Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)
Kenapa masih ada insan yang malas nak berusaha? Dah nampak kesusahan di depan mata pun masih lagi tak sedar-sedar. Kadang tak faham bila tengok. Sudah berbuih mulut-mulut insan yang perihatin menegur tapi masih macam tu. Bercakap macam mencurah air di daun keladi. Bila susah mula menagih simpati orang, bila senang, dudk goyang kaki macam kesenagan itu akan kekal bertahun-tahun lamanya.
Itulah orang kata. kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah berumur dan berusia, kita cakap banyak pun tak guna. betul kata orang kalau umur tu dah 40 tahun tapi masih belum berubah dan ada kesedaran. alamatlah makin terus alfa dan macam tu lah sampi ke mati. Nauzubillah!!!!
Hurm...ada macam-macam symptom orang yang malas berusaha ni. Antaranya adalah:-
Hanya duduk berdiam diri dan menanti rezeki datang bergolek. Memang rezeki telah dijanjikan untuk setiap orang namun kita harus berusaha untuk mendapatkan nya. Ni tak, ada sesetengah nye yang tak habis-habis pegang pepatah "Ulat pun boleh hidup dalam batu". Itu ulat, tapi kita ni manusia ada kehidupan yang lebih luas dan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Ada pulak yang tak habis-habis menghabiskan harta mak bapak. Tapi untung pada yang sememangnya diahirkan dalam keluarga yang berada dan beruang kan. Tapi lama kelamaan lingkup jugak harta mak bapak kalau gasak dimintak untuk benda yang bukan-bukan sahaja. Hart segunung pun boleh habis dalam masa seminggu takpun sehari. Who knows??? Tapi macam mana pulak kalau yang dapat keluarga sederhana. Mak dan ayah bertungkus lumus mencari duit, tapi anak??? hanya duduk berserah jek. Ada yang lai teruk bila sudah berkahwin, habis di bawa anak isteri ke rumah mak dan ayah untuk menumpang. hishhhh... cuba tengok orang luar datang malaysia, molek dorang bekerja halal. Jadi buruh binaan, kontrak jalanraya, jual burger, menjaja dan macam-macam lagilah. Orang kita malu nak buat semua tu. Memilih melebih-lebih..
Kita sellau dengar, orang yang berusaha akan selalu berjaya!! so, fikir-fikirkanlah....
Salam satu malaysia....
Hye lama rasanye tak menjengah blogger lain apatah lagi menulis di blog sendiri. Al maklumlah tengah cuti kat rumah. internet acces takde..dulu ade streamyx tapi sekarang dah takde dek kerana membazir. Ia hanya di guna bila saya pulang bercuti..se;ebihnya terbiar.. monthly payment still kena bayar...kan rugi namanya tu. Ni pun tengah berangan-angan nak beli broadband sendiri, tapi bila kenangkan monthly payment, termenung jugak...hehehe...wat sementara ni haya menumpang broadband my sister, tu pun jika dia ada pulang ke rumah...
Okay,,kali ni saya nak corat coret sedikit mengenai sifat manusia yang saya rasa ada pada setiap orang did unia ini. Cuma tahap nye sahaja yang membezakan antara satu sama lain. Setiap orang ada perasaan kedekut, cermat, waspada. sayang dan juga sewaktu dengannya. Betul tak??
Kedekut,,, sifat yang paling ditakuti bila ada orang yang labelkan kita kedekut. tahap paling tinggi bagi sifat ini ialah "bakhil". Bakhil ni memang paling teruk saya rasa. Sifat kedekut yang melampau sehingga menyusahkan orang lain. Bak kisah dalam cerita P.Ramlee tu, hj.bakhil yang kedekut untuk menderma pada anak-anak yatim kerana takut harta yang dah sedia banyak itu berkurang walhal sedangkan dia tahu hanya dengan menderma hartanya itu akan bercambah dan lebih diberkati.
Cermat pula...adalah satu sifat yang kadangkala membawa kepada kebaikan dan kadangkala membawa kepada keburukan. Membawa kebaikan bilamana kita beringat dan berhati-hati dalam membuat sesuatu. Contohnya, bagi seseorang yang suakr mendapatkan wang, sekali mereka mendapat wang dan membeli sesuatu barang. Mereka begitu cermat menggunakan barang itu kerana mereka fikirkan bahwa sukar untuk mendapatkan wang. dan kalau tak kerana usahanya, mungkin mereka tidak dapat peluang untuk memperolehinya. Ini adalah bagus kerana memupuk sesoranga itu menghargai sesuatu dan berjimat cermat. Jika membeli kereta, dia menyayanginya dengan selalu membasuhnya, memandu dengan berhemah. bukankah itu satu kebaikan????
Akan tetapi perlulah berhati-hati kadangkala sifat cermat ini boleh mendorong kita kepada sifat kedekut. Bagaimana? Begini...
Pada mereka yang berkemampuan, sifat cermat yang mereka ada akan mendorong mereka pada sifat kedekut. Sifat yang terlalu menyayangi kebendaan dan berhati-hati contohnya...dek kerana menyayangi kereta nya. seseorang itu gagal memberi pinjam kepada jiran yang memerlukan kereta untuk menghantar anak yang sedang sakit ke klinik. kerana dalam fikirannya, takut jika kereta itu accident ke, takut anak jirannya itu termuntah dalam kereta ke..macam-macam lah kalau dah berjimat yang melampau dan secara tidak langsung terjerumus dalam kancah kedekut...hehehe...
Tapi kadang kala kita tak boleh nak menyalahkan orang-orang yang bersifat cermat dan beringat ini... Mereka mungkin jadi begini kerana sifat-sifat orang yang berada di sekelilingnya. Ada sesetengah orang yang cuai, mengambil sifat endah tidak endah, tamak dan macam-macam lagi. Contohnya, ada orang yang lebih berkemampuan dapat membeli barang itu dan ini, tapi dek kerana sifat cuai dan tamak... akhirnya memakan diri dan emmbuat diri sendiri yang rugi. Inilah sifat manusia kan??? Ada juga yang suka meminjam-minjam tapi tak pandai nak jaga. Pakai seolah-olah barang tu dia yang punya dan dia yang beli. Itu adalah satu sebab mengapa si tuan empunya barang dari menjadi seorang yang pemurah dan jimat tiba-tiba menjadi seorang yang kedekut....hurmmm....boleh jadi juga ni..
Layakkah aku untukmu???
Malam ini,,jauh ku renung sinar rembulan di langit..
Cantik bulan itu, cerah dan penuh menawan..
Hati ingin pula pergi ke bulan...
Sehingga kini...
Detik ini...
Tetiba hati ini berkata..
