Hari ini, 14hb September 2009, Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk suma umat Islam di serata dunia menyambut dan meraikan aidilfitri yang mulia. Walau bagaimanapun, dalam kemeriahan dan debaran menati datangnya syawal, kita tetap merasa hiba dan sedih untuk melepaskan ramadhan pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya ramadhan adalah sebaik-baik bulan dan juga bulan yang kay dengan ganjaran pahala kepada barngsiapa jua yang melipatgandakan amalan. Begitulah, saban tahun, kita akan melalui detik-detik ini.. tetapi dapat kah kita bayangkan, andaikata, ramadhan dan aidilfitri kali ini adalah yang terakhir buat kita, tentulah rugi dan sedih untuk kita hadapinya. Cukupkah amalan kita untuk poergi menemuinya,,,,
Arghh...aku begitu sayu tiba-tiba, takut menyelubungi setiap rongga tubuhku......
"hari raya bakal menjelma,persiapan semakin meriah, debaran kian dirasa, ampun dan maaf dipinta pada suma, moga aidilfitiri kali ini mbawa 1001 erti pada suma, moga aidilfitri kali ini bukan yang terakhir untuk kita menyambut nya.."
Kepada semua sahabat handai, ahli keluarga, sanak saudara dan juga semua umat islam...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin....
Namun, dalam menyambut lebaran aidilfitri ini, janganlah kita lupa pada yang kurang upaya, yang lebih malang dari kita. Sambut lah dengan kesederhanaan, Allah membeci pada yang berlebihan-lebihan...
No comments:
Post a Comment