tidak pernah membalas balik apa yang telahdilakukan oleh jejaka itu.. kerana ada sesetengah di antara kita yang akan membenci dan berdendam setelah dikecewakan. Malah orang lain yang menajdi mangsa.. mereka tidak kisah asalkan mereka puas dan semuanya terbalas..
Aku juga tidak faham bila ada diantara kita baik lelaki mahupun perempuan,, bila sudah ada pasangan yang begitu setia, menyayangi, jujur dan ikhlas.. namun, tetap jua mencari orang lain. Apa orang kata, TEMAN TAPI MESRA, KEKASIH SEPARUH MASA dan AKU SCANDAL... Yelah,,seolah mereka tidak bersyukur dengan apa yang dah dimiliki... Ada yang memberi alasan untuk browsing someone better.. if you want to find someone better, you should not make a promise with them.. It is really really not fair.....
Berbalik pada kisah temanku,,,setelah beberapa tahun mereka lost contact... Alhamdulillah, the guy appears so sudden.. She is excited but still afraid on what had happened before. temanku cerita padaku,, dan aku kata kan padanya,,,,,,
Why not u give him a chance...? maybe he really wanna back with u... Mungkin Allah dah kabulkan doa2 kau selama ini.. dan mungkin ini bayaran atas apa yang kau lalui sebelum ini temanku.... Untuk lebih tenang dan yakin,, kau buatlah solat sunat dan doalah... Jika hati kau mudah untuk menerimanya kembali,,mungkin ini petunjuk bahawa jodoh kau memang dia...Minta lah tolong mama dan ayah kau wat solat istikharoh sekali.. Mungkin kali ini dia benar-benar berubah dan akui kesalahannya... dan mungkin dia baru sedar bahawa kau adalah yang terbaik untuknya......(itulah antara kata-kataku padanya....)
Now,,,alhamdulillah... Jejaka itu telah datang ke rumahnya bersama keluarga.. Yessss... Aku turut bahagia dengan berita itu.. Sesi risik-merisik telah berjalan dengan lancar..kedua-dua pihak menerima dengan tangan yang terbuka... Aku mendoakan kebahagiaanmu wahai temanku... ku harap setiap dukamu pada masa lalu akan hilang dek kerana masa bahagia yang bakal kau lalui kelak..InsyaAllah,, niat yang baik sentiasa diberkati..
Kesabaran mu berkahir dengan satu kisah cinta yang gembira..it was a love story then... setitik air mata yang mengalir ke pipi, tidak akn bermakna selamanya kita menangis... oleh sebab itulah adanya pepatah,, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...langit tak selamanya mendung, kadangkala hujan yang turun akan bawa pelangi yang indah untuk mengubati kegelapan awan gelap tadi....hurmmm...
Semakin kuat aku sekarang ini bila kulihat temanku kembali gembira dan bahagia... Maka tidak salah lah akan tindakan ku selama ni..aku akan terus bersabar dan berdoa... Moga aku juga bakla mengikuti jejak langkahmu wahai temanku...insyaAllah....
"C.I.N.T.A"
"Janganlah sesekali kita tamak menagih cinta manusia..."
"Sedangkan cinta pada Illahi juga masih tidak mencukupi.."
"Kita dicipta untuk dicintai dan mencintai dengan ikhlas...Jika kau beri dengan keikhlasan maka kau juga akan menerima yang sama" |