Kurasakan bagai ada sesuatu..
Hati ini gusar..
Layakkah aku untuk dirimu...
Dapatkah aku memenuhi segala kemahuan mu?
Dapatkah aku mengikut segala katamu?
Dapatkah aku mengikut setiap gerak geri dan langkahmu?
Kadangkala, mahuku bukan mahumu..
Namun kugagahkan jua menyelaraskannya...
Keranaku mahu kita kekal bersama selamanya...
Namun kutakut, kau gagal menerima kekuranganku...
Owh tuhan...permudahkanlah segalanya untukku..
Satu persatu langkah ku lalui,
Satu persatu tangga ku naiki,
Satu persatu halangan ku lawani,
Semuanya demi cita dan cintaku...
Dari tiada dan kepada ada..
Semuanya dilalui bersama.......
Tidak pernah ku kesal..
Segalanya kuterima dengan penuh redha..
Kerana itu ku tetap dengan pilihan ku...
Nekadku dan Nazraku....
InsyaAllah....
Hari ni, aku ke putrajaya bersama temanku ku Kak Laili.. Kami berdua bersama-sama memegang biasiswa SLTP. So, hari ni kami pegi menghantar by hand surat tamat belajar bagi tujuan penempatan kerja nanti. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terpegun melihat kecantikan bangunan-bangunan kerajan gah tesergam indah. Keunikan senibinanya mencuit hatiku ini... Hebat juga arkitek-arkitek tempatan dan juga yang paling utama, memang berbaloi idea asal Tun Mahathir membina Putrajaya ini.
Kesemua badan disatukan menjadikan segala pentadbiran kerajaan menjadi lancar dan cepat. Keindahan masjid besi juga amat menarik. InsyaAllah, jika berkesempatan aku ingin ke sini lagi...aku ingin berjalan kaki sahaja menikmatinya...hehehe...(larat ke??)
Pergi menaiki kereta dan kupulang dengan perkhidmata awam pula...hehhe...Dari stesen komuter UKM, kusendiri melayan hati ke KL Sentral. Dari KL Sentral ku membawa hati ke Gombak dan akhirnya tiba di UIA. Namun di terminal putra td, sambil tunggu bas rapid 231 tu,. aku sempat berborak dengan stranger. Seorang wanita cina berumur lingkungan awal 40an.. Perbualan yang agak menarik. Ia bermula dengan pertanyaan nombor bas...
Wanita itu menyuarakan pendapat dan kesalnya akan perkhidmatan bas awam yang tidak sistematik. Ada betulnya juga tu. Katanya bas yang datang tidak tepat pada waktunya menyukarkan urusan orang. Ada yang terlewat untuk ke temujanji dengan client. Hari ni dia hanya guna kan train. Selalunya dia gunakan kereta, olehkerana tempat untuk dituju adalah tempat yang terkenal dengan jem teruk. Dia berhasrat gunakan train dan bas sahaja. Tapi akhirnya harus menunggu lama...haiiii...kesiann..
Dia kata masyarakat perlukan bas yang banyak dan mencukupi untuk ke satu-satu destinasi. Ini tidak, kadang hanya satu dua buah sahja yang berulang alik berjam-jam lamanya. Elok jika setiap satu bas akan tiba ke tempat-tempat dengan waktu yang konsisten seperti setiap 20 minit ke. Ia lebih memudahkan para penumpang untuk anggar masa. Hurm...betul juga lagi...huhu..
Aku bercakap dalam hatiku..
"insyaAllah, jika aku dah jadi menmteri pengangkutan nanti akan ku perbaiki sistem pengankutan awam negara..." hehehehe
Hye semua...apa khabar?? Lama sangat rasanya tak berblogging.. Cuti lama di kampung tiada internet connection. Walauapa pun cuti yang amat menyeronokkan.. Tenang dan damai..tiada hirup-pikuk kebisingan kota dan masalah2 yang membelenggu jiwa..Alhamdulillah...
Kali ni saya sempat mengemaskini blog ni,, terima kasih pada yang sudi melawat blog saya ni dan meninggalkan komen.. Komen-komen anda amat dihargai sekali. Kalau boleh teringin pula jadi seperti "Hanis Zalikha"...hehe..layakkah saya??? Hari ni saya berada di UIA. Ya Allah, terubat sedikit kerinduan pada Campus Life yang telah saya habiskan beberapa bulan yang lalu. Rindu pada kuliyyah, kawan-kawan, pensyarah dan macam-macam lagi yang mana selalu saya lakukan rutin harian sebabgai Siswi UIAM ini.
Sepanjang hari ini saya siapakan "Clearance Status" as graduating student. Dari ofis mahallah (hostel), ke Kuliyyah Economics, kemudian ke Admission & Records (A&R), ke finance, ke SDEV dan ke CCAC. Fuhhh....tapi memang seronok sebab ade je terserempak dengan kawan-kawan.Rindu mereka!!!!! Kemudian sebelum balik singgah ITD jap untuk online sebentar...
Betul kata orang, bila sesuatu itu dah tiada, kita mula merinduinya dan mula untuk memikirkannya.. Itulah yang saya lalui setelah tamat belajar.. Esok, saya akan ke Putrajaya pula untuk uruskan surat tamat latihan belajar ke Pejabat Biasiswa. Bila sudah laporkan tamat belajar, saya sudah layak untuk bekerja. jadi tunggu saja panggilan posting dari mereka dari masa ke semasa,,Hurm..sudah tiada lagi campus life..lepas ini mungkin hidup bakal berubah dan penuh dengan halangan dan cabaran yang lebih mencabar. harap dapatlah saya tempuhi dengan baik..InsyaAllah..
"Hasbunallah wa nikmal wakeel....."
Okaylah,,nanti sambung...tekak rasa haus lepas berjalan-jalan ke hulu dan ke hilir. Nak pegi minum dengan Kak ana jap..hehehe..jom jemput semua minum petang,.,.
Find a job?? tired to go here and there find it?? I have the link here. Let us try it together....
KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA MENAWARKAN JAWATAN KOSONG
Pensyarah Separuh Masa
Berpendidikan dalam:-
1. Bachelor in Finance with Master qualification in Accounting & Finance or MBA
2. Degree and Master qualification in Economics - specialized in Econometric & Applied Statistics
3. Degree in Accounting & Finance
4. Degree in Business Admin / Management
Hantarkan resume ke alamat:
Kolej Islam Antarabangsa
No 1, Jalan 31/10A,
Taman Batu Muda
68100 Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Azira Ujod di 03-61876900
03-61876900
03-61876900
03-61876900
03-61876900
ext 330 atau
Noraini Abd Hadi ext 301
PROGRAM FINANCIAL SECTOR TALENT ENRICHMENT PROGRAMME (FSTEP)
Program FSTEP ini dibangunkan bagi menyediakan kumpulan kerja yang high talent and berkaliber tinggi dalam industry perkhidmatan kewangan. Program ini merupakan program
intensif selama setahun yang member penekanan kepada 4 bidang perbankan dan insurans iaitu conventional banking, investment banking, Islamic banking and insurance dan takaful.
Syarat permohonan program FSTEP adalah seperti berikut :
(i) Program ini dibuka kepada Graduan daripada university awam dan swasta yang diiktiraf dalam mana-mana bidang pengajian (contoh : sains, perakaunan, perniagaan,Kejuruteraan, ekonomi dan sebagainya;
(ii) Graduan perlu memperolehi CGPA 3.25 ke atas sahaja dan adalah warganegara Malaysia.
Graduan yang terpilih untuk menyertai program FSTEP akan menerima elaun sebanyak RM2,200 dan mendapat pembiayaan perubatan dan insurans. Graduan tersebut juga akan
Didedahkan kepada alam pekerjaan sebenar di industri kewangan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk diserapkan sebagai pekerja tetap ke sector perkhidmatan kewangan.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program di atas sila isi borang dengan melayari sesawang di www.fstep.org.my atau anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi
Mr. Lee Khee Joo / Dr. Chin Nyuk Sang di talian 03-2031 4954 / 016-383 6198 atau emel kheejoo@fstep.org.my / chinnyuksang@fstep@org.my.
Hari ni,,16hb November 2010 adalah detik terakhir ku di UIA. Hari ni aku bakal meninggalkan UIA dengan gelaran graduating student. InsyaAllah, jika tiada apa aral melintang. Hati bercampur baur sedih dan gembira. Pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap. Usai solat subuh ku duduk di birai katil menghala ke tingkap. Ku selak langsir dan ku buka tingkap itu....Masih gelap di luar, namun sudah ade garisan2 jingga di langit menandakan subuh bakal habis. Hurm..ku menghela nafas panjang. Tanpa ku sedar air mata ku mengalir.. Ya Allah, selama hampir 6 tahun aku bersama UIA, hari ini aku akan berpisah dengannya. Satu tempat yang banyak mengajarku erti kehidupan dan menjadi seorang insan. Makin laju air mataku.. Terbayang satu persatu wajah teman-teman rapatku... Aku bakal merindui mereka semua.....
Hostel kesygan.....Mahallah amienah
Sobrina: Kau juga senasib denganku. Kita last sem di sini. Sedih sangat bila tak dapat jumpa untuk kali terakhir semalam lepas habis exam. Walauapapun kau tetap terbaik sob. Thanks for being my friends since we're in matriculation. Kau banyak tahu suka duka hidup aku. Aku janji akan datang umah kau sebelum majlis berlangsung.......
Wina n Aleen: Thanks sangat korang sudi jadi kawan aku ke hulur dan ke hilir kat UIA ni. Kita start rapat pun sejak di UIA Gombak ni. Dulu di Matriculation hanya bertegur sapa biasa. tapi kini, kita boleh dikatakan close-friends. what ever pun thank sangat melayan karenah aku ni. Macam-macam ragam aku ni kan???? Thanks korang sudi datang tengok aku sebelum balik. Aku sibuk nak join korang keluar, so tak dapat nak join selalu, tapi korang still okay with me..Thanksss.... Korang tetap di hati aku. Nanti aku datang UIA settlekan urusan graduation, kita lepak-lepak lagi kay.
Ada: Thanks jugak kat ko. Ko je aku rasa kawan sekepala, satu gang dari matrik yang tetap bertahan dengan aku sampai sekarang. Dulu, masa first year kita selalu buat semua benda satu gang kan... tapi sekarang, ramai dah buat haluan masing-masing. But, i really miss that moment.. Tapi apapun,, ko tetap comel dan paling sweet. hehehe...bila aku marah ko pun sabar je kan. Ko selalu cakap "Mu ni bekeng la weii"...hahaha... Ko selalu ajak aku study sama walhal kita berlainan major. Kita pegi study kat library.. Thanks dear.... Nasib kampung aku dekat dengan rumah ko, satu daerah. Lepas ni boleh jugak jumpa-jumpa kan.. lepak kat warung pak long a.k.a abah ko..huwaaa...sedey nyer...
Kak Cuna: Thanks jugak banyak tolong aku. Bawak pegi jejalan, pegi karaoke, pegi makan-makan. Kak cuna pun comeyyy...tak semput nak berpeluk cium semalam kat bonquet lepas exam. hati terlalu sedih sebab paper last susah..huhu...nanti kta jumpa lagi yek. Thank kadang-kadang ada tolong ajar subjek yang tak faham thanks sebab tolong bisnes aku..huhu..beli tudung dan selendang...hehe...Kimsalam dak umie dan dak ayu.. thanks semua..korang aku kenal dari matrik lagi, memang gila2 tapi behave,,,thanks semua..love u...
Pu3: thanks sebab study dengan aku dan berkampung kat bilik aku. I'll we miss u lalink. Kita pernah sebilik dulu di matriculation. aku sangat rindu saat itu. kita memang serasi. aku doakan semuanya akn kembali sedeiakala. be strong pu3..kau memang tabah,,,nampak strong walaupun ada masalah. aku respect kat ko. lepas ni da takde masa kita nak study sama2, pilih satu subjek sama2. tapi kau tetap kawan aku.. antara kawan terbaik aku... jangan lupa aku kay. pape just text me..i'll always there..
Dan pada yang lain-lain jugak, Fizi, Jep, Amani, Farah, Hanim, Eija, Sue, Syaza, Joe, Reza, Ahmar, dan nama2 yang tak tersebut tu mintak maap. air mata ni dah berjurai-jurai. minda rasa beku... aku sayang korang suma, Jangan lupa aku ye. Harap kita semua jangan lost contact. walau ada dari kita tak rapat sangat, tapi korang kadang lebih banyak luangkan masa bersama aku. Pada rakan-rakan yang sedikit sebanyak tolong aku dalam pelajaran dan dalam hal lain. Hanya Allah dapat membalasnya. Aku nak mintak halal degan korang semua, kalau aku ada buat silap dan salah selama kita berkawan. Halal makan minum, tunjuk ajar semua, apa2 yang terguris, terpakai, termarah dan semualah.. Aku sentiasa doakan kejayaan korang. Nanti jumpa di konvokesyen kita next year yek. masa tu nanti aku nak possing banyak-banyak denagn korang. THANKS AGAIN....XOXO
Pada rumate-rumate yang baik dan sporting, thanks korang. Thanks bawak amoy kuar semalam pegi makan pizza. Akhirnya dapt jugak makan pizza kan?? thanks for d sweet picture, sorry takde bagi pape pun kat korang. InsyaAllah, next time i'll come with something to u. Memang best sebilik dengan korang, rasa macam sisters. Makan sama-sama, chit-chat sama-sama. Thanks sangat.. Amoy takkan lupa saat2 ni...Paling best masa kita keluar pegi karaoke hari tu... Anis n hajar, thanks yek, selalu melayan amoy kepoh-kepoh, syira thanks yek bagi pinjam pakai laptop tengok movie. Kita selalu berdua kat bilik kan. hehe..di tinggal oleh hajar dan anis.. Thanks to Allah dapat kenal korang. Memang seronok.. thanks lagi...sedihnya...tak sempat nak kenal korang lebih lama lagi...huwaaa...lagu raya keluar pulak kat radio sekarang ni. Amoy masih di bilik D 2.6.. hiba sangat....halalkan makan minum amoy yek yang mana terkurang, terlebih, termarah, ter'emo, tercuit, ter apa2..mintak maaf yer... Nanti keep in touch wokay...muahhhxxx
Okay lah, nak bersiap-siap dan angkat barang ke bawah. Lepas tu nak pegi check in bilik for the last time. Sekejap lagi M.I akan sampai dengan Myvinye..Tak sempat nak abadikan kenangan kat UIA ni. Aku akan datang lagi..UIA tetap di hati......
Ya Allah, kau berikanlah pertolonganMu padaku. Berikanlah aku kemudahan dalam pelajaranku. permudahkanlah urusan ku... itu adalah antara doa-doa yang sering kutitipkan dalam solatku.
terasa seakan tak percaya. hari ini, adalah paper terakhirku dalam sem ni. paper terakhir untuk menggelarkan aku sudah tamat belajar. Namun, aku tetap menanti keputusan exam keluar bulan depan. harap semua akan okay.. ramai yang ku lihat keluar dengan senyum lebar dan riak kegembiraan. namun aku, seolah-olah takde perasaan. Aku rasa speechless dan heartlesss.....
paper terakhir dan paper yang paling sukar bagiku. Investment Analysis.... Mungkin silapku yang study lambat. Preparation di saat akhir....Balik sahaja bilik, air mata ni bercucuran takut aku tak dapat melaukan yang terbaik. Thanks sangat pada Zai, Pu3 dan Yana teman aku study berhari-hari. Aku doakan korang pun lulus dengan cemerlang ye. Amin.....
Thanks pada mak dan M.I yang memahami dan bagi semangat. Aku menangis-nangis mengadu.. haha...bila diingat kembali macam kanak-kanak lah. tapi itulah, aku rasa ralat tak dapat perform. Aku berjanji nak graduating dengan keputusan yang memberangsangkan dan membanggakan mak dan abah. tapi aku takut aku tak dapat melakukannya..
Tapi betul kata mak,, "takpe ti, mu dah usaha, doa dan tawakal pada Allah. Rezeki tetap ade sebab Allah dah janjikan setiap orang tu rezeki dia. Yang penting kita dah usaha. Takpe, mu dah wat yang terbiak.." Thanks mak. sebba memahami dan selalu buatkan solat hajat untuk siti setiap kali tengah exam. love u so muchhh...
sambung balik...
Balik je bilik,, aku kepoh-kepoh dengan syira.. rasa lega kalau kita meluahkan persaan kita kat orang kan??? kurang sikit ketakutan dan kesedihan. Thanks syira sebab layan amoy kepoh-kepoh..pot pet put pit...hehe... Then, aku baru ada semangat nak kemas barang untuk pulang esok hari. sikit-sikit ku kemas.. Mula dengan buku-buku ilmiah ku, pakaianku... sebak je rasa dalam hati....
Dalam pukul 4.30 ptg,, aku keluar dengan rumate-rumate ku.. pegi makan pizza okay.. Alhamdulillah, aku enjoy dan dapat lah release tension sekejap.. thanks ye semua.. thanks kat hajar dan anis sebab datang balik UIA hari ni. Bawak amoy n syira jejalan.hihi..thanks for the picture...cantik sangta.. akan ku abadikan kenangan kita di hati bukan sahaja di potret...chewaah..ayat..touching tak??? tapi korang memang best lah...rumate yang memahami, fun dan sporting.
rumate2 ku de 2.6
Lepas je makan, aku balik bilik. sambung mengemas...wah,,,banyak lagi barang aku.. mesti M.I marah ni nanti, jangan tak muat kereta dah la yekkk...hahaha..lepas je maghrib,, hajar dan anis balik..wah sedihnya...sangat touching but i'll try to be strong, x mo nangis...huhu...pastu syira pulak lepas insyak...tinggal lah aku keseorangan...huwaa..
Then, aku lepak dengan Amani kat cafe aminanh. kepoh-kepoh untuk kali terkahir ni..lepas ni dah takde masa nak lepak-lepak macam ni selalu..Thanks Amani belanje amoy air jus tembikai..hehehe..lama jugak kan kita lepak2..dekat kol 10 lebih. thanks jugak sebab sudi jumpa amoy sebelum balik... good luck ye study. jangan stress sangat tau..i know u can do it babe....=)
hurmm...pe lagi aku nak melalut ni yek??mata dah mengantuk kepenatan mengemas barang, mengemop,,,..
ni la segala brg yg akn dmuatkn dlm keta M.I nnt
tu jekot..nak tido lah, nak menghargai waktu tido di katilku di bilik kesayangan ku ini..huhu..kay...nite..
Handphone a.k.a telepon bimbit kesayangnku sudah mengalami gangguan kesihatan yang sangat kritikal. Memandangkan keadaan persekitaran yang sangat stress di alami oleh aku sebagai pemiliknya, telepon bimbit ini seakan mengakami reflection dari aku. Hurm,,kekecewaan dan kesedihan sedang menyelubungi diri ini...
Ni lah dia hadiah w705 pemberian oleh M.I,,wallet tu his mom yg beri
detik bermulanya ketidakseimbangan hormon w705 aku ni sewaktu aku study group di econs. tengah kelam kabut nak reload topup,, baru saja jari jemari ku yang montok ini mendail *112,, W705 ini telah hang dengan sekelip mata. Skrin hanya berdiam diri kaku, lesu.. Haish,,,aku pun tanggalakn bateri.. try on balik.....
Zassss!!!!! Network searching tak sudah2!!.. Tukar simcard lain..pun sama jugak... Haissehhhh man,,w705 gagal untuk bertindak balas dengan cip simcard. Yang peliknya..on off boleh, tangkap gambar boleh, dengar lagu pun boleh..so ape kah puncanya itu????
terbaru..lagi menyayat hati..malam tadi,,tetiba aku on,, boleh lah on.. tapi still searching network..tup2,,low bateri...aku pun charge..Tapppp!!!
"Your batery cannot be recharged. Please use Sony Erricson batery"
Wah, sungguh suci statement itu...ape lah masalahnye kan...aku tukar bateri dengan rumate aku pun, same gak..dia pakai bateri w705 tu okay lah pulok..tp masuk bateri dia kat w705,,still kua statement suci tu jugak...
Apakah ertinya??Perlukah aku beli baru?aku syg giler kat ko w705....!!!huwaaaaa
Baru jek setahun kita bersama kot...
Kalau betulkan,,adekah potensi kau akan kembali sedia kala????
HYE sumer...kali ni tetiba nak share post pasal giveaway dr MelRomeo ni..selalu tengok orang lain asyik dapat je post2 macam ni,,y not aku nak try sekali,...kot2 bertuah,,xpernah lagi dapat pape sepanjang berblogger dekat setahun lebey dah ni..hehehe...so kawan2 yg mana aku tag tu,,harap2 leh lah reply balik tag ni yer....
4hb November 2010- Hari ni paper ke2 ku. Hurm..not bad..Exam boleh lah jawab berkat usaha, tapi selebihnya kuserahkan pada madam untuk menanda. Mudah-mudahan dengan iringan doa, Allah permudahkanlah segalanya. Nampaknya, tinggal lagi 3 paper lah. Paper IF 7hb, Paper CF 11hb dan IA 15hb. Lepas tu habislah.... Hari demi hari, debaran kian terasa. Terasa makin singkat masa berlalu, tinggal beberapa hari, beberapa jam, beberapa minit dan saat sahaja lagi aku berada di taman ilmu dan budi ni. Terasa berat hati pula..
Mungkin ada antara teman yang berkobar-kobar nak habis exam. Nak balik umah cepat-cepat untuk menemui keluarga, rakan yang tersayang. Tapi bagi ornag yang macam aku, yang dikatakan dah final sem ni, terasa sayu, kalau boleh nak berada sedikit lama di sini. Rasanya belum cukup masa lagi untuk menimba pengalamn di sini. Tetiba terasa berat hati untuk melangkah pergi keluar dari kepompong yang ku diami selama ini. Kepompong yang melatih aku berdikari, mendidik aku menjadi seorang insan, mengajar liku-liku hidup seorang mahasiswi dan juga seorang muslimah. Aku seakan takut untuk berada di dalam kepompong baru selepas ini, kepompong yang mana mungkin lebih mencabar dan lebih rakus dalam perjalanannya.
Prakata:
Ni lah dia, CENFOS IIUM...the gate of garden knowledge and virtue
Teringat kembali detik-detik permulaan ku melangkahkan kaki ke Matrikulasi UIA di PJ. ataupun pagar taman ilmu dan budi..hihihi...bahasa omputihnye, THE GATE OF GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE .Di situlah bermulanya kehidupanku sebagai mahasiswi. Pertama kali aku meninggalkan rumahku dan pertama kali hidup berdkari di asrama. Semacam tidak percaya, aku berjaya menghadapinya. Alhamdulillah, di situ aku mula belajar untuk mencuci pakaian sendiri guna tangan, nak pakai fasiliti dobi sedia ada, bimbang takut wang saku tak mencukupi. Di situ juga aku belajar untuk bangun pagi, belajar menetapi masa. Belajar untuk menguruskan wang ku sendiri, mengehadkan perbelanjaan. Ingat lagi, ku hadkan menu juadahku, aku menjadi lebih kedekut untuk diri sendiri. Tidak berani untuk mengajar diriku bermewah-mewahan. Mungkin sebab tulah badan ku sedikit slim waktu tu...hehehehe
Ni AMF HALL. nilah tmpat ktaorg selalu exam. ade big event ke..tmpt regis mula2 dulu pun kat sini gak..
Teringat kenangan manis bersama teman sekelas dan juga teman sebilik. Putri dan Hanis adalah rumate yang paling serasi aku rasa. Tak pernah ada konflik antara kami. Alhamdulillah...it was a great moment to be remembered. Itu adalah tahun pertama ku di situ kongsi bilik dengan mereka. Makan bersama, study bersama. Ditakdirkan kami sebilik mengambil jurusan yang sama...so, kami ambil subjek yang sama, dan ada juga dapat sama kelas...memang seronok dapat pergi kelas bersama-sama. Memang terasa seperti adik-berdaik pulak, semua tu kenangan ketika di ROOM 710.. Kemudian naik tahun dua, aku bertukar rumate pula. Sebilik dengan Suu, Reen dan Lina. Waktu tu, aku dan Sue economic, reen dan lina engineering. Waktu tu juga fun, semuanya otak memang enjoy untuk penghuni ROOM 721...
ha,, yg sebelah kiri tu asrama aku..Mahallah Khadijah
Di sini juga,aku berpeluang mengenali dua orang pensyarah yang kurasakan seperti sahabat. Mereka yang ku anggap seperti kakak walaupun mereka sebenarnya pensyarah. Mereka yang terlalu baek, sporting dan juga inspiring. Namun, Allah lebih menyayangi seorang dari mereka. Arwah adalah bekas pensyarah subjek english ku. Kami tetap berhubung walaupun aku dah masuk ke main campus, Ada masa kami berchatting, ber-sms dan calling. Kami macam kawan, bertukar pendapat dan nasihat. dan yang paling penting, bila saja kau ade masalah dalam subjek language di main campus, aku cuba hubungi nya untuk memberi pandangan. Namun, aidilfitri tahun lepas, dia pergi meninggalakn ku dalam usia yang muda. Semoga Allah merahmati beliau. Terasa satu kehilangan bagiku. Tetapi pensyarah yang lagi satu tadi, aku sudah lost contact hampir dua tahun, dia seakan menyepikan diri. Kali terakhir aku berhubung dengan beliau untuk memintanya menjadi referee untuk permohonan biasiswa ku. Baru-baru ini jumpa di facebook, aku masih menunggu approval darinya...
Di sini jugak aku dapat menemui ramai rakan-rakan yang pelbagai ragam dan telatah. Kebanyakannya rakan yang rapat terdiri dari clasmate aku sendiri. yelah, bileh dikatakan setiap semester, classmate hampir sama ornagnya. Di sini, pelajar dalam kelas lebih mengikut nama. So, kebanyakan huruf yang berdekatan dengan namaku seperti R,W,S,P...kadangkala ada jugak tersesat M dan N..hahahaha... kawan-kawan rapat seperti Ada, Husna, Sue, Putri, Ieka, Fizi,Eja, Biah, Hanim, Iena, dan rami lagi lah.. tak dapat nak sebut lah.. tapi kehidupan di matrik dulu amat berbeza. Kami semua memang rapat dan kerap berjumpa. mungkin sebab matrik tak sebesar amin campus dan apabila di main campus ni, masing-masing dah bertukar major. Subjek yang dipilih juga tak semuanya sama. Kadang-kadang sahaja kebetulan sama.hurm....
Kemudian detik berakhir di situ kerana kami semua perlu berpindah ke main campus di gombak.......
akan bersambung---- THE GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE
Mereka,pernah hadir dalam hidupku,,suatu ketika dahulu....
Mereka adalah permulaanku dan menjadi platform yang mengubah hidupku...
Mereka pernah menyayangiku, menjagaku, mendidikku..
25hb Oktober 2010 ---- satu peristiwa yang tetap kekal di ingatan ku.. Perginya seorang yang kusayangi dari dunia ini menemui yang Maha Esa. Ya Allah, Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman, Kau jauhilah dia dari seksaanMU.. terlalu banyak jasanya padaku selama ini, dialah permulaan hidupku.. Sedikit rasa terkilan menyelubungi diri kerana tidak mengiringimu di saat-saat terakhir mu di dunia yang fana ini...
Dulu tergempar akan satu kisah,, seorang nenda yang sudah menjangkau umur 60an bela seorang baby kecil yang masih berusia 3 bulan. Betapa mulia hatimu...walau pangkatmu nenek bagiku, namun kau tetap ibu bagiku...
Masih segar tempoh ahri kita bertemu ketika syawal ke4. itulah kali terakhir daku melihatmu...mengucup dahimu..itulah kali terkahir aku membantu menyapu ubat di belakangmu... Malam pemergianmu, hatiku keluh kesah, fikiran buntu..seakan-akan mengerti kau ingin meninggalkanku... Pemergian to'ki dahulu masih segar dalam ingatan ku, namun kini, kau juga turut pergi mengikut jejak langkah arwah to'ki ke sana... Aku redha semuanya....
Mak...terimakasih kerana pernah menjaga saya. Siang dan malam tanganmu menghayun buaian itu. Kau terus melayan karenahku yang bermacam ragam. Kau dan to'ki seolah-olah ibu dan ayahku...Namun kini,, kedua-duamu telah pergi dahulu menemuiNYA dariku.... Segala jasa dan pengorbananmu takkan ku lupa..
Hanya doa, iringan ayat-ayat suci al-quran dapatku hadiahkan pada kamu berdua. Semoga kamu damai di sana di samping orang-orang yang beriman...Aminn...
4th November 2010 - english for occupational purpose
7th November 2010 - International Finance
11th November 2010 - Corporate Finance
15th November 2010 - Investment Analysis
Good Luck to all my friends either in UIAM or elsewhere, having an exam.... Man jadda wa jadda, man zaro'a hasoda...
Pada semester akhir ni, pelbagai kenangan pahit dan manis dapat ku lalui, semoga dapat ku akhiri nya dengan sejuta kejayaan yang penuh bermakna...Satu pengakhiran bagi satu permulaan bagiku selepas ini...
YA ALLAH, kau permudahkan lah segalanya untukku....
Akhir-akhir ni, fikiran rasa buntu, buku yang kuselak seakan mati lesu di situ,,,baris-baris ayat yang kubaca seakan berlalu terbang dek angin...hurmmm... Ya Allah,,kurniakanlah aku akal fikiran yang tajam seakan para cendiakawan islam..Tenangkanlah hatiku seakan para syuhada' di medan perang yang ingin menempur menegakkan syiar islam....Ya Allah, hanya padaMU ku bermohon,,dengan berkat usahaku, ku bertawakal padaMU yg Maha Esa..AMINNN...
Kebingungan yang amat mendalam dalam diri, tambahan gangguan emosi yang melampau, stress menggunung-gunung dikala exam ni..hurm,,,lantas aku ambik air suam untuk merendam kakiku. nak pergi spa untuk tenangkan diri lom termampu lagi..(teringin nak pergi, tak pernah merasa lagi..) huhuhu....
Air suam yang ku letak dekat setengah baldi, lalu kucampurkan sedikit garam untuk menghilangkan bau kaki. kemudian ku titiskan beberapa titik minyak zaitun untuk melembutkan kaki. Nah ko,,aku letak baldi betul2 dekat meja study, so petang ni aku study sambil kaki dapat kurendam dalam air suam. huhuhu,,,heaven lah kunun-kununyer...
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~
---- sumbagan dr slh seorg teman yg tag sy di fb....
Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥ by Irara Dira on Thursday, October 28, 2010 at 10:39pm
Hurmmmm,,hari ni. hati tersangat lah risau..risau akan seseorang yang aku sayang. seseorang yang baru hadir dalam hidupku 6 tahun yang lalu....
Semalam,aku dapat tahu dia jatuh tangga di pejabatnya..tangga tu licin sebab ada air..walaupun pejabat tu hanya dua@tiga tingkat,,tapi kesan dia amat dasyat gak lah kan..
Kalau setakat terseliuh sikit aku takde lah risau sangat. Tapi, apa yang aku dapat tahu, selepas si dia wat check-up dan x-ray,, bahu belakang kiri retak. Mungkin sebab hentakan kuat masa jatuh tangga tu.. Aduhaiiii....
Risau aku bila dengar..siang semalam ye lah,baru kene so dia tak terasa sakit lagi. Tapi aku tahu,,bila nak tido malam,,baru dia akan rasa penangan sakitnya itu...
Doktor bagi MC still jugak nak pergi opis..keje banyak katanye.. semua nya kene siapkan secepat yang mungkin. Ya Allah,,risaunye aku waktu tu. penat aku bebel sana bebel sini...tapi tu lah satu sifat yang aku kagum pada dia..
"Workaholic PerSoNNN..."
So,aku akur...dia nak keje jugak.. aku just pesan jangan buat keje berat-berat. jangan nak bergerak ke sana ke sini sangat. dia hanya jawab, "ye...ye....jangan risau...sikit je ni...esok lusa baik lahh"
Nak tahu kenapa aku risau sangat??
1)Sebelum ni dia pernah accident dan masuk ICU.. tulang dada depan patah.
2)Pernah jugak accident, kereta terbalik, 4 tayar naik ke atas. Tapi tak cedera.. (tu yang aku tahu,,yang aku tak tahu????haishhhh)
Badan dia tu dah selalu sangat jatuh..alahaiii..risau sangat-sangat..
Mungkin masa ni tak rasa lagi kesan dia..tapi dalam jangka masa panjang nanti..
Sakit tu mungkin datang balik dan mungkin become worst...nauzubillah....
Sebab tu dari sekarang kene jaga dan ikhtiar...
Malam tadi,, aku dengar suara dia mengerang tahan sakit... Tak sampai hati rasanya nak terus marah. Just make him calm down..Rasa nak meleleh pulak air mata ni. Terkenangkan mak dia yang tak tahu pape pasal berita ni. He's just pretend to be okay instead he is sick!!!
Opismate pun ramai yang tak tahu, hanya tahu jatuh tangga. Tapi tak tahu yang tulang tu dah retak!! Ya Allah, marahnye aku.. Mana taknya,, kalau orang tak tahu, orang akan keep giving him tasks.. one task,,two tasks...so many tasks... I know him very well..Tak pernah menolakkk...
Doktor kata, suppose kene simen,, tapi 6 bulan tak boleh wat keje. Tapi he refuse to do it.. So, just put bandage on it. but it takes time to recover and if not,,it could be worst..
hari ni adalah hari terakhir majlis konvokesyen di kampusku... aku gagahkan diri untuk kunjungi segala fair, stall yang ada.. insyaAllah ini sem terakhir.. saja unutk merakamkan kenangan-kenangan untuk diabadikan kelak..
Pegi jejalan kat Choc Fair at Kaed dgn Syaza dan Sob
bermula ke choc fair di kaed building.. pelbagai jenis chocolate yang ade..semuanya bumiputera made and halal..from one stall to another i went by..taste the tester..finally...haaa,,RM26.00 i've spend for various type of choc..
Berborong sakan makan choc
just stress and wanna eat choc to release it..hurm..then aku terus menuju ke starbaz kat convest hill...saje nak tengok-tengok barang ape yang menarik...dan katanya ada job fair... berjalan lah sendirian melalui river side..
di situ kulihat ramai graduan yang bergambar mengabdikan kenangan mereka..seronok nyerrr...
Dari jauh je dapat snap keadaan luar CAC. Penuh dgn stall bunga dan hadiah
insyaAllah,,next year my turn will come.. but suddenly i feel so sad.. macam tak percaya dah nak habis degree..pelbagai rintangan dan cabaran dilalui selama hampir 6 tahun ini..suka duka silih berganti..pelajaran yang ada naik dan turunnya..seakan ingin menyalahkan diri sendiri... sendiri yang tidak dapat mengawal gangguan itu dari menghantui...
tak tahulah nak post pe kali ni..
tetiba terasa sangat nak share something..
tapi tak tahu nak describe macam mana..
dan jugak tak tahu macam mana nak mula..
napelah haiiiii...
malam ni..
mata susah nak lelap walau pun dah ngantuk giler..
mata ni dah merah, pedih....
kepala dah sakit..
dah makan ubat still sakittttttttttt....
malam nil..
satu buku pun aku tak sentuh..
sehelai pun tak terselak..
walau pun kije banyak,,
masih ada exam yang menanti..
tapi fikiran macam lesu dan kosong..
hati rasa gundah gulana..
air mata terasa tiada halangan untuk mengalir laju..
fikiran menerawang samapi ke ruang angkasa..
terpulang sesiapa untuk judge..
but this is me..
always me..
me is me..
not like others..
hurm...bile dengar balik lagu background blog aku ni..
lagi deras air mata ini gugur ke pipi..
YA ALLAH...give me the strenght..
day by day went away..
me always here..
rite here waiting for the day..
no one know inside im dying..
i just throw the feel far away..
let people think me im okay..
i want to enjoy them..
i bear to cry forever if it will make them happy..
i know..
no one perfect in this life..
somehow we're still have some weaknesses..
we still have some lacking here and there..
we try to improve as much as we can for the betterment
but..
some people doesn't realize for it..
everything we've done..
just like a water drop in the river..
nothing were change..
they just know to assume all are the same..
they doesn't know how to appreciate..
they doesn't know how to thank..
they doesn't know how to sorry..
but..
we still can accept it with open hand whole-heartedly over and over..
we already told the truth..
we already sincere with the life..
we already recognized certain thing inside us..
does it mean that they are really important to us???
do they can feel it??
NO???
speechless about it..
O Allah..
please..
don't let my heart stop from beating now..
just give me once to breathe with the smile and joy..
then, i'll go to you..
Erm,,,tiba-tiba saat ini, malam ini, hari ini,, aku nak berbicara tentang cinta, tengtang hati dan tentang jodoh.
Kenapa?? Mengapa???
Semuanya tercetus selepas aku mendapat tahu akan kisah salah seorang sahabat baikku bakal disunting oleh seorang jejaka yang sememangnya disayangi olehnya sejak dahulu..Jejaka yang pernah melukai hatinya.. Namun sedikit pun tak pernah membuatkan hatinya benci dan dendam.. Itu yang membuatkan aku kagum pada dirinya.. walaupun airmata sudahpun banyak mengalir namun, dia tetap tabah melalui hari-harinya...
Masihku ingat ada satu hari, dia menangis kerana merindui jejaka itu, dia menangis kesal akan apa yang jejaka itu pernah wat. Jejaka itu seakan tidak menghargainya, memainkan perasaanya yang tulus suci menyayangi dan mencintainya... Aku sekadar mendengar dan menenangkannya.. aku tahu betapa pedih perasaannya di kala itu, kerana aku eprnah jua mengalaminya..... Cinta, di kala ia berbunga wangi, kita akan dibuai mimpi leka akan harumannya,,,,NAMUN, bila ia layu,kita sedih dan kecewa bagai dipanah duri bunga itu..
Walau satu persatu lelaki datang menghampirinya, dia tetap batukan hati. Bukan kerana membenci lelaki, bukan juga kerana serik untuk bercinta. Namun, semua itu kerana, hatinya masih lagi terkunci dan kuncinya masih pada jejaka itu walaupun jejaka itu telah campakkannya ke tepi. Dia tetap tabah dan berdoa pada Yang Maha Esa agar ditunjukkan jalan dan kurniakanlah jodohnya yang tepat... Aku kagum dengan temanku itu, kerana dia tidak pernah membalas balik apa yang telahdilakukan oleh jejaka itu.. kerana ada sesetengah di antara kita yang akan membenci dan berdendam setelah dikecewakan. Malah orang lain yang menajdi mangsa.. mereka tidak kisah asalkan mereka puas dan semuanya terbalas..
Aku juga tidak faham bila ada diantara kita baik lelaki mahupun perempuan,, bila sudah ada pasangan yang begitu setia, menyayangi, jujur dan ikhlas.. namun, tetap jua mencari orang lain. Apa orang kata, TEMAN TAPI MESRA, KEKASIH SEPARUH MASA dan AKU SCANDAL...Yelah,,seolah mereka tidak bersyukur dengan apa yang dah dimiliki... Ada yang memberi alasan untuk browsing someone better.. if you want to find someone better, you should not make a promise with them.. It is really really not fair.....
Berbalik pada kisah temanku,,,setelah beberapa tahun mereka lost contact... Alhamdulillah, the guy appears so sudden.. She is excited but still afraid on what had happened before. temanku cerita padaku,, dan aku kata kan padanya,,,,,,
Why not u give him a chance...? maybe he really wanna back with u... Mungkin Allah dah kabulkan doa2 kau selama ini.. dan mungkin ini bayaran atas apa yang kau lalui sebelum ini temanku.... Untuk lebih tenang dan yakin,, kau buatlah solat sunat dan doalah... Jika hati kau mudah untuk menerimanya kembali,,mungkin ini petunjuk bahawa jodoh kau memang dia...Minta lah tolong mama dan ayah kau wat solat istikharoh sekali.. Mungkin kali ini dia benar-benar berubah dan akui kesalahannya... dan mungkin dia baru sedar bahawa kau adalah yang terbaik untuknya......(itulah antara kata-kataku padanya....)
Now,,,alhamdulillah... Jejaka itu telah datang ke rumahnya bersama keluarga.. Yessss... Aku turut bahagia dengan berita itu.. Sesi risik-merisik telah berjalan dengan lancar..kedua-dua pihak menerima dengan tangan yang terbuka... Aku mendoakan kebahagiaanmu wahai temanku... ku harap setiap dukamu pada masa lalu akan hilang dek kerana masa bahagia yang bakal kau lalui kelak..InsyaAllah,, niat yang baik sentiasa diberkati..
Kesabaran mu berkahir dengan satu kisah cinta yang gembira..it was a love story then... setitik air mata yang mengalir ke pipi, tidak akn bermakna selamanya kita menangis... oleh sebab itulah adanya pepatah,, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...langit tak selamanya mendung, kadangkala hujan yang turun akan bawa pelangi yang indah untuk mengubati kegelapan awan gelap tadi....hurmmm...
Semakin kuat aku sekarang ini bila kulihat temanku kembali gembira dan bahagia... Maka tidak salah lah akan tindakan ku selama ni..aku akan terus bersabar dan berdoa... Moga aku juga bakla mengikuti jejak langkahmu wahai temanku...insyaAllah....
"C.I.N.T.A"
"Janganlah sesekali kita tamak menagih cinta manusia..."
"Sedangkan cinta pada Illahi juga masih tidak mencukupi.."
"Kita dicipta untuk dicintai dan mencintai dengan ikhlas...Jika kau beri dengan keikhlasan maka kau juga akan menerima yang sama"
Hye sumer,,hari ni,,aku bangun awal sikit dari biasa sebab kelas pertama aku ade presentation.. Erm second presentation for this semester...Teks belom sempat hafal dan tengok lagi..Teks yang aku wat sebelum tidur kubiarkan jerk sebab dah kepenatan stdy untuk subjek Investment analysis...Bangun pagi siap solat dan usai jek mandi terus kucapai teks...pe lagi..kelam kelibut lah kan..hahahaha
Pagi tu aku ambil keputusan nak jalan kaki je..Takkan nak naik bas..bukan sebab lambat ke ape,,tetapi..sebab aku nak praktis present sambil jalan..lantaklah orang nak kata aku orang giler ke ape sebab cakap sorang-sorang...Almaklumlah,,practice make perfects...ye lah,,aku ni bukan seorang yang fasih
speaking" dengan grammar yg betoll kan...hehe..tapi yang paling lawak tu,,aku berlatih siap dengan tangan-tangan sekali,,bergaya lah konon..(yelah,,body language kan penting gak dlam presentation ni kan...) Mungkin ada natara kita yang selalu berlatih bercakap depan cermin..Tapi tadi aku tak sempat nak wat lahhhh....(takut kene gelak dengan rumate pun yer jugak...hahaha)
Samapai je kelas,,ade sorang je grupmate ku yang da sampai...classmate pun tak sampai lagi...aku berjalan jap bukak aircond nak hilangkan gemuruh...pastu sir masuk dan classmate pun sorang-sorang datang... Selepas sir call-up attendance,,dia pun panggil lah grup aku untuk present...Im the fourth presenter.... Sebelum aku present tu,,aku tengok sekeliling,satu-satu muka aku tengok..nak hilangkan takut...
Sebab aku ni terkenal dengan blushing and sweat bila tengah present..huhuhuhu...
Alhamdulillah berhasil.....aku present dengan pot pet sekali tanpa tengok teks..pe yang aku nak cakap tak tercakap,,dan ape yang tak terpikir un nak cakap sebelum ni,,tu lah yang sebaliknya keluar dari dalam mulut ni....nilah dia akibat sebba tak prepare awal-awal.....apapun,,aku puas hati lah..by the way,,I still need an improvement for the future...hihihi
Teringat lah pulak sewaktu present Corporate Finance case study pasal hubabrd Computer.. Pun last minit gak puunye preparation...malam tu aku tidor kol 4 pagi siapkan slide...huhu..but,,sir giler puji presentation tu..very good and good job everyone..hihihi..gembira bukan kepalang aku dengan grupmates.... dah keluar kelas pun dia still puji lagi..alhamdulillah....
Thanks to all friends and lecturers...
Ini adalah sem akhir...ermmm,,semua yang ku lalui akan jadi kenangan paling indah..insyaAllah,,harap apa yang dipelajari akan dapat digunakan kelak...sedih pulak nak tinggalkan alam kampus ni.....
Hye everyone,,,today i've to attend one special activity for recreation skill 2..this activity is purposely to tell and train the students how to do:-
Map Reading
Land Navigation
Kayaking Skills
Rope Management
We'll be going to Pangkor next week starting from 1st until 3rd September for our practical outing. This outing will carry about 40% of marks. Therefore, we'll be tested with various type of tasks. If Im not mistaken we have to do survival for 12 hours starting from 6pm to 6am..hahahaha..... I can't imagine how the situation it is...
There are some pictures througout today activities......
Kayaking Skills (Rowing)
Land Navigation-Compass & Map Reading
Land Navigation and Compass Reading
Just wanna fly
Exhausted and Hungry
Briefing and explanation by Bro.Isa
Briefing by Bro.Zabidi about Rope Management-Abcseiling
.....THE END.....will be continued in Pangkor next week